Komisyen ketiga dibayar untuk Scorpene: Suaram
Khamis depan, rakyat Malaysia berpeluang mendengar maklumat secara langsung daripada peguam Perancis bahawa "lebih besar" komisyen dibayar oleh pegawai kerajaan "peringkat amat tinggi" di Malaysia dalam pembelian dua kapal selam pada 2002.Di Pulau Pinang, Peguam William Bourdon dijadual mendedahkan perjanjian dengan syarikat Perancis DCNS dalam acara kutipan dana yang digelar 'Ops Scorpene'.
NGO hak asasi Manusia Suaram menganjurkan majlis makanmalam itu di mana aktivisnya Cynthia Gabriel, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan turut berucap.
Gabriel (lihat gambar) mendakwa, bukti baru ditemui bahawa komisyennya "lebih besar" daripada sebelumnya dibayar kepada syarikat perunding Malaysia Perimekar Sdn Bhd.

http://www.malaysiakini
MARINA TIDAK SOKONG PEMBANGKANG
KUALA LUMPUR – Penglibatan anak bekas Perdana Menteri, Datin Marina Mahathir dalam perhimpunan Bersih 2.0 diyakini hanya disebabkan pendiriannya mahu melihat negara mengamalkan sistem demokrasi lebih telus dan terbuka, kata adiknya, Datuk Mukhriz (gambar) yang juga seorang anggota kerajaan.
Mukhriz berkata, meskipun bapa mereka, Tun Dr Mahathir bekas pemimpin nombor satu Barisan Nasional (BN) manakala beliau sendiri timbalan menteri, setiap individu ada pendirian dan cara berfikirnya tersendiri.
“Saya tidak nampak beliau sokong pembangkang melainkan hanya untuk melihat sistem pilihan raya kita yang lebih telus, itu saja. Saya juga tidak dengar beliau ada melaung reformasi atau seumpamanya,” katanya.
http://www.sinarharian

No comments:
Post a Comment