Cuba Banding

Thursday, June 30, 2011

Tren terakhir ke Singapura jam 11 malam selepas 60 tahun perkhidmatan







Operasi KTMB Stesen Tanjung Pagar, Bukit Timah dihentikan

Oleh Umi Nadirah Abdul Rahman
uminadirah@bharian.com.my
2011/06/30
Tren terakhir ke Singapura jam 11 malam selepas 60 tahun perkhidmatan
SINGAPURA: Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Stesen Tanjung Pagar dan Bukit Timah di sini, akan tamat mulai tengah malam ini, apabila perkhidmatan ke republik itu berakhir di Woodlands Train Checkpoints mulai esok.
Tren terakhir KTMB akan meninggalkan Stesen Tanjung Pagar mulai jam 11 malam ini menjadi noktah perkhidmatan stesen kereta api Tanjung Pagar, yang turut dikenali sebagai Stesen Keretapi Keppel Road kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan pengangkutan itu.
Pengurus Stesen Tanjung Pagar, Shamsul Bahri Sahri, 43, yang turut bersedih mengenangkan tamatnya operasi KTMB di situ, turut berbangga kerana menjadi antara 67 kakitangan termasuk di Stesen Keretapi Bukit Timah itu.
“Tentunya saya turut bersedih, apatah lagi sepanjang hampir 15 tahun bertugas di stesen ini, semua kakitangan di sini sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri.
“Malah, boleh dikatakan 30 Jun memori paling menyedihkan sepanjang perkhidmatan 25 tahun saya bersama KTMB,” katanya yang menganggap dirinya sebagai duta kecil negara di Singapura.
Ketua Stesen Keretapi Bukit Timah, Atan Ahmad, 46, berkata cabaran paling besar sepanjang dua tahun bertugas di stesen yang wujud sejak 1951 sebagai laluan Singapura – Kranji itu adalah bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin.
“Pernah terjadi insiden gerabak terbalik akibat masalah teknikal, namun syukur tiada yang cedera, namun saya gembira dengan tugas sebagai pengawal landasan walaupun ia sangat berisiko.
“Justeru, semua memori akan terpahat sampai bila-bila dan saya pasti sedih bila perkhidmatan terakhir pada 30 Jun nanti,” katanya.
Jarak laluan dari Stesen Woodlands ke Stesen Bukit Timah adalah sepanjang 14 kilometer, manakala laluan dari Stesen Bukit Timah ke Stesen Tanjung Pagar adalah 10.25 kilometer.

Tanjong Pagar Station


Mengabadikan stesen Tanjong Pagar yang menamatkan khidmatnya pada 30 Jun, 2011. 

Selamat Tinggal Tanjung Pagar Dan Bukit Timah





Stesen Keretapi Tanjung Pagar, yang juga dikenali sebagai Stesen Keretapi Keppel Road, mempunyai nilai yang sungguh berharga dari segi sejarah dan sentimen bukan sahaja kepada Singapura malahan jirannya Malaysia. 

Apapun berkuatkuasa 1 Julai, 2011, perkhidmatan kereta api ke stesen Tanjung Pagar dan Bukit Timah akan ditamatkan, dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan mengakhiri perkhidmatan kereta api ke republik itu di Woodlands Train Checkpoint (WTCP).

Stesen Tanjung Pagar yang dibuka pada 1932 dan stesen Bukit Timah yang dibuka pada 1903 dijangka menyaksikan peranan baru tetapi struktur dan warisannya akan terus dikekalkan. 




Pada 24 Mei, 2010, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataan bersama mengumumkan bahawa khidmat KTMB akan berakhir di WTCP dan bukan lagi di Tanjung Pagar berkuatkuasa 1 Julai, 2011.

Kedua-dua pemimpin juga bersetuju bahawa struktur Stesen Keretapi Tanjung Pagar dan Stesen Keretapi Bukit Timah di Blackmore akan dikekalkan kerana nilai sejarahnya.

Sumber:
AsiaOne,Berita Harian

Sejarah Stesen Tanjung Pagar Dan Bukit Timah Akan Terus Kekal

Oleh Tengku Noor Shamsiah Tengku Abdullah



SINGAPURA, 18 Mei, Stesen Keretapi Tanjung Pagar, yang juga dikenali sebagai Stesen Keretapi Keppel Road, mempunyai nilai yang sungguh berharga dari segi sejarah dan sentimen bukan sahaja kepada Singapura malahan jirannya Malaysia.

Apapun berkuatkuasa 1 Julai, 2011, perkhidmatan kereta api ke stesen Tanjung Pagar dan Bukit Timah akan ditamatkan, dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan mengakhiri perkhidmatan kereta api ke republik itu di Woodlands Train Checkpoint (WTCP).

Stesen Tanjung Pagar yang dibuka pada 1932 dan stesen Bukit Timah yang dibuka pada 1903 dijangka menyaksikan peranan baru tetapi struktur dan warisannya akan terus dikekalkan.


Menurut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Md Hussin Nayan langkah mewartakan kedua-dua stesen itu sebagai tapak warisan adalah antara Perkara Perjanjian Malaysia-Singapura (POA) yang dicapai pada 1990.

Beliau memberitahu Bernama Stesen Tanjung Pagar khasnya mempunyai nilai sentimental bagi rakyat Malaysia selain melambangkan hubungan sosial dan budaya antara kedua-dua belah tambak.

Md Hussin berkata persiapan bagi perkhidmatan KTMB berakhir di WTCP sedang berjalan lancar dan mengikut jadual.

BAGI GENERASI MASA DEPAN

Memandangkan kepada nilai sejarah kedua-dua stesen itu dan langkah untuk melindungi peninggalan fizikal warisan sejarah, kerajaan Singapura baru-baru ini mengumumkan komitmen untuk memulihara kedua-dua stesen itu.

Lembaga Pemuliharaan Monumen (PMB) mewartakan Stesen Keretapi Tanjung Pagar sebagai monumen negara, sementara Lembaga Pembangunan Bandar (URA) mewartakan Stesen Keretapi Bukit Timah Railway sebagai bangunan terpelihara.

Pada 24 Mei, 2010, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan bersama mengumumkan bahawa khidmat KTMB akan berakhir di WTCP dan bukan lagi di Tanjung Pagar berkuatkuasa 1 Julai, 2011.

Kedua-dua pemimpin juga bersetuju bahawa struktur Stesen Keretapi Tanjung Pagar dan Stesen Keretapi Bukit Timah di Blackmore akan dikekalkan kerana nilai sejarahnya.

CIRI-CIRI SENIBINA

Stesen Tanjung Pagar khasnya, dianggap sebagai tanda tempat yang jelas kerana bentuk senibina muka hadapannya yang menampilkan ciri-ciri Neo-Classical dan Art-Decoe.

Ciri senibina lain yang dianggap menarik di stesen ini ialah bumbung 'barrel-vault' setinggi 72 kaki di atas balai menunggu serta lukisan mural yang menampilkan pemandangan dari Malaya.

Pada zaman di mana perjalanan dengan kereta api dikaitkan dengan kemewahan, stesen ini menampilkan keanggunan dan kemewahan.

KEKAL MENJADI TANDA TEMPAT

Menurut Jean Wee, Pengarah PMB, stesen ini akan terus kekal sebagai tanda tempat walaupun selepas ia mengambil peranan baru yang akan tetap melambangkan ciri dan kekuatan hubungan antara kedua-dua negara di kedua-dua belah tambak.

Dengan Stesen Keretapi Tanjung Pagar diwartakan sebagai struktur warisan, bilangan monumen negara di Singapura berjumlah 64.

STESEN KERETAPI BUKIT TIMAH



Stesen Keretapi Bukit Timah berhampiran King Albert Park adalah antara stesen kecil yang dibina untuk menghubungkan kawasan luar bandar Singapura.

Bangunan ringkas diperbuat daripada batu-bata ini bersama dewan menunggu terbuka ini dilihat sebagai satu lagi tanda tempat yang menarik.

Bangunan satu tingkat ini mengikut gaya tradisional yang lazim boleh ditemui di stesen bandar-bandar kecil di United Kingdom dan Malaya pada 1930-an.

Ler Seng Ann, Pengarah Kumpulan (Khidmat Pemuliharaan & Pembangunan) di URA, berkata bangunan serta struktur berkaitan dengan perkhidmatan kereta api di Singapura mewakili memori sosial kolektif Singapura.

"Program pemuliharaan URA diwujudkan untuk mengekalkan warisan binaan kita.

"Di bawah program yang memenangi anugerah ini, kami berjaya mengekalkan Clifford Pier dan bekas lapangan terbang Kallang yang menjadi gerbang keluar-masuk Singapura semasa zaman kegemilangannya.

Dan apabila struktur-struktur utama perjalanan kereta api dipulihara, maka secara tersendiri lengkaplah warisan sejarah pengangkutan Singapura.

Sumber: BERNAMA



Lynas dapat kelulusan bersyarat bina kilang Updated 1:56pm Jun 30, 11


Lynas dapat kelulusan bersyarat bina kilang
Regina Lee
Jun 30, 11
1:56pm
Kongsi 10
Kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Kuantan - Lynas Corporation telah mendapat kelulusan bersyarat untuk meneruskan projek mereka.

NONEKelulusan itu diberikan oleh sebuah panel semakan kelolaan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia setelah mendapat pelbagai bantahan daripada rakyat yang mahu projek itu tidak diteruskan.

Menurut laporan panel itu, projek RM700 juta milik firma Australia berkenaan, adalah selamat tetapi Lynas perlu melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan di dalam pelbagai bidang sebelum ia boleh meneruskan operasi peringkat seterusnya.

"Pasukan semakan IAEA tidak menemui sebarang ketidakpatuhan dengan standard keselamatan radiasi antarabangsa,” kata ringkasan laporan panel itu.

Panel semakan sembilan anggota itu ditubuhkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsadan Industri dua bulan lalu bagi membuat kajian menyeluruh mengenai kilang Lynas di Gebeng yang terletak kira-kira 25 kilometer dari Kuantan.

NONEIa diketuai oleh Tero Varjoranta,seorang pengarah IAEA.

Bagaimana pun, pasukan pengkaji IAEA mengenal pasti 10 isu yang disifatkannya perlu dilakukan penambahbaikan sebelum fasa pengeluaran lesen projek Lynas itu seterusnya.

Laporan itu juga menonjolkan bahawa undang-undang dan peraturan Malaysia berkaitan keselamatan radiasi adalah komprehensif dan selaras dengan standard IAEA.

http://www.malaysiakini



Selamat Tinggal stesen Tg Pagar, Sultan Johor antara 100 penumpang akhir

June 30, 2011

Stesen kereta api Tanjong Pagar. — Foto oleh Jason Devadason
KUALA LUMPUR, 30 Jun — Tepat pukul 11 malam ini, kereta api Senandung Sutera — perkhidmatan terakhir dari stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar, Singapura — akan melabuh tirai perjalanan yang bermula 79 tahun yang lalu.
Pengurus kanan korporat KTMB, Mohd Fazil Ismail berkata, kira-kira 100 penumpang akan mengikuti perkhidmatan terakhir ini dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan menyertai perjalanan terakhir malam ini.
The Malaysian Insider juga difahamkan kereta api terakhir tersebut akan dipandu sendiri oleh Sultan Ibrahim.

Notis penamatan perkhidmatan di Stesen Kereta Api Tanjung Pagar. — Foto oleh EquatorialSky2
“Penumpang terdiri daripada kakitangan KTMB sendiri dan orang awam,” kata Fazil ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Bagaimanapun, kereta api harian biasa — Ekspres Senandung Malam — akan beroperasi seperti biasa pada pukul 10 malam ini dengan dinaiki 540 penumpang.
Fazil berkata KTMB terpaksa mengehadkan penumpang yang menaiki kereta api terakhir khas tersebut kerana tidak mahu berlaku sebarang masalah teknikal dan operasi.
Justeru, Fazil berkata, orang ramai turut dipelawa memberi lambaian terakhir kepada penumpang-penumpang perkhidmatan kereta api terakhir ini.
“Saya percaya ramai yang akan hadir melihat dan memberi lambaian sebagai tanda ‘Selamat Tinggal’ kepada kereta api di stesen Tanjong Pagar yang dihentikan operasi selama-lamanya.
“Saya turut sedih tetapi menerima dengan hati terbuka. Sudah hampir  80 tahun ia menjadi destinasi persinggahan terakhir KTMB bagi menurunkan penumpang ke Singapura,” ujarnya lanjut.
Malaysia bersetuju memindahkan stesen KTMB Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP), berkuat kuasa mulai esok.
Keputusan itu dicapai hasil perbincangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura tahun lalu.
Selain itu, Fazil berkata, orang ramai yang menjadi penumpang kereta api terakhir akan diberikan sijil pengesahan KTMB.
“Sijil pengesahan diberikan kepada penumpang sebagai tanda penumpang yang menaiki kereta api terkahir di stesen Tanjong Pagar sebelum dihentikan operasinya.
“Namun, bukan hanya penumpang yang menaiki kereta api terakhir tetapi juga mereka yang menaiki kereta api harian dari stesen Tanjong Pagar sepanjang hari tersebut (hari ini),” kata Fazil.
Dalam pada itu, Fazil berkata, sudah hampir 99 peratus kelengkapan operasi telah dipindahkan ke WTCP.

Platfom dan landasan kereta api di Stesen Kereta Api Tanjung Pagar. — Foto oleh EquatorialSky2
“Tiket, kaunter perkhidmatan dan barang-barang KTMB di Tanjung Pagar semuanya telah dipindahkan ke Woodlands. Pegawai dan kakitangan KTMB yang berkhidmat di stesen tersebut juga dipindahkan berkhidmat di Stesen JB Sentral dan ditempatkan di lokasi yang mempunyai kekosongan,” katanya lagi.
Fazil berkata, persiapan terakhir perjalanan kereta api berjalan seperti biasa.
“Kami akan menunggu ketibaan penumpang sehingga tibanya waktu kereta api terakhir bergerak,” ulasnya.
Tambahnya, KTMB turut mengadakan pameran fotografi dan menyediakan cenderahati yang akan dijual kepada pengunjung pada hari ini.
“Gambar-gambar yang dipamerkan menunjukkan stesen KTMB Tanjong Pagar  sebagai kenangan. Cenderahati pula akan dijual sendiri oleh kakitangan KTMB dan ahli Kelab Peminat Keretapi,” katanya.
Jarak laluan dari Stesen Woodlands ke Stesen Bukit Timah adalah sejauh 14km manakala laluan dari Stesen Bukit Timah ke Stesen Tanjong Pagar adalah 10.25km.
Stesen Tanjong Pagar memulakan operasi pada 1932.

http://www.themalaysianinsider



Igauan 1999 dibiar Najib berulang kembali
Posted on Wednesday, June 29 @ 22:39:09 PDT by tokdalang
ArtikelOleh M FAQIH

KALAULAH benar khabar Perhubungan Umno Negeri-Negeri sudah diarah membuat persiapan, sahlah pilihan raya umum (PRU) ke-13 tidak lama l
http://3.bp.blogspot.com/-dLAWetLMgaw/TV6ZfWnVj-I/AAAAAAAAEdQ/TrNdA-ZPO7Y/s1600/spr.jpgagi.Arahan tersebut difahamkan keluar akhir minggu lalu. Datoí Seri Najib Razak dikatakan mengambil risiko berganda bagi mengelakkan implikasi ekonomi lebih parah tahun hadapan.Sarjana melihat kegawatan ekonomi 1997-1998 antara penyebab pengundi Melayu lari kepada Barisan Alternatif (BA).


Ramai mengakui faktor itu berada di kedudukan utama dalam analisis pilihan raya 1999.


Keduanya, faktor kegawatan politik ekoran pemecatan dan tuduhan liwat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ada sarjana merumus tempias kegawatan ekonomi dan politik negara jiran menjadi faktor ketiga.

Keputusan pilihan raya umum 1999 menunjukkan BA memperolehi 26.3 peratus kerusi parlimen (45 kerusi). Berlaku peningkatan berbanding PRU 1990 dan PRU 1995.

Dan sekali lagi fenomena tersebut seperti bakal berulang. Banyak dalil menggambarkan ia mulai menghampiri ke garisan sekarang.

Buktinya kegawatan ekonomi mulai dirasai semula. Kenaikan tarif elektrik sehingga 7.12 peratus pada awal Jun lalu menjadi indikator penting membuktikan situasi tersebut.

Sekarang Perdana Menteri perlu satu kebijaksanaan baru. Tanpa ada langkah berani peristiwa 1998 boleh berulang. Jalan pintasnya, menjadikan November 2011 sebagai medan bagi menguji pengaruhnya.
Liwat versi pertama menjadi punca orang Melayu menjadi mual. Sekarang hidangan serupa disajikan semula Umno untuk rakyat. Kesannya rasa mual mulai berganda.

Ada orang Melayu perlu rawatan psikologi angkara politik mual yang sedang melanda.Liwat versi kedua dan video seks menyebabkan ramai orang Melayu mulai berfikir berulang kali. Tambah melondehkan jiwa mereka apabila video dijadikan alat untuk menghina Anwar.

Ceramah Biro Tata Negara (BTN) dan kursus untuk guru-guru banyak lagi diselit adegan video itu. Fasilitator BTN sekarang tidak perlu lagi bercakap banyak, sekadar menayangkan video yang haram di sisi agama.

Itulah yang bersarang dalam kerangka pemikiran Umno dan BN. Ternyata mereka tidak cuba belajar dari sejarah. Sejarah 1998 tidak mampu dipadam begitu sahaja.

“Tidak kurang pentingnya inilah pilihan raya yang diramalkan membawa gelombang perubahan besar menjelang alaf baru.

Pilihan raya 1999 ialah pertarungan antara politik lama dan politik baru,” tulis sarjana UKM, Mohd Yusof Kasim dan Azlan Ahmad dalam buku Politik Baru Dalam Pilihan Raya Umum, 2002.

Orang Melayu meninggalkan Umno angkara terlalu mual dengan politik menjijikkan. Hari ini rasa mual tambah berganda lagi dengan kehadiran Dato’ Trio Umno.

Ramai penganalisis politik bersetuju, inilah kesiapan besar dibiarkan Najib.

Bagi mengelakkan fenomena 1999 berulang Umno dan BN perlu kepada rebranding (penjenamaan semula). Najib tidak mampu meletak kegagalan Mac 2008 hanya di bahu Paklah.

Kegagalan mempertahan kuasa majoriti memang diakui ramai angkara kesilapan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Najib mungkin merasakan masih selamat untuk dipalitkan tomahan tersebut.Namun pilihan raya negeri Sarawak pada April lalu diadakan ketika setahun Putrajaya diketuai anak sulung Tun Razak Hussein.

Maka tidak hairanlah ramai berhujah teki teka nombor 11 masih mengikat Perdana Menteri kelima. Tarikh yang disebut banyak pihak sebelum ini iaitu November 2011 mungkin ada asasnya. Ini memandangkan ketika itu Menteri Kewangan baru selesai membentang Bajet 2012.

‘Bajet gula-gula’ kepada penjawat awam dan beberapa kumpulan sasar lain dikatakan bakal menjadi modal bagi memancing hati dan jiwa rakyat.

Selain itu Perhimpunan Agung Umno juga selesai diadakan pada Oktober. Kemungkinannya selepas Hari Raya Haji. Di pantai timur pula musim tengkujuh.Ketika itu masih ramai lagi pak haji berada di Tanah Suci.
Kelazimannya paling ramai tunai haji mereka yang cintakan Islam.

Manakala tengkujuh pula mengundang air bah. Kebiasaan Kelantan, Kedah dan Terengganu mudah dilimpah air sungai.

Apabila fenomena itu berlalu tentunya tidak ramai dapat keluar mengundi. Sama seperti pilihan raya kecil Dun Tenang, Johor pada akhir Januari lalu. Peratusan keluar mengundi kecil kerana banjir.Sumber Umno mengakui pilihan nombor 11 masih tidak dapat dipisahkan dengan Najib.

Ada juga pihak mendakwa kerajaan BN kini bergantung sepenuhnya kepada jentera kerajaan, antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Selain itu pasukan keselamatan. Jabatan terbabit diharap dapat mengekalkan kuasa BN. Ini dibuktikan projek khas dikatakan dilaksana JPN dan SPR di Selangor.

“Umno akan menggunakan apa cara sekali pun bagi memastikan Selangor dapat dirampas kembali pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Projek itu tidak mampu dihalang. Mana-mana pegawai kerajaan pusat di Selangor yang kurang memberi kerjasama ditukar,” katanya.

Kaedah serupa pernah diguna di Terengganu pada PRU 2004.

Hasilnya peratusan keluar mengundi mencatat hampir 100 peratus. Kemungkinan besar ia berulang di Selangor.

Keberkesanan kaedah tersebut menjadi senjata akhir di Selangor biar pun agak sukar di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Isu pembongkaran sindiket mendaftar penduduk Sabah mengundi di Selangor dikatakan mendapat kerjasama rapat JPN dan SPR.

Malah penafian berulang kali menteri dan pemimpin Umno mengenai sindiket terbabit tidak mampu meredakan keadaan.

Suhu kemarahan rakyat juga mulai muncul ekoran kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus. Ada pengguna terpaksa membayar bil baru dengan kenaikan lebih 100 peratus berbanding bil lama.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, biar pun kenaikan tarif baru elektrik diumumkan mulai 1 Jun lalu, namun ada pengguna sudah menerima bil baru mencatat kenaikan begitu tinggi.

“Ada pengguna yang sebelum ini menerima bil elektrik sekitar RM250 sebulan sekarang bil baru melonjak RM500. Sedangkan belum sampai sebulan tarikh kenaikan berkuatkuasa,” katanya.

Berucap merasmikan pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Tumpat di Pantai Sri Tujuh dekat sini malam 17 Jun lalu katanya, rakyat sudah merasai kesan kenaikan tarif elektrik sekarang.

Hadir sama pada program itu, Yang Dipertua PAS Tumpat, Datoí Ahmad Yakob, Timbalannya, Mohd Zaki Ibrahim, Naib YDP, Che Abdullah Mat Nawi, anggota parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar dan Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Rusdi Wan Ibrahim.

Amarah rakyat dijangka bergan da tahun hadapan apabila banyak lagi kesan sampingan bakal dirasai.
Bagi mengelaknya, November depan adalah masa terbaik selepas kemarahan rakyat disejuk dengan bajet menghidangkan pelbagai menu.

Veteran PAS dari Cheras, Kuala Lumpur yang mahu dikenali sebagai Pak Ali berkata, Umno mengharap lonjakan luar biasa pada pilihan raya umum ke-13.

Di tengah-tengah kekalutan perdana menteri menghitung tarikh PRU-13, tiba-tiba Tuan Guru Datoí Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan kesediaan bertanding lagi. Itu pun kalau diberi kesihatan yang mengizinkan oleh Allah SWT.

“Insya Allah saya akan bertanding lagi pada pilihan raya umum akan datang. Bagi saya ini kerja agama. Nabi Muhammad saw dilantik Allah Taala menjadi pendakwah dan dalam masa yang sama juga sebagai perdana menteri.

“Amalan sunnah sebelum ini kita hanya sebut memakai serban dan bersugi, sedangkan lebih besar lagi ialah perintah negeri secara Islam,” katanya.

Bagi Pak Ali, Najib jelas demam dalam kekalutan. Badan pemikir Umno, YTSM dan YSM mungkin bersetuju November jadi pilihan PRU-13. Namun igauan 1999 yang pernah menimpa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mampu ditolak Najib.

Wednesday, June 29, 2011

Tembelang Najib Pecah Jun 29, 11 10:32pm


Bersih 2.0: Tembelang Najib Pecah
Wira Arjuna
Jun 29, 11
10:32pm
"Saya menekankan supaya rakyat didahulukan kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, suara rakyat adalah suara keramat.”
Last day of Abdullah Ahmad Badawi. Najib Abdul Razak takes over as prime minister in PutrajayaItu intipati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beberapa bulan selepas dinobatkan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009.
Dalam sekelip mata di bawah teraju beliau, Malaysia kembali ke era negara polis yang mewarnai pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Hanya kerana berlainan pendapat dengan pemerintah, maka suara 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) cuba dibisukan, manakala ruang bersuara untuk parti pembangkang disempitkan lagi.
Rakyat yang memakai kemeja T dengan membawa logo BERSIH ditangkap, malah bendera Malaysia yang dibawa mereka untuk diedarkan kepada orang ramai juga dirampas.
Ratusan ribu rakyat yang mahu turun menzahirkan keperluan untuk sistem pilihan raya diperbaiki supaya lebih adil dan telus, akan menghadapi serangan polis bersenjatakan belantan dan pancutan air berkimia pada 9 Julai.
NONESegala aktiviti penganjur BERSIH dan pemimpin-pemimpin politik yang menyokong gerakan itu diibaratkan oleh polis dan media arus perdana sebagai memudaratkan keselamatan negara.
Malah BERSIH, menurut Umno-BN, akan memberi kesan teruk kepada ekonomi Malaysia jika tidak dibendung.
Tembelang pecah
Polis di seluruh negara digerakkan untuk menahan sesiapa sahaja yang memakai baju T dengan logo BERSIH dan merampas apa sahaja yang mengandungi logo itu.
Akhirnya tembelang Najib “pecah”.
NONEJanji-janji untuk mengamalkan keterbukaan dan menjadikan rakyat sebagai paksi kepada segala tindakan beliau hanya kenyataan politik yang kosong.
Sebaliknya beliau menunjukkan kecederungan menggunakan insitusi polis untuk meluntur malah memadamkan sebarang bantahan rakyat secara terbuka. Dasar ini kerap dilakukan di zaman Dr Mahathir dan kini berulang di era Najib.
Justeru polis mula bertindak keras untuk membatalkan BERSIH.
Tidak ada negara yang mendokong demokrasi mempunyai pasukan polis yang menangkap orang hanya kerana pakaian mereka tidak seiring dengan pemikiran kerajaan.
NONEApakah undang-undang rimba berdaulat kembali apabila polis boleh menyerbu dan menyita sekretariat BERSIH tanpa waran semata-mata untuk merampas baju T dan risalah BERSIH?
Di sebalik semua tindakan polis terhadap penganjur dan penyokong BERSIH, apakah salah dengan tuntutan perhimpunan itu?
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Suhakam, sendiri tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap perhimpunan aman BERSIH, namun dukacita kerana pendapat badan ini tidak mendapat perhatian kerajaan.
police crack down bersih 290611 melacca chinese assembly hallIni kerana tuntutan asas BERSIH adalah supaya sistem pilihan raya diperbaiki khususnya ketelusan undi pos di samping pembersihan daftar pengundi.
Sebuah pilihan raya yang adil dan telus akan memberi kelebihan kepada mana-mana parti yang menang pada pilihan raya umum akan datang untuk mendabik dada kerana meraih kejayaan yang “bersih” dan tidak mencurigakan.
Amat berpengetahuan
Tidak ada sesiapa boleh menafikan bahawa pada setiap pilihan raya, BN akan bermula dengan kelebihan yang begitu besar berasaskan kawalan penuh terhadap media arus perdana negara ini dan sumber kewangan negara serta kemudahan awam.
Contohnya Utusan MalaysiaTV3, NTV7TV9New Straits Timesdan Berita Harian dikawal oleh Umno manakala The Star dikuasai MCA.
bersih rally 271207 06Ini tidak termasuk RTMdan Bernama yang diletak terus di bawah Kementerian Penerangan, Komunikkasi dan Kebudayaan.
Kelebihan ini umumnya diterima oleh Pembangkang dan Pertubuhan Bukan Kerajaan sebagai realiti politik negara, contohnya tidak mungkin Umno menyerahkan haknya untuk menentukan siapa Ketua Pengarang Utusan Malaysia mahupun Berita Harian.
Justeru tuntutan utama NGO berkenaan menerusi BERSIH ialah supaya SPR mengatasi masalah-masalah ketelusan undi pos, penghapusan pengundi hantu dan pembersihan daftar pengundi.
Justeru inisiatif 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan ini harus disokong, bukan sahaja oleh Pembangkang tetapi juga oleh BN, yakni Najib sendiri.
Najib ingin mencanang Malaysia sebagai sebuah negara dinamis di bawah dasar-dasar beliau yang pro-aktif dan berpaksi rakyat.
NONEBeliau seorang yang amat berpengetahuan luas, menjelajah di seluruh dunia dan tentunya peka bahawa hak berkumpul secara aman adalah prinsip asas demokrasi.
Jika benar beliau mendokong prinsip itu, kenapa bertindak begitu zalim terhadap penganjur BERSIH?
Tutup sebelah mata
Jika Najib menyokong prinsip asas demokrasi, beliau sepatutnya turun bersama rakyat, tak kira sama ada mereka penyokongnya mahupun pembangkang , demi menzahirkan komitmennya kepada sebuah pilihan raya yang telus dan adil.
NONEKehadiran beliau bersama rakyat, wakil masyarakat madani dan pemimpin pembangkang pada perhimpunan BERSIH sudah tentu menjadi pemangkin untuk Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan penambahbaikan kepada sistem pemilihan yang sedia ada.
"Kalau kita sebagai pemimpin turun bersama rakyat tanpa protokol, tanpa hamparan permaidani merah, tanpa bunga manggar, tanpa sambutan, duduk dengan rakyat, minum dan ambil kira serta ambil berat masalah rakyat, rakyat akan tetap bersama kita dan rakyat akan tetap memberi kuasa."
Itu ucapan Najib pada satu majlis di Sabah tidak lama dahulu. Jika beliau mendokong kenyataannya itu, sudah tentu Perdana Menteri tidak bermasalah menyokong BERSIH.
NONESebaliknya Najib memilih untuk merestui tindakan polis menangkap dan memenjarakan mereka yang menuntut pilihan raya bersih dan adil.
Beliau juga menutup sebelah mata dengan provokasi PERKASA dan Pemuda Umno menganjurkan siri demostrasi pada hari yang sama, semata-mata untuk mencetuskan keadaan tegang dan memberi alasan kepada polis untuk bertindak liar.
Sayang – peluang Malaysia melangkah ke depan untuk menyubur dan mematangkan proses demokrasi negara disambut dengan tindakan pemerintah yang begitu keras dan jauh daripada bersih.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
Wira Arjuna adalah nama samaran seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.



Bersih 2.0: Tindakan polis tahan aktivis prakejatuhan Umno-BN, kata Nik Aziz

June 29, 2011
KUALA LUMPUR, 29 Jun – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tangkapan aktivis Bersih, yang dilaporkan mencecah lebih 100 orang setakat ini,  adalah prakejatuhan Umno-BN.
“Sempat saya membaca berita-berita online tanah air di sini, semakin ramai penyokong Bersih 2.0 ditahan.
“Saya mengira kerajaan masih belum belajar daripada kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah,” ujarnya melalui akaun Twitter hari ini.
Menteri Besar Kelantan itu dipetik Harakah Daily menegaskan, tangkapan dan kekerasan tidak akan menakutkan rakyat.
“Tangkapan-tangkapan ini hanyalah prakejatuhan Umno Barisan Nasional,” katanya.
Beliau sebelum ini menyokong Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.



Bersih: Dua ADUN Perak Antara 14 Yang Ditahan
SUNGAI SIPUT: Seramai 14 orang termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat ditahan, Rabu selepas didapati mempromosikan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 pada 9 Julai ini selain mendesak pembebasan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S. Jeyakumar.
ADUN yang ditangkap ialah Chang Lih Kang (Teja) dan Leong Mee Meng (Jalong).
Daripada 14 orang itu 12 merupakan ahli DAP manakala selebihnya ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Lapan daripada mereka didapati memakai kemeja-T Bersih manakala enam lagi memakai kemeja-T Ubah .
Mereka yang ditahan itu antara 50 orang yang mengedarkan Jalur Gemilang dan risalah DAP, Rocket pada pukul 8.30 pagi di pasar di sini.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata, mereka ditahan di bawah Seksyen 25 Akta Polis dan Seksyen 511 Kanun Jenayah.


Johari Cabar Papagomo Dedah Klip Video Penuh
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mencabar pemilik blog Papagomo supaya menayangkan rakaman video penuh semasa beliau sedang menonton video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang di bilik Hotel Flamingo Mac lalu.
"Saya cabar Papagomo keluarkan klip video penuh yang dirakam semasa saya menonton video seks itu. Jangan setakat dua minit saja kerana pertemuan kami lebih dua jam setengah.
"Sekurang-kurangnya tayanglah klip video selama 32 minit," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Rabu.
Menurut Johari yang yakin pemilik blog pro kerajaan itu memiliki rakaman penuh klip video beliau sedang menyaksikan video seks kononnya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama trio Datuk T mahu rakaman audio bekas Menteri Besar Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik didakwa menawarkan wang 'pelincir' sebanyak RM50,000 kepadanya turut didedahkan.
"Saya minta siarkan juga di mana babak Rahim tawarkan duit dan keselamatan serta berjanji membawa saya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri. Dalam klip video itu pasti ada disebut dengan jelas," ujarnya.
Johari yang juga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga mengakui menonton video seks bersama trio Datuk T Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Abdul Rahim dan Datuk Shuaib Abdul Lazim yang juga bapa saudara beliau.
Katanya, beliau sudah memaklumkan jemputan itu kepada Anwar dan bersetuju untuk datang atas dasar persahabatan dan hubungan anak saudara kepada Shuaib.
Di dalam paparan klip video terbaru ini, ketiga-tiga mereka kelihatan sedang berjenaka manakala Johari dilihat sedang ketawa dan memperkatakan sesuatu tentang adegan yang terdapat di dalam klip video yang sedang dia saksikan itu.
Bagaimanapun, Johari mengakui beliau bersikap demikian kerana ingin menjaga hubungan persahabatan di antara mereka yang sudah lama terbina, apatah lagi bapa saudaranya juga berada di situ. "Saya dapat rasakan mereka mahu memerangkap saya... sebab itu saya angguk dan senyum. Anda bayangkan saya ada perasaan bahawa ia bukan mengenai Anwar tetapi dosa. "Oleh itu, saya terpanggil untuk menerangkan isu ini kerana klip video selama dua minit itu mendapat pelbagai tafsiran oleh semua pihak," katanya.

http://mstar