Cuba Banding

Saturday, June 29, 2013

Senarai Kekayaan Anak-Anak Menteri Malaysia.Gila Punya Kaya...

Senarai Kekayaan Anak-Anak Menteri Malaysia.Gila Punya Kaya...


Pemimpin BN diketahui umum mempunyai gaya hidup mewah.elaun ahli Parlimen mahu pun menteri tidak melayakkan mereka memiliki rumah atau kereta mewah.

~ apatah lagi individu yang memiliki kekayaan melampau itu bukan datang dari keluarga kaya atau telah mempunyai perniagaan sendiri sebelum menjadi ahli politik.kebanyakkannya jadi kaya setelah menang pilihanraya atau diberi jawatan parti.


- kini gaya bermewah yang dipertikai rakyat mula menular ke sebahagian besar anak anak pemimpin BN.
~ tidak masuk akal dgn gaji ahli parlimen RM4,000 sebulan, Senator Dewan Negara RM6,000, Timbalan Menteri RM10,847 atau Menteri Kabinet RM14,907 mereka mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit dan kereta brharga ratusan ribu ringgit. Persoalan yang lebih menarik,bagaimanakah mereka mampu membelikan kereta kereta mewah untuk anak-anak?

~tentukan sekali pemimpin BN mendapat wang sampingan dari pelbagai sumber. pendapatan mereka dikatakan brjuta juta ringgit stahun dan tidak menjadi masalah untuk membiayai kehidupan mewah. kemewahan itu membuat rakyat MELUAT!. dengan gelagat gaya hidup mewah keluarga dan anak beranak pemimpin BN yg tak sedar diri, melantak hasil titik peluh Rakyat, Jelas dengan sikap Keborosan mereka merakalah membuat ramai lagi nasib si miskin di Malaysia tidak terbela.

KEKAYAAN ANAK ABDULLAH AHMAD BADAWI


~ kamaludin diisytiharkan sebagai salah salah seorg 10 tokoh peniagaan Melayu teratas dgn aset melebihi RM320 JUTA sebaik PAK LAH menjadi Perdana Menteri. kamaluddin didakwa merupakan org dibelakang syarikat Scomi walaupun namanya tidak ada di dalam senarai Lembaga Pengarah Scomi yg brjumlah 9 org.
~ pada 2006 akhbar The Star melaporkan Petronas Carigali Sdn Bhd telah memberi kontrak sekurang kurangnya RM2 BILLION bagi membina pelantar minyak dari 2004 hingga 2006 kepada SCOMI.

KEMEWAHAN ANAK NAZRI AZIZ



~ anak kepada Menteri di jabatan Perdana Menteri nazri abdul aziz, Mohamad Nediam dilaporkan menjadi bintang dikalangan anak2 menteri kerana dibelit kontroversi berkenaan paparan pelbagai fotonya di beberapa blop brsama gadis2 jelita ~Nedim dilaporkan mempunyai sebuah kereta PORSCHE berharga sekitar RM700,000.beliau juga mempunyai pengawal peribadi yang sentiasa mengiringnya menaik kereta mewah. 

~ baru2 ini pengawal peribadinya myerang seorg pengawal keselamatan kerana berlaku salah faham mendaftar masuk ke sbuah kondominium mount kiara.
~ Angkatan Muda Keadilan menuntut polis menyiasat Nedim yang pernah dikaitkan dalam 1 kes pembunuhan,Darren Kang di Sri Hartamas pada 2004.satu ironi, seorang anak menteri undang2 tidak faham undang2 dan trlajak ke dalam kes2 jenayah.

KEMEWAHAN ANAK LIM LEONG SIK
~ anak Dr. Ling leong sik,ling hee leong Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA pada zaman Dr mahathir didakwa telah mengumpul kekayaan sebanyak RM 1.2 BILLION!.
~ hee leong yang baru berumur 27 thn ketika itu tidak selayaknya mengumpul kekayaan yang sebegitu banyak.
~ pemimpin DAP,Lim Kit siang pada 1997 telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah agar kerajaan BN menyiasat skandal pengumpulan harta yng sebegitu besar dikhuatiri mengunakan kedudukan Lim Leong sik sbg menteri pengangkutan.namun sehingga ke hari ini tiada siasatan dijalankan.

KEMEWAHAN ANAK NAJIB RAZAK


~ ada beberapa org anak najib razak yg menjadi topik perbualan di internet.salah seorg dipercayai anak beliau bernama Ashman Najib,dan masih menuntut .foto dalam carian di beberapa blog mendedahkan gaya ashman yg mewah.
~ beliau didaka memiliki sebuah kereta mewah jenama Bantley yang tidak selayaknya dinaiki seorg remaja yang masih blajar.

~anak kdua najib bersama isteri pertamanya tengku puteri zainah tengku eskandar,mohd nazifudin najib merupakan salah seorg ahli lembaga pengarah syarikat Harvest Court Industries Bhd pada Oktober 2011.
~ beliau juga Pengerusi Sagajuta (sabah) Sdn Bhd, syarikat yang membangunkan 1 Borneo mall di Kota Kinabalu.mempunyai kepentingan sebanyak 13.83% selepas dilantik sbg ahli lembaga pengarah (BOD) Syarikat Harvest Court Industries Sdn Bhd.

~ pertunangan anak sulung najib bersama rosmah mansor,Nooryana najwa dengan warga kazakkhtan,Daniar nazarbayev,17 jun 2011.menelan pmbelanjaan RM79,053.
~ bil2 yang dikenal pasti sbg invois perbelanjaan jelas mengesahkan majlis itu ditanggung oleh kerajaan.sedangkan hanya majlis rasmi sahaja yang dibenar dari segi undang undang mengunakan wang negara.

KEKAYAAN ANAK SHAHRIZAT JALIL



~ dua anak shahrizat jalil dalam usia 20-an ,wan shahinur izran dan wan izzana fatimah zabedah memegang saham syarikat NFC.
~ anak2 shahrizat memiliki saham dalam Global Biofuture Pte Ltd,meatwork (singpore) Ptd Ltd.kdua duj syarikat itu didakwa memiliki modal berbayar S$3.65 juta,atau RM8.85 JUTA.

KEKAYAAN ANAK TAIB MAHMUD
~ taib mahmud yang memerintah Sarawak sejak 1980-an dianggap jelmaan Raja brooke ( James Brooke) di Sarawak.adik. Bradik dan anak beranaknya di berikan kekayaan yang melimpah ruah.
~ salah seorg anak taib mahmud,jamilah taib memiliki kekayaan luar biasa.beliau menguruskan kekayaan taib di Kanada melalui Sakto Corporation yg nilainya menjangkau ratusan juta Dollar dibawah nama menantu lelaki beliau,sean murray.

~ jamilah memiliki rumah mewah di malaysia dan luar negara.keluarga taib juga memiliki perniagaan Sakti International yang berpusat di Amerika Syarikat.
~ seorg lagi anak taib,abu bekir taib abdul taib mjadi kontrolversi selepas tuduhan pnceraiannya berjumlah RM500 juta dimahkamah syariah.

~ abu bekir brkahwin kali kdua dengan wanita Russia. isteri pertamanya Shahnaz a.majid,memohon penceraian.dalam permohonan pembahagian harta sepencarian istrinya menuntut :

1) RM100 JUTA tuntutan mutaah
2) RM300 JUTA harta sepencarian
~ slain itu menurut Shahnaz, suaminya,mempunyai perniagaan berbillion ringgit, juga mempunyai kereta Mercedes Benz, Lamboghini,Murcielago,Ferrari Spider,Bentley New Continental GT,Maserati Quortoporudi dan Alphard.

KEKAYAAN ANAK DR MAHATHIR MOHAMAD


~ Mirzan mahathir,menguasai beberapa syarikat peniagaan besar seperti Sunway Building Tecnologies berhad,Capetronic Consumer Electronics Holdings berhad,World wide holdings berhad,Artwright holdings berhad dan lain2 lg.

~ mirzan pada 2011 muncul sbg salah seorg pgarah syarikat San Miguel Corp,syarilat konglomerat makanan terbesar di Filipina yang juga trlibat dgn perniagaan Arak.
~ terbaharu,mirzan dinamakan dalam afidavit di mahkamah India brkaitan siasatan pembangunan pelabuhan kakinada di Andra Pradesh.kerja2 pembinaan itu terlewat beberapa tahun dan perbendaharaan negeri mendakwa kerugian kira2 RM 33 juta antara 1999 dan 2007 disebabkan kelewatan itu.

~ Mokhzani mahathir majalah perniagaan Malaysia Business pernah melaporkan Mokhzani mahathir sbg antara 3 tokoh perniagaan melayu terkaya di Malaysia.beliau memiliki syarikat Kenchana Petroleum dan menduduki tangga ke 19 dalam senarai majalah itu dgn memiliki kekayaan sbyak RM 1.6 BILLION selain itu Mokhzani juga memiliki saham di dalam THB Industries Berhad,Tongkah holdings berhad dan Pantai Holdings berhad.

SEBEGINILAH MANUSIA YG HDUP DIALAS WANG KERTAS DUIT RAKYAT, SEJAHTERA LAH MEREKA HIDUP DIDUNIA, DAN YANG AMAT PERIT SEKALI KETIKA MATI DALAM KEALPAAN, SEMOGA ALLAH MEMBERI HIDAYAH KESEDARAN KEPADA MEREKA DAN SEDIA BRTAUBAT MENERIMA HUKUMAN DIDUNIA. MESTI  DI BACA DAN HARUS DI TEKA, --> "HIDUP UMNO!" atau "HIRUP UMNO HIRUP!"...Tepuk dada tanyalah selera.....
~siasahkini

Monday, June 24, 2013

Ini Senarai Penuh 32 Aktivis Yang Di Tahan Polis Di Parlimen

24 Jun, 2013

Ini Senarai Penuh 32 Aktivis Yang Di Tahan Polis Di Parlimen


Berikut adalah senarai nama 32 aktivis yang telah ditahan oleh pihak Polis kerana dikatakan cuba merempuh halangan atau sekatan Polis untuk ke bangunan Parlimen pagi tadi..

Seorang aktivis dari SUARAM, Syukri yang berada ditempat kejadian sebagai pemerhati dan bersedia untuk sebarang bantuan juga ditahan bersama yang lain itu.
Menurut SUARAM 31 tahanan telah dibawa dan ditahan di Balai Polis Jinjang manakala Ekhsan Bukharee ditahan di IPD Dang Wangi.
1. Abdullah bin Hassan
2. Adam Adli
3. Ahmad Hizami bin Mohd Hazir
4. Ahmad Shauqie bin Abdull Aziz
5. Ahmad Syukri ab Razab (SUARAM Coordinator)
6. Amirul Syazwan
7. Annie Mi Siew Lan
8. Badrul Hisham Shahrin
9. Edie Nor Mohd Redzuan
10. Ekhsan Bukharee (Aktivis pelajar ditahan di IPD Dang Wangi)
11. Hong chee Wang
12. Lew Chee Kong
13. Lim Sue Pei\Mah Chee Hoe
14. Md Sani
15. Mohd Fauzi
16. Mohd Mus'ab bin Abdul Habib
17. Mohd sofian bin Mat Dali
18. Mohd Yaser Bin Abd Rahman
19. Mohd Zairi bin Shafaai.
20. Muhamad al-Fateh Abdul Adzis
21. Muhamad hafizudin b Yahya
22. Muhammad Aiman Hakim bin Zainal Arifin
23. Muhammad Akram bin Ahmat
24. Muhammad Aliff Hafiz Bin Zainuddin
25. Muhammad Safwan bin Anang @ Talib
26. Mythreyar
27. Nora
28. Norazizi Abdul Aziz
29. Sharifol Azmil
30. Tong Chan Sang
31. Ungku Amer Faez b. Ungku Fauzi
32. Wan Nor Farel Azli

Chegu baerd Bard di time linenya mendakwa seorang aktivis yang bernama Shauqie telah dipukul polis.Beliau mengalami kecederaan yang agak teruk di muka. dahinya dan pipinya bengkak. Bengkak di pipinya kelihatan berdarah.
 
 
http://addin77.blogspot.com/2013/06/ini-senarai-penuh-32-aktivis-yang-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+addin77+%28addin77%29

Demo di parlimen - 26 ditangkap seorang tahanan cedera teruk di muka

Monday, June 24, 2013

Demo di parlimen - 26 ditangkap seorang tahanan cedera teruk di muka

Terkini .. para demonstran yang berdemo di parlimen telah ditangkap. Ketika berdemo mereka baring terlentang di jalanraya tetapi apabila ditangkap mereka digari dan dibiarkan berbaring dalam keadaan meniarap di atas rumput di tepi jalanraya.

Chegu Bard di time linenya mendakwa seorang lelaki muda yang  bernama Shauki yang merupakan salah seorang tahanan kerana demo di parlimen telah dipukul polis.

Beliau mengalami kecederaan yang agak teruk di muka. dahinya dan pipinya bengkak. Bengkak di pipinya kelihatan berdarah.




Selepas ditangkap dan digari
ketika berdemo
Kumpulan yang mengadakan demo di satu kawasan di jalan utama yang menuju bangunan Parlimen sejak jam 10 pagi ini dilaporkan cuba melepasi sekatan Polis yang berkawal kira-kira 800 meter dari pintu pagar Parlimen.

Ini menyebabkan keadaan bertukar tegang,kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan polis, yang berkawal di Jalan Parlimen dengan kekuatan kira-kira 300 orang anggota.

Polis turut menahan seorang dari aktivis berkenaan, aktivis siswa Mohd Safwan Anang, dalam kejadian pada kira-kira 11.10 pagi itu.

Susulan itu, sebilangan lagi peserta perhimunan bertindak menyerah diri kepada polis sebagai tanda solidariti, termasuk pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin dan aktivis siswa Adam Adli.

Seorang MP Pakatan Khalid Samad turut muncul pada kira-kira jam 11.50 untuk menenangkan peserta perhimpunan dan untuk menerima memorandum kumpulan terbabit.

Dalam ucapannya, MP Shah Alam itu berkata beliau akan menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak berkenaan dan akan turut membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat.

Beliau turut meminta agar peserta berkenaan beredar selepas menerima memorandum terbabit.

Sementara itu ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad yang ditemui Malaysiakini mengesahkan bahawa 26 orang ditahan dalam perhimpunan tersebut.





http://www.wasukalu.com/2013/06/demo-di-parlimen-26-ditangkap-seorang.html

Tuesday, June 11, 2013

Pengakuan Gadis Sunti Di Facebook Mendakwa Diraba Dan Di Ajak Berzina Oleh Ustaz Azhar Idrus | Fitnah Yang Celaka

Pengakuan Gadis Sunti Di Facebook Mendakwa Diraba Dan Diajak Berzina Oleh Ustaz Azhar Idrus | Fitnah Yang Celaka |

 Wooow, gila laa bro ..Dalam Page facebook penyokong kerajaan duk main isu fitnah jahat terhadap Ustaz Azhar, aku x fahamlah modus operandi ( MO ) mangkuk-mangkuk nie.
kalau x main isu fitnah geng-geng batak nie x leh tido kot..“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

 Aku bagi sepotong ayat Al-Quran kepada kita semua, supaya berhati-hati tentang fitnah yang dimainkan, aku pun tidak lah fanatik sangat dengan Ustaz Azhar dan dia pun manusia biasa seperti kita juga, tapi sekurang-kurangnya dia menyedarkan orang yang jahil seperti aku tentang pentingnya menuntut ilmu, hormat kat orang tua dan hukum hakam dalam kehidupan harian.

“Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu, orang-orang mu’minin dan mu’minat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata:”Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” [An Nur : 12].

“Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu. Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi, maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta”. [An Nur : 13]. 

Sumber ( Klik ) 

[VIDEO] PR Kemuka 15 Petisyen Parlimen (PKR 18 PAS 4 DAP 2)

[VIDEO] PR Kemuka 15 Petisyen Parlimen (PKR 18 PAS 4 DAP 2)


Pakatan Rakyat akan memfailkan 25 petisyen bagi kawasan parlimen di seluruh negara dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pasukan #SiasatPRU13 Rafizi Ramli dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Dari jumlah itu, 19 petisyen akan dikemukakan oleh PKR, empat PAS dan dua oleh DAP.

"Bagi kerusi Bagan Datok, selain petisyen pilihanraya, satu petisyen berasingan difailkan berhubung kesalahan calon BN, Datuk Seri Zahid Hamidi melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihanraya," katanya.

Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR berkata, ianya menjadikan 25 petisyen akan dikemukakan bagi 24 parlimen kesemuanya.

Sementara itu beliau turut memaklumkan Pakatan Rakyat juga memfailkan 10 petisyen pilihanraya bagi kerusi Dun di seluruh negara.

Dari jumlah itu, sembilan Dun adalah yang ditandingi PAS dan satu Dun yang ditandingi PKR.

Pada masa sama tegasnya, beberapa tindakan undang-undang juga akan diambil termasuk memfailkan saman Pengerusi SPR, Timbalan Pengerusi SPR dan ahli-ahli SPR diatas kegagalan melaksanakan dakwat kekal.

Selain itu, Pakatan juga akan memfaikan petisyen menuntut mahkamah menyemak senarai pengundi yang dicemari pengundi hantu di Sabah berdasarkan keterangan yang dibuat di Suruhanjaya Diraja setakat ini dan kajian dalaman PKR.

Pada masa sama, mereka juga akan mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan pindaan Seksyen 9A yang menghalang kesahihan daftar undi dicabar dimahkamah bertentangan (ultra vires) dengan Perlembangan.

"Pasukan PKR yang akan memulakan tindakan undang-undang ini akan diketuai oleh Prof Dr Aziz Bari, pakar perlembagaan," kata Rafizi.

Berikut adalah kawasan parlimen yang terlibat dengan petisyen:

Difailkan oleh PKR

1. P014 Merbok
2. P018 Kulim Bandar Baru
3. P026 Ketereh
4. P029 Machang
5. P053 Balik Pulau
6. P072 Tapah
7. P075 Bagan Datok
8. P075 Bagan Datok (petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000)
9. P092 Sabak Bernam
10. P118 Setiawangsa
11. P140 Segamat
12. P144 Ledang
13. P146 Muar
14. P158 Tebrau
15. P159 Pasir Gudang
16. P168 Kota Marudu
17. P177 Beaufort
18. P182 Pensiangan
19. P220 Baram

Difailkan oleh PAS

1. P093 Sungai Besar
2. P096 Kuala Selangor
3. P119 Titiwangsa
4. P161 Pulai

Difailkan oleh DAP

1. P078 Cameron Highlands
2. P142 Labis




Monday, June 10, 2013

PAIP Di Gesa Atasi Masalah Air Berbau Di Bukit Damar

 
 PAIP Di Gesa Atasi Masalah Air Berbau Di Bukit Damar 

 TEMERLOH - Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) perlu membuat kajian lebih terperinci sebelum menerima tawaran yang dikemukakan pihak perunding untuk memastikan operasi loji rawatan air yang dinaik taraf berjalan lancar. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, Paip yang mempunyai tenaga kerja profesional dalam hal ehwal operasi bekalan air tidak boleh terlalu bergantung kepada cadangan pihak yang membekalkan peralatan rawatan loji. Katanya, kegagalan rawatan air akan menyebabkan rakyat menghadapi kesukaran selepas sering terputus bekalan, air paip yang dibekalkan tidak bersih, berkeladak dan berbau. "Saya kecewa selepas mengetahui loji air Kampung Mempateh yang telah dinaik taraf baru-baru ini menyalurkan bekalan air paip yang berbau dan berkeladak kepada ribuan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang terutama masyarakat di kawasan Felda Bukit Damar dan Felda Lakum. "Saya juga menerima laporan air buangan dari loji ini mengakibatkan kerosakan kepada tanaman penduduk di kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas beliau membuat lawatan mengejut ke loji tersebut baru-baru ini. 


#sumber Jika Copy Paste, Sila Nyatakan Sumber Artikel Ini: http://pahangdaily.blogspot.com/#ixzz2VnbiB3Uy

Panas: 4,600 Ahli UMNO Libaran Sertai PKR Di Sabah !


LIBARAN, 10 Jun - Gara-gara hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan UMNO Libaran, seramai 4,600 orang ahli daripada 38 buah cawangan telah keluar beramai-ramai meninggalkan parti itu menyertai PKR yang diketuai sendiri Mantan Calon Bebas Parlimen Libaran, Sahar Saka, petang kemarin. Upacara kemasukan beramai-ramai ahli tersebut telah diadakan di Dewan Hakka, bersempena Program Himpunan Blackout Sabah dan penyerahan borang kemasukan tersebut telah diterima oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disaksikan seramai lebih 2,000 para penyokong parti Pakatan Rakyat (PR) yang melibatkan PAS, PKR dan DAP. Dalam ucapan ringkasnya, Sahar antara lain menjelaskan tujuan beliau dan para pengikutnya menyertai PKR kerana sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan UMNO yang didakwanya terlalu banyak melakukan perkara songsang. "Saya nyatakan dengan ikhlas yang tidak bermusuhan dengan Datuk Hj Juslie Ajirul dan saya juga tidak bermusuhan dengan Datuk Hj Zakaria Hj Edris. Walaupun saya sudah berpindah kapal, namun soal fahaman ideologi politik yang berbeza kita ketepikan dulu; yang penting kawan tetap kawan,” jelasnya. Kata Sahar, terdapat beberapa pemimpin kanan UMNO Pusat yang menyelar beliau sebagai orang yang tidak pandai beruntung dan orang yang tidak pandai bersyukur dan berterima kasih serta tidak mengenang budi kepada UMNO kerana menyertai PKR. "Saya bertanding atas tiket bebas. Saya tidak anti UMNO atau BN tetapi saya marah dengan Datuk Musa Aman yang langsung tidak memberi ruang dan peluang kepada saya untuk jadi calon di Libaran. Kemudian saya dipecat daripada UMNO untuk seumur hidup. Buat apa saya tunggu parti yang tidak telus perjuangannya?” ujarnya. Lebih 2,000 penyokong PR hadiri Program Himpinan "Black Out 505" Sabah di Dewan Hakka, Sandakan.

#sumber Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Jika Copy Paste, Sila Nyatakan Sumber Artikel Ini: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/06/panas-4600-ahli-umno-libaran-sertai-pkr.html#ixzz2VkcdT57t

Saturday, June 8, 2013

Delegasi Mongolia mahu jawapan kematian Altantuya

Delegasi Mongolia mahu jawapan kematian Altantuya
 
Delegasi Mongolia di Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri wanita warganegara itu, Altantuya Shaariibuu di Malaysia.

erdenechim and ariunna mongolian women delegation to KL, pc on altantuyaBercakap kepada media di luar persidangan itu, Presiden Persekutuan 
Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg berkata, perbicaraan baru harus bermula untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.

"Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya.

Diapit oleh kira-kira 70 anggota delegasi, beliau berkata ia demi untuk dua anak lelaki Altantuya yang kini membesar tanpa ibu mereka.

ariunna mongolian women delegation to KL, pc on altantuya"Kami juga berharap diberi bantuan kewangan kepada kedua-dua 
anak-anak tersebut," katanya.

Menurut pengarah eksekutif MWF, Ariunna Shagdarsuren (kanan), MWF telah memutuskan untuk membawa mesej itu bagi pihak keluarga si mati selepas bertemu dengan bapa Altantuya.

"Bapanya telah meminta kami supaya membangkitkan perkara ini kerana beliau perlu memberitahu cucunya mengapa ibu mereka mati di Malaysia," katanya.

"Sudah bertahun-tahun berlalu, berapa lama lagi mereka perlu menunggu?"


Friday, June 7, 2013

PELIK TAPI BENAR

Misteri Tandan Pisang Paling Panjang


Shafie (kiri) dan Abdul Hamid menunjukkan tandan pisang yang mempunyai ketinggian orang dewasa
JENGKA 19 – Seorang peneroka, di sini, terkejut melihat pokok pisang milik jirannya mengeluarkan tandan buah yang mempunyai ketinggian orang dewasa.
Peneroka terbabit, Shafie Mat Akhir, 51, berkata, rupa pelik tandan pisang berkenaan disedarinya tiga hari lalu.
1

“Ketika itu saya sedang membaiki kereta, sambil itu saya pandang sekeliling rumah, tiba-tiba saya nampak buah pisang ini. Peliknya ia memanjang dan tidak seperti tandan pisang lain,” katanya.
Pemilik pokok pisang berkenaan, Abdul Hamid Mohd, 60, berkata, pokok terbabit ditanam isterinya, Razemah Awang Mohd, 60, pada November tahun lalu.
“Pokok pisang ini dibawa pulang oleh anak pakcik. Ia mula berbuah Januari lalu dan pakcik tengok semakin lama ia semakin memanjang.
“Kalau diperhatikan, jantung pisang ini masih lagi mengeluarkan buah. Pakcik tidak tahu sepanjang mana ia akan berhenti berbuah,” katanya.
Berdasarkan pemerhatian Sinar Harian, tandan pisang itu dianggarkan sepanjang 2.5 meter dan mengeluarkan sebanyak 2,500 biji buah.
Abdul Hamid berkata, dia tidak memaklumkan kejadian pelik pokok pisangnya kepada orang ramai kerana menganggap ia perkara biasa.
Katanya, jika ada yang berminat untuk membeli buah pisang itu, dia akan menjualkan pada harga yang ditawarkan mengikut keadaan.
“Pakcik tidak tahu ia pisang jenis apa dan masih tidak tahu sama ada ia boleh dimakan atau tidak.
“Pakcik masih menunggu sehingga jantungnya habis mengeluarkan buah, lepas itu barulah boleh tahu,” katanya.
Sumber dari: Sinar

Hartanah di Johor Berkelas Tinggi Berjaya Dibolot 130,000 Warga Asing. Cara Atasi? Kadar Cukai Akan Naik!

Hartanah di Johor Berkelas Tinggi Berjaya Dibolot 130,000 Warga Asing. Cara Atasi? Kadar Cukai Akan Naik!

by STAFF BERITA SEMASA on JUNE 6, 2013
Property Nusajaya Johor
Malaysia adalah antara segelintir negara di Asia Tenggara yang benarkan warga asing membeli hartanah ‘FreeHold’. Jual boleh tetapi mengapa biarkan warga asing memiliki harga kenapa senario seperti ini terus berlaku?
Berita Semasa lebih hormati cara Indonesia mengawal pemilikan hartanah kepada warga asing yang mana hanya dibenarkan tempoh pemilikan pajakan maksima selama 30 tahun sahaja. Malaysia?

Kerajaan Johor Kenakan Kadar Cukai Hartanah Baharu?

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akan mengenakan kadar cukai baharu yang lebih tinggi kepada kira-kira 130,000 pegangan asing yang memiliki hartanah di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata kadar cukai baharu yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat itu berbeza dengan kadar yang dikenakan kepada penduduk tempatan.
Sebentar? Sekadar mahu menaikkan cukai pintu? Terus-terang kami katakan selamba sahaja orang Singapura membayarnya. Adakah cadangan seperti ini yang mampu dikeutarakan setakat ini? Tiada lagikah cadangan yang lebih agresif daripada ini?
Tidak mustahil, tidak lama sahaja lagi Johor bakal  menjadi tempat tinggal dan kediaman untuk rakyat Singapura.  Trend sekarang, orang Singapura tinggal di Johor Bahru, rumah mereka di Singapura  disewakan kepada expartariat.
Akhirnya, apa yang berlaku sekarang harga rumah di Johor Bahru melambung-lambung tinggi disebabkan permintaan daripada kelompok mereka ini. Natijahnya, warga Malaysia terutamanya orang Melayu Johor tidak mampu beli hartanah di sana sebaliknya sedikit demi sedikit JB bakal jadi tempat tinggal warga Singapura.
Sambung baca lagi laporan Bernama di sini…
Gambar Iskandar Malaysia“Sudah tiba masanya kerajaan negeri memberi perhatian kepada pegangan asing di negeri ini kerana rakyat kita di negara luar juga dikenakan kadar cukai yang berbeza. Jadi saya rasa untuk permulaannya kita kenakan kadar berbeza bagi cukai harta,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Zon Permas, di sini hari ini.
Mohamed Khaled yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Permas berkata, beliau yakin rakyat Johor akan bersetuju dengan keputusan tersebut kerana ia akan memberi keuntungan kepada mereka manakala warga asing pula perlu belajar bersyukur kerana memiliki harta di negeri ini. – Bernama
Sumber : Berita Bernama
Hakikatnya rumah-rumah di Johor amat murah bagi orang Singapura. Pemandu teksi di Singapura pun boleh milki hartanah bernilai RM400,000 di Johor Bahru. Mengambil kira faktor :
  • Pendapatan perkapita rakyat Singapura lebih 4 kali ganda berbanding rakyat Malaysia sendiri umumnya dan rakyat Johor amnya
  • Keduanya, adalah disebabkan kadar tukaran matawang Singapura agak tinggi sekitar 2 kali lebih berbanding Malaysia
  • Dan akhirnya, undang-undang pemilikan hartanah di Malaysia kepada warga asing masih lagi lemah
Ayuuh penguatkuasa, kapitalis hartanah yang berada di barisan hadapan dan juga kalangan yang berkepentingan & berpengaruh yang berselindung di belakang mereka ini, sedarlah jangan biarkan rakyat sendiri merempat dek kerana sibuk mengejar pembangunan dan keuntungan yang maksima semata. Akhirnya lagu di bawah ini bakal menjadi siualan untuk tempoh masa yang kan datang. Tidak mustahil…..
Jangan hanya pandai berdegar-degar di kaca televisyen dan di media arus perdana yang lain mahu memperjuangkan bangsa Melayu amnya dan rakyat Malaysia umumnya tetapi hakikatnya di belakang, bersama-sama menyokong membina rumah mahal & menjual serta menggadai kepada warga asing.
  • Baru-baru antara kami ada pergi ke pejabat jualan pemaju yang terkenal di sana. Penuh dengan warga Singapura.
  • Apabila ditanya, harga satu unit rumah kluster yang terpampang “only bumi unit left” dengan harga RM1 juta lebih
  • Adakah ada warga Johor yang waras beli rumah teres dengan harga RM500,000 ke atas?
  • Majoriti pemilik hartanah Seri Alam. Bukit Indah orang mana? Kalau tidak….
  • Projek terbaru laris macam goreng pisang. Satu lagi projek berhadapan dengan Jusco Bukit Indah telah pun “sold out” walaupun belum “launch” lagi. Siapa pembelinya? Kalau tidak…..
Jikalau dilihat keadaan di sekitar JB/Nusajaya agak sedih kerana :
  • Seri Alam – Rumah yang bawah RM300,000 tidak akan dibina lagi, ada satu taman baru RM500,000 ke atas, apabila ditanya kepada pihak pemaju, jawapan mereka projek tersebut dipasarkan untuk kalangan”lecturers expatriate” yang akan datang  di mana Seri Alam bakal menjadi bandar Ilmu.
  • Buat rumah di ulu Pasir Gudang pun sama, pun sudah mencecah RM350,000.

Hartanah di Johor Semakin Mahal : Usaha Menganinya?

Jadi, apa lagi usaha yang mahu dilakukan kepada orang Melayu Johor yang terdiri daripada golongan pertengahan & rendah terutamanya bagi membantu meningkatkan slot kependudukan mereka di di kawasan utama Johor?
Kenakan cukai tinggi kepada warga asing hanya bantu kerajaan tambah duit dan pendapatan sahaja terutamanya bagi menampung pemberian BR1M setiap tahun. Tetapi dengan duit BR1M tersebut, berapa banyak impaknya kepada orang melayu yang tercari-cari hartanah di kawasan bandar apatah lagi di tanahair sendiri.
Yang dibimbangkan pada masa akan datang, jika ditangani dengan mekanisme yang lebih baik Johor pasti akan jadi seperti Palestin saja suatu hari nanti. Tidak mustahil. Dahulu…..
  • asalnya tanah palestin luas, orang-orang kaya Yahudi membeli sedikit demi sedikit tanah dari orang palestin
  • akhirnya bila Yahudi kuat, mereka merampas begitu sahaja baki tanah palestin yang tinggal.
Harga Hartanah di Johor
Kebanyakan rumah di Johor berharga RM400,000 ke atas yang mana mampu dibeli oleh golongan gaji lebih daripada RM7,000 sebulan sahaja. Jadi kepada Menteri Besar Johor, tolong bagi statistik berapa ramai rakyat di Johor terutamanya Melayu yang bergaji sedemikian rupa?
  1. Sepatutnya warga asing tidak boleh beli hartanah freehold
  2. Pajakan hanya tempoh yang singkat sahaja
  3. Nilai hartanah yang boleh dibeli warga asing hanyalah pada kadar jutaan ringgit sahaja
  4. Dan dikenakan RPGT berkali ganda berbanding rakyat tempatan
Gambar Danga BaySekarang ini terdapat projek komersial & perumahan yang bertaraf antarabangsa di sekitar Danga Bay. Pelan asal yang diluluskan dicadangkan di masjid dibina di tenga-tengah kawasan komersial berkelas mewah ala-ala masjid Kotaraya. Tetapi akhirnya, ada suara-suara yang berpengaruh meminta mengeluarkan pelan pembinaan masjid tersebut dengan alasan kawasan tersebut disasarkan untuk warga Singapura yang boleh menyebabkan jalan sesak ketika Hari Jumaat terutamanya. Inilah satu insiden yang menunjukkan di sini pelabur Singapura cukup dihormati di Malaysia.
Jenaka yang paling di Johor selama ini apa dia?
Hanya tanah kubur dan angin sahaja tidak dijual
Belum masuk lagi bab kisah jual beli pasir kepada Singapura  sehingga kelihatan Selat Tabrau semakin lama semakin sempit. Bagaimana boleh jadi begini? Apakah Johor ini diperintah oleh komunis? Cina? Yahudi? Warga asing?

Hujah konkrit untuk pecat Wan Ahmad dari SPR

http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=27048

Hujah konkrit untuk pecat Wan Ahmad dari SPR
Posted on Friday, June 07 @ 08:52:33 MYT by paktam
Minda LutfiOleh Ahmad Lutfi Othman
Semasa saya bercuti di Cameron Highland hujung minggu lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, menelefon saya beberapa kali. Talian kurang baik menghalang kami berkomunikasi dengan lancar. Saya jangkakan tentu ada hal mustahak yang mahu dikongsinya.


Beliau yang kembali menulis di Harakah dalam kolumnya, Membedah Demokrasi, menimbulkan soal bedah siasat PRU13. "Kita bukan saja boleh menyediakan hasil post mortem PRU13, malah sudah boleh menyiapkan laporan post mortem kekalahan Pakatan dalam PRU14," ujarnya. Saya mulanya agak kehairanan tetapi turut ketawa kecil apabila memahami makna tersirat.
Kunci kata Mat Sabu, jika sistem dan proses pilihan raya sekarang terus berjalan sehingga PRU14, tidak sukar untuk menjangka BN dapat mengekalkan kuasa meskipun undi popularnya mungkin terus merosot, dengan pelbagai taktik licik, tipu muslihat, penggunaan kemudahan kerajaan, manipulasi media dan politik wang, apatah lagi melalui proses persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Segera saya teringat pengumuman Perdana Menteri, Najib Razak, bahawa SPR bakal diletakkan di bawah kawal selia jawatankuasa terpilih khas Parlimen.
Sekurang-kurangnya Najib terpaksa memberi respons kepada suara rakyat yang bergema kuat dalam siri jelajah Blackout 505 yang dianjurkan di seluruh negara, antara lain mendesak semua anggota SPR yang diterajui Abd Aziz Mohd Yusof dan Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan, selain menangguhkan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya sehinggalah anggota SPR baru yang berwibawa dan dipersetujui semua pihak, mengikut konsensus rakyat.
Bagi saya, jaminan Najib di hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong itu seharusnya tidak mengendurkan tuntutan rakyat, yang marah dan kecewa dengan sistem dan amalan pilihan raya di Malaysia, khususnya dalam PRU13. Cadangannya -- walaupun disambut baik banyak pihak -- seolah-olah mahu menutup atau membiarkan saja segala ketempangan PRU13 berlalu.
Tekanan mesti ditingkatkan lagi, termasuk melalui rapat umum dan perarakan besar-besaran, sekurang-kurangnya dalam waktu terdekat agar tercapai hasrat untuk melantik anggota SPR yang baru, selaras dengan Perkara 114(2), bahawa Agong, "pada melantik ahli-ahli SPR hendaklah memandangkan kepada mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat KEPERCAYAAN AWAM".
Ketujuh-tujuh anggota SPR berdepan krisis kepercayaan yang begitu serius. Hampir semua mereka tidak dilihat mempunyai integriti tinggi, yang dikira mampu bertindak bebas daripada pengaruh elit penguasa. Kadang-kadang dua penjawat paling kanannya dilihat bertindak melebihi pemimpin Umno-BN sendiri,  manakala SPR dianggap umpama komponen BN.
Oleh itu, kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad bahawa proses persempadanan semula kawasan pilihan raya akan dibuat secara telus hanya akan diketawakan terutama bagi mereka yang mengikuti amalan sama pada 2003. Wan Ahmad ketika itu menjadi perancang utama yang melakarkan kawasan pilihan raya semata-mata demi keuntungan politik Umno-BN, selepas Umno mendapat tamparan hebat dalam pilihan raya 1999. Dalam PRU10 itu, majoriti pengundi Melayu bangkit protes Dr Mahathir Mohamad dan Umno-BN.
Menurut pengkaji pilihan raya, Dr Ong Kian Ming, yang juga Ahli Parlimen Serdang, pada 2003 itu, prinsip-prinsip seperti rural weightage -- di mana kawasan pedalaman, dengan jaringan pengangkutan yang lemah dan luas kawasannya, perlu mempunyai jumlah pengundi yang lebih kecil daripada kawasan bandar yang lebih tepu dan mudah dihubungi -- telah dilanggar dengan jelas oleh SPR, terutama di Kedah.
"Undi bukan Melayu dikeluarkan daripada kawasan selamat Alor Setar dan dimasukkan ke kawasan PAS, Kuala Kedah dan Pokok Sena. Pengundi bukan Melayu juga dikeluarkan dari kawasan kerusi selamat Bn di Merbok ke kerusi PAS di Jerai. Kawasan majoriti Umno-Bn di Padang Serai dipindahkan ke kerusi PAs di Baling," tegasnya.

Jadual 1: Perbedaan di kawasan jumlah pengundi antara kawasan bandar dan pedalaman di Kedah selepas persempadanan semula pada 2003
Kerusi Parlimen  Keluasan (km2) Pengundi 2003 Pengundi 2013P8 Pokok Sena    320                 64,192        80,916
P9 Alor Setar       109                 56,007        80,916
P10 Kuala Kedah  232                73,942        95,534
P16 Baling           1,544             73,942        93,376
P17 Padang Serai 352                51,778        74,245
Menurut analisis Kian Ming, di kerusi Alor Setar, walaupun  kawasan bandar yang maju dengan keluasan kawasan terkecil di antara semua parlimen di Kedah, sebenarnya mempunyai jumlah pengundi (56,007) yang lebih kecil berbanding kawasan jiran yang lebih besar seperti  Pokok Sena (64,912) dan Kuala Kedah (73,942).
Perbedaan ini masih kelihatan dalam PRU13, di mana Alor Setar mempunyai 69,189 pengundi berbanding 80,916 di Pokok Senan dan 95,534 di Kuala Kedah.
Kes paling melampau ialah Baling, kawasan pedalaman di Kedah. Persempadanan semula  2003 meningkatkan jumlah keluasan Baling dari 1,107 km2 ke 1,544 km2, sedikit kecil daripada Melaka. Ini kerana salah satu  kawasan kuat Umno di kerusi jiran Padang Serai – Kuala Ketil – dipindahkan ke Baling.
Akibatnya, Padang Serai, yang lebih bersifat bandar mempunyai jumlah pengundi lebih kecil (51,778) dibandingkan dengan Baling (73,942). Baling sekarang mempunyai 93,386 pengundi (kedua terbesar di Kedah) dibandingkan 74,425 di kawasan bandar Padang Serai.
Jadual ke-13 Perlembagaan, Bahagian 1, mengenai prinsip berhubung persempadanan bahagian pilihan raya, antara lain menegaskan "prinsip-prinsip berikut hendaklah dengan seberapa boleh diambil kira ... bilangan pemilih dalam tiap-tiap satu bahagian pilihan raya dalam sesuatu negeri patutlah lebih kurang sama banyaknya kecuali bahawa memandang kepada lebih besar kesulitan untuk sampai kepada pemilih dalam daerah kampung  dan lain-lain kesukaran yang dihadapi bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar, luasnya bahagian itu patutlah diberi pertimbangan."
Namun, yang menjadi pertimbangan serius SPR pada 2003, terutama oleh Wan Ahmad, adalah keupayaan Umno-BN untuk menang dalam PRU2004, dengan menjangkakan pengundi Melayu akan membawa masalah besar kepada BN, seperti ditunjukkan dalam PRU1999.
Justeru, negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu langsung tidak mendapat sebarang kerusi Parlimen tambahan. SPR, seperti kehendak Perdana Menteri waktu itu, Dr Mahathir Mohamad, yang bertindak membanyakkan kerusi campuran, sebagai "ucapan terima kasih" kepada pengundi Cina yang menyelamatkan BN pada 1999, walaupun akhirnya memakan diri pada 2008 dan 2013!
Kesimpulannya, keanggotaan SPR yang tidak lagi mendapat KEPERCAYAAN AWAM ini mesti dirombak dan proses persempadanan semula harus ditangguhkan dahulu.
Kenyataan sinis Mat Sabu bahawa post mortem PRU14 pun boleh dibuat kembali menjentik fikiran saya. Apakah kita menyertai pilihan raya demi pilihan raya hanya untuk membuktikan negara ini mengamalkan demokrasi tetapi tidak akan sama sekali mengizinkan pertukaran kerajaan melalui sistem  pilihan raya yang tempang dan songsang ini? Black 5050 pada 15 Jun ini memang salah satu kaedah untuk menekan dan mempengaruhi kerajaan, tetapi ia bukan pertama kali kita anjurkan, dan kita sendiri boleh menilai impak positifnya. Lalu, apa pilihan lagi yang kita ada?