Cuba Banding

Saturday, June 30, 2012

Kerajaan Berhutang KWSP RM144.5 Bilion

Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)?
Posted on Saturday, June 30 @ 01:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

ArtikelOleh: imamsurau

"Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)? Lepas Ini, Pengeluaran Wang KWSP (Total) Umur 60 Tahun?

Sekarang ini, pekerja swasta masih boleh membuat pengeluaran wang KWSP di akaun 2 ketika menginjak ke usia 50 tahun. Tetapi untukpengeluaran wang KWSP melibatkan pengeluaran keseluruhan (secara total) kalangan anda semua mesti tunggu sehingga 60 tahun. Apa sebenarnya tujuan dan matlamat KWSP sebenarnya?

Pengeluaran Caruman KWSP Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)? Lepas Ini, Pengeluaran Wang KWSP (Total) Umur 60 Tahun?

Seperti yang diketahui anda di sini, KWSP ini merupakan sebuah institusi yang menjadi platform kalangan kakitangan kerajaan mahupun swasta ini membuat simpanan di hari tua bukannya simpanan sehingga mati!! 2 situasi dan perkara yang berbeza di situ.

Sepatutnya KWSP memberikan kelonggaran kepada mana-mana pekerja yang mahu bersara pada umur 55 tahun dengan membenarkan mereka membuat pengeluaran wang KWSP secara total. Ini adalah masa sesuai untuk mereka merasai nikmat di atas penat lelah mereka selama bertahun-tahun mengerah tenaga dan komitmen yang diberikan mereka. Nak harapankandividen KWSP setiap tahun, berapa sangat yang mereka dapat? Ini wang dan hak mereka, kembalikan semula kepada empunya badan!!.

Kena ingat:
“Nilai wang fiat setiap tahun makin lama makin menyusut”
Takut orang-orang tua ini menyalahgunakan wang sendiri di penghujung usia? Sementara di usia muda inilah, berikan mereka informasi dan pendedahan bagaimana menguruskan kewangan mereka dengan betul. Kebanyakan yang menyalahgunakan wang mereka di hari itu bagi kami masih lagi kes terpencil.

Pengeluaran Wang KWSP (Total) : Dinaikkan Had Umur!!

Tetapi jikalau anda semak keretan akhbar di bawah, pasti anda akan tahu apa sebab-musababkerajaan mahu melanjutkan had persaraan kepada umur 60 tahun. Sekarang ini nilai hutang kita sudah mencecah RM470.6 bilion yang mana jumlah besar terdiri daripada hutang dalam negeri termasuk hutang kerajaan persekutuan terhadap KWSP (wang milik kakitangan kerajaan dan swasta) yang kini sudah mencecah RM144.5 bilion (setakat data pada 31 Disember 2011).

Hutang Pinjaman KWSP Kerajaan Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)? Lepas Ini, Pengeluaran Wang KWSP (Total) Umur 60 Tahun?

Cadangan Meningkatkan Dana KWSP?Ada jalan penyelesaiannya setakat ini yang diambil oleh pihak kerajaan?
  1. Naikkan had persaraan kakitangan kerajaan
  2. Naikkan had persaraan kakitangan swasta
  3. Naikkan had umur bagi pengeluaran wang KWSP secara total pada umur 60 tahun
  4. Kemudian sekarang ini kerajaan mahu mengkaji sama ada mahu beri pencen bagi pekerja swasta
Bagi kami, sepatutnya dibolehkan pada pengeluaran wang KWSP akaun 2 umur 50 tahun manakala pengeluaran wang KWSP secara keseluruhannya dibuka pada umur 55 tahun. Baki 5 tahun perkhidmatan lagi, sementara menunggu usia berhenti wajib, gaji bayar penuh, majikan juga dapat juga faedahnya dengan tidak perlu membuat potongan. Ini disebabkan pada masa itu, gaji dah mati skim, ini bagi kami lebih relevan.

P/S : Jumlah hutang kerajaan Malaysia adalah sebanyak RM470.6 bilion ketika ini manakala hutang kerajaan terhadap KWSP berjumlah RM144.5 bilion. Mampukah kerajaan membayar semula duit rakyat ini? Kami pulangkan semula persoalan ini untuk kerajaan menjawabnya dan menjelaskannya…Apa kata dan respon anda pula?

sumber"
 

http://www.tranungkite.net

Friday, June 29, 2012

Kini Terbongkar pula Skandal Awang Adek

Friday, 29 June 2012

Skandal; Awang Adek DiBeri Tempoh Tiga Minggu

“Awang Adek tidak seharusnya hanya berani mencabar Kelantan dalam isu Dinar, jawab dahulu cabaran kami!,"Saifuddin mencabar Awang Adek untuk menafikan beliau mempunyai hubungan erat dengan individu dan syarikat terbabit.

Dato Saifuddin Nasution Ismail selaku Setiausaha Agong PKR menuntut penjelasan daripada Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berhubung dakwaan wujudnya penyiasatan terhadap salahlaku beliau semasa beliau menjadi Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)

Dalam kenyataan media yang diedarkan, Saifuddin  meragui hubungan Awang Adek dengan seorang ahli perniagaan, Chung Hon Cheong, yang menjadi pemilik serta pengarah kepada syarikat  Sun Prestige Sdn Bhd, syarikat Vertex United Sdn Bhd, berikutan beberapa transaksi kewangan yang membabitkan mereka berdua.

Menurutnya, keraguan juga timbul berikutan terdapat fakta yang membuktikan beliau mempunyai hubungan dengan Sun Prestige Sdn Bhd, yang memperolehi kontrak mencetak nota RM2.00 sebanyak 100 juta keping dari BNM.

Justeru beliau meminta Awang Adek untuk menjelaskan beberapa keraguan:

1. Mengapakah pada 1999, Awang Adek menjual rumahnya di Damansara  kepada Vertex United Sdn Bhd pada harga RM550,000.00?

2. Mengapakah Chung Hon Cheong menerusi Ultimate Holidays Sdn Bhd membuat pembayaran penerbangan Awang Adek ke Tokyo untuk trip penerbangan 28 Jun 1999 hingga 1 Julai 1999?

3. Benarkah isteri Awang Adek membeli Honda Civic 1.6 menerusi Chung Hon Cheong dan benarkah beliau yang membayar ansuran bulanan sebanyak RM2122.00 sebulan?

4. Benarkan Chung Hon Cheong membuat sumbangan (donation) kepada beberapa buah persatuan yang dinaungi Awang Adek?

5. Siapakah yang membiaya pembelian rumah banglo dua tingkat di Tropicana?

Katanya, ada banyak lagi maklumat mengenai pelbagai pembayaran insuran hartanah, pembayaran road tax, pembelian kereta, bayaran pengaturan permainan golf, pembayaran bil telefon yang membabitkan Awang Adek dengan Chung Hon Cheong.

“Kes-kes ini seolah-olah menunjukkan, wujudnya hubungan rapat bekas Penolong Gabenor BNM dengan syarikat yang memperolehi kontrak jutaan RM dari BNM.
“Apakah hubungan ini boleh dijadikan asas untuk Chung Hon Cheong menggunakan pengaruhnya kepada pengurusan atasan BNM untuk menganugerahkan kontrak kepada beliau?,”soalnya.

Sehubungan itu, beliau memberikan tempoh tiga minggu untuk Awang Adek menjelaskan segala dakwaan yang disenaraikan terhadap beliau.

-buletin online
http://nizar-coretanku.blogspot.com

Krisis dalaman pemuda Umno Johor makin parah

Krisis dalaman pemuda Umno Johor makin parah
Berita
Sumber Nusajayakini.com

JOHOR BAHRU: Umno Johor terus dilanda krisis dalaman parti dan terbaru membabitkan sayap pemuda negeri itu.

Menurut Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat, beliau mendapat maklumat dalam satu mesyuarat Pemuda Umno Johor di sebuah hotel di ibu negara malam tadi, 16 daripada 26 ketua pemuda Umno bahagian menolak secara terang-terangan kepimpinan ketua Pemuda Umno Johor Mohd Fadil Muskon.




Kesemua 16 mereka juga menurut Suhaizan mendesak Mohd Fadil meletak jawatan dengan kadar segera.
"Bermakna 61% Ketua-ketua Pemuda UMNO bahagian menolak kepimpinan Pemuda Umno Negeri sekarang.

"Antara Ketua-ketua Pemuda Umno yang terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan Mohd Fadil adalah Ketua Pemuda Umno bahagian Pontian, Batu Pahat, Pagoh, Tebrau, Johor Bahru dan lain-lain lagi," katanya.

Menurut Suhaizan lagi, terdapat juga Ketua-ketua Pemuda Umno Bahagian yang tidak hadir dalam mesyuarat tersebut kerana tidak mahu terlibat dalam masalah yang sedang dihadapi. 

Difahamkan antara alasan penolakan Mohd Fadil Muskon adalah kerana beliau daripada kem Khairy Jamaluddin sedangkan16 ketua pemuda yang menolaknya adalah dari kem Datuk Razali Ibrahim. 

Selain daripada itu, terdapat juga pandangan menyatakan bahawa Mohd Fadil ‘budak baik’ dan kurang senang dengan pemuda-pemuda Umno bahagian yang mengambil kesempatan daripada projek-projek kerajaan.

"Perpecahan ini telah membuktikan bahawa Umno Johor sudah berada dalam keadaan tenat.  
Posted on Thursday, June 28 @ 20:25:09 MYT by ibn_bacokshttp://www.selatanonline.net/ 

Thursday, June 28, 2012

Apa Kata Guan Eng apabila dihujani degan soalan hudud

Guan Eng dihujani soalan hudud dalam wacana DAP
  • Abdul Rahim Sabri
  • 2:19PM Jun 28 2012
 
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng malam tadi 'dihujani' pelbagai persoalan berkaitan pendirian dan sikap parti itu terhadap isu hudud yang menjadi perjuangan parti rakannya PAS dalam Pakatan Rakyat.

Dalam program wacananya untuk mendekati Melayu di Shah Alam malam tadi, sesi soal-jawab menjadi panas apabila peserta Melayu yang rata-rata muda bangkit bertanyakan isu itu kepadanya.

NONELim mengulangi pendirian bahawa DAP "tidak bersetuju" dengan hudud kerana mereka "berpegang kepada perlembagaan dan tidak ada peruntukan untuk hudud" di dalamnya.

Bagaimanapun tegasnya, perkara itu tidak menghalang DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR khususnya dalam perkara yang dipersetujui seperti menentang kemungkaran dan membanteras rasuah.

"Kita berbincang untuk berpegang kepada yang sedia ada. Kita mesti mengikut amalan dan konvensyen yang ditetapkan.

"PAS ada pendirian, DAP ada pendirian. Tetapi ia tidak menghalang kerjasama dalam isu yang lebih besar," katanya dalam wacana bertajuk "Benarkah DAP mengancam Islam" anjuran akhbar web berbahasa Melayu DAP Roketkini.

'Tak mungkin pujuk non-Muslim terima hudud'
Lim turut ditanya seorang anak muda bagaimana parti itu menerapkan kefahaman kepada bukan Islam mengenai hudud selepas ia didakwa ditakut-takutkan pemimpin BN.

"Tidak mungkin (DAP) memujuk orang bukan Islam untuk menerima hudud. Hakikatnya bukan DAP sahaja tidak terima hudud, tetapi kebanyakan orang bukan Islam, di Sabah dan Sarawak lebih ramai tidak bersetuju.

NONE"Itulah hakikat yang kita kena terima. Pemimpin PAS perlu menerima hakikat, hudud tidak diterima oleh golongan bukan Islam. Tetapi mereka memberi keyakinan bahawa mereka tidak akan paksa. (Saya rasa) itu yang penting," katanya.

Sehubungan itu, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang mengajak semua pihak supaya tidak terperangkap dengan Umno yang didakwanya mahu menonjolkan isu hudud untuk memecahbelahkan Pakatan.

"Kita berdasarkan kerjasama atau prinsip musyawarah. Kalau kita bersetuju, mari kita cari kata putus. (Perkara) yang tidak boleh bersetuju, kita terima pandangan yang berbeza," katanya.

Sementara itu, Lim menegaskan salah faham rakyat khususnya orang Melayu-Islam terhadap parti itu disebabkan "persepsi palsu" yang didakwanya dibentuk oleh BN.

Lim juga menafikan dakwaan DAP anti-Islam, memandangkan parti yang ditubuhkan pada 1966 itu menerima perkara yang termaktub dalam perlembagaan termasuk Islam sebagai agama persekutuan.

"Ia (anti-Islam) tidak mungkin berlaku... Apa bukti DAP anti Islam? Sejak DAP jadi kerajaan di Pulau Pinang, halang maulud (nabi) ka? Fitnah yang berulang-ulang mungkin akan percaya.

Pensyarah: Aktivis Islam selesa dengan DAP dari Umno


Menurut ahli parlimen Bagan itu, DAP dan PAS sebenarnya mempunyai banyak persamaan dari sudut "mahu rakyat hidup dengan bermaruah, keadilan dan kebebasan".

Dr Maszlee Malik (2)Bahkan, beliau tidak mahu perbezaan antara kedua-dua parti memecahkan Pakatan Rakyat di samping saling hormat-menghormati dan menyifatkan perbezaan pandangan merupakan satu lumrah.

Sementara itu, pensyarah Univerisiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik berkata, berdasarkan tinjauannya, ramai aktivis Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) "lebih selesa" dengan DAP berbanding Umno.

Beliau membangkitkan beberapa isu sebelum ini berkaitan Islam antaranya menukar cuti hari Jumaat kepada Ahad di beberapa negeri, meroboh surau dan isu memecat mufti.

"Adakah DAP Pulau Pinang yang buat? Siapa yang anti-Islam?" soal Dr Maszlee yang diiringi jawapan "Umno" dari kira-kira 150 hadirin.

"Ini persepsi.... Persepsi selalu bersalahan dengan fakta. (Jadi) lihat fakta," katanya.

Di samping itu, Dr Maslee juga berkata beliau pelik, mengapa MCA tidak dikatakan sebagai anti-Islam sedangkan pemimpinnya didakwa menghina hudud, haji dan wanita bersalaman dengan lelaki.

SPRM menyoal siasat pengarah strategi PKR Rafizi Ramli malam ini

SPRM siasat Rafizi isu PM campur tangan tender
  • Andrew Ong
  • 9:50PM Jun 27 2012
 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat pengarah strategi PKR Rafizi Ramli malam ini susulan pendedahannya berhubung dakwaan campur tangan perdana menteri dalam projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1 bilion.

Menurut peguamnya N Surendran, empat pegawai suruhanjaya itu mengambil keterangan Rafizi selama 15 minit di ibu pejabat PKR di Tropicana kira-kira jam 8 malam.

Peguam itu berkata, siasatan berkenaan bertujuan memastikan satu laporan Malaysiakini yang mengutip kenyataan Rafizi di sidang medianya pagi ini. 

Rafizi mendakwa Datuk Seri Najib Abdul Razak mengutamakan sebuah syarikat yang membida dengan harga lebih tinggi.

Rafizi dalam pendedahannya mendakwa, pada mulanya Kementerian Kewangan menganugerahkan kontrak itu kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys, berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK).

Sedangkan, dakwa Rafizi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lepas melahirkan hasrat menganugerahkannya kepada Konsortium George Kent, seperti dilaporkan media.

Keputusan itu didakwa bertentangan dengan keputusan JPMK - jawatankuasa tertinggi Kementerian Kewangan dan dipengerusikan sendiri oleh Najib - yang bersidang pada 25 Januari 2012. 

Tuesday, June 26, 2012

MAKLUMAT SULIT BOCOR .... DOKUMEN SKANDAL SCORPENE TERDEDAH DIINTERNET!!!!

MAKLUMAT SULIT BOCOR .... DOKUMEN SKANDAL SCORPENE TERDEDAH DIINTERNET!!!!

Muat turun dokumen skandal kapal selam Scorpene


DOKUMEN berkenaan skandal Kapal Selam Scorpene telah mula dimuatnaik ke internet sejak semalam. Namun dokumen tersebut berbahasa Perancis, silalah download.

Difahamkan dokumen tersebut dihantar oleh individu yang tidak dikenali kepada Asia Sentinel yang berpengkalan di Hong Kong. Ia merupakan laporan hasil daripada serbuan dan penyiasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Perancis berhubung skandal tersebut Pada 7 April, 2010.


Maklumat lanjut berkenaan dokumen tersebut boleh rujuk di sini [Asia Sentinel] - 70 DOKUMEN
http://www.scribd.com/collections/3678742/The-French-Malaysian-Submarine-Scandal-the-Documents




Mendalam dan Dirty: Skandal Submarine Malaysia
Ditulis oleh John Berthelsen
Isnin, 25 JUNE 2012

Scorpene menyelam: Tidak cukup dalam
Dokumen pendakwaan yang bocor menunjukkan corak salah laku rasmi dalam kedua-dua negara


Satu kempen dua dekad oleh Perancis-syarikat milik negeri pertahanan gergasi DCN dan anak-anak syarikatnya untuk menjual kapal selam kepada kementerian pertahanan Malaysia telah menyebabkan dalam memperkusut lama daripada ugut, rasuah, menjajakan pengaruh, penyalahgunaan aset korporat dan penyembunyian, antara lain tuduhan , menurut dokumen yang disediakan untuk Sentinel Asia.

Sebahagian dari kekejaman nampaknya telah berlaku dengan pengetahuan pegawai tinggi kerajaan Perancis termasuk kemudian asing Menteri Alain Juppé dan dengan persetujuan bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad, menurut dokumen itu, yang terdiri daripada 133 fail yang berasingan dan beratus-ratus muka surat. Mereka telah dibentangkan kepada Majistret Pendakwa Perancis di Mahkamah de Grand instance de Paris pada bulan Mei dan Jun 2011. Peguam Perancis telah mula menyediakan sepina untuk ahli politik terkemuka Malaysia termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Pertahanan semasa, Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa tokoh-tokoh.

Dokumen-dokumen yang telah dihantar tanpa nama untuk Asia Sentinel melalui laluan yg memutar yang membawa mereka ke Brussels, Belgium, Lagos, Nigeria; Brazzaville, Congo; Libreville, Gabon, kemudian Leipzig, Jerman dan akhirnya ke Hong Kong. Dokumen-dokumen, ditulis dalam bahasa Perancis, boleh didapati dalam koleksi dalam akaun Scribd Asia Sentinel.

LINK di sini untuk melihat dokumen.http://www.scribd.com/collections/3678742/The-French-Malaysian-Submarine-Scandal-the-Documents





Dokumen-dokumen yang telah disusun akibat satu serbuan pada April 7, 2010, apabila sejumlah penyiasat dari itu unit jenayah anti-terancang dan kewangan Direktorat di Perancis Polis Kehakiman swooped turun pejabat DCN, di 19 rue du Kolonel Pierre AVIA di Paris Arondissement 15, dan empat lokasi lain, menuntut supaya pegawai terkejut memberikan mereka akses kepada peti besi, fail dan komputer. Mereka mengumpul beribu-ribu dokumen yang membentuk sebahagian besar gambar-gambar yang dihantar ke Sentinel Asia.

Bersama-sama, mereka yang hadir dakwaan memberatkan pegawai Malaysia yang Matlamat adalah untuk mengemudi bayaran € 114,960,000 (AS $ 114,300,000 pada kadar pertukaran semasa) melalui sebuah syarikat swasta yang bernama Perimekar Sdn Bhd dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak Baginda. Razak Baginda ketika itu ketua tangki Malaysia berfikir dipanggil Penyelidikan Strategik Malaysia, yang berkaitan dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik terbesar di negara ini.

Pembayaran itu ternyata telah melanggar Konvensyen OECD Rasuah, yang mengesahkan Perancis pada 30 Jun, 2000. Pada 29 september, 2000, mengikut D00015 dokumen, DCNI, anak syarikat DCN, telah mengambil tindakan pembetulan "selepas Perancis menyertai konvensyen rasuah. Kontrak menyimpulkan selepas tarikh tersebut adalah untuk akan disalurkan kepada Eurolux dan Gifen, syarikat-syarikat yang dipegang oleh Jean-Marie Boivin, kewangan ketua bekas DCN itu, dan beribu pejabat di Luxembourg dan Malta masing-masing Boivin yang sedang disiasat kerana telah dimainkan 1 peranan pusat dalam yang tindakan "pembetulan, "dengan apa yang telah digambarkan sebagai" komisen aneh "perjalanan melalui berkubang syarikat-syarikat yang ditubuhkan di kawasan perlindungan cukai di seluruh dunia. Antara dokumen-dokumen yang menunjukkan Boivin dibayar untuk menghantar Razak Baginda pada bertamasya ke Macau dengan teman wanita itu, Altantuya Shaariibuu, seorang warganegara Mongolia yang kemudiannya dibunuh oleh dua pengawal peribadi Najib.

"Satu perjanjian yang berasingan menetapkan pampasan lain yang terdiri daripada amaun tetap bebas daripada harga sebenar kontrak utama," satu dokumen membaca merujuk kepada pembayaran kepada Perimekar. "Ini telah dibuat selaras dengan peraturan dalaman [DCN] dan [subsidiarinya] Thales dan OECD. Mendapat manfaat daripada dana ini tidak sukar untuk membayangkan: puak dan hubungan keluarga Encik Razak Baginda. Di samping itu, dana ini akan mencari jalan mereka kepada parti politik yang dominan. "Adalah parti dominan politik Malaysia dan UMNO.

Pertahanan Spree Malaysia

Kisah pada dasarnya bermula apabila Datuk Seri Najib Tun Razak telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet Mahathir pada tahun 1991 dan memulakan tokokan besar-besaran tentera di negara ini, mengatur pembelian kereta kebal, jet Sukhoi, bot peronda pantai dan kapal selam. Yang memulakan persaingan sengit antara Perancis, Jerman, pengilang Sweden, Russia dan Belanda, yang seterusnya pergi mencari kroni-kroni yang paling berkesan kepimpinan Malaysia untuk membantu mereka. Menjelang tahun 1995, menurut dokumen DC00078, Thales anak syarikat DCN, telah kehilangan keluar dengan pengeluar Jerman Kockums AB, yang telah diwakili oleh Amin Shah, digelar "Onassis Malaysia" kerana perniagaan dan beliau kepentingan perkapalan, yang adalah hampir untuk kemudian-kewangan menteri Daim Zainuddin dan disyaki sebagai seorang lelaki depan bagi kepentingan Daim.

Pihak berkuasa Perancis seolah-olah untuk melawan dengan membayar "yuran perundingan" menurut dokumen tulisan tangan yang dipanggil "Perjanjian Perundingan" yang ditandatangani di Kuala Lumpur pada Okt 1, 1996 antara DCN wakil Emmanel Aris Antarabangsa dan Angkatan Tentera Malaysia utama bernama Abdul Rahim Saad. tujuan adalah "untuk memulakan kembali DCNI dalam senarai pendek tender selepas ia telah ditolak oleh Kerajaan Malaysia" pada Dec 14, 1995, menurut dokumen Perancis.

Saraan yang akan dibayar dalam dua lot, AS $ 20,000 sebelum 31, Jan 1996, dan AS $ 80,000 selepas penerimaan. Nampaknya ia berjaya. Rahim kini pengarah urusan sebuah syarikat bernama ARS Sehajatera Sdn Bhd, yang membekalkan peralatan logistik untuk Angkatan Tentera Malaysia.

Walau bagaimanapun, terdapat soalan sama ada Rahim yang pernah dibayar. Satu memo yang dijumpai dalam fail DCN berkata dia "meluahkan rasa tidak puas hati dan mengisytiharkan sokongan untuk Agosta [pengilang Sepanyol Scorpenes untuk DCN] kapal selam sejak 1996 tetapi dia tidak mempunyai apa-apa berita dari DCNI sehingga kini. 'Dia berkata, beliau menganjurkan aktiviti rendang untuk mempromosikan tawaran Perancis ... Beliau mengadu tidak telah dibayar bagi perkhidmatan. "

Akhirnya, menurut dokumen, Amin Shah mula kehilangan pengaruh dengan kerajaan selepas Daim Zainuddin meninggalkan kedudukan beliau sebagai Menteri Kewangan. DCN dan anak-anak syarikatnya mula yang pemutus wujud sumber-sumber lain pengaruh dalam kerajaan Malaysia.

Satu percubaan untuk menarik Tan Sri Razali Ismail, seorang diplomat Malaysia yang paling cemerlang, gagal. "Ia akhirnya gagal dan Encik Abdul Razak Baginda telah dipilih untuk menggantikannya," dokumen ambil perhatian. "Peranan kedua ialah untuk memudahkan prosedur penyerahan kepada kerajaan Malaysia dan menteri-menteri yang bertanggungjawab, khususnya Menteri Pertahanan, dengan siapa dia mendakwa mempunyai hubungan rapat."

Menurut D000112 Dokumen, "... Razak Baginda telah mengekalkan hubungan yang baik dengan Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri. Lebih-lebih lagi, isterinya, Mazlinda Makhzan, adalah kawan rapat isteri Menteri Pertahanan. Oleh itu, Baginda telah menjadi pusat rangkaian. Kedua-dua syarikat adalah di pusat rangkaian ini: Terasasi, yang berkaitan dengan Baginda, dan Perimekar, yang pada mulanya dikuasai oleh Mohamad Ibrahim Mohamad Nor, yang juga rapat dengan Daim Zainuddin. Walau bagaimanapun, dengan Daim meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan selepas meludah dengan Mahathir, Razak Baginda mengambil lebih pemilikan tunggal syarikat itu melalui isterinya.

"Kontrak pertahanan utama di Malaysia seperti di negara-negara lain memerlukan pemindahan wang yang besar kepada individu dan / atau [politik] organisasi," kata dokumen itu. "Di Malaysia, selain daripada individu, parti pemerintah [UMNO] adalah penerima terbesar [agak daripada Perimekar, syarikat yang suruhanjaya itu]. Perunding [ejen atau syarikat-syarikat] sering digunakan sebagai rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan tersebut dan menerima komisen untuk pengetua mereka. "

Jantung Deal yang

Sejak beberapa tahun akan datang, dokumen-dokumen menunjukkan, yang kontrak itu datang dekat membuahkan hasil Razak Baginda dan Najib maneuvered di Perancis untuk mendapatkan tawaran yang terbaik untuk diri mereka dan UMNO, yang mewujudkan memperkusut syarikat melalui dana yang akhirnya akan lulus.

Aktiviti-aktiviti mereka termasuk penubuhan beberapa syarikat termasuk syarikat Perimekar pada tahun 2000 sebagai kenderaan corong pelakuan € 114,900,000 kepada Razak Baginda dan lain-lain, dengan isteri pemegang saham utama Razak Baginda. Pelan itu nampaknya mempunyai kelulusan Mahathir. Kabel diplomatik Menteri Luar Juppé berkata, "syarikat yang dipilih oleh kerajaan untuk projek kapal selam adalah ... Perimekar. Pilihan ini adalah tertakluk pemberitahuan rasmi daripada Kementerian Kewangan Malaysia Kementerian Pertahanan ... Nota bahawa ini keputusan Kementerian Kewangan telah diambil manakala Perdana Menteri sendiri memegang jawatan Menteri Kewangan, selepas pemergian Tun Daim. "

Syarikat Perancis muncul mempunyai tidak ilusi fungsi Perimekar. Dokumen ambil perhatian bahawa "Perimekar adalah sebuah syarikat liabiliti terhad dengan modal MR5 juta (€ 1.4 juta) yang mana 1 juta disediakan. Ia dicipta pada bulan Ogos 1999 ... ia tidak mempunyai rekod jualan sepanjang tahun 2000. Pemilikan dalam proses penstrukturan semula. "

Sebagai Asia Sentinel telah dilaporkan sebelum ini, dokumen D00087 menunjukkan bahawa Najib menuntut AS $ 1 bilion "syarat" untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd "tinggal di Perancis." Nota, bagaimanapun, tidak menjelaskan dengan tepat apa yang bermakna.

Maklumat itu terkandung dalam nota faks dari Francois Dupont, wakil Asia Thales International Asia, kepada ketuanya dan tetapi notasi dalam dokumen-dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah tidak rumit. Dupont menunjukkan bahawa pertemuan dengan Najib pada 14 Julai 2001 akan mengambil tempat dengan "keadaan" yang disebutkan di atas tetapi ia tidak diketahui jika mesyuarat yang berlaku
.

Sepanjang jalan, Jasbir Singh Chahl, salah satu syarikat-syarikat bersekutu Razak Baginda pada Perimekar, memutuskan dia tidak dibayar cukup. Dalam memo beberapa DCN, Jasbir Chahl menuntut 1/4 penuh jumlah Perimekar € 114,960,000.
 Walaupun permintaan beberapa, tidak ada sebarang petunjuk bahawa Chahl telah pernah dibayar. Beliau telah disapina sebagai saksi dalam kes itu, tetapi selepas 1 menunjukkan kepada peguam Perancis yang beliau akan bekerjasama, beliau telah berkata dia tahu tiada apa-apa jua urusan. Beliau dikatakan menjadi sangat sakit dan mengalami beberapa bentuk kanser.

Dokumen lain yang dibuat awam oleh Asia Sentinel awal menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya € 36,000,000 mengalir dari anak syarikat DCNS Terasasi Hong Kong Ltd, yang pegawai utama disenaraikan sebagai Razak Baginda dan bapanya. Najib adalah Menteri Pertahanan dari 1991 melalui masa apabila kapal selam telah dihantar pada tahun 2002. Terasasi hanya wujud sebagai nama di dinding sebuah firma perakaunan daerah Wanchai di Hong Kong.

http://omakkau.blogspot.com/

PKR akan dedah pula 'skandal' projek tambahan LRT Ampang


PKR mahu dedah pula 'skandal' projek tambahan LRT Ampang
4:59PM Jun 25 2012 
PKR akan membuat pendedahan setiap dua hari bermula hari ini mengenai apa yang didakwanya skandal pemberian kontrak pembinaan projek tambahan sistem LRT Ampang yang bernilai  RM960 juta.
NONEPengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (kanan) berkata, projek tersebut yang didakwa dianugerahkan kepada syarikat yang tidak terpilih melalui proses tender terbuka, telah menjejaskan janji pentadbiran Najib untuk membanteras rasuah.

Berikutan itu, tegasnya, PKR akan membuat pendedahan setiap dua hari mengenai skandal tersebut yang bakal menguji komitmen Najib kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan.

Katanya, pendedahan tersebut adalah juga sebagai balasan kepada tindakan Umno memutarbelitkan keputusannya menarik diri dari Kerajaan Selangor sebagai petanda wujud keretakan dalam pentadbiran kerajaan negeri itu yang ditunjangi PKR.

Sebaliknya, kata Rafizi, beliau mengambil tindakan tersebut untuk menumpukan perhatian merancang strategi pilihan raya PKR.

"Saya menasihati Datuk Seri Najib supaya menangani skandal ini dengan baik demi menjaga imej pentadbiran beliau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi adalah individu yang memainkan peranan penting dalam mendedahkan dakwaan penyalahgunaan pinjaman mudah RM250 juta oleh NFC. milik anggota keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
public transportation 260706 star lrtShahrizat tidak dilantik semula sebagai menteri pembangunan wanita,
keluarga dan masyarakat, manakala suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa dengan tuduhan pecah amanah jenayah berhubung pinjaman mudah RM250 juta kerajaan kepada NFC.

Berikutan ini,Najib mengambil alih kementerian berkenaan dan tidak melantik ahli parlimen wanita untuk portfolio tersebut.

Mengenai dakwaan skandal pemberian kontrak pembinaan projek tambahan sistem LRT Ampang, Rafizi mendakwa Najib campurtangan dalam tender terbuka untuk memastikan konsortium George Kent memenangi kontrak tersebut yang bernilai hampir satu bilion ringgit.

Beliau mendakwa, PKR mendapat maklumat yang rapat dengan kerajaan bahawa Najib sendiri campurtangan di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianugerahkan kepada George Kent, sedangkan beliau (Najib) pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka.



http://www.malaysiakini.com/

Monday, June 25, 2012

Selesaikah Masalah permit, Dengan berubatkan tayar

'Masalah permit, tapi ubatnya tayar'
  • Mohd Ikhmal Mohd Iskandar
  • 9:07AM Jun 25 2012
 
ULASAN Lain yang sakit, lain pula ubatnya. Begitulah yang dapat ditafsirkan dalan subsidi TR1MA yang diberikan oleh kerajaan kepada pemandu teksi seluruh Malaysia.

Semua masyarakat sedia maklum, masalah sebenar perkhidmatan teksi di Malaysia adalah berleluasanya permit teksi yang diberi kepada syarikat-syarikat, berbanding kepada pengusaha teksi individu. Kebanjiran permit teksi yang diberi kepada syarikat-syarikat menyaksikan mereka untung ‘atas angin’ di atas penat lelah pemandu teksi.

Sebagai contoh, secara purata kadar sewa teksi sehari adalah RM50. Jika dikumpulkan selama sebulan, ia menjangkau RM1,500 (aama bayaran bulanan kereta 2.4 cc). Sedangkan syarikat hanya membayar sekitar RM 500-RM700 sebulan kepada bank untuk sebuah teksi. 

Dengan kata lain, syarikat secara mudah mengaut keuntungan sebanyak RM800/bulan/teksi. Jika sesuatu syarikat itu memiliki 100 buah teksi, mereka secara mudah mereka mengaut keuntungan sehingga RM80,000 tanpa menumpahkan sebarang keringat di jalan raya.

Sedangkan daripada kerajaan berhempas pulas mengeluarkan peruntukan sebanyak RM32 juta setiap tahun kepada pemandu teksi, mengapa tidak kerajaan memansuhkan terus permit teksi kepada syarikat-syarikat dan bertindak sebagai pemudah cara kepada pemandu  teksi ini untuk mendapatkan permit teksi individu. 

Jika ini dapat direalisasikan pemandu teksi ini dapat menjana pendapatan tambahan sekurang -kurangnya RM800 sebulan dengan hanya membayar bayaran teksi secara sewa beli kepada pihak bank yang mana jauh lebih murah daripada kadar sewaan teksi oleh syarikat. Kerajaan juga dapat menjimatkan peruntukan RM32 juta tadi untuk perkara lain yang lebih penting.

Dengan wang lebihan tadi, pemandu teksi mampu melakukan penyelenggaran dan mencantikkan teksi mereka lagi. Jika teksi mereka cantik dan diselenggara secara sempurna, maka makin ramai akan memilih perkhidmatan mereka. 

Dengan keadaan sekarang di mana limpahan pengangkutan awam seperti bas, komuter, LRT, monorail, teksi dilihat tidak lagi menarik untuk dinaiki, maka jika mereka ini diberikan permit individu, rasa kepunyaan atau ‘self of belonging’ akan dapat diterapkan kepada mereka. 

Justeru itu, mereka akan merasa teksi itu adalah perniagaan mereka dan mereka akan mengusahakan perniagaan mereka secara bersungguh-sungguh dalam menghadapi persaingan semasa.

Akhir kalam, kerajaan perlu melihat pendekatan jangka panjang daripada melakukan pendekatan jangka pendek dan bersifat popular semata. Hanya kerana untuk membeli undi pemandu teksi, kerajaan sanggup berhabis RM32 juta, berbanding memberikan mereka permit teksi yang mana dapat memberi pendapatan tambahan sehingga RM10,000 setahun kepada pemandu teksi. 

Adalah malang, selepas penubuhan Spad sebagai teraju kepada pengangkutan awam darat, kerajaan masih gagal menelusuri permasalahan sebenar pemandu teksi ini. Yang lebih malang lagi, yang sakitnya PERMIT, tapi ubatnya adalah TAYAR. Itulah pemikiran kerajaan 1Malaysia. 

MOHD IKHMAL MOHD ISKANDAR adalah lulusan BBA (Hons) Transport,UiTM, DBS (Transport) UiTM. Beliau merupakan penyelidik untuk kajian pengangkutan awam dan bas henti-henti kerajaan negeri Terengganu.

Sunday, June 24, 2012

Isu Scorpene: Tiada sepina ke atas PM Setakat Ini

Isu Scorpene: Tiada sepina ke atas PM, kata Khairy
  • Zulaikha Zulkifli
  • 6:37PM Jun 24 2012
 
Ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata sehingga ke hari ini, tiada sepina yang mengarahkan perdana menteri untuk tampil ke mahkamah di Perancis berhubung dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene.
Oleh itu dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam berharga RM7.3 bilion itu tidak melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia, katanya.
khairy jamaluddin bn youth volunteers 240612"Yang kena saman bukan perdana menteri atau kerajaan Malaysia. Tapi cuma sebut (nama) sahaja.

"Sampai ke hari ini, tidak ada sepina yang meminta perdana menteri tampil ke mahkamah," kata Khairy semasa menjawab pertanyaan daripada seorang peserta Bengkel Sukarelawan Pemuda BN (BNYV) di PWTC petang ini.

Bercakap dalam program yang dihadiri kira-kira 300 orang, Khairy berkata, isu berhubung kapal selam ini juga telah banyak kali dijawab semasa perbahasan di Parlimen.

Khairy juga berpandangan bahawa isu tersebut hanya merupakan kes diantara seorang peguam Perancis dengan syarikat pertahanan di negara itu, DCNS.
"Tapi mereka seolah-olah buat (isu) seperti ini kes menentang perdana menteri.

"Ini adalah kes antara seorang peguam Perancis dengan satu syarikat Perancis yang melibatkan kita tetapi bukan kita yang didakwa dalam kes tersebut," kata Khairy lagi.

Suaram pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada kerajaan Malaysia sepuluh tahun lalu.

Hakim dalam inkuiri tersebut menerima senarai saksi yang dikemukakan NGO Suaram, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut Suaram, pendengaran itu bagi mengesahkan aduan dan menetapkan keperluan untuk membuat siasatan kehakiman terhadap bayaran RM7.3 bilion yang berlaku ketika Najib menjadi menteri pertahanan.

Peguam Suaram, Joseph Breham berkata, mahkamah negara itu yang menjalankan inkuiri berhubung urusniaga kapal selam Scorpene tersebut mempunyai kuasa memanggil semua pihak untuk membuat pengakuan dalam prosiding di negara itu.



http://www.malaysiakini.com/

Saturday, June 23, 2012

Najib Razak mempertahankan langkah mengadakan pilihan raya ketika musim haji

Najib pertahan p'raya di musim haji
  • Zulaikha Zulkifli
  • 6:46PM Jun 22 2012
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan langkah mengadakan pilihan raya ketika musim haji dengan alasan, perkara seperti itu pernah dijalankan sebelum ini.

Katanya pilihan raya ketika musim haji itu pernah diadakan sebelum ini.

"Saya takkan terikat pada apa-apa desakan pada PAS dan pemimpinnya. Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji."Musim haji pernah diadakan masa (seorang bekas perdana menteri) pada tahun 86 atau 82," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.

Pada ketika itu, seorang anggota jawatakuasanya dicalonkan dalam pilihan raya tersebut.

Namun calon berkenaan tidak dapat dihubungi kerana berada di Mekah pada waktu itu."Jadi bila dia balik, dia terimalah hakikat bahawa dia tidak dapat jadi wakil rakyat," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengambil peluang untuk menyindir timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang memintanya bertanggungjawab sekiranya pilihan raya umum diadakan pada waktu itu.

"Dia lebih daripada Tuhan tentukan soal dosa dan pahala. Sebab kita tak sekat sesiapa nak pergi haji. Dia (orang nak pergi haji) pergi haji, pergilah.

"Dan itu mesti diutamakan bukan soal apa-apa urusan lain termasuk pilihan raya. Kalau dah buat ketetapan nak tunai haji, kita mesti teruskan," kata Najib.

Pinda perlembagaan

Sementara itu, Bernama melaporkan Najib sebagai berkata bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika pilihan raya umum hendak diadakan selepas tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal.
Katanya, tiada apa-apa yang menyekat kerajaan untuk mengadakan pilihan raya umum lebih awal atau menunggu sehingga cukup tempoh lima tahun mentadbir negara. 

"Perlembagaan negara membenarkan Perdana Menteri pada masa berkenaan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen, tapi tidak lewat dari tempoh lima tahun. Itu peruntukan Perlembagaan.

"Selagi tak ubah peruntukan Perlembagaan, kita tak boleh kata kita perlu buat lebih awal sebagai satu ketetapan atau sampai penghujung lima tahun sebagai satu ketetapan. Maknanya kuasa budi bicara itu dibenarkan oleh Perlembagaan," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Parlimen semalam bahawa kerajaan sedang melakukan gerakan kecil-kecilan untuk mempertimbang bahawa pilihan raya umum diadakan apabila tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal. 




http://www.malaysiakini.com/

Friday, June 22, 2012

Rafizi letak jawatan

Rafizi letak jawatan dalam k'jaan S'gor
  • Aidila Razak
  • 6:11PM Jun 21 2012

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini meletak jawatan dalam kerajaan negeri Selangor, atas alasan beliau perlu berehat.

Mengumumkannya di Twitter, Rafizi berkata keputusannya untuk 
meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor "tiada sebarang dimensi politik".

"Semua pertanyaan selepas ini hendaklah ditujukan kepada kerajaan negeri atau (penasihat ekonomi Selangor), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

"Letak Jawatan adalah perkara biasa. Saya perlu berehat. Sekarang saya buat dua tugas, siang di kerajaan negeri malam parti. 

"Penat  Ramadan juga sudah berhampiran, (saya mahu) memberi tumpuan kepada ibadat," kata Rafizi.

Rafizi menambah beliau pada mulanya merancang untuk memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja, dan kini adalah "masa untuk melangkah ke hadapan".

Bagaimanapun, waktu Rafizi memilih untuk mengumumkan keputusannya meletak jawatan tersebut menarik perhatian ramai.

Mereka yang mendakwa ahli PKR yang melancarkan perang terbuka terhadap Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berpandanga bahawa ianya ada kaitan dengan kemelut tersebut.

Malah, Twitter @PecatFaekah, yang dikendalikan oleh mereka yang menyokong Pengerusi Perhubungan Majlis Pimpinan Negeri, Azmin Ali menganggap peletakan jawatan itu mungkin disebabkan wujud perbezaan Rafizi dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.



http://www.malaysiakini.com



Isu Faekah: Ahli tidak tolak kemungkinan wujud pergolakan dalaman PKR

June 21, 2012
SHAH ALAM, 21 Jun — Ahli PKR Selangor hari ini tidak menolak kemungkinan wujudnya pergolakan dalaman dalam isu gerakan pemecatan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.
Bagaimanapun, mereka turut menggesa isu berkenaan dihentikan segera bagi menutup pergolakan yang berlaku antara pembantu Tan Sri Khalid Samad itu dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
“Kami tidak menolak kemungkinan wujudnya cubaan memecah belahkan parti. Kemungkinan mereka dari dalam parti, mungkin orang yang tidak berpuas hati.
“Namun kami menggesa isu ini dihentikan segera. Kami menolak cubaan menyingkirkan Faekah. Kami menyokong sepenuhnya Faekah kekal sebagai setiausaha menteri besar,” kata Mohd Naquib Carmeil Roseli.
Mohd Naquib yang juga merupakan Setiausaha Agung Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Prorakyat) turut melihat ia adalah usaha pihak tertentu untuk mencalarkan imej Khalid dan merosakkan imej Faekah.
“Kami menyeru anggota Pakatan Rakyat supaya berhenti daripada spekulasi berkenaan Faekah. Kita sekarang bekerja dalam mod pilihan raya, bukan zon selesa.
“Kami amat menghormati Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden. Mungkin ia juga ditimbulkan pihak luar, mungkin Umno,” tegasnya.
Beliau turut menjelaskan, pihaknya memberikan sokongan padu supaya Faekah kekal di Pejabat Menteri Besar kerana prestasinya yang amat cemerlang.
“Sokongan kami berdasarkan fakta. Beliau amat cemerlang, jangan timbulkan perselisihan antara kami dalam parti.
“Ini budaya Umno, bukan PR ... ahli PR cuma bekerja, dan tidak berkompromi dengan perkara seperti ini.”
Bersependapat dengan Naquib, Abdul Halim Abdullah turut mempersoalkan keperluan untuk memecat Faekah.
“Mengapa perlu Faekah dibuang. Beliau amat berdedikasi walaupun tegas. Bagi kami sendiri, beliau amat layak menjadi setiusaha akhbar menteri besar,” katanya yang juga ahli exco Prorakyat.
“Kami amat yakin beliau tidak pernah melangkaui bidang tugas menteri besar. Saya turut merasakan menteri besar sendiri rasa bertuah memiliki setiausaha akhbar seperti Faekah,” tegas Abdullah.
Selain itu, Ahmad Tarmizi Sulaiman yang turut bersetuju dengan pendapat kedua-dua mereka menegaskan, Faekah perlu kekal sebagai setiausaha akhbar menteri besar.
“Desas-desus mungkin timbul akibat rasa tidak puas hati antara rakan mahupun lawan,” katanya yang turut merupakan Ketua Penerangan Prorakyat.
Ketiga-tiga mereka bagaimanapun hari ini mengeluarkan kenyataan atas kapasiti peribadi dan bukannya mewakili Prorakyat.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, semalam berkata, tidak mengenali pihak yang terlibat dalam gerakan tersebut dan tidak bersetuju serangan terbuka dibuat ke atas Faekah.
Beliau turut menggesa agar mana-mana individu atau pihak terlibat segera berhenti menyebarkan kempen mahupun gerakan memburuk-burukkan ahli parti.
“Saya tidak mahu ada pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan. Saya juga beri jaminan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa PKR negeri akan terus menyokong kepimpinan beliau dan bekerjasama untuk menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.
“Konflik itu adalah perkara biasa dalam mana-mana parti politik. Namun, saya tidak bersetuju dengan serangan terbuka kerana dalam parti ada proses untuk sampaikan aduan tersebut,” katanya.
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Shuhaimi Shafie turut menggesa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan bagi menyelesaikan isu tersebut.
Kontroversi gerakan menjatuhkan Faekah dipercayai  bermula di laman sosial apabila wujudnya akaun Twitter #kamisayangpkr dan #pecatfaekah.
Kempen berkenaan turut melihatkan luahan rasa tidak puas hati pengikut PKR selepas Faekah dikatakan telah mempertikai keputusan Majlis Pimpinan PKR melantik Azmin sebagai Pengarah Pilihanraya PKR.
Malah, beliau turut didakwa mempunyai kuasa terhadap pengeluaran peruntukan di bawah Geran SelangorKu dan program pembangunan untuk rakyat Selangor.
Shuhaimi yang juga merupakan Ketua Penerangan PKR Selangor turut menegaskan, “visi menjadi kerajaan turut  dipandu dengan gandingan mantap antara Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Pusat, Azmin Ali dan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.”
Beliau turut menambah semua kepimpinan di dalam organisasi negeri baik dari kedudukan menteri besar, anggota exco apatah lagi setiausaha politik hendaklah menghormati pendirian mahupun keputusan kepimpinan tertinggi parti.
Menurutnya lagi, PKR Selangor memandang serius jikalau benar adanya dakwaan terdapat individu tertentu mempertikai kepimpinan tertinggi parti secara terbuka dan tidak sekali kali berkompromi kerana jelas ia melanggar etika parti.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun menyifatkan dakwaan gerakan menjatuhkan Faekah sebagai “tidak penting dan perlu  diabaikan.”
“Ada gerakan juga untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN), (gerakan menjatuhkan individu) dalaman atau luaran parti pun serupa.
“Politik adalah ‘dynamic games’ tetapi ada juga yang banyak kenyataan itu ialah kenyataan spekulasi. Jadi kita tidak mengambil usaha itu sebagai satu usaha yang penting,” katanya.
Khalid turut menambah, beliau sedia maklum perkara itu dan PR mempunyai objektif jelas di mana ketiga-tiga parti dalam parti pembangkang itu bekerjasama dengan satu jiwa untuk membentuk sebuah kerajaan alternatif.
“Saya tahu tujuan ini, anda mesti tahu (perkara) ini dalam politik. Macam hal Datuk Seri Anwar Ibrahim, berapa banyak kes yang beliau lalui. Apa yang beliau lakukan, abaikannya.
“Bekerja keras adalah objektif terbaik. Jadi, saya ikut juga, abaikan semua itu kerana gangguan ini tidak akan memberikan nilai tambah kepada objektif anda,” katanya.
Beliau juga turut memuji Faekah ketika ditanya dakwaan setiausaha politiknya itu didakwa bersikap melangkaui dirinya ketika mengeluarkan sesetengah kenyataan media.
“Itu bermakna beliau melakukan tugasnya dengan baik.
“Tujuan utama kita adalah komunikasi, bermakna kita harus menyebarkan maklumat yang betul kepada masyarakat,” katanya.


http://www.themalaysianinsider.com

Saturday, June 9, 2012

Beri RM (BR1M) pusingan kedua .......Apa sebenar disebaliknya.

BR1M pusingan kedua dalam pertimbangan, kata Najib

June 08, 2012
KULIM, 8 Jun — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sedang mempertimbangkan cadangan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) pusingan kedua.
“Saya sedang pikiaq (fikir), pikiaq,” katanya kepada lebih 30,000 pengunjung pada Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di sini hari ini.
Katanya BR1M adalah antara janji yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat dalam usaha mengurangkan beban rakyat.
Najib (gambar) berkata kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang boleh menjamin perkara-perkara yang penting kepada rakyat seperti keamanan, kestabilan dan keharmonian.
“Hari ini saya tengok ramai yang berhimpun tetapi polis yang ada ‘happy’ (gembira) je. Takde rasa cemas, takde pun nak guna ‘shield’ (pelindung). Depa (mereka) sana, mereka buat huru hara, kacau bilau dan serang polis. Bolehkah sandarkan harapan kepada mereka (pembangkang) untuk menjaga negara,” katanya.
Katanya rakyat Malaysia tidak sukakan suasana hura-hara kerana negara ini merupakan sebuah negara yang makmur dan bukan seperti negara-negara yang berlaku revolusi Arab atau “Arab Spring”.
Najib berkata Malaysia mampu mencapai kadar pertumbuhan yang baik dan gaji penjawat awam dinaikkan berikutan pentadbiran BN yang cekap sedangkan penjawat awam di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah, bukan sahaja gaji tidak dinaikkan malah ada yang terpaksa dipotong gaji mereka.
Najib berkata ada pemimpin tertentu menggunakan fatwa ulama terkenal Yusuf Al Qaradawi bahawa kerajaan yang zalim wajib digulingkan, tetapi fatwa itu sebenarnya untuk Mesir dan Libya dan bukan untuk Bahrain, Qatar, Arab Saudi dan Malaysia atau negara-negara lain.
“Hanya untuk dua negara itu sahaja. Di Malaysia kita bukan kerajaan zalim. ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pun dah takde. Kini ada undang-undang perhimpunan aman.
“Sesiapa pun boleh boleh berhimpun asalkan aman. Pembangkang pun boleh buat,” katanya. — Bernama

Friday, June 8, 2012

Dakwaan beli MP Pakatan didedah

Gambar, audio dakwaan beli MP Pakatan didedah

  • Zulaikha Zulkifli
  • 7:13PM Jun 7 2012
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan rakaman audio dan gambar didakwa cubaan membeli wakil rakyat PKR dengan harga RM2 juta oleh BN, melalui sebuah NGO.


NONEBagaimanapun, Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor enggan mendedahkan secara terperinci mengenai video perbualan yang melibatkan lima orang individu itu.


"Kita akan dedahkan keseluruhan video ini pada Selasa depan. 


"Sama ada di Parlimen atau di pejabat saya. Kita tunggulah," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam petang ini.


Menurut Khalid, video penuh tersebut berdurasi selama tiga jam. 


Tetapi hanya rakaman statik dan audio empat minit sahaja didedahkan hari ini.


Berdasarkan gambar yang ditayangkan kepada pemberita, kelihatan lima orang individu - dua wakil ahli parlimen, dua wakil NGO dan seorang pemandu.


"Video yang kita tunjukkan hari ini membuktikan bahawa usaha untuk membeli ahli parlimen memang berlaku.


"Video ini sudah setahun lebih...antara hujung Oktober 2010 atau pertengahan 2011. Kita dedahkan sekarang sebab dah dekat dengan pilihan raya," katanya lagi.


Perbualan rakaman tersebut antaranya berbunyi:


Wakil ahli parlimen PKR: "Saya terus terang OK... Itu (RM) 2 juta tak berapa cukuplah."


Wakil NGO: "Empat batang kayu saja... (ketawa)."


Khalid berkata, beliau difahamkan terhadap 15 orang disenaraikan untuk dibeli.


Sebelum ini, beberapa anggota Pakatan Rakyat keluar parti dan memilih menjadi wakil rakyat bebas.


Tuesday, June 5, 2012

Nak Tanya Sikit Hampa Pi Ke Alor Staq..Pas Bayar Ke..?

Nak Tanya Sikit Hampa Pi Ke Alor Staq..Pas Bayar Ke..?
Posted on Monday, June 04 @ 03:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

ArtikelOleh: abuluqman

"

Muhyiddin: Peserta Himpunan Hijau mungkin dibayar Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peserta Himpunan Hijau anjuran PAS di Alor Setar, Kedah mungkin dibayar supaya hadir. Katanya, peserta berkenaan mungkin dibayar supaya hadir dari seluruh negara, katanya.

PAS juga terpaksa membuat perhimpunan tersebut untuk menunjukkan bahawa mereka masih mempunyai sokongan, katanya yang mendakwa sokongan parti itu di Kedah semakin menurun. Perhimpunan pada Jumaat lalu menyaksikan penyokong PAS yang berpakaian hijau membanjiri Stadium Darul Aman. Malaysiakini menganggarkan 50,000 hadir di perhimpunan tersebut dan beberapa akhbar harian berbahasa Cina menganggarkan 100,00 yang hadir.



Penganjur bagaimanapun menganggarkan jumlah kehadiran seramai 150,000 orang. PAS mengadakan perhimpunan itu kira-kira tiga minggu selepas perhimpunan Umno di Stadium Nasional Kuala Lumpur dengan kehadiran didakwa seramai 100,000 orang.



Apa la punya..tak reti..ahli PAS dari dulu lagi pi tang mana pun pakai duit sendiri, sapa pun tak bagi , kalau UMNO tak bagio duit sory la..kami tak pi, Buat demo tunjuk bontot pun minta duit kopi...Tahniah kepada ahli PAS..kita dari dulu sampai kini dan selamanya insyallah duit sendiri kut."
 



http://www.tranungkite.net