Cuba Banding

Saturday, October 26, 2013

Isteri dan saudara suspek bunuh pegawai bank ditahan bersama RM20k

Friday, October 25, 2013

isteri dan saudara suspek bunuh pegawai bank ditahan bersama RM20k

Polis menahan tiga individu iaitu ahli keluarga pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank dalam kejadian di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya dekat sini Rabu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, dua individu yang ditahan itu bekerja sebagai pengawal keselamatan manakala seorang lagi adalah isteri suspek.

Kesemua mereka berusia antara 20 hingga 30 tahun.

“Hasil siasatan mendapati kesemua suspek adalah rakyat negara jiran yang menggunakan kad pengenalan palsu. Mereka ditahan pada malam kejadian di Bukit Kemuning, Klang,” katanya kepada pemberita di Pusat media Polis di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian 6.18 petang Rabu lalu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh pengawal keselamatan yang bekerja di bank yang sama ketika mangsa membuka peti besi di bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Tambah Mohd. Shukri siasatan awal juga mendapati suspek telah mengagih-agihkan wang rompakan selepas melarikan diri dari bank berkenaan termasuki kepada tiga ahli keluarganya.

Katanya, hasil penahanan itu polis menemui wang tunai RM20,000 iaitu sebahagian hasil rompakan berjumlah RM450,000.

Ujarnya, wang RM20,000 itu telah disembunyikan oleh dua pengawal kekelaman berkenaan di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya yang juga lokasi mereka berdua bekerja.

“Polis akan terus memburu suspek yang dipercayai masih berada di negara ini serta akan menyiasat bagaimana suspek memperoleh kad pengenalan selain dibenarkan menggunakan senjata api,” ujarnya.

Beliau menambah, suspek bukanlah berasal dari Sabah sebaliknya warganegara jiran bernama Ardi Hamza dan berusia 37 tahun... lapor mStar

adios
Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

http://www.wasukalu.com/2013/10/isteri-dan-saudara-suspek-bunuh-pegawai.html

No comments: