Cuba Banding

Thursday, February 23, 2012

Lagi ‘Orang Besar’ Akan Sertai PAS?

 Lagi ‘Orang Besar’ Akan Sertai PAS?
Berita, Komentar, Ulasan & Pendapat
Blog Ibn75.wordpress.com 
 
JOHOR BAHRU – Lagi bekas pemimpin UMNO di peringkat tertinggi negeri ini didakwa akan menyertai PAS kerana Pakatan Rakyat (PR) dilihat bakal menerajui kerajaan negeri di Nusajaya selepas Pilihan raya Umum (PRU) ke 13 akan datang dan hal ini tidak boleh dipertikaikan lagi.

Menurut sumber, beberapa pertemuan telah diadakan melibatkan bekas pemimpin itu seperti bekas exco Kerajaan Negeri Johor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan lain-lain.


Sumber turut mendakwa, spekulasi tentang kedudukan mereka itu dikuatkan lagi dengan keyakinan apabila melihat kuasa orang Melayu semakin terhakis di bawah pemerintahan UMNO-Barisan Nasional (BN).

Disamping itu, isu pengambilalihan dua syarikat terbabit Sehingga Johor Corporation (Jcorp) membatalkan hasratnya turut mendorong kelompok itu hilang kepercayaan kepada corak kepimpinan Datuk Abd. Ghani Othman.

“Lagi pertemuan bersama Bekas pemimpin UMNO peringkat tertinggi di Johor, yg juga bekas DO, bekas Exco, bekas ADUN & bekas JCS. Seorg think tank UMNO negeri. Sudah terang lagi bersuluh, beliau memberitahu, UMNO akan TUMBANG DLM PRU-13 di JOHOR. Beliau tak menafikan, bukan setakat ketua caw @ bahagian, malah ADUN & MP dr UMNO sendiri yg BAKAL BERPALING TADAH MENUMBANGKAN UMNO DLM PRU AKAN DATANG… Drpd sini, sudah PASTI Najib akan DRAG PRU SEHINGGA KE TARIKH AKHIR PD MAC 2013. Teruskan perjuangan, KEMENANGAN SEMAKIN HAMPIR UTK ISLAM.

“Seorg yg berpangkat Dato & bekas Bentara Sultan Johor, Sultan Mahmud Iskandar. Beliau MEMANG KONFIDEN PAKATAN AKAN MEMERINTAH JOHOR. Cuma satu shj pesannya, KEMBALIKAN SEMULA HAK ORANG MELAYU DI JOHOR yg hilang semasa UMNO BN memerintah. ISLAM SEMULA BUMI JOHOR nih dgn cahaya HIDAYAH & SINGKIRKAN PENGARUH YAHUDI yg telah laama meresap ke dlm pemerintahan Tok Ghani Othman, Na’uzubillah,” ujar pemilik akaun facebook Ibnu Zatussalasil.

Isu tersebut mula mendapat perhatian umum apabila PAS Johor mendesak Pengerusi Jcorp, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Menteri Besar supaya membatalkan serta-merta kerana ia jelas tidak menguntungkan mana-mana pihak sama ada Jcorp, Kulim (M) Berhad, QSR, KFCH termasuk rakyat Johor.

Dalam pada itu, sumber turut memberitahu, berpandukan analisis yang dilakukan Pakatan Rakyat dipercayai mampu untuk meraih lebih kurang 60% kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala usaha yang berterusan harus digerakkan lagi supaya lebih banyak lagi kerusi yang akan dimenangi.

“Kami cakap, takperlah biar kitorg jd pembangkang yg kuat sdh cukup baik laaa, DIA MARAH KAT KAMI, HAHAHA… Dia kata JGN berfikiran sedemikian, sbb dlm analisis dia, PR akan menguasai 60% kerusi DUN & kena usaha keras sikit spya leh jejak 80%. Mak aih… TERKEJUT KAMI DIBUATNYA, hahaha.

“Selalu jumpa ketua cawangan & ahli2 biasa UMNO yg nak masuk PAS ja, tp kali nih betul2 punya cerita & fakta yg sgt jelas,” ujarnya lagi.
Posted on Wednesday, February 22 @ 23:02:57 MYT by ibn_bacoks

selatanonline.

Friday, February 17, 2012

Najib Bimbang Sharizat Dedah Rahsia Rosmah?
Posted on Thursday, February 16 @ 23:01:02 PST by paktam

Penulis Tamu

Oleh Mohd Sayuti Omar
Isteri taukeh lembu gemuk (NFC), Sharizat Jalil tidak mudah mengaku kalah. Walaupun berbagai pihak meminta dia berundur demi Umno, tetapi tidak semudah itu untuk menteri wanita bermata cerah bercelak itu berbuat demikian. Umrahnya sebanyak tiga kali telah memberi kekuatan kepadanya.


Dari ketua bahagian membawa kepada ahli parlimen, timbalan menteri dan bekas perdana menteri semua nasihat supaya Sharizat mengangkat kain taula putih, mengaku kalah melepas jawatan. Mereka mengira isu lembu gemuk telah memberi penyakit besar kepada Umno dan akan menyulitkan Umno untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihan raya nanti. Projek itu akan menjadi lambang atau simbol kerakusan kerajaan UBN dalam menyangak wang rakyat.

Kenapa tidak, isu NFC itu bukan saja berlegar di Bangsar atau Lembah Pantai tetapi sudah sampai ke kampung-kampung. Ibu saya di kampung juga tahu kisah NFC entah siapa yang bercerita kepadanya. "Ti sungguhkah lembu la ni duduk di kondo?" begitulah tanya ibu saya suatu hari penuh kelurusan.

"Lembu mana pula?" tanya saya.
"Lembu Sharizat menteri waniat itu...lah," katanya.
"Siapa cerita ni, jangan duk percaya benda yang karut marut, mana ada lembu duduk di kondo," balas saya menguji pengetahuannya.
"Tak tahu orang duk cerita gitu, mek nak tanya sebab Ti dok Kuala Lumpur..," balasnya agak kecewa dengan bantahan saya. Ibu saya akan diam kalau saya bersikap begitu kerana dia kenal benar dengan perangai anak jantannya ini. Saya tidak suka kalau dia bercakap hal yang pelik dan ganjil berbau fitnah.

Moral of the story bahawa kisah laki Sharizat pelihara lembu dengan peruntukan kerajaan RM250 juta sudah sampai ke kampung-kampung. Kisah itu menyebabkan orang kampung merasakan bahawa mereka dianiaya dan diabaikan kerana untuk 'beli lembu' mereka hanya dibagi RM500 saja, (itu pun nak dapat kena tunggu dua tiga jam kena dengar tazkirah dari pemimpin Umno) sedanhgkan semurah-murah lembu kampung hari ini berharga di antara RM800 hingga RM1500.

Kerana meluasnya cerita itulah ia membimbangkan Umno. Umno mencari jalan menyelesaikan isu berkenan dan mencari formula agar rakyat melupainya. Sebab itu akhabr penjilat buntut gila-gila mencari isu dan mereka-reka apa saja isu untuk mengambuskan isu lembu gemuk. Kehadiran Hasan Akidah dalam jerumu Umno tidak juga dapat membetulkan 'akidah' rakyat tentang projek lembu gemuk itu malahan dia mengkelam kabutkan lagi keadaan.

Video seks membabitkan Anwar ditayang dimana saja ada majlis pemberian wang rakyat kepada rakyat sebanyak RM500. Guru-guru, tok imam, tukang kebun, makcik jual kantin dan hatta tok mudin pun dipaksa menontonnya. Terkulat-kulat dan tersengeh dan pandang memandang mereka yang menonton sesama sendiri. Cikgu muda yang tidak pernah menyaksikan gambar porno sepanjang hidupnya kemalu-maluan di tepi dinding... sambil diperhati oleh ketua cawangan Umno.

Umno buntu menghadapi Sharizat. Najib tidak berani berkokok... bila ada desas desus mengatakan Sharizat telah hantar surat meletakkan jawatan Najib cepat-cepat menafikan. Penafian Najib itu menunjukkan dia takut dengan Sharizat.

Saya tidak fikir Najib akan mengarahkan Sharizat meletak jawatan untuk mengatasi masalah yang timbul dari isu lembu gemuk seperti mana diharapkan oleh orang ramai. Kenapa? Sharizat pernah dilaporkan berkata, kalau dia kena letak jawatan kerana isu yang tidak membabit dengan beliau secara langsung itu, orang lain juga perlu berbuat demikian.

Apa maksud dan mesejnya. Ertinya bukan Sharizat sahaja yang terbelenggu dengan projek-projek mega tidak mengikut prosuder, memiliki kekayaan di luar kemampuan tetapi menteri lain juga. Balasan membela diri oleh Sharizat itu bolehlah dianggap bahawa semua menteri kabinet termasuk ketua bahagian yang tidak menjadi wakil rakyat dan menteri ada memiliki harta diluar kemampuan masing-masing.

Selepas Sharizat mengeluarkan kata-kata dan cabaran demikian maka tidak ada yang berani mendesak Sharizat. Sesetengah menteri Umno dan BN yang memegang kayu untuk menyocok punggung lembu laki Sharizat diletakkan semula.

Nah.. begitu juga dengan Najib. Najib juga tidak berani untuk bertindak ke atas Sharizat. Apa yang membimbangkan ialah takut Shariat juga akan terlatah mulut mendedahkan apa-apa yang dia tahu yang dilakukan oleh isterinya Rosmah Mansor. Khabarnya Sharizat ada maklumat hebat mengenai Rosmah Mansor yang belum terungkap. Maklumat dan rahsia inilah yang digenggam oleh Sharizat.

Apakah kerana bimbang rahsia Rosmah didedah Sharizat maka Najib jadi terpaksa kompromi dengan Sharizat? Dari sini fahamlah kita kenapa Najib sebagai ketua tidak boleh bertindak ke atas anak buahnya kerana dia sendiri juga ada masalah lebih besar dari ditanggung anak buah itu.

Bagaimana pun saya yakin nama Shariat tidak akan dicalonkan pada pilihan raya akan datang. Namanya di Lembah Pantai sudah pasti akan diganti dengan nama kawan Najib, Raja Nong Chik. Apa yang kita hendak tenguk selepas ini, apakah Shariat akan bertindak balas dengan mendedahkan apa yang dia tahu mengenai Rosmah kalau tidak dicalonkan? Apakah Sharizat seorang pendendam? Tunggulah... tidak akan lari gunung dikejar hilang kabus nampaklah ia.

Perkara ini sudah tentu difikirkan oleh Najib. Najib mungkin tahu manusia kalau sudah hilang sabar bukan saja setakat sanggup singsing lengan baju, tunjuk labu lengan gebu selak kain pun sanggup dilakukan. Apa yang paling Najib takutkan ialah kalau-kalau Sharizat menyelak kain isterinya sekali hingga terdedah kesemua yang sulit mulit.

Justeru saya mengira isu NFC melibatkan laki Sharizat akan diselesaikan secara politik. Sharizat tidak perlu mengembalikan wang kerajaan RM250 juta seperti Nazri sarankan, tetapi cukup untuk Sharizat meletakkan jari dibibirnya sambnil buat sssshhhhh.... dan tunjuk kepada Najib. Najib pun akan faham dan kes NFC akan lepas dan rakyat semua akan tersengih-sengih macam kerang busuk. Selepas ini SPRM akan buat pengistyharan bahawa tiada kes membabitkan rasuah dalam projek NFC. Sebaik saja pengistyharan itu dibuat parlimen pun akan dibubarkan. Oooiiii... Mat Maslan kenapa tong sampahkan buku Jingga? 



detikdaily.

Kenyataan Media Dato Seri Anwar Ibrahim Berkenaan Isu Palestin – Israel

Kenyataan Media Dato Seri Anwar Ibrahim Berkenaan Isu Palestin – Israel
Posted on Thursday, February 16 @ 02:44:16 PST
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Kenyataan MediaDato' Seri Anwar bin Ibrahim 

KEADILAN JUNJUNG ASPIRASI DAN HASRAT RAKYAT PALESTIN

Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.



(pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya. Media, pimpinan UMNO dan Dato’ Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin

Kenyataan saya kepada Asian Wall Street Journal secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin .

Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama Kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan Menteri Luar nya, Putera Saud al Faisal bahawa:

“This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can’t keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security”.

Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama:

“The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people’s foremost cause. In Jordan, the “final-status” issues—including borders, refugees, security and Jerusalem—are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel.”

Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru. Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat.

Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin :

“If Israel withdraws to the ’67 borders, then we will establish a peace in stages.. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people – what (Hamas founder) Sheikh (Ahmed) Yassin called a long-term hudna (truce). If Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then we are ready to recognise them”.

Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan KEADILAN. Parti Islam SeMalaysia berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Walaupun begitu Parti Keadilan Rakyat berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan.

Ini berbeza dengan adu domba UMNO yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka. Tatkala media UMNO menyerang saya sebagai ejen Israel, Menteri Luar dari UMNO secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu .

Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, Menteri Pertahanan dari UMNO jugalah yang duduk berbincang dengan Menteri Pertahanan Israel pada tahun 2009 , walaupun perkara ini cuba dipadamkan. Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu Perdana Menteri Israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994. Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan UMNO bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke 15 terbesar. Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro.

Sikap bermuka UMNO dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat

Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin.
Derita ini ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel. Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi.

Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel. Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80% dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90% hidup dalam kemiskinan, lebih separuh daripada isirumah hanya makan sekali sehari dan lebih 60% kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan.

Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai. Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itu bukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknya menjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada rakyat Palestin.

Oleh kerana itu wajar buat kita memahami, menghargai dan menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang disuarakan melalui dua pertubuhan utama tersebut. Sepertimana pertemuan saya baru-baru ini di Doha dengan Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, saya ulangi dokongan saya buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah. Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin.

Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini. Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin. Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf. Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.” (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin).

ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM
PARTI KEADILAN RAKYAT





Panas! Skandal Bakal Adun Negeri Perak Yang Memalukan – Bahagian 5
Posted on Thursday, February 16 @ 03:46:48 PST
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

ArtikelOleh S.A.
Ingatkah lagi pembongkaran kisah ‘perhubungan terlarang’ yang telah dilakukan oleh Azman Noh pada bahagian ke 4 tidak berapa lama dahulu? Kisah yang akan di bongkar kali ini semakin menarik dan bertambah panas.

Kali ini kami akan bongkarkan maklumat lengkap siapakah pasangan wanita kekasih terlarang Azman Noh ini. Nama beliau ialah HALINATUL SHIMA BT AHMAD SHAIBU. Beliau merupakan seorang guru yang mengajar di Ulu Kinta. Beliau juga merupakan AJK Wanita Tambun. Menurut sumber dalaman, beliau jugalah yang tidak menginap di bilik hotel yang telah disediakan semasa Perhimpunan Agong UMNO dan dikatakan bersama dengan Azman Noh.

Kesian suami wanita ini kerana begitu mempercayai isterinya. Dikatakan wanita ini lebih selesa dengan Azman Noh kerana ‘ekonominya agak ok’ kalau di bandingkan dengan suaminya. Walaupun Azman bukanlah begitu kaya, tapi di sebabkan dah ‘syok’, maka wanita ini sapu aja lah…

Satu lagi kisah yang tidak habis-habis di bincangkan di kedai-kedai kopi ialah berkenaan dengan Cikgu Azizi. Dengan berbekalkan keputusan SPM gred 3 sahaja, beliau telah berjaya mendapat bantuan khemah untuk kenduri dari Dato’ Manaf (Ketua Bahagian) sebanyak 50 unit sedangkan orang lain hanya dapat 1-2 unit sahaja. Apakah keistimewaan Cikgu Azizi ini di sisi Ketua Bahagian hinggakan peruntukan pertanian ternakan ayam, lembu dan kambing juga telah diperolehi oleh beliau? Sekali lagi pihak kami meminta supaya Pengarah Jabatan Pelajaran Perak menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Cikgu Azizi kerana menjalankan perniagaan semasa menjawat sebagai kakitangan kerajaan.

Dato’ Manaf benar-benar telah menyalahgunakan peruntukan Mayang. Sepatutnya, untuk menjadi lebih telus, Dato’ Manaf sepatutnya menubuhkan satu jawatankuasa kewangan untuk menguruskan peruntukan ini. Memandangkan tiada jawatankuasa ini, Saperi (S/U Bahagian), Cikgu Azizi (AJK Bahagian) dan beberapa yang lain telah berkuasa mengawal peruntukan ini. Yang menarik juga, Dato’ Hamdi Abu Bakar juga sebagai ADUN tidak mendapat peruntukan ini. Agaknya, Dato’ Hamdi terlalu sibuk dengan urusan judi dan juga sibuk meratah setiausahanya sehingga tiada masa nak tengok peruntukan ini. Dato’ Hamdi ini memang telah di perbodohkan dan lansung tiada kuasa. Perkara yang sama juga telah berlaku kepada Dato Azhar. Dia terlalu setia kepada Dato’ Hamdi, hingga menjadi seperti lembu yang di tarik hidung. Agaknya dah terlalu makan budi sangat kot.

Salah satu penyalahgunaan peruntukan ini ialah ‘Projek Cermin Mata’ yang di khususkan untuk mereka yang susah. Menurut sumber-sumber terdekat, bil untuk projek ini sudah mencecah RM600 ribu. Kalau ikutkan, kos satu cermin mata hanya sekitar RM100 – RM120, tetapi telah di ‘claim’ sampai RM300 – RM350 seunit. Ini semua telah diuruskan oleh Saperi (S/U Bahagian). Mereka ini menggunakan duit ini seperti harta benda mereka sendiri.

Di samping itu, peruntukan ini sepatutnya di gunakan untuk membuat rumah kepada mereka yang susah. Dikatakan, mereka telah membuat rumah beberapa unit tapi ‘claim’ gila-gila sehingga dah terlebih ‘budget’. Dato’ Manaf kini telah ‘panic’ dan meminta bantuan pula kepada PM. Apa yang dia bohong pada PM tak tahulah…

Pihak kami benar-benar meminta SPRM untuk menyiasat semua penyalahgunaan kuasa seperti yang di atas kerana mereka ini telah banyak menyeleweng wang yang diperuntukkan khas untuk rakyat.

Baguslah mereka semua berebut untuk menjadi calon BN pada PRU 13 nanti dan dengan apa yang sedang berlaku ini, pasti Pakatan Rakyat yang akan menguasai kawasan ini. Selamat Berjuang!!!!!



tranungkite.


Curtin mohon maaf iktiraf Rosmah wanita pertama
Universiti Curtin di Australia memohon maaf kerana merujuk kepada Datin Seri Rosmah Mansor sebagai wanita pertama Malaysia, apabila mengumumkan bahawa isteri perdana menteri itu akan dianugerahkan dengan ijazah Doktor Kehormat Persuratan.
NONEDalam satu kenyataan hari ini naib canselor universiti itu, Jeanette Hacket, berkata Curtin mengambil perhatian berhubung bidasan orang ramai atas pemberian ijazah berkenaan dan juga mengenai penggunaan istilah "wanita pertama".

"Kami juga mengakui penggunaan istilah ‘wanita pertama’ mungkin menyinggung sesetengah pihak dan kami memohon maaf mengenainya.

“Kami tidak lagi akan menggunakan istilah itu dan telah menerbitkan semula kenyataan media kami dengan perubahan yang dibuat itu," kata Hacket.

Kenyataan itu dipaparkan pada laman web rasmi universiti itu di Facebook. Sebelum ini, warga maya, khususnya dari Malaysia yang tidak berpuas hati telah membuat bantahan dan mencemuh Curtin.

Mengenai kritikan sama ada Rosmah layak dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Persuratan,  Hacket berkata bahawa universiti berkenaan tetap dengan pendirian mereka.

[Baca berita penuh]
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

malaysiakini.

Wednesday, February 15, 2012

Skandal Lembu NFC ke persada antarabangsa

 Skandal Lembu NFC ke persada antarabangsa
Berita, Komentar, Ulasan & PendapatBlog Milo Suam

SELEPAS berbulan-bulan skandal NFC (Sebut National Family Corruption) didedahkan oleh Pengarah strategi KEADILAN, saudara Rafizi Ramli, dan aktivis Jingga 13, akhirnya ia sampai ke peringkat antarabangsa.

Kalau dulu hanya orang Melayu, Cina dan India yang berbicara soal skandal jutaan ringgit yang melibatkan Shahrizat Jalil ini. Kali ini Ia sudah sampai ke pengetahuan Orang Arab, Orang Inggeris termasuk orang Israel

Skandal lembu sudah sampai ke pengetahuan penduduk dunia kerana disebarkan oleh portal berita yang bertaraf dunia. Namun sehingga ke hari ini Najib tidak mampu berbuat apa-apa kepada Shahrizat Jalil, Menteri Kemajuan Wanita Keluarga dan Masyarakat merangkap Ketua wanita Umno ini.





Malangnya Malaysia memiliki pemimpin lemah seperti Najib. Nak buat pilihanraya pun teragak-agak, apalagi nak pecat Shahrizat?



ReJaM© " Najib bimbang kain Rosmah juga akan diselak oleh Shahrizat.
Posted on Wednesday, February 15 @ 15:57:01 MYT by aya - selatanonline.





Tuduh sesat: PAS akan lapor ke pejabat agama pula

Aziz Muda ,15 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 15 Feb: PAS akan membuat laporan kepada Pejabat Agama Islam Negeri Terengganu berhubung kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang menuduh PAS sebagai 'Parti Ajaran Sesat'.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, laporan itu akan dibuat dalam masa beberapa hari lagi, bagi mendesak tindakan diambil ke atas Ahmad.

Semalam beliau juga telah membuat satu laporan polis ekoran keengganan dan kegagalan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu itu menarik balik keyataannya yang menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat’.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu, dengan ditemani beberapa orang kepimpinan PAS Terengganu.

Menurutnya, pada Khamis, 9 Februari lalu, dalam ucapannya di Majlis Mesra Media anjuran Badan Perhubungan PAS Terengganu, beliau telah meminta Ahmad menarik balik kenyataannya yang ‘menghina’ PAS itu dalam masa tiga hari.

Katanya, setelah tempoh yang diberikan berlalu, Ahmad bukan sahaja tidak mahu menarik balik kenyataannya, malah pada hari Isnin, 13 Februari lalu, beliau membuat kenyataan dengan berkata bersedia diambil sebarang tindakan.

"Jadi, semalam, 14 Februari, saya telah membuat satu laporan kepada pihak polis supaya polis menyiasat Ahmad Said di bawah akta hasutan.

"Saya berharap agar pihak polis menyiasat Ahmad Said dengan segera," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Ahmad Said baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan kotor dan berniat jahat untuk memburukkan PAS dengan menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

Kenyataan Menteri Besar Terengganu itu sebelum ini telah dibidas teruk oleh beberapa orang pemimpin PAS termasuk dari kalangan pemimpin PAS negeri itu kerana jelas bertentangan dengan realiti sebenar parti itu.

"Setelah langkah pertama itu dilakukan, saya akan membuat laporan ke Pejabat Agama Islam Negeri Terengganu di Kuala Terengganu pula selepas ini supaya tindakan yang sewajarnya dikenakan ke atas Datuk Seri Ahmad Said," katanya.

Menurut Abu Bakar, setelah mengambil kenyataan daripadanya, polis Kuala Terengganu telah memberitahu kepada beliau bahawa laporannya itu akan diserahkan kepada polis Kemaman untuk sisatan lanjut kerana kenyataan jahat Ahmad itu dibuat di Kemaman.

Beliau yang juga anggota Badan Perhubungan PAS Terengganu berkata, tuduhan Ahmad itu tidak boleh didiamkan oleh PAS kerana ia merupakan tuduhan yang amat berat bagi seseorang Islam.

"Itulah sebabnya saya meminta pihak polis menyiasat beliau di bawah akta hasutan kerana tuduhan beliau itu jelas bertujuan untuk memburukkan PAS dan menghasut orang ramai supaya membenci PAS," tegasnya. 

Menurutnya, termasuk dalam akta hasutan itu adalah hasutan dari sudut agama, perkauman dan raja-raja, manakala tuduhan Ahmad itu adalah satu ‘hasutan agama’ yang akan menimbulkan keresahan dan kebencian di kalangan orang ramai terhadap orang-orang PAS.

Bagaimana boleh dikatakan PAS sesat, tambahnya, sedangkan PAS tidak termasuk dalam ajaran sesat yang telah disenaraikan oleh Jabatan Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Malah, PAS adalah satu parti politik yang sah, berperlembagaan, ditubuhkan pada tahun 1951 untuk mendokong dasar Islam yang bermatlamat untuk menegakkan pemerintahan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.

“Seruannya ialah Allahu Akbar dan usaha-usahanya adalah usaha yang diharuskan menurut perlembagaan Malaysia. Malah, pada setiap kali perlembagaan PAS dipinda, ia mendapat kelulusan dari pihak Pendaftaran Pertubuhan Malaysia," ujarnya.

Sebelum ini, Pemuda PAS Terengganu telah mencabar Ahmad berdebat mengenai tuduhannya itu, tetapi cabaran itu tidak pula disambut oleh beliau.

"Saya sendiri pula sememangnya bersedia untuk berbahas dengan Ahmad Said pada bila-bila masa sama ada berbahas atau berdebat secara terbuka atau tertutup," tegasnya.

Beliau amat berharap agar Ahmad sedar dengan tuduhan beratnya itu terhadap PAS dengan segera merujuk balik kenyataannya dan seterusnya menarik balik kenyataan tersebut.

harakahdaily.

Tuesday, February 14, 2012

Nazri : NFCorp Telah Melanggar Syarat Pinjaman Dengan Kerajaan Persekutuan.

NFCorp melanggar syarat pinjaman, kata Nazri

TERKINI @ 05:35:08 PM 14-02-2012
February 14, 2012
KUALA LUMPUR, 14 Feb — Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata, National Feedlot Corporation (NFCorp) telah melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan kerajaan persekutuan.
“Dalam kata lain, telah berlaku kes pecah amanah. Duit tersebut, yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain.
“Dana berkenaan telah diserahkan berdasarkan projek yang diserahkab kepada NFCorp, yang mana mereka harus menternak lembu dan menjualnya dengan kadar yang lebih rendah,” jelas Nazri kepada pemberita di sini.
“Pinjaman itu diberikan hanya bagi tujuan itu. Sekiranya dana itu digunakan bagi tujuan lain, kita tidak perlukan peguam untuk mengetahui samada berlaku pecah amanah atau tidak, sangat mudah,” kata menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio undang-undang itu.
Malah, Nazri (gambar) turut menafikan laporan akhbar yang menyatakan bahawa beliau telah mengeluarkan kenyataan yang menyuruh rakan Kabinetnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memulangkan sejumlah RM250 juta yang dipinjam daripada kerajaan untuk Pusat Fidlot Nasional (NFC).
“Kerajaan berkuasa untuk menarik semula pinjaman berkenaan sekiranya berlaku aktiviti pecah amanah. Saya kata NFCorp perlu kembalikan duit itu semula, saya tidak menyebut beliau (Shahrizat), tidak ada kene mengena dengannya,” katanya.
Nazri menegaskan, itu merupakan pandangan beliau selaku menteri berkaitan undang-undang, dan kerajaan masih lagi sedang menyiasat pertuduhan terhadap dakwaan berlakunya penyalahgunaan dana kerajaan persekutuan itu.
Menteri itu berkata lagi, beliau mengambil berat terhadap perkara itu dan menyatakan isu itu “tidak mati” walaupun apa pun tindakan yang diambil kerajaan, kerana rakyat ingin tahu ke mana wang itu digunakan.
“Sekiranya penyiasatan SPRM membuktikan berlakunya pelanggaran akta, mereka akan didakwa.
“Kemudian keluarkan tender dan berikan pembida tertinggi terhadap projek itu,” tambah Ahli Parlimen Padang Rengas ini lagi.
Menurutnya, perletakan jawatan Shahrizat ketika ini tidak akan memberi “kesan” dan berkemungkinan akan lebih berkesan sekiranya dibuat lebih awal.
“Kita perlu tunggu sehingga siasatan selesai ... masyarakat kurang sabar, tiada petunjuk, dan tiada arah ke mana mereka hendak tuju,” tambah Nazri.
PKR telah membuat beberapa siri pendedahan terhadap penyalahgunaan dana termasuk RM62 juta untuk tanah, hartanah, dan perbelanjaan yang tidak berkaitan dengan projek penternakan lembu berkenaan.
Shahrizat telah mengambil cuti tiga minggu daripada jawatan sebagai menteri bulan lepas dan kini telah kembali bertugas.
Rabu lalu, beliau telah dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM di Putrajaya.
Timbalan Perdana Mnerteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan melantik juru audit bagi menyemak semula laporan kewangan NFC namun enggan mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat NFC.

Monday, February 13, 2012

Janji Pakatan Rakyat kembalikan undang-undang dirombak Dr M jika memerintah

Pakatan janji kembalikan undang-undang dirombak Dr M jika memerintah

February 13, 2012

Mohd Dzaiddin mendakwa perubahan yang dilakukan oleh Dr Mahathir telah melemahkan sayap badan kehakiman. — Gambar fail
PETALING JAYA, 13 Feb — Pakatan Rakyat (PR) hari ini menegaskan ia akan mengembalikan kepada asal segala undang-undang yang telah dirombak Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi perdana menteri sekiranya perikatan pembangkang itu berjaya memenangi pilihan raya yang akan datang.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata sekiranya mereka berjaya menjadi pemerintah dalam pilihan raya umum akan datang, perubahan seperti yang dikenakan ke atas Perkara 121 dalam Perlembagaan Persekutuan akan dikeluarkan supaya ia kembali kepada keadaan sebelum tahun 1988.
“PR bersetuju dengan pandangan bekas (ketua hakim Tun Mohd Dzaiddin Abdullah) itu, dan kami akan mengembalikan undang-undang tersebut kepada asal sekiranya memerintah, iaitu dengan mengembalikannya kepada sebelum tahun 1988,” kata Lim kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menegaskan, kenyataan bekas ketua hakim itu adalah sangat berat memandangkan kenyataan beliau itu mengesahkan bahawa rombakan tersebut memberikan implikasi kepada keputusan awal penghakiman berkaitan politik.
“Kenyataan itu mengesahkan berlakunya campurtangan politik dalam badan kehakiman negara yang mana setiap keputusan perundangan dipengaruhi unsur politik.
“Sebagai contoh kes yang berlaku seperti krisis di Perak dan penghakiman terhadap diri saya sendiri,” tegasnya.
Menurut Ketua Umum PKR ini lagi, PR mahukan sebuah badan kehakiman yang bebas, dan sekiranya berjaya memerintah, perikatan pembangkang ini akan memperbetulkan perubahan yang dilakukan Dr Mahathir.
Menurut Mohd Dzaiddin, Dr Mahathir merupakan pihak yang bertanggungjawab merombak undang-undang berkenaan dan melemahkan sistem kehakiman dengan meletakkan kuasa Parlimen sebagai penentu kehakiman negara.
Bagaimanapun, Dr Mahathir Mohamad telah membidas kenyataan Dzaiddin itu dan menegaskan, dakwaan itu merupakan satu fitnah terhadapnya.
Namun begitu, beliau bagaimanapun tidak akan menyaman mereka kerana menurutnya, itu adalah perbuatan sia-sia.
Beliau turut menjelaskan, tuduhan-tuduhan itu tidak berasas dan sekiranya benar seperti dakwaan tersebut, beliau sudah pasti akan menukarkan jawatan ramai individu dalam badan guaman ketika zaman pemerintahannya itu.
“Tiada peruntukan seperti itu, dan kalau saya ada kuasa, saya akan tukar ramai orang kalau saya boleh buat demikian,” katanya lagi.
Mohd Dzaiddin Jumaat lalu dalam ucapan dasarnya meraikan ulang tahun Tunku Abdul Rahman dan Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) di Tunku Abdul Rahman Memorial berkata, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.
“Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen,” kata Mohd Dzaiddin, dan menambah bahawa “Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman”.
Menurut Mohd Dzaiddin, pada tahun 1988, Ketua Hakim Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh Dr Mahathir, yang merupakan perdana menteri ketika itu.
Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan.
Namun demikian, Dr Mahathir menjelaskan, perkara itu bukan berlaku di atas kehendaknya, sebaliknya berdasarkan persetujuan daripada Agong ketika itu.
“Agong yang hendak Salleh Abas digugurkan, bukan atas kehendak saya,” katanya lagi.


themalaysianinsider.



Putrajaya hadapi pilihan sukar dengan rombakan bayaran kepada kakitangan kerajaan

February 13, 2012
KUALA LUMPUR, 13 Feb — Pentadbiran Najib sedang menghadapi tekanan apabila cuba untuk meredakan skim pembayaran kontroversi yang akan menguntungkan kakitangan kerajaan peringkat atasan tapi majoriti 1.4 juta kakitangan bawahan hanya menerima kadar kenaikan yang sedikit yang akan memberikan kesan buruk terhadap parti pemerintahan.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa Putrajaya mahu menyelesaikan pemulihan skim berkenaan yang dilihat hanya akan memberikan faedah kepada pegawai kanan kakitangan awam, yang dianggarkan seramai 2,000  daripada mereka sudah menandatangani perjanjian skim baru berkenaan, yang akan menjamin peningkatan pendapatan sehingga RM5,000 sebulan.
Melalui skim itu, kerajaan akan menghadapi peningkatan kos tambahan sebanyak RM2 billion setahun sekiranya kerajaan ingin meletakkan lebih banyak wang kepada kakitangan pertengahan dan bawahan yang tidak memperolehi kenaikan bayaran. Melalui Skim Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kerajaan  akan mengalami peningkatan kos sebanyak RM2.6 bilion setahun.
“Kerajaan sedang menghadapi tekanan yang berat kerana kebanyakan pegawai kanan perkhidmatan awam telah mendatangani skim yang tidak memberikan keuntungan kepada semua pihak,” jelas sumber kepada The Malaysian Insider.
“Putrajaya telah membuat pengiraan dan menyaksikan kerajaan bakal menghadapi peningkatan kos sebanyak kira-kira RM2 bilion setahun sekiranya terus mengekalkan skim itu termasuk memberikan kenaikan kepada kakitangan bawahan. Itu jumlah yang cukup besar,” tambahnya.
Sumber lain menjelaskan peningkatan pembayaran itu juga akan memberikan implikasi kepada bayaran pencen. “Pencen akan meningkat untuk mereka yang sudah bersara dan untuk mereka yang masih berada dalam perkhidmatan sekarang ini,” tambahnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lalu berkata kakitangan kerajaan harus menyerahkan perkara itu kepada kerajaan kerana pendapatan mereka akan meningkat di bawah SBPA dengan panel penyemak yang diketuai oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Ismail Adam. Panel terbabit, yang turut disertai Ceupacs, pelindung kepada kakitangan awam mempunyai tempoh sehingga 16 April untuk menyelesaikan semakan mereka.
Cadangan berkenaan, yang menyaksikan kenaikan sehingga RM60,000 sebulan untuk Ketua Setiausaha Kerajaan sedangkan kakitangan yang berada dalam perkhidmatan sokongan hanya menerima kenaikan serendah RM1.70, telah menimbulkan kemarahan 1.4 juta kakitangan awam - kunci kemenangan kerajaan Barisan Nasional (BN) - dengan pilihan raya yang dijangka akan berlaku sebelum May 2013.
The Malaysian Insider turut difahamkan bahawa skim itu dirangka tanpa penglibatan Ceupacs.
Difahamkan di bawah SBPA, 36 pegawai tinggi dalam “Perkhidmatan Utama” akan menerima gaji sehingga RM36,000 sebulan.
Timbalan Presiden Cuepacs (I) Azih Muda telah mengesahkan perkara itu kepada The Malaysian Insider dan berkata menyatakan butir-butir itu dinyatakan  pada pekeliling rasmi kerajaan.
Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menangguhkan pelaksanaan skim baru berkenaan berikutan mereka tidak di panggil untuk berunding. Pembangkang turut mengkritik kerjaan kerana membenarkan perbezaan jurangyang tinggi terhadap segmen yang berasingandalam kakitangan kerajaan.
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman(gambar) berkata, badan pelindung kakitangan awam itu telah mewujudkan jawatankuasa khas bagi memberikan pendapatan bagi mengatasi jurang berkenaan.
Pihaknya mendedahkan bahawa mereka akan membentangkan lima perkara dalam kertas cadangan mereka kepada pasukan khas SBPA pada 22 Febuari.
Lima tuntutan itu meminta semakan terhadap kadar pendapatan kakitagan awam pada gred 52 dan ke bawah, mengekalkan pegawai kanan pada skim Sistem Saraan Malaysia (SSM), mengakaji kadar gaji tertinggi, menyenaraikan kakitangan kerajaan yang layak untuk mendapat kenaikan gaji sehingga 13 peratus, dan mengkaji struktur kenaikan gaji untuk semua tahap.
Belanjawan 2012 juga memperuntukan RM64.1 bilion untuk gaji dan pencen kakitangan awam atau 28 peratus daripada keseluruhan belanjawan, kenaikan sebanyak RM36.9 bilion daripada lima tahun lalu.