Cuba Banding

Monday, February 13, 2012

Janji Pakatan Rakyat kembalikan undang-undang dirombak Dr M jika memerintah

Pakatan janji kembalikan undang-undang dirombak Dr M jika memerintah

February 13, 2012

Mohd Dzaiddin mendakwa perubahan yang dilakukan oleh Dr Mahathir telah melemahkan sayap badan kehakiman. — Gambar fail
PETALING JAYA, 13 Feb — Pakatan Rakyat (PR) hari ini menegaskan ia akan mengembalikan kepada asal segala undang-undang yang telah dirombak Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi perdana menteri sekiranya perikatan pembangkang itu berjaya memenangi pilihan raya yang akan datang.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata sekiranya mereka berjaya menjadi pemerintah dalam pilihan raya umum akan datang, perubahan seperti yang dikenakan ke atas Perkara 121 dalam Perlembagaan Persekutuan akan dikeluarkan supaya ia kembali kepada keadaan sebelum tahun 1988.
“PR bersetuju dengan pandangan bekas (ketua hakim Tun Mohd Dzaiddin Abdullah) itu, dan kami akan mengembalikan undang-undang tersebut kepada asal sekiranya memerintah, iaitu dengan mengembalikannya kepada sebelum tahun 1988,” kata Lim kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menegaskan, kenyataan bekas ketua hakim itu adalah sangat berat memandangkan kenyataan beliau itu mengesahkan bahawa rombakan tersebut memberikan implikasi kepada keputusan awal penghakiman berkaitan politik.
“Kenyataan itu mengesahkan berlakunya campurtangan politik dalam badan kehakiman negara yang mana setiap keputusan perundangan dipengaruhi unsur politik.
“Sebagai contoh kes yang berlaku seperti krisis di Perak dan penghakiman terhadap diri saya sendiri,” tegasnya.
Menurut Ketua Umum PKR ini lagi, PR mahukan sebuah badan kehakiman yang bebas, dan sekiranya berjaya memerintah, perikatan pembangkang ini akan memperbetulkan perubahan yang dilakukan Dr Mahathir.
Menurut Mohd Dzaiddin, Dr Mahathir merupakan pihak yang bertanggungjawab merombak undang-undang berkenaan dan melemahkan sistem kehakiman dengan meletakkan kuasa Parlimen sebagai penentu kehakiman negara.
Bagaimanapun, Dr Mahathir Mohamad telah membidas kenyataan Dzaiddin itu dan menegaskan, dakwaan itu merupakan satu fitnah terhadapnya.
Namun begitu, beliau bagaimanapun tidak akan menyaman mereka kerana menurutnya, itu adalah perbuatan sia-sia.
Beliau turut menjelaskan, tuduhan-tuduhan itu tidak berasas dan sekiranya benar seperti dakwaan tersebut, beliau sudah pasti akan menukarkan jawatan ramai individu dalam badan guaman ketika zaman pemerintahannya itu.
“Tiada peruntukan seperti itu, dan kalau saya ada kuasa, saya akan tukar ramai orang kalau saya boleh buat demikian,” katanya lagi.
Mohd Dzaiddin Jumaat lalu dalam ucapan dasarnya meraikan ulang tahun Tunku Abdul Rahman dan Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) di Tunku Abdul Rahman Memorial berkata, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.
“Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen,” kata Mohd Dzaiddin, dan menambah bahawa “Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman”.
Menurut Mohd Dzaiddin, pada tahun 1988, Ketua Hakim Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh Dr Mahathir, yang merupakan perdana menteri ketika itu.
Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan.
Namun demikian, Dr Mahathir menjelaskan, perkara itu bukan berlaku di atas kehendaknya, sebaliknya berdasarkan persetujuan daripada Agong ketika itu.
“Agong yang hendak Salleh Abas digugurkan, bukan atas kehendak saya,” katanya lagi.


themalaysianinsider.



Putrajaya hadapi pilihan sukar dengan rombakan bayaran kepada kakitangan kerajaan

February 13, 2012
KUALA LUMPUR, 13 Feb — Pentadbiran Najib sedang menghadapi tekanan apabila cuba untuk meredakan skim pembayaran kontroversi yang akan menguntungkan kakitangan kerajaan peringkat atasan tapi majoriti 1.4 juta kakitangan bawahan hanya menerima kadar kenaikan yang sedikit yang akan memberikan kesan buruk terhadap parti pemerintahan.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa Putrajaya mahu menyelesaikan pemulihan skim berkenaan yang dilihat hanya akan memberikan faedah kepada pegawai kanan kakitangan awam, yang dianggarkan seramai 2,000  daripada mereka sudah menandatangani perjanjian skim baru berkenaan, yang akan menjamin peningkatan pendapatan sehingga RM5,000 sebulan.
Melalui skim itu, kerajaan akan menghadapi peningkatan kos tambahan sebanyak RM2 billion setahun sekiranya kerajaan ingin meletakkan lebih banyak wang kepada kakitangan pertengahan dan bawahan yang tidak memperolehi kenaikan bayaran. Melalui Skim Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kerajaan  akan mengalami peningkatan kos sebanyak RM2.6 bilion setahun.
“Kerajaan sedang menghadapi tekanan yang berat kerana kebanyakan pegawai kanan perkhidmatan awam telah mendatangani skim yang tidak memberikan keuntungan kepada semua pihak,” jelas sumber kepada The Malaysian Insider.
“Putrajaya telah membuat pengiraan dan menyaksikan kerajaan bakal menghadapi peningkatan kos sebanyak kira-kira RM2 bilion setahun sekiranya terus mengekalkan skim itu termasuk memberikan kenaikan kepada kakitangan bawahan. Itu jumlah yang cukup besar,” tambahnya.
Sumber lain menjelaskan peningkatan pembayaran itu juga akan memberikan implikasi kepada bayaran pencen. “Pencen akan meningkat untuk mereka yang sudah bersara dan untuk mereka yang masih berada dalam perkhidmatan sekarang ini,” tambahnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lalu berkata kakitangan kerajaan harus menyerahkan perkara itu kepada kerajaan kerana pendapatan mereka akan meningkat di bawah SBPA dengan panel penyemak yang diketuai oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Ismail Adam. Panel terbabit, yang turut disertai Ceupacs, pelindung kepada kakitangan awam mempunyai tempoh sehingga 16 April untuk menyelesaikan semakan mereka.
Cadangan berkenaan, yang menyaksikan kenaikan sehingga RM60,000 sebulan untuk Ketua Setiausaha Kerajaan sedangkan kakitangan yang berada dalam perkhidmatan sokongan hanya menerima kenaikan serendah RM1.70, telah menimbulkan kemarahan 1.4 juta kakitangan awam - kunci kemenangan kerajaan Barisan Nasional (BN) - dengan pilihan raya yang dijangka akan berlaku sebelum May 2013.
The Malaysian Insider turut difahamkan bahawa skim itu dirangka tanpa penglibatan Ceupacs.
Difahamkan di bawah SBPA, 36 pegawai tinggi dalam “Perkhidmatan Utama” akan menerima gaji sehingga RM36,000 sebulan.
Timbalan Presiden Cuepacs (I) Azih Muda telah mengesahkan perkara itu kepada The Malaysian Insider dan berkata menyatakan butir-butir itu dinyatakan  pada pekeliling rasmi kerajaan.
Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menangguhkan pelaksanaan skim baru berkenaan berikutan mereka tidak di panggil untuk berunding. Pembangkang turut mengkritik kerjaan kerana membenarkan perbezaan jurangyang tinggi terhadap segmen yang berasingandalam kakitangan kerajaan.
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman(gambar) berkata, badan pelindung kakitangan awam itu telah mewujudkan jawatankuasa khas bagi memberikan pendapatan bagi mengatasi jurang berkenaan.
Pihaknya mendedahkan bahawa mereka akan membentangkan lima perkara dalam kertas cadangan mereka kepada pasukan khas SBPA pada 22 Febuari.
Lima tuntutan itu meminta semakan terhadap kadar pendapatan kakitagan awam pada gred 52 dan ke bawah, mengekalkan pegawai kanan pada skim Sistem Saraan Malaysia (SSM), mengakaji kadar gaji tertinggi, menyenaraikan kakitangan kerajaan yang layak untuk mendapat kenaikan gaji sehingga 13 peratus, dan mengkaji struktur kenaikan gaji untuk semua tahap.
Belanjawan 2012 juga memperuntukan RM64.1 bilion untuk gaji dan pencen kakitangan awam atau 28 peratus daripada keseluruhan belanjawan, kenaikan sebanyak RM36.9 bilion daripada lima tahun lalu.

No comments: