Cuba Banding

Thursday, May 31, 2012

Keahlian Isa Samad langgar peraturan Fasal 11 Undang-undang Kecil KPF berkaitan syarat-syarat keahlian.

Terima keahlian Isa Samad langgar peraturan KPF
  • Ahmad Fadli KC
  • 2:39PM Mei 31 2012
 
Suruhanjaya Koperasi Malaysia memutuskan tindakan Koperas√¨ Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) menerima keahlian  Tan Sri Isa Samad bercanggah dengan undang-undang kecilnya.

Bagaimanapun, tiada peruntukan dalam peraturan itu yang membolehkan keanggotaan yang telah diterima oleh lembaga pengarah KPF dibatalkan.
NONEOleh yang demikian, keanggotaan bekas menteri besar Negeri Sembilan itu diputuskan kekal.

Menurut peguam pengadu kes itu Ahmad Nizam Hamid (kiri), keputusan itu dimaklumkan kepadanya melalui sepucuk surat semalam.

Ahmad Nizam mewakili 16 orang peneroka Felda gugusan Jengka, Pahang yang membantah keahlian Isa ekoran teguran dengar SKM kepada KPF kerana gagal mematuhi Fasal 11 Undang-undang Kecil KPF berkaitan syarat-syarat keahlian.

Ahmad Nizam mewakili 16 orang peneroka Felda gugusan Jengka, Pahang yang membantah keahlian Isa ekoran teguran dengar SKM kepada KPF kerana gagal mematuhi Fasal 11 Undang-undang Kecil KPF berkaitan syarat-syarat keahlian.

Sementara itu, ditanya reaksinya berhubung keputusan itu, Ahmad Nizam kelihatan tidak dapat menerimanya.

"Keputusan kes Isa Samad ini, sepanjang saya jadi peguam, ini keputusan paling pelik dan gila," kata Ahmad Nizam.

Ahmad Nizam berkata, walaupun penerimaan keanggotaan Isa diputuskan bercanggah dengan undang-undang kecil KPF, veteran Umno itu tetap kekal anggota dan pengerusi KPF.


Wednesday, May 30, 2012

Nampak Gayanya PRU 13 selepas Bulan September 2012

PM bentang bajet 28 September
4:01PM Mei 29 2012 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Bajet 2013 akan dibentangkan pada 28 September.
Najib yang juga menteri kewangan berkata Belanjawan 2013 akan memberi tumpuan terhadap pertumbuhan seimbang dan berkualiti selain kebajikan rakyat.
NONE"Hari ini saya di sini untuk mendengar pandangan dan saranan anda terhadap isu-isu yang kita hadapi.
    
"Dalam perundingan Belanjawan, kita menerima 84 memorandum. Cadangan anda akan ditimbangkan sebagai input untuk Belanjawan 2013," kata Najib di Majlis Konsultasi Belanjawan 2013 yang dihadiri oleh semua pemegang kepentingan di Putrajaya hari ini.
     
Perdana Menteri yang mempengerusikan sesi itu, berkata tema Perundingan Belanjawan 2013 ialah Memacu Transformasi Ke Arah Negara Maju.

"Malaysia kini dalam tahun ketiga perjalanan ke arah menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.
    
"Banyak yang sudah kita capai dalam tempoh yang singkat ini. Bagaimanapun, masih banyak yang mesti dilakukan," katanya.

Sementara itu, perdana menteri berkata kerajaan perlu menyediakan peluang saksama untuk pendidikan dan pekerjaan selain memastikan kualiti hidup rakyat yang lebih tinggi.
    
Beliau berkata kerajaan juga akan memberi tumpuan untuk meningkatkan produktiviti dan inovasi bagi mengukuhkan daya saing untuk bersaing dalam pasaran global.
    
Perdana menteri juga memberi jaminan bahawa penyepaduan fiskal berada pada kedudukan yang baik untuk mencapai sasaran defisit jangka sederhana sekitar tiga peratus menjelang 2015.     

"Saya menyedari mengenai kebimbangan terhadap pengurusan fiskal kita. Kami terus komited untuk mengukuhkan kewangan awam.
    
"Mengekalkan momentum pertumbuhan ketika wujud cabaran luar merupakan keutamaan, namun ia akan dilakukan dengan penuh tanggungjawab," kata perdana menteri.
    
Najib berkata beberapa inisiatif sedang dilaksanakan dalam regim perbelanjaan selain usaha untuk meningkatkan kutipan perolehan.
    
Beliau berkata pengurusan nilai telah dilaksanakan untuk projek-projek pembangunan melebihi RM50 juta manakala belanjawan pusingan dua tahun, yang diperkenal tahun lepas, menyediakan pengurusan perbelanjaan anjal.
    
"Selain itu Kajian Perbelanjaan Awam dilaksanakan dengan bantuan Bank Dunia dan kerajaan bertindak atas cadangan. Kita juga sudah membentuk jawatankuasa di Perbendaharaan untuk mengkaji isu-isu fiskal berkekalan jangka panjang," katanya.

- Bernama


http://www.malaysiakini.

Tuesday, May 29, 2012

Kelantan Bina Lebuhraya Rakyat Dari wang rakyat

TG Nik Aziz yakin lebuh raya rakyat dapat disiapkan

Harakahdaily,29 Mei 2012

(TG Nik Aziz menandatangani plak perasmian pembinaan Lebuh raya rakyat Kota Bharu - Kuala Krai semalam)

MACHANG: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat dari Kuala Krai ke Kota Bharu bernilai RM1.8 bilion akan dapat disiapkan mengikut jadual.

Mursyidul Am PAS itu berkata pembiayaan kos projek itu akan turut melibatkan sumbangan wang daripada rakyat, lapor Malaysiakini.

"Kita yakin dapat melaksanakan projek bernilai RM1.8 bilion ini walaupun tidak sepenuhnya melalui sumbangan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan projek lebuh raya itu di Kampung Berangan Mek Nab di Machang, hari ini.

Nik Aziz mengulas kenyataan sesetengah pemimpin politik, termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang sangsi dengan kemampuan kerajaan PAS Kelantan membina lebuh raya melibatkan kos besar dan menyifatkannya sebagai gimik politik.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

(Ladang Sungai terah menyumbangkan RM1 juta untuk pembinaan lebuh raya bagi meringankan kesusahan rakyat Kelantan yang pulang ke kampung pada setiap hari raya dan cuti sekolah)

Katanya lebuh raya tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala) itu turut dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat (R&R).

"Pembinaannya berkonsepkan wakaf di mana kos pembinaan serta penyelenggaraannya dibiayai sebahagian daripada dana hasil sumbangan derma dan wakaf oleh rakyat dan syarikat swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," katanya.

Tok Guru Nik Aziz sendiri menyumbangkan RM5,000 wang peribadinya semalam untuk menjayakan projek ini.

Anak syarikat kerajaan negeri, Ladang Sungai Terah menyumbang RM1 juta manakala syarika Ufuk Budiman menyumbang RM100,000 kepada projek ini.

Di majlis itu, Tok Guru Nik Aziz menyeru semua lapisan masyarakat turut derma atas rasa tanggungjawab dan rasa hak bersama.

"Iapun bertepatan dengan Islam derma yang menggalakkan kita buat jalan selain masjid dan kita akan dapat pahala berpanjangan," katanya.





http://bm.harakahdaily.net





Hei Mufti! Bila aku kata undi PAS masuk surga - TG Nik Aziz

cenangau.blogspot.com,29 Mei 2012
Nampak sangat la media penchachai Umno dah habis modal. Tak habis-habis depa dok ulang isu lama. Kalau isu lama tapi relevan takpa la jugak ni depa dok guna isu lapok yang langsung tak relevan.

Dua tiga hari lepas depa spin balik isu orang bukan melayu boleh jadi PM. Isu yang dah lama Pakatan Rakyat jawab.

Kali ni depa ulang pulak pasai isu 'Undi PAS masuk syurga'. Tah mana depa dapat tiba-tiba Utusan boleh siarkan wawancara dengan Ahli Majlis Fatwa Masjidi Haram Sheikh Dr Sulaiman Saloomi yang kata "fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan."

Isu ni pun isu lapok yang langsung tak relevan pasai dah lama PAS jawab isu ni. Tepat sekali macam kata Salahuddin Ayub, PAS takmau layan isu ni, lebih baik PAS memberi fokus kepada persiapan menghadapi PRU13.

"Saya rasa itu langkah terdesak UMNO yang sudah tidak mempunyai modal dan isu untuk berhadapan dengan PAS. UMNO mainkan semula lagu lama untuk dapatkan simpati rakyat menjelang pilihan raya umum.

"PAS tidak akan menoleh lagi ke belakang untuk layan perkara ini, kita akan tetap dengan perjuangan dan pendirian kita bersama Pakatan Rakyat (PR).

"Kita tidak akan layan perkara macam ini, kita mempunyai agenda dan perancangan yang harus dilakukan segera.

"PAS ada strategi yang harus dilaksanakan, dan semua ini perlu kepada fokus untuk memastikan kejayaan kita," katanya. - KLPos.

Yang celakanya, akhbar KLPos yang laporkan kenyataan Salahuddin tu pilih tajuk "Fatwa Masuk Syurga : Tiada Keperluan Tarik Kembali - PAS" langsung tak sesuai dengan isi artikel tu.

Isu ni sepatutnya dah lama selesai dengan jawapan yang TG Nik Aziz bagi lama dulu. Tapi main dengan penchachai Umno ni depa bukan kira, selagi boleh spin depa akan spin, jenis tak peduli hal syurga neraka ni bukan peduli betui ka salah, selagi depa rasa boleh untungkan depa, depa akan spin.

Bagi yang tak pernah dengar lagi dari mulut TG Nik Aziz pencerahan isu "undi PAS masuk syurga" ni, hangpa patut tengok videoclip kat bawah ni sampai habih (klik untuk lihat). Dengar sendiri jawapan dari mulut TG Nik Aziz, Mursyidul Am PAS.


Sumber imej: Greenbox





http://bm.harakahdaily.net/

Saturday, May 26, 2012

MEMANG AHLI UMNO PANDAI BERLAKUN DAN MENIPU ........Apa Hukumnya dalam Islam orang macam ni ?

hebuh dengan Video ini ....Keluar Umno Masuk DAP.









INI APA ?.......

















Amukan 'yob pasior' londeh pekung busuk Umno


Mohd Rashidi Hassan,
26 Mei 2012
Isunya hanyalah berpunca daripada orang kuat Umno, yang mengamuk kerana tidak dapat projek pasir. Dalam loghat Perak pasir disebut 'pasior'.


Di Selangor suatu ketika, Umno cuba memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat dalam isu pasir, tetapi gagal. Akhirnya mereka hanya menjadi 'beruk-beruk yang menggoyangkan pokok', seperti kata Khairy Jamaluddin satu ketika dulu.


Umno jadi malu, apabila seorang pengusaha pasir yang merupakan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Kampar, Zamhuri Md Zin, mengamuk memaki hamun Umno dan kerajaan BN Perak, pimpinan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir.


Zamhuri marah kerana sokongannya kepada Umno selama hampir tiga dekad, tidak memudahkan beliau mendapat projek pasir.


Jadi, untuk melepaskan geram, beliau marahkan kerajaan negeri Perak dan berlakon konon-kononnya memarahi Zambry menerusi telefon, walaupun dikhabarkan, akhirnya pecah rahsia, beliau sekadar berlakon dan bukannya menghubungi Zambry pun.


Apa pun, Zamhuri layak digelar 'Yob Pasior' oleh rakyat Perak kerana begitu lantang menuntut projek pasir.


Ceritanya, beberapa hari selepas mengamuk memaki hamun partinya, isytihar keluar daripada Umno dan mengisytihar diri menyokong DAP, Zamhuri kembali memohon maaf kepada seluruh kepimpinan Umno di atas tindak tanduk beliau.


Kedua-dua video mengenai amukan dan permohonan maaf Zamhuri, boleh dimuat turun menerusi laman Youtube.


Soal mengapa beliau memohon maaf dan kembali kepada Umno, apa benda yang beliau dapat, hanya beliau yang tahu.


Namun, seperti kebanyakan penyangak-penyangak Umno lain, mereka bergaduh sesama sendiri dalam Umno-BN, Pakatan Rakyat pula yang menjadi 'ulam' , untuk dipersalahkan.


Teman menyentuh mengenai Zamhuri, bukan kerana hendak membalas keceluparannya, bukan juga kerana bencikan beliau.


Tetapi bagi teman, beliau adalah jelmaan manifestasi pelaksana, pendukung dan pemimpin Umno yang hipokrit, hidup mereka hanya mengejar projek, dengan menyandarkan perjuangan atas nama Melayu-Islam. Orang Perak kata spesies 'mangkuk hayun' macam inilah yang harus ditolak rakyat.


Zamhuri adalah bukti, mereka-mereka dalam Umno, bukan pejuang Melayu tulen. Mereka adalah insan haprak yang merebut kuasa untuk kepentingan diri, mengumpul sebanyak mana kekayaan dengan amalan rasuah yang amat jijik.


Zamhuri bukan calang-calang orang di Perak. Selain Naib Ketua Pemuda bahagian, beliau juga Ketua Cawangan dan Bendahari Pilihan Raya Umno Kampar.


Lagi hebat, beliau adalah kakitangan kerajaan dengan Gred N48. Satu lagi persoalan yang timbul, inilah dia kerja Umno, menggunakan jawatan dalam kerajaan untuk mendapatkan projek pasir dan lain-lain.


Boleh atau tidak kakitangan kerajaan berniaga dan mendapat projek dari kerajaan? Beliau harus disiasat nama syarikat dan dibongkar apa kepentingannya dan dalam konteks ini, boleh disabitkan dengan penyalahgunaan kuasa dan kepentingan.


Jika beliau menyalahgunakan kuasa, Zamhuri boleh dianggap lebih kurang macam perangai Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Shahrizat Jalil yang terbabit dalam skandal NFC. Caranya sama, amaun saja berbeza.


Jika kita melihat amukannya di laman Youtube Jumaat lalu, Zamhuri dengan loghat pekat Peraknya mengamuk selama lebih tujuh minit. Dengan jelas Zamhuri sendiri yang meminta amukkannya dimasukkan ke dalam Youtube.


Zamhuri ketika itu, mengisytiharkan keluar daripada Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu dan menyatakan hasrat untuk menyertai DAP.


Zamhuri berkata, tindakan tersebut diambil kerana parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang Melayu dan tidak lagi relevan.


Jelas suaranya, memaki hamun beberapa orang yang cuba memujuknya, termasuk Setiausaha Umno Bahagian Kampar, Zainal Abidin Selamat yang berada di situ.


Termasuk yang menjadi mangsa hamunannya ialah Ketua Umno Bahagian Kampar, Dato' Mohd Radzi Manan, yang dikatakan cuba memujuk beliau.


Jelas di laman Youtube apabila telefon bimbitnya berdering (dipercayai dari Dato' Radzi), Zamhuri mengamuk sambil menjawab telefon dengan mengatakan:


"Dato' Radzi telefon aku. Saya tekad hari ni Dato', apa jadi pun hari ni saya tekad..hidup DAP. Dato' kerajaan Umno-BN tak boleh tolong orang Melayu baik masuk parti lain Dato'."


Selepas Zamhuri mencampakkan telefon ke atas meja, sambil dipujuk beberapa orang. Zamhuri tidak mempedulikan mereka.


Disambung amukannnya, "Ha tengok sampai seluruh Perak menelefon. Baru nak menolong. Nak bagi rasuah baru dapat, nak menyembah rupe (serupa) ini..ha tolong aaa (menyembah cara Cina beribadat)," laungnya, dalam loghat Perak yang pekat.


"Ini semua rasuah. Nak kawteem, nak ajak karaoke, nak ajak makan, nak bagi rasuah, nak bagi amoi, aku kabo ke kome (beritahu kamu), nak bawa (amoi) dari Siam baru seronok hati


"Minta cara betul semua tak boleh, nak sogok baru boleh," tibai Zamhuri.


Malah beliau melaungkan takbir seraya berkata, "Allahu akbar! Saya sokong tukar kerajaan, Allahu akbar!


Hahaha..itulah drama pendek pencacai Umno yang berjaya melondehkan imej kotor, jijik dan nista Umno di Perak, dan juga di seluruh negara.


Orang kata morale of the story, kalau nak dapat projek kerajaan Umno, mesti bagi rasuah duit dan betina.


Kepada orang Perak, eloklah deme pikior balik daripada menyokong Umno ni. Teman idak le menuduh ape-ape, yang menuduh Umno jahat, kaki rasuah, kaki betine dan menyundal ni adalah Zamhuri si yob pasior.


Ate..itulah kerojenya deme tu. Gune nama Melayu-Islam, tapi menyundal dari 'atas perut hingga ke bawah perut.' Kongkali kong betul.


Umno Perak, silalah.. ambillah Zamhuri balik, Pakatan Rakyat tak sior (mahu) pun dia, teman tak semawa, dia yang terkinja-kinja. Alahai yob, 'nasi dah jadi bubur.'


http://bm.harakahdaily.net



'Kenapa polis serbu pekerja asing waktu gaji?'
  • Hazlan Zakaria
  • 11:16AM Mei 26 2012
 
Sekumpulan pekerja Burma menyatakan perasaan tidak puas hati dengan serbuan polis dan imigresen ke setinggan mereka di Kajang yang menyaksikan 31 telefon bimbit dan wang tunai RM11,000 dirampas.

Di samping itu, 14 orang turut ditahan.

Menurut pekerja, lebih 40 anggota polis dan 15 pegawai imigresen tiba dalam dua trak dan kereta peronda di rumah mereka di Kampung Baru Balakong pada awal pagi Sabtu.

Serbuan pada jam 1 pagi itu berlaku sejurus selepas hari gaji untuk hampir 200 pekerja Burma di kilang berdekatan.

"Saya percaya mereka memerhati dan tahu bahawa ia hari gaji kepada pekerja," kata Father George Harrison yang mewakili pekerja asing itu.

Pembantu jemaah paderi itu memberitahu Malaysiakini bahwa kesemua rakyat Burma itu mempunyai permit kerja yang sah dan dokumennya tersimpan dengan baik.


Kesihatan Tun Dr. Mahathir kritikal, rakyat diminta doakan Tun kembali pulih

Kesihatan Tun Dr. Mahathir kritikal, rakyat diminta doakan Tun kembali pulih
Posted on Friday, May 25 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Analisis IsuOleh: setisab

"Kerajaan Rakyat: Kesihatan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir semakin kritikal sejak dua hari lalu, rakyat diminta doakan Tun kembali pulih. Sejak beberapa hari lalu Tun Mahathir telah menampakkan gejala-gejala penyakitnya semakin kritikal.
Beberapa akhbar arus perdana telah memetik kata-kata Mahathir yang jelas menunjukkan penyakit Tun Mahathir itu berada ditahap yang amat membimbangkan.

Di bawah adalah antara kata-kata Tun Mahathir yang jelas menunjukkan penyakit nyanyoknya berada ditahap yang amat kronik.


Dr Mahathir Mohamad mendakwa jika Pakatan Rakyat tewas dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13), mereka akan menganjurkan demonstrasi ganas tanpa henti untuk menolak keputusan itu.

Alahai... alamak Tun, Kerajaan Rakyat doakan agar Tun cepat sembuh dari penyakit nyanyok itu kerana jika dibiarkan dikhuatiri ia bolih membawa maut.

Kepada haramjadah Tun Mahathir, sudah 12 kali pilihanraya umum diadakan dan sejarah telah membuktikan tiada satu pun insiden buruk yang dicetuskan olih parti-parti pembangkang walaupun mereka tewas!! Haramjadah Tun Mahathir  wajib baca ini (klik), tetapi andai haramjadah Tun Mahathir masih tidak faham, Kerajaan Rakyat cadangkan agar haramjadah Tun Mahathir klik video ini sambil rehatkan minda.
 
 manifesto untuk PRU13" 



http://www.tranungkite.net

Nak Tahu Apa punca kuliah Perdana Ustaz Azhar Idrus dibatal

 K-Pop punca kuliah Ustaz Azhar Idrus dibatal
Artikel
Blog biaqpila.blogspot.com

SEMUA orang tau yang kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus di PICC yang dijadualkan pada 26 Mei ini telah dibatalkan, dan lokasinya telah berpindah ke Masjid As-Salam, Puchong Perdana.

Aku pernah bangkitkan hal ini secara loose tak lama dulu.


Difahamkan Setiausaha Politik Najib, Dato Jailani Ngah telah meminta menghubungi JAKIM agar membatalkan kuliah tersebut. Antara alasan yang diberikan adalah kuliah itu akan berlangsung serentak dengan sambutan Himpunan Belia Negara anjuran BN juga di Putrajaya. Kononnya dikhuatiri akan berlaku pertembungan program dan kesesakan lalulintas yang teruk di Putrajaya.

Come on la - Putrajaya ni jalannya kecik macam KL ke? Putrajaya ni padat macam KL ke? Putrajayalah satu2nya bandar yang aku rasa aku berani baring atas jalanrayanya tanpa risau untuk dilanggar. Punyalah lengang Putrajaya ni. Lagipun, PICC terletak agak jauh daripada pusat sambutan Himpunan Belia itu dan tidak ada sebab untuk merisaukan kesesakan lalulintas!

Apakah pihak penganjur yakni BN takut kurangnya sambutan terhadap Himpunan Belia itu lantaran semua belia tertumpu ke Azhar Idrus? Come on - bukankah baik sekiranya para belia kita mendekati agama dan guru2 agama? Mengapa perlu dianggap kuliah2 agama sebegini sebagai ancaman?

Sekian lama belia2 kita disogokkan dengan hiburan dan karnival yang melalaikan. Bukankan molek sekiranya belia2 dan remaja2 ini dicambahkan dengan nur Islami?

Tetapi, yang menyedihkan ialah kerajaan BN lebih mengutamakan konsert K Pop berbanding kuliah Ustaz Azhar. Pada malam 26 Mei itu, rupanya penganjur Himpunan Belia telah menyediakan satu tentatif program persembahan konsert dari sebuah kumpulal K Pop yang terdiri dari sekumpulan anak2 gadis korea yang seksi meksi. Jadi, secara asasnya kerajaan BN yang menganjurkan Himpunan ini lebih mengutamakan "pengisian" artis K Pop korea yang seksi itu berbanding pengisian agama oleh Ustaz Azhar Idrus.

Inikah kerajaan yang kononnya mendakwa depa menegakkan Islam?

Aku tau, akan ada puak UMNO kutuk hal ni dengan kata "Ustaz Azhar tak berceramah agama, tapi dok kutuk mengutuk dan cerita politik". Sapa yang dok kata begitu, dia adalah BODOH dan jahil. Pernahkah korg pergi mana2 ceramah Ustaz Azhar? Lihat tak selautan manusia yang membanjiri mana sahaja lokasi Ustaz Azhar dan ini termasuklah mat rempit, kutu lepak, kaki rayau dan pelbagai lagi golongan yang dianggap sampah masyarakat? Apakah dalam setiap kuliahnya, pengisian utama Ustaz Azhar adalah mengutuk UMNO BN, caci maki suka suki dan sebagainya?

Tolong jangan jadi bodoh.

Apakah kononnya "kutuk mengutuk" dan "cerita politik" itu boleh dijadikan dalil untuk lebih menghalalkan konsert K Pop itu? Sila jawab dengan akal yang dipandu iman bukannya dipandu punggung para veteran tentera.

Wahai para mufti, wahai para ulama muda UMNO, wahai Hasan Ali - MANAKAH KORANG????

rakyat marhaen
 
 

Posted on Friday, May 25 @ 20:11:42 MYT by ibn_bacoks


http://www.selatanonline.net

Friday, May 25, 2012

Angkara Dulu Umno Cap Kapal Layar , Pemuda Tahan Lasak Berulang Kembali

Ceramah PKR di Lembah Pantai dicemari insiden keganasan





May 25, 2012
KUALA LUMPUR, 25 Mei — Ceramah PKR di Lembah Pantai yang turut disertai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah Anwar malam tadi telah dicemari insiden keganasan apabila pemimpin dan hadirin dilempar batu dan telur.
Ketegangan telah berlangsung sejak sebelum ceramah tersebut bermula malam tadi apabila ceramah PKR tersebut terletak lebih kurang 100 meter daripada ceramah Umno di kawasan sama.
Hampir 100 Pemuda Umno Lembah Pantai sebelum itu menghalang jalan utama menghala ke ceramah PKR dengan membawa sepanduk tertera perkataan “Anwar punca keganasan di negara ini”.
Ceramah PKR itu bermula dengan persaingan apabila speaker yang berucap cuba untuk menggunakan suara yang kuat untuk bersaing dengan ceramah Umno berhampiran.
Kekecohan bermula apabila Nurul Izzah memulakan ucapannya apabila sistem lampu, suara, dan elektrik dipotong, melewatkan ucapan tersebut bermula dalam jangka masa 15 minit.
Selepas beliau berucap, ketibaan Anwar kemudiannya disambut dengan balingan batu dan telur.
Insiden malam tersebut turut menyaksikan seorang warga emas tercedera terkena batu di kepalanya.
Ketua Umum PKR itu telah mengarahkan lelaki tersebut dibawa ke pusat kesihatan berhampiran dan terus menyalahkan Umno atas kejadian tersebut.
“Inilah cara pemuda Umno. Seorang lelaki cedera kerana terkena batu yang dilontar Pemuda Umno!
“Saya cabar (Datuk Seri) Najib (Razak) untuk berdebat, bukan menghantar samseng untuk melakukan perkara ini,” kata Anwar dan disambut sorakan daripada 100 penyokongnya yang majoritinya ahli PKR.
“Baling batu, ini bukti rasa kurang hormat terhadap demokrasi di Malaysia ... ini petanda Umno-BN terdesak untuk pertahankan kuasa mereka,” tambah Nurul Izzah.
Insiden tersebut turut menyaksikan sekitar 500 peserta ceramah Umno melakukan provokasi dengan menjerit sebaik sahaja Umni Hafilda Ali berceramah di pentas Umno sebaik sahaja Anwar atau mana-mana pemimpin PR berucap.
“Anwar al-Juburi. Dia pro Israel. Dia bapa kaki perempuan,” jerit wanita terbabit, yang dilihat cuba menenggelamkan ceramah Anwar.
Keadaan itu membuatkan Anwar berkata: “Kita nak menang pilihan raya melalui pilihan raya, bukan dengan menghina orang.
“Saya dah biasa dihina setiap hari, sejak 14 tahun lalusaya telah dihina di TV3 dan Utusan Malaysia,” katanya disambut sorakan penyokongnya.

Kejadian tersebut adalah kali ketiga ceramah PR diganggu dan kejadian sama turut berlaku di Merlimau dan Melaka hujung minggu lalu.

http://www.themalaysianinsider.com/



Terhot....Siapa sebenarnya Taiko Samseng ..... sendiri mau tau
Posted on Thursday, May 24 @ 22:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Info SemasaOleh: abuluqman

"Pemecah Berita Terhot... Siapa Taiko Budaya samseng ? sendiri mau tau..


Samseng Pro BN ditangkap ketika ganggu ulang Tahun Pakatan rakyat Selangor.


Rentetan kejadian insiden Sabtu di Merlimau


Lagi ceramah Pakatan jadi sasaran batu dan telur




100, termasuk kumpulan motor serbu rumah Ambiga




Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu dicemari apabila kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu.

Ulasan isu, budaya PR bukan nak cari gadoh..kita mahukan keamanan, tetapi mereka ini telah dirasuk oleh seseorang mereka supaya menggangu serta mengugut serta menakutkan. inilah dinamakan budaya gangster..siapa taikonya...sendiri mau tau !!!!!!! Sedutan dari Malsikini yang lepas dan blogger... tersohor.
"
 



http://www.tranungkite.net/

Thursday, May 24, 2012

Kumpulan bermotor serbu rumah Ambiga

100 termasuk kumpulan motor serbu rumah Ambiga

  • Ahmad Fadli KC
  • 1:35PM Mei 24 2012
Lebih 100 orang cuba berkumpul di depan rumah Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga di Bukit Damansara dekat ibu negara hari ini, dengan sebahagiannya terdiri daripada sekumpulan pemuda bermotosikal.

Namun, kemaraan kumpulan itu dihalang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berada di simpang masuk ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1 sejak pagi tadi.
NONEKumpulan itu yang rata-ratanya anti-BERSIH kemudian menghentikan motosikal di kawasan DBKL berkawal dan berjalan kaki untuk ke rumah Ambiga sambil menyanyi lagu "Inilah Barisan Kita".

Turut bersama hadir dengan kumpulan itu lima motosikal penjaja yang hanya berlegar-legar di sekitar jalan masuk ke rumah Ambiga.

Kawasan perumahan elit kelas pertengahan atasan di pinggir bandaraya Kuala Lumpur yang kebiasaannya tenang dan sunyi bertukar riuh rendah dengan kehadiran kumpulan itu.
NONENamun, penduduk berdekatan kelihatan meneruskan kehidupan mereka seperti biasa di sebalik kehadiran berpuluh-puluh anggota polis dan DBKL bagi mengawal keadaan.

Polis mendirikan sekatan jalan raya berhampiran jalan masuk ke rumah Ambiga bagi memastikan tiada orang asing menghampiri rumah Ambiga.

Dua buah lori besar DBKL turut ditempatkan berdekatan kawasan itu, dipercayai untuk mengangkut sebarang gerai yang didirikan tanpa kebenaran.

Terdahulu sebelum itu, sekumpulan 30 orang lain yang menggelarkan diri mereka "HALAU 1.0" cuba menyerahkan risalah mengandungi 10 sebab Ambiga perlu 'dihalau' dari Malaysia kepada Ambiga sendiri.
NONECubaan mereka bagaimana pun gagal apabila risalah itu diterima Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk A Samad Said menerusi celah pintu pagar rumah Ambiga.

Beliau berada di situ bersama jawatankuasa BERSIH lain selepas mesyuarat awal tengah harinya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) Datuk Jamal Yunus mengumumkan perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan.

Beliau hadir ke kawasan rumah Ambiga lewat sejam daripada masa asal kumpulan penjaja yang diketuainya merancang membuka gerai.
NONEKumpulan pro-BERSIH WargaAman yang juga merancang berkumpul petang ini bagi menyatakan sikap mereka tidak kelihatan.

Kumpulan pemuda bermotosikal itu bersama mereka berpakaian kuning bertulisan "BERSIH 4.0" dari MPBKL kemudiannya bersurai pada kira-kira jam 5.20 petang selepas diarahkan Ketua Polis Daerah Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Mohd Khalid.

Kumpulan MPBKL pada asalnya merancang mendirikan 60 gerai berhampiran kawasan rumah Ambiga bermula jam 3.30 petang hari ini.

GALERI FOTO
SAKSI VIDEO
malaysiakini.



Kerajaan ditekan berhubung kes Tajudin selepas dakwaan Khairy

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

May 24, 2012
KUALA LUMPUR, 24 Mei — Penyelesaian sulit kerajaan dengan Tan Sri Tajudin Ramli timbul kembali selepas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata minggu ini syarikat susunan semula aset nasional Danaharta tidak kehilangan duit dalam penyelesaian luar mahkamah.
DAP hari ini menuntut jawapan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas Khairy membuka semula perbalahan mengenai penyelesaian sulit yang kontroversial ini dengan menuntut semasa debat yang disiarkan di televisyen dengan Rafizi Ramli dari PKR bahawa dia telah diberitahu sumber bahawa kerajaan tidak kehilangan dalam pengaturan dengan Tajudin(gambar).
“Datuk Seri Najib Razak mesti mengesahkan dengan serta-merta jika ketua Pemuda Umno-nya bercakap benar atau sedang menipu orang awam tentang skandal tersebut.
“Terutamanya kerana ini kali pertama seorang ahli politik Barisan Nasional (BN) telah membuat tuntutan bahawa Tan Sri Tajudin telah membayar separuh atau semua hutang tertunggaknya sebagai sebahagian penyelesaian,” ketua publisiti DAP Tony Pua, berkata dalam kenyataan media hari ini.
Khairy telah berkata ada sumber bahawa bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) itu mungkin telah membayar lebih dari RM589 juta yang dihutang kepada Danaharta berikutan suatu penyelesaian luar mahkamah yang jumlahnya masih belum didedahkan.
Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pada tahun lalu mengarahkan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk Danaharta untuk menarik balik kes sivil terhadap Tajudin kerana kerajaan telah memutuskan semua kes diselesaikan di luar mahkamah.
“Dakwaan Khairy itu adalah langsung tidak boleh dipercayai dan kurang kredibiliti, berdasarkan cara sulit di mana kerajaan telah mencuba untuk menutup episod ini dan keengganan sebarang menteri untuk mengesahkan atau menafikan tuntutan bahawa Danahara sebenarnya telah melupuskan semua hutang Tajudin,” ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata.
Danaharta dan Tajudin telah menamatkan kes yang telah lama berlanjutan ini apabila mereka membuat penyelesaian luar mahkamah pada 14 Februari selepas Putrajaya telah mengarahkan Ogos lalu supaya semua GLC menguggurkan kes sivil terhadap bekas anak buah Tun Daim Zainuddin itu.
Tetapi terma penyelesaian luar mahkamah itu kekal sebagai rahsia antara dua pihak itu walaupun Mahkamah Tinggi telah memutuskan pada Disember 2009 supaya Tajudin membayar Danaharta RM589.14 juta dengan faedah tahunan dua peratus yang bermula dari 1 Januari 2006.
Ahli politik dari pihak kerajaan dan pembangkang telah menggesa supaya butiran lengkap penyelesaian luar mahkamah antara Tajudin dan Danaharta diumumkan kepada orang awam, tetapi setakat ini kerajaan masih senyap.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen telah menuntut pada bulan Mac supaya Putrajaya mendedahkan butiran penyelesaian luar mahkamah yang dicapai antara bekas syarikat pengurusan aset nasional Pengurusan Danaharta Bhd (Danaharta) dan Tajudin.
The Malaysian Insider memahami bahawa panel yang mempunyai 13 ahli itu membuat keputusan yang hampir sekata untuk tanya Kementerian Kewangan dan Prokhas, unitnya yang mengurus baki aset Danaharta, untuk menjelaskan penyelesaian sulit yang dicapai pada 14 Februari.
Polisi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjadi bahan kritikan selepas pentadbiran Najib memutuskan untuk mengadakan penyelesaian di luar mahkamah terhadap hutang RM589 juta oleh Tajudin ketika membuat pinjaman untuk membeli MAS pada 1994.
Kes antara Danaharta dan Tajudin timbul selepas beliau melakukan perjanjian kemudahan pada 13 Julai, 1994 untuk meminjam RM1.79 bilion daripada sindiket bagi membiayai pembelian saham sejumlah 32 peratus saham MAS.
Namun begitu, pada 1994 ke 1998, beliau gagal menyelesaikan hutang berkenaan dan menjadikannya pinjaman tidak memuaskan (NPL).
Pada tahun 1998, Danaharta mengambil alih NPL daripada peminjam tetapi Tajudin juga gagal menyelesaikan hutangnya dengan Danaharta sehingga mereka berhutang sebanyak RM1.41 billion pada 8 Oktober 2001.
Pada 31 Disember 2005, amaun yang belum dibayar adalah RM589.14 juta dan pada 11 Mei 2006, Danaharta dan anak syarikatnya telah mula ambil tindakan untuk mendapatkan semula kesemua duit itu.
Tajudin mendakwa dalam afidavitnya beliau diarahkan oleh Dr Mahathir dan Daim pada 1994 untuk membeli dan mengawal pegangan saham MAS untuk menjamin daripada kerajaan.
Ahli perniagaan itu mendakwa pembeliaan itu adalah “khidmat negara” yang dipaksa, kerana kerajaan ingin menenangkan para pelabur dan orang awam.
Dr Mahathir bagaimanapun menafikan dakwaan Tajudin berkenaan dalam memoir yang ditulisnya.



INI DIA RAFIZI RAMLI YANG BERDEBAT DENGAN KHAIRI JAMALUDIN









Ini dia orang yang buat UMNO tidak dapat tidur lena semalam.

Sejarah & Biodata Rafizi Ramli (Pengarah Strategik PKR) yang berdebat bersama Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda Umno).

Lahir: 14 September 1977

Tempat Lahir: Besut, Terengganu

Membesar: di Kemaman dan Kuala Kangsar

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)

Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)

Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan

Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar
Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu)
Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992
Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
Presiden, Badan Revolusi Agama
Presiden, Pancaragam Tentera
Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan
Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)

Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
Pengawas
Orkestra Morrison’s Academy
Leeds University (1996 – 1999)

Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
LATAR BELAKANG KERJAYA

Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003)

lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun
diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan
diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia
PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)

Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant
Pengurus termuda semasa dilantik
PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)

Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)

Pengurus Kanan termuda semasa dilantik

Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion
PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)

Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)

Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion
Pharmaniaga Berhad (2009)

Pengurus Besar
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – )

Ketua Eksekutif

Dia juga salah seorang Bekas Presiden Pelajar Sedunia sewaktu di UK yang telah membatalkan Rancangan Tony Blair untuk mengenakan Yuran belajar sebanyak USD 1k setahun untuk setiap pelajar. Beliau amat dihormati di UK.- FB



Sumber : http://shalehudin.blogspot.com

Nik Aziz: Muzakarah dengan Umno akan diteruskan walau pun Hj Hadi Tak setuju

Nik Aziz: Muzakarah dengan Umno, bukan NGO
7:55AM Mei 24 2012
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya untuk mengadakan muzakarah dengan Umno dan bukan dengan badan bukan kerajaan (NGO), lapor Bernama. 

Menteri Besar Kelantan itu berkata walaupun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat tidak bersetuju dengan pendiriannya itu namun beliau tidak akan berganjak dengan keputusannya.
    
"Saya tak ganggu presiden saya. Yang saya sebut, saya nak muzakarah dengan Umno kenapa tolak Islam.  Kalau dia (Hadi) tak setuju dengan saya, tak apa... yang penting muzakarah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Kota Jembal, di Kota Bharu semalam.
    
Abdul Hadi, pada Isnin lepas, dilaporkan berkata PAS tidak akan mengadakan muzakarah dengan Umno sebagaimana yang dilaporkan oleh media sebelum ini, sebaliknya sedia berbincang dengan NGO.
    
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata Umno sedia bermuzakarah dengan mana-mana NGO yang berasaskan Islam dan Melayu, sekiranya PAS tidak bersedia berbuat demikian. 
    
Nik Abdul Aziz berkata beliau juga tidak akan melonggarkan syarat yang telah ditetapkannya iaitu membincangkan mengenai dasar kebangsaan yang diamalkan Umno jika parti itu benar-benar mahu mengadakan muzakarah dengan PAS. 

http://www.malaysiakini.com




Debat Politik Rafizi - Khairy : Membuka Stail Baru Dalam Politik Negara
Posted on Wednesday, May 23 @ 16:54:01 MYT by paktam
Penulis TamuOleh Mohd Sayuti Omar
Semua orang yang menyaksikan debat di antara Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin malam tadi berkisar di bawah tajuk PTPTN-  wajaratau tidak ia dihapuskan; rasanya sudah dapat membuat kesimpulan dan pendirian masing-masing mengenai isu berkenaan. Telah ada yang memberi markah sekian banyak sekian banyak kepada kedua-dua pendebat berkenaan. 


Jauh diharapkan dari itu perdebatan itu dapat memberi pencerahan minda terhadap isu yang didebatkan itu. Semoga kekelabuan mengenai isu yang berputar di dalam kepala umum sebelum ini kerana ditaboo oleh ahli politik sedikit sebanyak terusai.

Mohd Rafizi Ramli
Kalaulah majlis itu tidak memberi kesan positif seprerti didambakan itu ia tidak memberi apa-apa manfaat kepada orang ramai melainkan pihak penganjur juga mendapat keuntungan. Astro dan Sinar yang menjadi penganjur mendapat publisiti meluas dengan debat itu.

Khairy dan Rafizi bersalaman.
Moral dalam debat itu secara ringkasnya Rafizi mempertahankan dasar yang akan dikemukakan oleh Pakatan Rakyat untuk menghapuskan PTPTN yang dianggap menjadi bala' kepada negara dan akan menawarkan pendidikan percuma kepada rakyat negara ini sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan selepas PRU-13.

Khairy pula mempertahankan dasar berkenaan dan menganggap negara akan muflis sekiranya pendidikan percuma diberikan kepada rakyat. Pertahanan Khairy jika dilihat dari bentuk hujah dan sininalnya lebih kepada untuk mempertahankan kerajaan yang menggubal dasar berkenaan daripada mempertahankan dasar berkenaan juga yang boleh dirasakan Khairy sebagai membebankan. Setujukah kalau dikatakan begitu?

Kalau bukan itu... saya fikir Khairy tidak akan berputar lidah mempertahankan dasar itu - PTPTN kerana dari segi untuk mencari popularitinya baik Khairy bersetuju dengan kerangka yang dibentangkan Rafizi untuk membebaskan pelajar dengan hutang dan memberi pendidikan percuma kepada rakyat daripada terus membebankan rakyat. Kerana bila disebut percuma semua orang suka dan bersetuju melainkan percuma untuk menerima kematian.

Dalam berhujah dan mempertahankan pandangan masing-masing - sebenarnya parti masing-masing, kedua-dua pihak mengemukakan figure dan angka masing-masing. Masing-masing mengemukakan rumusan dan konklusif mengikut kehendak perjuangan atau parti mereka. Dalam sesebuah debat bila ianya disertakan dengan angka dan fakta-fakta yang nampak ilmiah walaupun tujuan dan maksud di sebalik, debat politik seperti itu tidak menghasilkan keputusan yang ilmiah.

Di sini saya tidak mahu mengulangi angka-angka yang diberikan kedua-dua mereka tentang isu itu. Angka itu baik tetapi sukar untuk menerima rasionalistiknya kerana ia berbeza di antara satu sama lain. Tetapi kita kena hormat kepada angka-angka yang dikeluarkan dan juga fakta lain sama ada ia boleh dipercayai atau tidak kena fikir kemudian. Mereka hanya melontarkan sorce untuk diselesaikan. Mungkin bagi pengikut kedua pihak yang bertepok tangan di dewan debat itu akan menerima angka dan fakta yang dikeluarkan oleh tokoh mereka dan akan menolak mentah-mentah angka dan fakta yang diberikan oleh lawan.

Di sini saya juga tidak mahu mengadili kedua mereka untuk menyatakan siapa yang menjadi pemenangnya. Hujah siapa lebih kemas dan konkrit. Bagi saya perdebatan itu bukan untuk mencari siapa yang menang tetapi cuba membelek mencari siapa (dalam konteks ini kerajaan dan pemnbangkang) yang rasional dengan isu berkenaan. Itu yang harus difikirkan, menyelesaikan isu itu untuk kebaikan pelajar dan rakyat.

Sebab kalau hendak dipilih pemenang antara keduanya, sulit sebab kedua-duanya sama hebat dan sama petah berhujah. Masing-masing membuat persediaan serapi mungkin. Kesanggupan mereka untuk berdebat membawa satu pembaharuan dalam politik negara ini. Keberanian dan kesanggupan (persefahaman) itu sudah dikira kemenangan untuk kedua-duanya. Tanpa salah seorang tidak sedia dan sanggup naik petas debat itu tidak akan berlangsung. Atas keberanian itu maka kedua mereka adalah berhak diistyharkan pemenang dalam soal ini.

Budaya Barat - debat ini, mereka sudah berjaya bawa ke negara ini yang bakal menjadi satu permainan yang cukup diminati oleh para pemain politik di sini. Mereka tidak mengira apakah kaedah itu (debat) akan membawa kebaikan dan selari dengan batas kebenaran agama mereka tidak penting, tetapi dihitungkan ia menyeronokkan. Selalunya apa-apa juga game yang diperkenal oleh Barat disenangi kerana ia tidak terikat dengan rukun kehidupan manusia yang ada kalanya ketat yang dilingukungi agama dan adat.

Khairy Jamaluddin
Megenai Rafizi dan Khairy seharusnya mereka berhak merasakan mereka jauh lebih advence dan bersikap profesional dari mereka lain yang takut dan kurang berani untuk berdebat. Seharusnya mereka yang lain juga perlu mengadakan perdebatan seperti itu, berhujah secara bersemuka dan tidak membaling batu di dalam gelap atau syok di atas pentas ceraman sendiri. Kepada saya debat anjuran akhbar Sinar dan Awani Astro itu lebih bertanggungjawab dan gentleman kerana ia diadakan secara bersemuka tidak seperti ceramah atau pun demonstrasi.

Terimalah apa yang berlaku semalam adalah permulaan, perasmian stail dan gaya baru politik di negara ini. Selepas ini hendaknya akan ada lagi debat-debat politik di antara tokoh-tokoh lain dari kumpulan bukan saja PKR dengan Umno tetapi Umno dengan Pas, atau juga Pas dengan DAP dan sebagainya. Badan-badan bukan kerajaan (Ngo) juga boleh mengambil bahagian dalam perdebatan dan jangan asyik baling telor busuk dalam gelap sahaja atau mengadakan senanam punggung macam beruk tunging pantak ke arah ayam betina.

Topik-topik yang akan didebatkan nanti biarlah pelbagai yang mencakupi semua aspek kehidupan khasnya yang kritikal dan menjadi kontroversial pada masa ini. Misalnya isu ekonomi orang Melayu, perpaduan Melayu, perubahan sikap pengundi bukan Melayu, pencemaran budaya, pencabulan ke atas agama Islam dan sebagainya.

Tokoh-tokoh besar politik dan juga Ngo seharusnya merasa malu dan mulai rasa terpanggil untuk mengambil pendekatan dalam menghuraikan isu seperti mana dilakukan Khairy dan Rafizi itu.  Mereka boleh berdebat dengan memilih regu masing-masing yang berkedudukan atau kapasiti sama dengan mereka dalam organisasi.

Misalnya, Muhyuddin Yassin boleh memilih tajuk dalam bidang pendidikan untuk berdebat dengan Mohamed Azmin Ali atau pun Dr Zulkefli Ahmad dalam Pas. Atau pun Jamil Khir Bahrum yang dilihat lebih fasih al Fatihahnya daripada Najib Razak boleh berdebat mengenai isu agama dengan Abdul Hadi Awang.

Atau pun Mahfuz Omar boleh memilih Ahmad Maslan untuk berdebat atas isu; apakah Felda menganaiaya rakyat atau membela rakyat? Atau pun Sharizat Abdul Jalil boleh berdebat sebagai sayonara kepada Wanita Umno dengan Zuraidah Kamaruddin berkenaan isu lembu. Tajuk saya cadangkan; mana lebih besar tahi lembu NFC dengan tahi gajah hutan.

Tokoh-tokoh Ngo seperti Ngo beras kampit dan Ngo Perkasa(m) boleh cari regu masing-masing sama ada dari kalangan sesama Ngo atau dengan pembangkang dan kerajaan boleh juga diadakan secara langsung. Biar rakyat menilai apakah perjuangan dan aspirasi mereka sebenarnya. Tidak terlupa juga bekas-bekas PM kalau rasa 'gelenyer' untuk berdebat boleh debat sama. Mahathir boleh berdebat berhubung kesan dan implikasi dasar pentadbirannya selama 20 tahun.

Abdullah Ahmad Badawi juga boleh berdebat dengan Tok Guru Abdul Nik Aziz Nik Mat berhubung dengan konsep Islam Hadhari dan konsep Negara Berkebajikan; mana lebih afdal. Cuma dalam acara itu nanti jangan ambil orang-orang politik yang sakit jiwa, bermulut berus alias mulut busuk kerana mereka tidak layak untuk bercakap atas pentas dalam debat profesional begitu disebabkan mereka diselubungi emosi 'fasis' dan rasis.

Berbalik kepada debat Khairy - Rafizi, saya merasakan kedua pihak dapat mempertahankan dasar dan polisi parti masing-masing. Rafizi yang dituduh sebagai pengemukakan dasar pendidikan percuma oleh Khairy berjaya mengemukakan hujah-hujah untuk mengadakan pendididikan percuma tanpa merugikan negara. Misalnya kata Rafizi untuk mencari wang menampung perbelanjaan pendidikan yang dibimbangi Khairy boleh dilakukan dengan mengurangkan penyelewengan kerajaan dan juga komisyen pembelian kerajaan dan rasuah yang menelan belanja beratus billion.

Manakala Khairy pula berjaya menarik perhatian umum dengan cuba memesungkan isu di mana kalau orang tidak memahami akan memberi tepukan gemuruh kepadnaya. Misalnya Khairy membangkitkan kenapa kerajaan Pakatan Rakyat seperti Kedah, Pulau Pinang tidak melaksanakan pendidikan percuma diperingkat negeri itu seperti dirancangkan. Beliau menempelak dasar itu dengan memberi contoh di Kedah Kolej Universiti Islam Negeri (KUIN) bukan hendak mengadakan pendidikan percuma tetapi yuran dicadangkan untuk dinaikan.

Hujah atau tempelakan demikian dijawab oleh Rafizi dengan memberi tahu soal pendidikan bukan kepunyaan negeri semata-mata tetapi tanggungjawab federal. Kalau federal berlaku adil dalam mengagihkan wang rakyat yang dipunggut dan dibayar oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada federal misalnya kerajaan Pulau Pinang dan Selangor menjadi penyumbang kepada pusat sebanyak 40% hari ini juga negeri itu akan melaksanakan dasar pendidikan percuma.

Saya boleh membuat konklusi umum, secara keseluruhan perdebatan semalam berjalan dengan baik, teratur dan kedua pihak mempamirkan tahap kematangan sebagai bakal pemimpin masa depan yang menyakinkan. Sebenarnya acara semalam, Khairy dan Rafizi membingkaikan politik yang seharusnya menjadi idaman anak-anak muda dan generasi akan datang.  Tidak lupa juga syabas kepada moderator yang berjaya nmengendalikan debat dengan baik.

Bagaimana pun dalam perdebatan itu masih ada tempias-tenmpias berbau peribadi yang tidak relevan dan tak wajar disuburkan di masa akan datang. Misalnya pendedahan Rafizi mengatakan kerajaan BN semasa zaman Abdullah Badawi jadi PM (20084 - 2008) mengambil sebanyak RM237 billion wang Petronas di mana jumlah itu lebih separuh dari pemberian Petronas kepada beberapa pihak lain, tetapi tidak tahu ke mana wang itu digunakan.

Rafizi menyoal Khairy ke mana wang itu digunakan dan berapa banyak untuk tujuan pendidikan. Dia bertanya begitu kerana menganggap Khairy tahu sebab dia (Khairy) adalah penasihat kepada PM yang juga mertuanya. Jelas pertanyaan dibangkitkan Rafizi terkeluar dari kontes berdebatan dan wajar kalau Khairy tidak menjawabnya walaupun beliau akan diejek.

Khairy juga tidak dapat menyejutkan dirinya, dia juga tempias membangkitkan soal peribadi mengenai Anwar Ibrahim. Katanya PTPTN digubal semasa Anwar menjadi menteri kewangan. Hari ini Anwar tidak bersetuju dengan apa yang disetujui dulu dan beliau patut meletak jawatan. Persoalan Khairy itu dijawab secara politik dan tektikal oleh Rafizi dengan menjelaskan apa-apa keputusan di dalam kabinet adalah keputusan kolektif. Tidak timbul kalau PTPTN itu menjadi tanggungjawab Anwar sendirian.

Apa yang berlaku itu adalah perubahan keadaan dan masa di mana jelasnya, Khairy juga tidak terkecuali dari mengalami hal yang demikian.

Moral debat semalam yang dapat saya nilai ialah;

1. Khairy hendak menunjukkan dia seorang pemimpin muda yang berani dan cuba membawa sesuatu perubahan dalam stail dan pendekatan siasah dalam Umno dan negara ini. Dalam masa sama dia hendak menyindir dan menempelak pemimpin Umno yang jauh lebih lama darinya tetapi tidak berani dan bersikap tanggungjawab dan mengambil resposibiliti kepada parti.
2. Rafizi pula mengambil kesempatan menyerlahkan kemampuan daya fikir politiknya dan juga bakat kepimpinan dalam politik. Secara tidak langsung Rafizi menununjukkan gaya politik yang berkualiti dan mengkesampingkan politik remeh temeh yang tidak berasaskan kepada fakta dan rasionalisme.
3. Kesan kepada kedua-dua pihak UBN dan PR tidak seberapa kerana sebahagian saja akan mengubah pendirian dan persepsi terhadap isu PTPTN setelah mendengar debat itu. Ini kerana sebahagian besar pengudi telah membuat pilihan siapa yang mereka akan pilihan berdasarkan kepada itu itu yang sudah ditabohkan selama ini.

Perdebatan semalam jauh bezanya dengan majlis ucapan kemanusiaan antara Almarhum Fadzil Noor dengan Mahathir Mohamed mengenai Palestin yang kalau tidak silap berlangsung pada tahun 1997 dulu. Mungkin roh pengucapan kemanusiaan antara Presiden Pas dengan Presiden Umno itu boleh diaplikasikan dalam debat-debat polkitik seperti berlangsung semalam untuk memberi manfaat dan kebaikan bersama. Walahu'alam.

http://msomelayu.blogspot.com/


http://www.detikdaily.net


Bagi yang belum mendengar dikepilkan video debat tersebut :