Cuba Banding

Tuesday, July 31, 2012

Tanah kerajaan Terengganu dilelong


Posted on Monday, July 30 @ 09:18:05 MYT by paktam
Artikel
Oleh Dr. Syed Azman Syed Ahmad
Apakah reaksi SELURUH rakyat Terengganu apabila tanah milik kerajaan negeri terpaksa dilelong oleh sebuah bank ekoran kegagalan membayar pinjaman bank?

Inilah yang berlaku kepada tanah milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) seluas kira-kira 15 hektar yang terletak di Mukim Kerteh yang terpaksa di lelong.


Tanah yang menjadi milik kerajaan negeri ini telah digadaikan kepada bank pada tahun 1997 bagi membangunkan satu projek 432 lot perumahan bercampur yang dikenali sebagai ‘Bandar Baru Kerteh Jaya’.

Amat memalukan! Akibat kegagalan membayar pinjaman, Hong Leong Bank telah melelong tanah milik kerajaan negeri ini melalui satu lelongan awam yang telah diadakan pada 18 Julai, 2012.
Menurut dokumen Lelongan Awam terbabit, tanah tersebut telah di lelong pada jam 10.30 pagi di Bilik Lelong Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Sebuah syarikat bukan Bumiputera, yang berpengkalan di Pulau Pinang, Alam Sierra Development Sdn Bhd telah menjadi pembida tunggal yang berjaya membida tanah kerajaan negeri itu dengan harga rezab RM 5.594 juta.

Ia mempunyai 158 lot tapak rumah banglo, 168 lot tapak rumah berkembar dan 106 lot tapak rumah kedai.

Persoalan besar yang menjadi tanda-tanya kepada seluruh rakyat Terengganu kini adalah, siapakah yang bertanggungjawab dengan kejadian yang amat memalukan seluruh rakyat Terengganu ini?

Apakah kerajaan Terengganu khususnya Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said tidak mahu ambil peduli sehingga tanah milik kerajaan ini ‘terlelong’ begitu sahaja kerana ianya digadai kepada bank bukan di zaman pemerintahan beliau?
Atau apakah kerajaan negeri sudah kehabisan sumber kewangan sehinggakan tidak mampu lagi untuk membida bagi menebus kembali tanah milik kerajaan ini?

Semua rakyat Terengganu tahu bahawa pentadbiran Ahmad Said boleh berbelanja besar setiap tahun. Sejak tiga tahun lepas lebih RM6 bilion untuk melaksanakan pelbagai projek-projek mewah seperti Kawasan Bebas Cukai di Kenyir dan pembinaan Zoo di Kemaman yang di luluskan diatas nama pembangunan untuk rakyat Terengggganu.

Namun kejadian yang sama ini juga berlaku apabila tanah orang-orang Melayu di bandaraya Kuala Terengganu terhakis apabila ada tanah milik orang Melayu di pusat bandar telah bertukar tangan kepada bangsa lain.

Kerajaan negeri gagal memainkan peranan bagi menghalang tanah milik orang Melayu bertukar tangan setelah dimajukan pihak tertentu. Ia tergadai kerana kerajaan negeri tidak ada dasar yang berkesan.

Saya telah berkali-kali memaparkan di ruang ini tentang masadepan perkampungan orang-orang Melayu yang terletak di bandaraya Kuala Terengganu yang kini seolah-olah menjadi pelarian di bumi sendiri.

Masa depan mereka tidak menentu dengan siri demi siri pengambilan tanah penduduk yang dilakukan oleh kerajaan negeri di atas nama ’pembangunan’ dan membela orang-orang Melayu Terengganu.

Kebanyakan rakyat yang terlibat dengan pengambilan tanah ini adalah penduduk asal Melayu yang tinggal di bandar dan pinggir bandaraya Kuala Terengganu sejak ratusan tahun.

Lihat sahajalah apa yang berlaku kepada kampung tradisi seperti Kampong Tanjung, Ladang Sehat, Bukit Besar, Losong hingga ke Pasar Cabang Tiga.

Sepatutnya kerajaan negeri meneliti dengan serius cadangan agar agensi kerajaan seperti Lembaga Tabung Amanah Warisan negeri Terengganu (LTAWNT), Yayasan Terengganu dan Yayasan Islam perlu memain peranan mengambil alih tanah milik orang Melayu di sekitar bandaraya Kuala Terenggan.

Meskipun ada sebahagian dari tanah-tanah ini bersaiz kecil, namun ia amat penting dimajukan demi kebaikan ekonomi dan masadepan anak bangsa Melayu Terengganu.

Namun sehingga kini kepimpinan Menteri Besar tidak mempunyai kepekaan bgi mendengar rintihan rakyat ini dan dan tanah-tanah ini tergadai begitu sahaja ditelan pembangunan.

Kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat sepatutnya lebih peka dengan isu-isu yang amat penting ini khususnya bagi penduduk asal Melayu terengganu yang telah ratusan tahun meneroka negeri ‘Darul Iman ini’.

Tergadainya tanah milik kerajaan di Kerteh ini membuktikan bahawa kepimpinan Ahmad Said sebagai Menteri Besar sekali lagi gagal dan tidak mampu memikul amanah bagi membela rakyat Terengganu Darul Iman.

Mungkinkah juga seluruh negeri penyu bertelur ini akan juga ‘terlelong’?
----------------------------------------------
Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS yang juga Adun Batu Burok, Terengganu. Beliau boleh dihubungi melalui Email: syedazmans@yahoo.co.uk This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it , Twitter; @syedazman

http://www.detikdaily.net

Orang Kuat Askar Berazam Tumbangkan UMNO


Berita
Oleh Mazlan Aliman

KOL (B) Hj Hashim Pengerusi KERABAT Melaka. Dulu penyokong kuat BN. 30 tahun berkhidmat dlm ATM. Dlm ucapan beliau, sgt terkilan kebajikan anggota tentera diabaikan. Kalau tak cukup 21 th perkhidmatan, tak de pencen. Ramai bekas tentera yg hidup susah. Jenuh beliau berjuang utk kekawan tentera, namun dipandang sepi.


Akhirnya, beliau tinggalkan Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat. Beliau berazam utk terus berjuang demi ratusan ribu bekas anggota tentera yg disisihkan Kerajaan BN.
Posted on Tuesday, July 31 @ 07:41:33 MYT by ibn_bacoks http://www.selatanonline.net

Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibatalkan serta merta

Agong perkenan batal pelantikan Lajim ke kabinet
  • Bernama
  • 3:51PM Jul 31 2012
 
Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibatalkan serta merta.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan itu.
Ia adalah mengikut peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersama Fasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.
Lajim pada Sabtu lepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta-merta.
Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai anggota Umno.
Lajim yang mengumumkan peletakan jawatannya di Likas Jaya, dekat Kota Kinabalu, dilaporkan menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukannya sebagai timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.
Najib kemudian pada satu majlis di Pekan dilaporkan berkata kedudukan Lajim sebagai timbalan menteri akan diputuskan pada Isnin.
Lajim, 57, dipilih ke Parlimen selepas pilihan raya umum 2008 menggantikan penyandang kerusi Beaufort, Azizah Mohd Dun selepas menewaskan Lajim Md Yusof (PKR), dengan majoriti 10,914 undi.
    
Beliau kemudian dilantik menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan pada tahun 2008 sebelum ditukarkan portfolio kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2009.

-  Bernama 



http://www.malaysiakini.com

Monday, July 30, 2012

Bekas pegawai kanan Kementerian Pertanian masuk PAS


Posted on Monday, July 30 @ 04:54:24 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

BeritaOleh Harakahdaily
SEREMBAN:
 PAS Negeri Sembilan menerima suntikan semangat baru apabila bekas pegawai kanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Mustapah Mohd Omar menyertai PAS secara rasmi kelmarin

(Mustapah menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Mohamad Sabu)

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Kawal Selia Air Selangor; Penolong Pegawai Daerah Port Dickson dan Penolong Pegawai Daerah Seremban.

Mustapah bersara pada tahun lepas.

Mustapah menyerahkan borang ahli PAS kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di majlis berbuka puasa anjuran PAS Seremban di PASTI Wildan, Ampangan, Seremban.

Turut menerima penyertaan Mustapah ke dalam PAS ialah Yang DiPertua PAS Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Mohamad Hassan Tamby. 



http://www.tranungkite.net

Thursday, July 26, 2012

Kerajaan Pakatan bertaruh dengan kerajaan dalam pemberian bonus Aidilfitri


July 26, 2012
KUALA LUMPUR, 26 Julai — Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dan Pulau Pinang hari ini turut mengumumkan bonus Aidilfitri untuk kakitangan kerajaan negeri yang dipimpin mereka, menjadikan mereka bersaing dengan Barisan Nasional (BN) demi mendapat sokongan rakyat sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian sama kepada penjawat awam kerajaan.
Lim Guan Eng — Foto fail
Di George Town, Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini mengumumkan bonus setengah bulan dengan kadar minimum adalah RM600 kepada 3780 kakitangan kerajaan negeri.
Beliau turut mengumumkan pembayaran RM300 kepada 10 penyelia dan 1,391 buruh. Kesemuanya menelan kos sejumlah RM3.9 juta.
Khalid Ibrahim — Foto fail
Di Selangir pula, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaannya akan membayar separuh bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam negeri.
Tambahan RM200 bonus turut dimasukkan ke dalam simpanan skim Selangorku untuk setiap kakitangan. Sementara tambahan RM200 lagi akan didepositkan ke dalam akaun Tabung Haji bagi beragama Islam, manakal untuk bukan Muslim, akan mendapat pembayaran melalui Bank Simpanan Nasional.
Perbelanjaan itu akan menyaksikan Selangor menampung beban sejumlah RM20 juta.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian separuh bulan bonus berjumlah RM500 bagi kakitangan awam dan tambahan RM500 untu pesara yang akan dibayar bermula 9 Ogos depan.
Pembayaran bonus itu bakal menyaksikan kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM2.2 bilion dan memanfaatkan 1.27 juta kakitangan awam termasuk  657,000 pesara kerajaan.
The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan pentadbiran Najib mungkin akan melaksanakan pilihan raya pada September, sebelum Hari Malaysia jika meneruskan rancangan untuk membubarkan Parlimen bulan hadapan.
Difahamkan, pembantu Najib dan pegawai rasmi BN telah memberi penerangan untuk menangguhkan pilihan raya antara Hari Raya Aidifitri, pada 19 Ogos, dan pembentangan Bajet pada 28 September. Hari Malaysia jatuh pada 16 September.
Najib sedang berkira-kira tentang tarikh pilihan raya walaupun menyuarakan keyakinan akan memenangi semua kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.
BN menguasai Putrajaya dengan sembilan negeri, manakal Pakatan Rakyat menguasai Kedah, Selangor, Kelantan, dan Pulau Pinang. PR hilang Perak selepas tiga wakil rakyat mereka menjadi Bebas pada Febuari 2009 dan membolehkan BN menawan kembali negeri tersebut.


http://www.themalaysianinsider.com

Serupademo.blogspot.com: Nik Aziz tetap pertahan laksana hudud

Serupademo.blogspot.com: Nik Aziz tetap pertahan laksana hudud

Nik Aziz tetap pertahan laksana hudud

Posted on Wednesday, July 25 @ 14:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

BeritaOleh: imamsurau

"Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud walaupun ada tentangan daripada pihak lain termasuk anggota Pakatan Rakyat iaitu DAP.

Nik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan berkata semua pihak telah mengetahui hasrat PAS berhubung pelaksanaan hukum hudud terutama di negeri ini.

Beliau berkata tiada sebab PAS tidak melakukan sesuatu yang dianggap untuk kepentingan agama walaupun ada pihak yang tidak bersetuju.

"Rasanya saya tak perlu sebut kali kedua, kerana ia (cadangan itu) sudah lama dah, semua orang tahu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Beliau ditanya mengenai kedudukan PAS dan DAP yang nampak tidak sehaluan dan berbeza pendapat mengenai dasar negara Islam dan hukum hudud.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Karpal Singh dilaporkan meminta pemimpin PAS supaya tidak terus membangkitkan isu negara Islam yang boleh merencatkan kemaraan pakatan pembangkang ke Putrajaya.

Nik Aziz berkata jika hukum gantung boleh diterima semua pihak, maka tidak ada sebab hukum hudud tidak boleh diterima.

"Pelik apa kalau ambil hudud, bukankah di Malaysia ini ramai orang kena hukum gantung. Hukum gantung menyebabkan isteri dia (pesalah) jadi bujang (janda), anak jadi anak yatim, keluarga kehilangan tempat bergantung.

"Tapi hudud tak matikan orang, nak kerat (potong) tangan pun letak bermacam-macam syarat," katanya.

sumber"
 



http://www.tranungkite.net

Wednesday, July 25, 2012

PM umum bonus setengah bulan, pesara dapat RM500


  • Bernama
  • 5:34PM Jul 25 2012
 
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
    
Perdana menteri yang juga menteri kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.
    
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
    
Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.  

- Bernama
http://www.malaysiakini.com

Felda tiada hak atas tanah milik kerajaan Negeri

 Felda tiada hak atas tanah milik kerajaan Negeri
BeritaBlog Warta Kedah

Felda Global Ventures logoALOR SETAR – Felda Global Ventures Holdings (FGVH) berkemungkinan akan disaman oleh Suruhanjaya  Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia jika syarikat tersebut meneruskan perjanjiannya dengan Felda Induk untuk memasukkan Felda Plantation dalam senarai saham Felda Induk. Ini kerana tanah Felda Plantation merupakan tanah milik kerajaan negeri dan mereka tidak boleh membuat perjanjian dengan pihak lain sesuka hati.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, berdasarkan perspektus yang dikeluarkan, beliau difahamkan bahawa pihak FGVH telah membuat satu perjanjian dengan Felda Induk untuk menggunakan semua tanah-tanah Felda Plantation untuk dimasukkan dalam saham Felda Induk sedangkan tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri dan beliau tidak diberitahu.

Beliau berkata demikian pada sidang media berkaitan dengan isu penjualan semula saham FGVH, selepas mesyuarat Exco, di sini.
“Kita hanya bagi kepada mereka hak mengguna tanah, tetapi tidak membenarkannya membuat perjanjian dengan pihak lain. Jadi kita nak minta penjelasan daripada FGVH, bagaimana mereka boleh keluarkan perspektus bahawa mereka telah menggunakan tanah ini untuk tujuan saham tersebut.
“Jika mereka teruskan dengan perspektus itu, maka SC dan Bursa Malaysia akan ambil tindakan terhadap mereka bukan terhadap saya, kerana mereka mengelirukan dan menipu orang ramai sedangkan itu bukan haknya. Orang yang terpengaruh orang akan beli walaupun dua ekar. Dengan perspektus tersebut ianya memberi pengaruh kepada orang ramai sama ada untuk turut serta atau tidak,” terangnya bersungguh-sungguh.
Tambah beliau, tanah yang terlibat di Kedah ini terdapat di dua kawasan dan mungkin di Gunung Bongsu. Yang pertamanya di kawasan penanaman getah iaitu sebanyak 241.67 hektar. Tanah ini tidak diberikan geran, bermakna ianya masih tanah kerajaan negeri, maka tidak boleh buat perjanjian dengan pihak lain.
Kawasan yang ke dua adalah tanah getah juga, iaitu seluas 874.58 hektar dan dalam perspetus tersebut FGVH juga memasukkan tanah ini sebagai saham, sedangkan itu tanah milik kerajaan negeri.
Posted on Wednesday, July 25 @ 10:00:00 MYT by ahmadi
http://www.selatanonline.net


UMNO BOLEH BUAT KE MACAM NI
 ·  ·  · 2 minutes ago · 

Fitnah Ulama Muda UMNO terhadap Ketua Pemuda PAS

Memalukan! Fitnah Ulama Muda UMNO terhadap Ketua Pemuda PAS dikantoikan..
Posted on Tuesday, July 24 @ 10:45:16 PDT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

ArtikelOleh: AnakSgDerhaka

"
Diatas itu ialah fitnah yang telah dilontarkan oleh salah seorang anggota Ulama Muda UMNO (ILMU), Ustaz Ahmad Fauzan Yahya terhadap Ketua Pemuda PAS.

 

Beliau tanpa ada rasa segan silu dan takut terhadap dosa sanggup memfitnah Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasharuddin Hassan.
Apa yang tertulis dalam kenyataan di FB miliknya itu ialah beliau terkejut apabila melihat Ketua Pemuda PAS membenarkan dirinya disolek oleh jurusolek perempuan pihak Astro Awani.

Oleh itu beliau mengucapkan tahniah kepada sahabatnya Fathul Bari kerana memilih untuk menyolek diri sendiri kerana bimbang tersentuh dengan wanita.

Tambahnya lagi.. "apa guna memperjuangkan Islam, seandainya hal semudah ini (bersentuh kulit) tidak dapat dijaga, renung-renunkan...."

Dibawah adalah Ustaz yang menyebarkan fitnah itu..


Bagaimanapun fitnahnya itu telah terbongkar dalam masa yang singkat dan lebih memalukan lagi bilamana individu yang membongkarnya adalah seorang yang bukan berugama Islam..

Seorang jurugambar Astro Awani yang bukan berugama Islam telah menyebarkan gambar sebenar apa yang telah berlaku sebenarnya..

Ujar juru gambar Astro itu " Sebagai Manusia saya tidak sanggup lagi melihat manusia-manusia yang baik seperti Ustaz Tantawi di tomah dan fitnah oleh manusia-manusia yang jahat ini, sebab itu saya serahkan gambar ini kepada tuan-tuan saya tak kesah kalau saya dibuang kerja oleh pihak Astro. Walaupun saya bukan beragama islam tapi saya tahu Tuhan akan bantu saya. Saya boleh cari kerja di tempat lain."

Ini gambar sebenar...



Sila lihat di SINI



http://www.tranungkite.net

Tuesday, July 24, 2012

Bersih tidak haram: PM didesak pohon maaf


Harakahdaily,24 Jul 2012
(Perhimpunan Bersih 2.0 yang isytihar haram oleh Kerajaan BN diputuskan halal oleh mahkamah)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dituntut memohon maaf kepada semua peserta perhimpunan Bersih 2.0 ekoran pengisytiharan mahkamah Bersih 2.0 tidak haram.

Desakan ini dibuat pelbagai pihak ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.

Sekiranya kedua-dua mereka menghormati undang-undang serta Perlembagaan negara, maka tindakan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat adalah sesuatu yang wajar dan sangat dialu-alukan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Hishammuddin Hussein pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.

Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusannya hari ini berkata, Bersih telah berjaya membuktikan kes dalam mencabar pengisytiharan kerajaan.

Beliau juga memutuskan perisytiharan Menteri Dalam Negeri sebagai ‘tercemar’.

“Oleh itu, kami membenarkan permohonan pemohon (untuk semakan kehakiman perisytiharan kerajaan) dengan tiada perintah tentang kos,” katanya.

14 Anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih yang diketuai oleh Ambiga Sreenevasan telah menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai responden.

Selain dari Ambiga, plaintif termasuk Dr Ahmad Farouk Musa, S Arul Prakkash, K Arumugam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Andrew Khoo Chin Hock, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, SP Subramaniam.

Turut serta adalah Toh Kin Woon, Wong Chin Huat, Yeo Yang Poh, Yeoh Yong Woi dan Zaid Kamaruddin.

Pada 1 Julai tahun lalu, Hishammuddin dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan gabungan itu menyalahi undang-undang, sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.

Nota dari Wad 5J HUKM

Ahmad Lutfi Othman,

24 Jul 2012
Catatan pendek ini mulanya saya usahakan ketika dalam Wad 5J, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), pada petang 15 Julai, dengan tulisan tangan, disebabkan jari-jari kiri saya masih tidak dapat mengetuk papan kekunci komputer. Meskipun cetusan idea terus terpancar, namun kelemahan fizikal, terutama di bahagian kiri badan, tetap menganggu kelancaran menulis.

Serangan kedua strok, Ahad 8 Julai, yang disedari ketika saya dan Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob, singgah di kawasan R&R, Pagoh, dalam perjalanan balik dari Pasir Gudang ke Kuala Lumpur, menyebabkan kolum ini tidak dapat diisi selama tiga keluaran -- sesuatu yang cukup mendukacitakan saya. Justeru, saya berazam, walaupun masih bercuti panjang, tulisan ini harus disiapkan juga.

Hasrat saya untuk turun meninjau sendiri situasi terkini politik dan mood akar umbi menjelang PRU13, terhenti di Johor. (Niat melengkapkan pusingan pertama menjelajah seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak sebelum Ramadan, hampir tercapai, kecuali Kelantan dan Perlis).

Johor yang dahulunya dikenali kubu kuat Umno, malah dianggap "simpanan tetap BN", kini menjadi tumpuan dan perhatian penganalisis politik. Ramai menjangkakan kejutan bakal berlaku di selatan tanahair itu. Jika pada 2004, PAS mendapat kerusi Dun secara percuma di Senggarang, tetapi dalam PRU12, ia menang di Sungai Abong dan Maharani; ketiga-tiga Adun itu (Dr Mohd Ramli Kari, Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh dan Dr Mohammad Taslim) merupakan doktor perubatan. 

Secara peribadi, saya melihat keunikan politik Johor (dan di sinilah terselit harapan besar)  juga terletak kepada komposisi pengundi dalam 56 kerusi Dunnya. Daripada statistik 2008, ia mempunyai kawasan pengundi campuran yang tinggi, dengan 46 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan adalah kawasana yang tidak mepunyai majoriti sesuatu kaum ataupun sesuatu kaum hanya mendominasi antara 50-60 peratus jumlah pengundi. Sila rujuk buku Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-12: Isu dan Pola Pengundian, di bawah bab "PRU12 di Johor: Perubahan atau Protes", hasil kajian sekumpulan ahli akademik Jabatan Sejarah Universiti Malaya.

Seorang rakan memberitahu, Johor mempunyai banyak persamaan dengan Selangor, terutama dari segi komposisi kemajmukan penduduk, kemajuan negeri dan juga termasuk keistimewaan pengundi Melayu yang terdiri daripada suku kaum Jawa dan sebagainya. "Kalau Selangor mencipta kejutan pada 2008, tidak mustahil boleh Johor mengulanginya dalam PRU13," katanya penuh harapan.

Saya sukar menelan bulat-bulat andaian Pakatan Rakyat mampu memberi kejutan sebelum cuba merasai sendiri debaran di medan, walaupun laporan mengenai aktiviti dan program  politik di sana begitu menggalakkan. Masakan Umno rela berputih mata di "tempat tumpah darahnya" sendiri?

Lagipun kekalahan BN di Johor memberi impak cukup besar, khususnya daripada segi psikologi aktivis Umno di seluruh negara. Runtuh Umno di Johor, maka berakhirlah hikayat panjang parti yang dilihat telah mengkhianati amanah kepemimpinan dan kepercayaan orang Melayu sejak merdeka itu.

Agak menarik apabila dua himpunan Hijau PAS di Johor, walaupun diadakan selang seminggu, masih mendapat sambutan menggalakkan. Lebih membanggakan, menurut pemerhati, majoriti hadirinnya adalah masyarakat setempat, bukannya penyokong tegar PAS dari jauh. "Saya melihat mudah aja, jika ramai yang datang dengan motor, berbanding kereta, maka kita boleh kitakan, yang hadir itu kebanyakannya orang tempatan," kata seorang aktivis parti di Kulai.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, jika dilihat kekerapannya turun Johor, seperti sedang memberikan perhatian istimewa selepas kongres tahunan KeADILan 2012 diadakan di negeri itu. Sejumlah 26 kerusi Parlimen yang ditawarkan Johor begitu penting dalam menjayakan misi penguasaan Putrajaya. Buat masa ini BN membolot 25 kerusi; hanya kerusi Parlimen Bakri dimenangi calon DAP, Er Teck Hwa, dengan majoriti 722 undi.

Kepulangan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ke negeri kelahirannya, selepas dua penggal menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan, bagi membantu Pesuruhjaya Negeri, Dr Mahfodz Mohamed, menyuntik semangat luar biasa penggerak parti, khususnya di peringkat bawahan.

Sekurang-kurangnya mereka merasakan harapan dan impian  boleh digapai jika kombinasi prasyarat kemenangan dapat  dipenuhi. Sesungguhnya keyakinan amat penting buat aktivis pilihan raya berdepan situasi sukar, tetapi penuh harapan itu.

Dan sememangnya Johor selama ini popular dengan "kolam pemimpin muda" berkebolehan, yang cukup berdedikasi, energetik, berfikiran terbuka, dan lebih penting lagi bersedia dengan idea-idea baru yang praktikal, bagi memecahkan tembok penghadang di antara PAS dengan golongan massa. Sesungguhnya tidak mudah untuk PAS mula bertapak kukuh di negeri ini dan sudah tentu cabarannya selepas ini berdepan liku-liku sukar.

Malam Ahad itu, saya dan Wan Nordin singgah dan bermalam di Kulai, ditemani wartawan Harakah Johor, Salman Hussin. Kami sempat mengikuti Bicara Selebriti membabitkan beberapa personaliti terkenal anak seni, seperti Aishah, Bob Lokman dan Mel bekas vokalis Wings, selain pejuang peneroka dan generasi kedua Felda, Mazlan Aliman, di Felda Taib Andak.

Sengaja saya memilih lokasi agak belakang, sedikit tersorok, sambil menyandar pada sebuah kereta di tepi jalan (sebenarnya saya berdiri hampir dua jam, dengan bertongkat, tempoh paling lama sejak diserang strok kali pertama pada pertengahan tahun 2010!), cuba untuk mendengar reaksi langsung anak-anak muda terhadap program tersebut. Sebahagiannya melihat dan memandang telinga dari jauh,  di atas motosikal masing-masing.

Saya perhatikan ramai di antaranya, termasuk remaja perempuan, yang teruja dengan bentuk persembahan Bicara Selebriti, yang dianggap satu kelainan. Bob Lokman memang bijak berperanan sebagai moderator, sambil menyelitkan nasihat agama, disulami humor bermakna dan  menjentik kesedaran politik audien melalui persoalan kepada Mazlan, di sekitar isu semasa Felda, terutama berkaitan penyenaraian FGVH, dengan pendekatan mudah dan menyenangkan.

Kisah "penghijrahan" Aishah mungkin sudah ratusan kali diulangnya namun ia tetap menarik dan mengusik emosi, apatah lagi untuk warga Felda Taib Andak yang baru pertama kali menariknya. Namun, nyanyian Mel lebih memukau walaupun dengan sokongan "PA system" bertaraf  amatur.

"Aishah tak boleh menyanyi ke? Lagu nasyid pun jadilah, takkan tak boleh kot?" Saya terdengar bisik seorang pendengar wanita, agaknya dalam usia 20-an kepada teman sebayanya. Beberapa minit kemudian, seorang kawannya, lelaki, datang menyapa.

Beliau menyebut nama Mazlan yang sedang berucap ketika itu sambil memperkenalkan later belakang Presiden Anak kepada dua wanita berkenaan. Sepintas lalu, lelaki itu menyebut jasa-jasa Mazlan kepada peneroka Felda. Dalam hati saya terdetik, "hebat sekali, penjelasan spontan di tepi jalan dalam majlis santai ini, cukup mengesankan, terutama untuk khalayak yang baru."

Maaf, saya terpaksa menangguhkan dahulu catatan ini atas keuzuran. Saya tidak mahu subjek yang begitu besar dan penting, tentang politik sebuah negeri yang begitu menarik, akan menjadi hambar apabila idea lebih pantas mencurah daripada tulisan tangan yang semakin tidak bermaya ini.

Meneliti pola pengundian pada 2008, saya kira tsunami politik belum membadai bumi Johor, bukan sahaja dari kalangan pengundi Melayu, malah orang Cina sendiri. Masyarakat Tionghua yang kelihatan teragak-agak pada PRU12, kali ini dijangka memberi undi sepenuhnya kepada Pakatan Rakyat.

Malah, jika sebahagian pengundi Melayu, khususnya generasi muda termasuk di Felda, golongan terpelajar, kelas menengah, dan tidak terkecuali kelompok di kampung-kampung tradisi, beralih menyokong Pakatan, atau menunjukkan protes terbuka kepada Umno, maka sejarah baru politik Malaysia benar-benar akan terukir nanti.

Saya ingin menutupnya dengan memetik rumusan analisis buku Pilihan Raya Umum Ke-12: Isu dan Pola Pengundian, iaitu, "Peningkatan kawasan campuran akan menjadikan pola, bahasa, reka bentuk semulajadi politik di Malaysia terutamanya di Johor akan berubah ..."

Saya cuba memberikan analisis lanjut seterusnya nanti, insya-Allah. Selamat berpuasa dan mengimarahkan Ramadan. (Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada warga kerja Wad 5J, HUKM, terutama Prof Dr Zamrin Dimon).

http://bm.harakahdaily.net

kerajaan negeri tidak akan memberi peruntukan RM225 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)

RM225j pada SYABAS jika Rozali letak jawatan'
  • Zulaikha Zulkifli
  • 3:38PM Jul 23 2012
 
Exco negeri Selangor, Ronnie Liu berkata kerajaan negeri tidak akan memberi peruntukan RM225 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) selagi dua pegawai tertinggi syarikat pemegang konsesi air itu tidak meletak jawatan. 

Liu berkata, peruntukan tidak akan diberi bagi membina loji rawatan air baru untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat sekiranya pengerusi eksekutif, Tan Sri Rozali Ismail dan ketua pegawai eksekutif Datuk Ruslan Hassan berbuat demikian.

"Kita akan beri RM225 juta kalau Rozali dan Ruslan letak jawatan. Kalau tak letak (jawatan), kita takkan bagi duit. Kerana, kalau kita bagi, dia akan kawal duit itu dan tidak akan lakukan projek itu," katanya selepas menghadiri perhimpunan di hadapan pejabat SYABAS. 

Mengulas mengenai loji Langat 2 yang giat dilobi oleh kerajaan persekutuan pula, Liu berkata projek itu tidak munasabah memandangkan kesemua 33 loji rawatan air di Selangor mempunyai bekalan air yang mencukupi. 

Katanya, sehingga 2015, tambahan air boleh dilakukan sehingga 621 mld. 

''Jangan risau mengenai air kerana air sudah cukup. Projek Langat itu tipu. Tak perlu. Apa guna Langat bagi air yang mentah dari Pahang. 

"Kita sudah cukup air. Ini (Langat 2) adalah skim untuk mendapatkan dana politik. Tak ada kekurangan air mentah. Mana-mana empangan yang kita pergi, penuh. Ini belum lagi kita pergi air yang berada di bawah tanah," katanya lagi. 

Jumlah RM225 juta itu adalah daripada nilai tender yang akan dibuka untuk Projek Mitigasi 2 yang bertujuan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat di Selangor.

Keputusan tersebut adalah hasil penelitian dan penyiasatan selama tiga hari yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemantau SYABAS.Kerajaan Selangor sebelum ini juga mengemukakan cadangan kepada lembaga pengarah SYABAS supaya memecat Rozali dan Ruslan, antara lainnya kerana didakwa tidak hadir memberikan penjelasan kepada jawatakuasa pemantauan tersebut.


http://www.malaysiakini.com

Monday, July 23, 2012

Kerajaan Tak Benar Selangor Ambil alih Syabas

  • Kabinet: Tak perlu catu air buat masa ini
  • NONETimbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada keperluan untuk mencatu bekalan air ke Selangor dan kawasan sekitar Wilayah Persekutuan buat masa ini. 
  • K'jaan halang S'gor ambil alih SYABAS
  • NONEdikemaskini 1.42pm Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan persekutuan membuat keputusan awal untuk tidak membenarkan kerajaan Selangor mengambil alih pemegang konsesi air SYABAS. 
  • Mahkamah gugurkan saman fitnah k'jaan T'ganu
  • NONEdikemaskini 12.36pmMahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menggugurkan saman yang dikemukakan oleh kerajaan Terengganu ke atas ADUN PAS Batu Burok Syed Azman Syed Ahmad dan tiga pihak lain berhubung pembelian pakaian seragam sekolah oleh kerajaan negeri. 



http://www.malaysiakini.com

Tanah Felda Plantation

Tanah Felda Plantation
Artikel
Oleh Mazlan Aliman

SAYA menyarankan kepada rakan Fb dan teman2 agar membaca hansard Parlimen bertarikh 27 April 1960. Ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tun Abd Razak ketika membentangkan Rang Undang2 Akta Group Settlement Act 1960.



Perlu difahami, tanah adalah tertakluk haknya di bawah Kerajaan Negeri. Di bawah Akta GSA, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk mewartakan dua kawasan penempatan iaitu:-

a. Kawasan Petempatan Luar Bandar- Rural Settlement Areas(seksyen 5)
b. Kawasan Petempatan Bandar- Urban Settlement Areas(seksyen 6)

GSA adalah merupakan satu instrumen undang2 utk, memberikan kuasa kepada Kerajaan Negeri bagi mewartakan satu Rancangan Berkelompok, dan mencari peserta yg bernama peneroka untuk membangunkan tanah2 dlm Rancangan Berkelompok tersebut.

Di bawah Seksyen 37 GSA, Felda hanya boleh membuat apa2 peraturan/polisi/undang2 kecil di setiap Rancangan selepas mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.

Barang diingat, di bawah Akta GSA, hanya terdapat dua jenis pemilikan ke atas tanah, iaitu pemilikan individu(seksyen 7(2) dan 11(1) dan melalui Koperasi yang diuruskan Felda(seksyen 35)

Ketika Tun Dr Mahathir mansuhkan pembukaan felda baru tahun 1990, beliau telah khianat pada rakyat, Kerajaan Negeri dan derhaka pada Baginda Sultan Negeri2.

Tanah seluas 360,000 hektar dipohon daripada kerajaan negeri utk rakyat; tiba2 di buat ladang Felda. Ia bukan sahaja tidak sah, tapi khianat dengan segala persetujuan yg dimeterai perjanjiannya sejak zaman Tun Razak.

Sebagaimana beradabnya Tun Razak dulu; mengadap ke Bawah Duli Sultan Negeri2 dan Menteri Besar utk memohon tanah dan Dasar Felda- menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan; Tun Mahathir bersikap biadap dan diktator dgn tidak menghormati hak kerajaan negeri. 

Antara Negeri yg membangkang dasar Mahathir adalah Johor. Ini diceritakan sendiri Dato Ghani Othman, MB Johor kepada saya sewaktu saya menyerahkan memorandum kpd beliau beberapa tahun lalu. Namun, siapa yg berani menentang kemahuan Tun Dr Mahathir?

Lebih buruk dan sgt malang, tanah Felda Plantation yg seharusnya menjadi milik rakyat yg tidak bertanah; dipajak pula selama 99 tahun kpd FGVH. Bayarannya pula cuma RM251 juta setahun?

Hak rakyat dirompak oleh Najib, Ahmad Maslan, Isa Samad dan konco2nya!!!
Dangkalnya hujah kita,...ini tak ada kena mengena dengan rakyat, gen 2 felda!
Sudah lah hak kita di khianati pemimpin BN, suruh bersyukur pulak. 
BERSYUKUR KEPADA PEROMPAK DAN PENYAMUN???

Nantikan lebih banyak pendedahan berfakta...SELAMAT BERPUASA.
Posted on Sunday, July 22 @ 18:51:46 MYT by ibn_bacoks
http://www.selatanonline.net

Sunday, July 22, 2012

USD 1Trilion WANG HARAM dipindah keLuar Negara

USD 1Trilion WANG HARAM dipindah keLuar Negara
Posted on Sunday, July 22 @ 00:17:35 PDT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

KomentarOleh: irama

"Dr Syed berkata jumlah pengaliran wang haram tersebut yang lima kali ganda dari anggaran Belanjawan 2012 itu mampu memberi banyak manfaat kepada negara sekiranya dapat digunakan sebagai modal pelaburan dalam negara. Dari segi hutang pula, jumlah wang haram ini adalah lebih daripada dua kali ganda jumlah hutang negara, yang pada 2012 adalah sebanyak RM456 bilion.

Pengaliran Wang Haram: Siasat Penglibatan Golongan Politik
SHAH ALAM 21 JULAI: Senator, Dr Syed Husin Ali menggesa kerajaan menjelaskan isu-isu menyentuh penglibatan individu kaya yang menyembunyikan kekayaan dari hasil kegiatan haram dengan memindahkan wang ke luar negara secara haram.
Beliau berkata demikian ketika ucapan penangguhan di Dewan Negara baru-baru ini.
Katanya, aliran keluar wang haram yang semakin melonjak itu, antara lain disebabkan kebimbangan pemimpin besar politik dan ekonomi yang takut kehilangan kuasa dan pengaruh.
Beliau turut memberitahu Malaysia menduduki tempat ke lima tertinggi pengaliran wang haram ke luar negara.
“Mengikut laporan global Financial Integrity dengan tajuk Financial Flows from Developing Countries 2000-2009, Malaysia terletak pada kedudukan kelima mengikut jumlah wang haram yang mengalir keluar, iaitu di belakang China, Russia, Mexico dan Saudi,” katanya.
Selain itu laporan yang dinyatakan Syed itu turut menyebut sejumlah USD291 billion wang haram mengalir keluar dari negara ini pada tahun 2000 hingga 2008.
Dalam laporan yang sama turut menyebut angka tersebut mencecah antara USD337 billion atau lebih USD1 trilion pada 2009.
Jelasnya kadar lonjakan yang besar ini berlaku mungkin berkaitan dengan isu-isu tatakelola pentadbiran (governance) yang menjejaskan sektor-sektor awam dan swasta.
Dr Syed berkata jumlah pengaliran wang haram tersebut yang lima kali ganda dari anggaran Belanjawan 2012 itu mampu memberi banyak manfaat kepada negara sekiranya dapat digunakan sebagai modal pelaburan dalam negara.
“Dari segi hutang pula, jumlah wang haram ini adalah lebih daripada dua kali ganda jumlah hutang negara, yang pada 2012 adalah sebanyak RM456 bilion.
“Ertinya dengan cukai yang boleh dikutip daripada wang haram yang mengalir keluar sepanjang satu dekad antara tahun 2000 sehingga 2009, kita sebenarnya boleh melunaskan sebahagian besar daripada hutang negara tersebut,” katanya lagi.
Dari http://www.selangorku.com/?p=11639
------------------------------------------------------------------------------------
Apa itu Illicit Fund (Wang Haram)?
Illicit fund (aliran wang haram) terjadi disebabkan bebarapa faktor. Antaranya:
  • gejala rasuah yang berleluasa
  • pengubahan wang haram
  • urusniaga dadah
Wang-wang haram ini dibawa keluar dan disimpan di Swiss Bank, London dan beberapa bank antarabangsa yang lain.
Kerajaan sepatutnya tidak memandang entang akan hal ini terutamanya apabila hutang Malaysia tahun ini mencecah RM456.1 bilion!
Jika “jerung-jerung” yang selama inibebas berkeliaran di Malaysia meneruskan aktiviti haramnya tanpa gangguan berjaya ditangkap, insyalllah lebih banyak wnag rakyat dapat diselalamatkan dan dipulangkan semula kepada rakyat Malaysia untuk “menikmatinya”.
Aliran wang haram yang berlaku di Malaysia ini boleh disamakan dengan satu kejadikan rompakan besar-besaran kepada negara.


http://www.tranungkite.net





Kedutaan ditutup, warga M'sia di Syria diarah pulang
Luar NagaraBlog Malaysiakini.com
    
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah memutuskan semua rakyat Malaysia dan pelajar di Syria dibawa pulang ke tanah air serta merta berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara Timur Tengah berkenaan.


Beliau juga sudah memberikan kebenaran untuk menutup Kedutaan Malaysia di Syria serta merta dan mengarahkan penjawat awam termasuk Duta Besar Malaysia kembali ke tanah air atas faktor keselamatan.

"Saya menerima panggilan dari Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman selepas berbuka tadi yang meminta izin untuk membawa pulang rakyat dan pelajar kita di Syria berikutan pergolakan yang semakin meruncing.

"Sehubungan itu saya fikir kedutaan kita wajar ditutup serta merta berikutan perkembangan terkini yang berlaku di sana," katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Pulau Serai bersama kira-kira 300 jemaah di Pekan malam tadi.

Turut hadir isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Speaker Undangan Negeri Pahang Datuk Seri Wan Mohamed Razali Wan Mahussin.

Anifah dalam satu kenyataan hari ini berkata kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk memulakan proses pemindahan pelajar Malaysia dari Syria dengan segera.

Pemindahan itu diselaraskan oleh Kementerian Luar Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara bersama Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik.

Anifah berkata Duta Besar Malaysia dan empat orang pegawai kedutaan akan turut diminta pulang buat sementara waktu selepas proses pemindahan pelajar selesai dilaksanakan.

Kesemua 138 rakyat Malaysia yang terdiri daripada 128 pelajar dan 10 ekspatriat yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia itu sehingga kini dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Kementerian Luar juga menggesa kesemua rakyat Malaysia yang masih berada di Syria agar pulang ke tanah air atau meninggalkan negara berkenaan dengan segera, dan bagi mereka yang berhasrat melawat Syria, dinasihatkan menangguhkan lawatan hingga situasi keselamatan kembali pulih.

- Bernama
Posted on Sunday, July 22 @ 11:34:58 MYT by ibn_bacoks
http://www.selatanonline.net

Pajakan antara Felda dengan FGVH : Felda kehilangan pendapatan hampir 85 % setahun

Pendedahan Perjanjian Pajakan antara Felda dengan FGVH
ArtikelOleh Mazlan Aliman

Orang tuduh saya buat fitnah bila saya dedah penyelewengan Isa Samad. Jangan buat dosa dalam bulan ramadhan ni, kata mereka pada saya. Dokumen yang saya dedah bukan rekaan saya, ini butiran yang dikeluarkan dari Bahagian Kewangan HQ Felda. Kalau tak percaya terpulanglah...

Ini pula antara kandungan Perjanjian Pajakan antara Felda dengan FGVH:-

Selepas penyenaraian, pendapatan Felda hanya-

1. Bayaran Pajakan Tetap berjumlah RM 251 juta setahun
2. 15% Keuntungan Operasi Pertanian RM 257 juta setahun
PENDAPATAN TAHUNAN RM 508 juta setahun

Bayaran pajakan tetap adalah dari Tanah Felda Plantation seluas 360,000 hektar yang ditanam kelapa sawit di 150 ladang seluruh negara. Pendapatan kasar Felda Plantation ialah RM 2 bilion setahun. FGVH memajak tanah ini selama 99 tahun dengan bayaran hanya RM251 juta sahaja. Bayangkan Felda kehilangan pendapatan hampir 85 % setahun!

15% daripada keuntungan Operasi Pertanian setiap tahun pula diambil kira menerusi harga pasaran Minyak Sawit Mentah(MSM) pada kadar RM 2900 setan metrik.

Ertinya, pendapatan Felda hanya tinggal RM 508 juta setahun selepas penyenaraian FGVH di Bursa Msia. Sebelum ini pendapatan tahunan Felda RM2.4 bilion. Untuk pengetahuan, Felda perlukan RM 1.9 bilion setahun utk perbelanjaannya.

Apa yang saya nak tekankan di sini, sumber mana Felda nak perolehi dengan defisit hampir RM 1.4 bilion setahun?
Boleh ke menggunakan hujah, tanggungjawab kerajaan le nak sediakan bajet....

Posted on Sunday, July 22 @ 02:15:38 MYT by ahmadi http://www.selatanonline.net