Cuba Banding

Wednesday, July 25, 2012

Felda tiada hak atas tanah milik kerajaan Negeri

 Felda tiada hak atas tanah milik kerajaan Negeri
BeritaBlog Warta Kedah

Felda Global Ventures logoALOR SETAR – Felda Global Ventures Holdings (FGVH) berkemungkinan akan disaman oleh Suruhanjaya  Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia jika syarikat tersebut meneruskan perjanjiannya dengan Felda Induk untuk memasukkan Felda Plantation dalam senarai saham Felda Induk. Ini kerana tanah Felda Plantation merupakan tanah milik kerajaan negeri dan mereka tidak boleh membuat perjanjian dengan pihak lain sesuka hati.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, berdasarkan perspektus yang dikeluarkan, beliau difahamkan bahawa pihak FGVH telah membuat satu perjanjian dengan Felda Induk untuk menggunakan semua tanah-tanah Felda Plantation untuk dimasukkan dalam saham Felda Induk sedangkan tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri dan beliau tidak diberitahu.

Beliau berkata demikian pada sidang media berkaitan dengan isu penjualan semula saham FGVH, selepas mesyuarat Exco, di sini.
“Kita hanya bagi kepada mereka hak mengguna tanah, tetapi tidak membenarkannya membuat perjanjian dengan pihak lain. Jadi kita nak minta penjelasan daripada FGVH, bagaimana mereka boleh keluarkan perspektus bahawa mereka telah menggunakan tanah ini untuk tujuan saham tersebut.
“Jika mereka teruskan dengan perspektus itu, maka SC dan Bursa Malaysia akan ambil tindakan terhadap mereka bukan terhadap saya, kerana mereka mengelirukan dan menipu orang ramai sedangkan itu bukan haknya. Orang yang terpengaruh orang akan beli walaupun dua ekar. Dengan perspektus tersebut ianya memberi pengaruh kepada orang ramai sama ada untuk turut serta atau tidak,” terangnya bersungguh-sungguh.
Tambah beliau, tanah yang terlibat di Kedah ini terdapat di dua kawasan dan mungkin di Gunung Bongsu. Yang pertamanya di kawasan penanaman getah iaitu sebanyak 241.67 hektar. Tanah ini tidak diberikan geran, bermakna ianya masih tanah kerajaan negeri, maka tidak boleh buat perjanjian dengan pihak lain.
Kawasan yang ke dua adalah tanah getah juga, iaitu seluas 874.58 hektar dan dalam perspetus tersebut FGVH juga memasukkan tanah ini sebagai saham, sedangkan itu tanah milik kerajaan negeri.
Posted on Wednesday, July 25 @ 10:00:00 MYT by ahmadi
http://www.selatanonline.net


UMNO BOLEH BUAT KE MACAM NI
 ·  ·  · 2 minutes ago · 

No comments: