Cuba Banding

Wednesday, August 29, 2012

PANAS! Haron Din Suruh Mahathir Bertaubat


BeritaBlog jalanpulang1978.blogspot.com

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad harus bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang merosakkan akidah dirinya dan umat yang percaya kepada kata-katanya.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din berkata, tulisan Dr Mahathir dalam blognya berbunyi Better the devil you know than the angel you don’t yang membawa maksud  lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak dikenali’ adalah pegangan yang silap.

Menurutnya, tiada istilah atau ayat di dalam al-Quran yang menjelaskan malaikat lebih buruk berbanding dengan syaitan.

“Malaikat adalah makhluk yang tidak pernah derhaka kepada ALLAH dan melakukan apa sahaja yang diperintahkan. Kenyataan (Dr Mahathir) itu seolah-olah ada malaikat yang lebih teruk daripada syaitan.

“Oleh itu, umat Islam tidak boleh mengambil pepatah Inggeris itu kerana ia boleh merosakkan akidah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, kenyataan Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk ALLAH yang paling kejam dan derhaka.

Sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dan pernah mengetuai Umno-BN untuk tempoh yang lama, tambahnya, adalah amat tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.

“Di dalam Al Quran juga tidak terdapat ayat yang mengatakan malaikat sama ada dikenali atau tidak dikenali sebagai makhluk Allah yang lebih buruk atau derhaka kepada perintah Allah.

"Malaikat dijadikan Allah sebagai makhluk yang patuh dan tidak derhaka akan perintah-Nya. Mereka akan kekal begitu sejak dari awal hingga ke akhirnya.

“Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah Allah,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri itu yang ditulis dalam blognya yang berharap rakyat tidak memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam pilihanraya akan datang.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi wartawan hari ini bagi menjelaskan kenyataan malaikat yang tidak dikenali itu lebih buruk berbanding syaitan yang dikenali.

"Tiada istilah atau ayat di dalam Al Quran yang menjelaskan begitu", katanya.

Dalam tulisannya, Dr Mahathir menulis “Better the devil you know than the angel you don’t” yang membawa maksud “Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak kenali”.

“Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah ALLAH,” katanya.

Pada 22 Ogos lalu, dalam entri blog Dr Mahathir di chedet.cc/blog/ bertajuk ‘Change’ atau ‘berubah’ ada menyebut ‘lebih baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali’ yang menggesa pembaca supaya tidak menyokong Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, yang disifatkannya sama dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Pada sambutan rumah terbuka sempena Hari Raya baru-baru ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata, syaitan yang dimaksudkannya dalam blog itu merujuk kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Posted on Wednesday, August 29 @ 13:30:00 MYT by ahmadi
http://www.selatanonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1581

Saturday, August 25, 2012

Nik Aziz: Tangguh hudud kerana amaran persekutuan



11:53AM Ogos 25 2012 
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menjelaskan bahawa hukum hudud di Kelantan terpaksa ditangguhkan atas amaran yang dikeluarkan kerajaan persekutuan dan bukan disebabkan suasana yang masih belum kondusif di Malaysia.
"Bagi Kelantan, ia tertangguh bukan kerana usaha dan keperluannya masih tidak memenuhi suasana yang kondusif.
NONE"Sebaliknya ia tertangguh disebabkan halangan Kerajaan Pusat, termasuk amaran menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik," katanya dalam tulisan di laman blogtokguru.com hari ini.
Katanya, pelaksanaannya masih tertangguh walau Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 itu diluluskan "secara masak" sejak November pada tahun tersebut.
Nik Aziz juga menjelaskan bahawa kerajaan Kelantan proses penggubalan meluluskan hukum hudud turut melibatkan pengenalan dan perbincangan rang undang-undang tersebut bersama cendikiawan perundangan Islam Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmod Saedon dan Ketua Hakim Syarie Kelantan sekarang, Datuk Daud Muhammad.

Presiden parti serpihan Umno, Semangat 46 pada waktu itu, Tengku Razaleigh Hamzah turut mengadakan perbincangan sebagai sokongan kepada usaha itu, kata Nik Aziz.

"Justeru pada persidangan dewan negeri, semua ahli dewan termasuk daripada Umno turut menyokong. Namun selepas itu, permohonan ke arah pelaksanaannya telah ditolak oleh kerajaan pusat," kata Nik Aziz lagi.

Beliau mengulas pandangan yang dikemukakan MP PAS Dr Dzukefly Ahmad dan bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung pelaksanaan hukum hudud dalam suasana politik yang berlaku pada masa ini.
Akhbar Sinar Harian semalam melaporkan kenyataan Dr Mohd Asri bahawa PAS "memberi gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi DAP dan mengelirukan orang bukan Islam."

Dr Mohd Asri membangkitkan peruntukan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang didakwa "tidak jelas" dan "menimbulkan salah faham hingga kini".

Dr Dzulkefly, seperti dilaporkan Sinar Harian pada hari Khamis lalu pula menyatakan bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan selagi rakyat tidak menerima dan memahami undang-undang Islam itu secara menyeluruh.

Dzulkefly dalam laporan itu juga berkata, hudud tidak boleh dilaksana "dalam keadaan terburu-buru kerana ia memerlukan penerangan, didikan dan penjelasan yang secukupnya."

Mengulas pandangan itu, Nik Aziz dengan bermadah mengumpamakan tentangan yang dihadapi PAS dalam melaksanakan hudud itu dengan keadaan gelora di laut.

"Kalaulah menunggu alunan ombak reda, sampai bila nelayan akan dapat ke laut? Ketika laut berombak itulah, nelayan boleh meluncur perahunya ke laut bagi menangkap ikan," katanya. 

"Justeru persoalan yang ada di depan umat Islam hari ini, adakah ingin terus meraikan suara bangkangan seumpama suara daripada sesetengah pemimpin bukan Islam?

"Ataukah kita ingin terus meraikan pihak si jahil yang sentiasa beralasan atas kefahamannya yang tidak bersandarkan nilai-nilai keimanan?

"Sampai bilakah segala alasan tanpa keimanan dan hujah akal sentiasa dijadikan alasan untuk menidakkan penerimaaan dan pelaksanaan hukum Allah ini?," katanya.

Tambahnya lagi, soal untuk menolak atau menerima hukum hudud bukan satu pilihan kerana hukum Islam itu merupakan kewajipan ke atas orang Islam."Secara faktanya, persoalan sesuatu hukum boleh dilaksana setelah ada kefahaman dan persetujuan semua pihak, ia sesuatu yang tidak tepat dalam kaedah perundangan yang ingin mengawal dan mendidik masyarakat ke arah kebaikan.

"Tambahan lagi, soal hukum Islam (hudud) bukannya pilihan untuk menusia menolak atau menerima. Tugas pihak berkuasa atas nama Islam adalah kewajipan dan tanggungjawab.

"Jadi keperluan kepada suasana kondusif bukanlah penghalang ke arah pelaksanaan hukum Allah," katanya lagi dalam tulisan tersebut.



http://www.malaysiakini.com/news/207056

Wednesday, August 22, 2012

Saya sedia didakwa di bawah 114A


Khairy: Saya sedia didakwa di bawah 114A
8:26PM Ogos 21 2012 
Khairy Jamaluddin berkata beliau sedia didakwa di bawah Seksyen 114A Akta Keterangan dalam kapasitinya sebagai ketua Pemuda Umno ekoran posting sensitif mengenai agama di Facebook yang menggunakan nama pergerakan tersebut.
NONEKhairy menjawab cabaran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan 
Eng (kiri) yang mencadangkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mempertahankan undang-undang kontroversi tersebut dengan mendakwa Pemuda Umno berhubung posting berkenaan.

Katanya, Guan Eng mencabar peguam negara mendakwa Pemuda Umno berkaitan posting berkenaan, yang menurutnya bukan dibuat oleh pergerakan tersebut.

Berikutan itu, Khairy menyeru peguam negara supaya teruskan dan mendakwa Pemuda Umno dan beliau selaku ketua pergerakan itu.

Khairy menulis dalam Twitternya, walaupun didakwa di bawah 114A, beliau yakin pergerakan itu akan dapat membuktikan bahawa bukan ia ang bertanggungjawab terhadap posting berkenaan.

Di bawah Seksyen 114A yang diperkenalkan sebagai pindaan kepada Akta Keterangan dalam bulan April, undang-undang itu mengandaikan seseorang atau organisasi yang ada namanya bersama-sama dengan mana-mana penerbitan dalam talian, sebagai pengarang kandungan tersebut.

Jika orang atau organisasi berkenaan bukan pengarang penerbitan tersebut, maka individu atau organisasi tersebut perlu membuktikan bahawa mereka tidak bersalah. Yang sama juga terpakai terhadap pemilik rangkaian yang sambungan internetnya digunakan oleh orang lain untuk aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Semalam, Setiausaha kerja Pemuda BN Ibdilillah Ishak telah membuat laporan polis hari ini berhubung satu posting tersebut di laman Facebook palsu Pemuda Umno.
 
Ibdilillah berkata, ia bukan laman rasmi milik pergerakan itu, sambil menambah, di Facebook ramai orang boleh membuka akaun dan menjadi sesiapa sahaja yang mereka mahu.

Posting tersebut berbunyi: "Jika anda setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. God bless you'.


http://www.malaysiakini.com/news/206794

Tuesday, August 21, 2012

MCA Kedah sokong hudud


Oleh Nomy Nozwir
August 21, 2012
KUALA LUMPUR, 21 Ogos — MCA Kedah hari ini secara terbuka menyokong hukum hudud dilaksanakan di negeri Kedah.
Menurut pengerusi MCA negeri Kedah, Datuk Chong Itt Chew, rasionalnya kerana hudud tidak melibatkan orang bukan Islam.
“Sekiranya pelaksanaan undang-undang hudud membawa kebaikan kepada negara, ia tidak akan menjadi masalah termasuk kepada bukan beragama Islam.
“DAP juga tidak perlu membantah,” katanya lagi yang dipetik dari akhbar Sinar Harian hari ini.
Beliau berkata, dalam keadaan sekarang, PAS harus menimbang semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP menolak hudud.
“PAS perlu buat keputusan dengan meninggalkan PR.
“Selagi dengan PR, PAS tidak akan berjaya melaksanakan hukum hudud.
“MCA Kedah akan setuju jika PAS ingin bekerjasama dengan Umno dalam perjuangannya.
“Saya lihat gabungan Umno dan Pas adalah tindakan terbaik demi masa depan rakyat dan negara,” beliau dilapor berkata.
Di sebalik kelantangan MCA pusat menolak sebarang cadangan hukum hudud, MCA negeri menongkah arus dengan bersetuju dengan undang-undang Islam itu.
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno boleh melaksanakan hukum hudud sekiranya PAS sedia bergandingan dengan Umno untuk membangunkan negara Islam.
“Pelaksanaan hudud hanya dapat dilaksanakan sekiranya PAS menyertai Umno untuk menggubal perundangan Islam,” kata bekas presiden Umno itu.
Sementara itu, pengerusi Umno negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, walaupun Umno tidak pernah mencadangkan hukum hudud, namun parti itu tidak pernah menolak hukum hudud.
“Kita serahkan kepada Pusat dalam membincangkan hal ini, mereka lebih arif dalam hal perundangan hudud ini,” kata Ahmad Bashah lagi.
Baru-baru ini, presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang berkata DAP menentang hudud, tetapi Umno menolak hukum Islam itu.

Thursday, August 16, 2012

Nik Aziz nafi gesa Nasha keluar PAS


Nik Aziz nafi gesa Nasha keluar PAS
9:58AM Ogos 16 2012 
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan pernah menggesa bekas timbalan presiden parti itu Nasharudin Mat Isa meninggalkan PAS.

"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan menggesa sesiapa keluar dari parti seperti yang dilaporkan oleh portal-portal tertentu," tulis mursyidul am PAS itu dalam facebook ketika mengulas laporan Bernama  mengenainya semalam.
nasharuddin mat isa pas muktamar in kota bharu"Soal keluar parti bergantung kepada individu itu sendiri atau keputusan PAS pusat. Apa yang saya nyatakan hanyalah saya tidak hairan jika mana-mana tokoh mengambil keputusan untuk keluar dari parti," katanya.

Laporan Bernamasemalam memetik Nik Abdul Aziz memberitahu agensi berita berkenaan bahawa adalah lebih baik bagi Nasharudin(kiri) meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.

"Dalam hal kontroversi yang melibatkan pemimpin PAS yang dikatakan bersama-sama pemimpin Umno di Mekah, saya tidak mahu membuat apa-apa komen. Pada saya, sikap saya sudah jelas dan semua pihak sudah memahaminya...," tulis Nik Aziz lagi
NONELaporan Bernama semalam juga memetik Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak hairan jika Nasharudin daripada parti itu setelah dilihat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah kelmarin.
    
Laporan itu memetik Nik Abdul Aziz sebagai berkata: "Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian." 
    
Semalam akhbar memaparkan gambar Nasharuddin menyertai perdana menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.
    
Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.
    
Dalam Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.


Lebih baik Nasha keluar PAS


Nik Aziz: Lebih baik Nasha keluar PAS
  • Bernama
  • 4:27PM Ogos 15 2012
 
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas timbalan presiden PAS itu dilihat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah semalam, demikian menurut laporan Bernama. 
    
"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya kepada Bernama di Kota Bharu hari ini. 
    
Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharuddin menyertai perdana menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.
    
Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz. 
    
Dalam Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.
    
Nik Abdul Aziz juga dipetik Bernama sebagai berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti. 
    
- Bernama

http://www.malaysiakini.com

Tuesday, August 14, 2012

Perisik lapor peralihan kuasa pada PRU13


PRU13: Najib tertekan, perisik lapor peralihan kuasa

Muhammad Faizal,14 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: PAS melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus berada dalam keadaan tertekan untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen bagi menghadapi Pilihanraya Imum ke-13 (PRU13).

Kenyataan tersebut disuarakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar)apabila 'task force' rasmi yang terdiri daripada perisikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut melaporkan akan berlaku peralihan kuasa pada PRU13 nanti.

"Melihat kepada apa yang berlaku sekarang pada senario politik negara, Najib terus berada dalam keadaan tertekan untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen bagi mengadakan PRU13.

"Tekanan itu lebih teruk lagi apabila laporan dari perisik rasmi kerajaan yang telah menyatakan rakyat telah menunjuk sikap tidak selesa mereka kepada kerajaan, malah menjangkakan akan ada perubahan kuasa," jelasnya sewaktu majlis berbuka puasa di sebuah hotel semalam.

Mahfuz yang turut menjangkakan Najib akan mengadakan pilihanraya pada awal tahun hadapan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Katanya lagi, faktor kesuntukkan masa iaitu sambutan kemerdekaan, musim haji dan juga peperiksaan kepada pelajar-pelajar sekolah juga antara sebab utama PRU13 dibawa ke tahun hadapan.

"Sudah pasti pilihanraya tidak akan diadakan pada musim haji kerana rakyat negara ini akan keluar untuk menunaikan haji dan begitu juga musim peperiksaan yang mana ibubapa akan lebih tumpukan kepada peperiksaan anak mereka.

"Jika Najib ingin mengadakan pada musim peperiksaan ia akan menimbulkan kemarahan kepada ibubapa, malah peglibatan guru-guru dalam menguruskan peperiksaan juga akan turut terganggu," sambungnya.

Menurutnya, kerajaan akan menggunakan sebaik mungkin belanjawan 2013 yang akan dibentangkan pada sesi parlimen akan datang.

"Sokongan rakyat sudah semakain menurun dan saya pasti Najib akan menggunakan sepenuhnya kelebihan senjata terakhir mereka pada belanjawan kali ini untuk menarik undi rakyat.

"Apatah lagi senario perubahan yang besar akan berlaku di Sabah, Najib dijangka bertindak luar biasa kepada rakyat di sana.

Sebelum itu, menurut laporan Malaysiakini, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin  yang telah keluar BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Rakyat turut mendakwa tiga lagi ahli parlimen BN akan lompat parti selepas Hari Raya.

Menurut Lajim lagi, seramai 18 daripada 35 ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan.

Monday, August 13, 2012

Saturday, August 11, 2012

Giliran Ustaz Azhar Idrus di"fatwakan" HARAM?


Posted on Friday, August 10 @ 17:28:17 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Berita
Oleh: MaZaShah
"Pelik tapi benar. Kini tiba permainan haram-mengharam terbaru. Terkini, pelekat kenderaan yang mempunyai wajah Ustaz Azhar Idrus dikategorikan sebagai salah satu saman kesalahan lalulintas. Ia berlaku di UiTM dan hanya di UiTM.

 
dipetik dari www.bangsarakyat.blogspot.com 

Wednesday, August 8, 2012

Rumah YB Rasol Wahib musnah dalam kebakaran di Hulu Terengganu

Wednesday, 8 August 2012

Rumah YB Rasol Wahib musnah dalam kebakaran di Hulu Terengganu


HULU TERENGGANU: Rumah kediaman ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 23, di sini, malam tadi.

Kejadian pada 10.15 malam itu memusnahkan hampir 90 peratus struktur rumah berkenaan.
Rosol berkata, ketika kejadian kesemua anggota keluarganya tiada di rumah kerana berbuka puasa dan bertarawih di luar.

Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan kejadian itu oleh isterinya, Toh Puan Halipah Ahmad yang pulang daripada berbuka puasa di rumah kakaknya di Kampung Baung, di sini.

"Sebaik dia membuka pintu rumah isteri melihat kepulan asap dan api marak dari bahagian dapur rumah lantas menelefon saya memaklumkan insiden itu," katanya ketika ditemui malam tadi.

"Ketika kejadian saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Yayasan Pembangunan Usahawan di Kuala Terengganu. Saya minta isteri supaya tenang dan jangan masuk ke dalam rumah, bimbang kejadian lebih buruk akan berlaku," katanya.

Menurutnya, beliau reda dengan kejadian yang berlaku namun terkilan kerana lebih 2,000 buku yang dikumpulkan sejak 10 tahun lalu turut hangus dijilat api.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zazuli Badru berkata, ketika pasukan bomba tiba di lokasi, api sedang marak dan mereka mengambil masa 30 minit untuk memadam kebakaran.

Dua jentera bomba dari Balai Bomba Kuala Berang dan Balai Bomba Wakaf Tapai dihantar ke tempat kejadian bersama 14 anggota dan pegawai.

Turut ke lokasi kejadian selepas mendapat berita kebakaran itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Tengku Putera Tengku Awang; ADUN Teluk Pasu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said dan ADUN Bukit Besi, Datuk Din Adam. - BERNAMA

http://lensahandphone.blogspot.com

Baru seminggu pencen, pegawai kanan sertai PAS


M Faqih | Foto Zamani Mohd Zain,07 Ogs 2012
KETEREH: Baru seminggu pencen, bekas Ketua Penolong Pengarah (KPP) Jabatan Kesihatan Kelantan, Azmi Awang, 55 malam tadi secara rasmi menyertai PAS.

Sebelum itu pernah berkhidmat sebagai KPP di Jabatan Pembangunan Persekutuan dan pelbagai lagi jabatan persekutuan, mulai pencen pada 1 Ogos lalu.

Lepasan bidang ekonomi di Universiti Malaya memilih pencen awal bagi melengkapkan dirinya dengan ilmu-ilmu agama.

Malam tadi beliau mencatat sejarah apabila muncul di pentas ceramah Ghazwatul Badar di padang Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

Beliau diiringi Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood menyerah borang menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadir sama di majlis  tersebut Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Zulkifli Mamat, Ketua Penerangan, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan Pengerusi PKR negeri, Abdul Aziz Kadir.

“Sebenarnya saya sudah lama mengikuti kuliah Musyidul Am di Medan Ilmu setiap pagi Jumaat. Jarang benar saya tidak hadir.

“Kesedaran agama sudah lama berputik. Ini tidak pelik bagi setiap pegawai kerajaan di Kelantan. Ketika berkhidmat di sebuah pejabat kerajaan di Kuala Krai saya mulai menghafal ayat-ayat suci al Quran,” katanya ketika ditemui.

Beliau yang menyertai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1982 berkata, mahu menzahirkan secara rasmi sebagai ahli PAS selepas tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan.

“Insya-Allah kehadiran saya mungkin boleh memberi sedikit nilai tambah kepada perjuangan PAS di sini,” katanya yang kini menetap di Ketereh. Berasal dari Tendong, Pasir Mas.

Monday, August 6, 2012

Tim menteri: Royalti minyak K'tan tuntutan 'sah'


  • Koh Jun Lin
  • 8:58PM Ogos 5 2012
 
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah memuji keputusan kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyemak semula pengagihan bayaran hasil petroleum kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Kelantan.

"Saya rasa ia satu idea yang baik. Permintaan untuk sebahagian daripada hasil minyak merupakan tuntutan sah daripada rakyat Kelantan," katanya kepada pemberita hari ini.
saifuddin abdullah taylors 050812Saifuddin berkata panel berkenaan perlu melihat terlebih dahulu persoalan sama ada bayaran dibuat dalam bentuk royalti atau wang ehsan.

Menteri itu menyatakan bahawa timbalan speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar telahpun membuat ketetapan di dalam Dewan bahawa wang yang dibayar itu merupakan wang ehsan manakala kerajaan Kelantan tetap menuntut bayaran royalti.

Katanya, perbezaan yang wujud kini adalah istilah berhubung bayaran tersebut.

Sekiranya bayaran itu bukan bayaran royalti tetapi tetap dituntut sedemikian, ia akan membangkitkan emosi rakyat, katanya.

“Akhirnya, isu sebenar tidak dapat dibincangkan dengan sebaiknya kerana kita terlalu sibuk berbahas mengenai istilah," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/205533

Sunday, August 5, 2012

Setiausaha agung PKR disiasat polis kerana dakwa timbalan pengerusi SPR ahli Umno


August 05, 2012
SHAH ALAM, 5 Ogos — Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini disiasat oleh polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya berkenaan dakwaan setiausaha agung PKR itu bahawak timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar adalah ahli kepada parti Melayu Umno. 
Saifuddin (gambar) disiasat atas tuduhan fitnah jenayah kerana memperlihatkan kononnya SPR adalah sebuah badan yang tidak adil dan bekerja untuk memenangkan Umno. 
Ahli parlimen Machang itu ditemani oleh peguamnya, Latheefa Koya. 
“Ye, Saifuddin sedang disiasat sekarang di IPD Putrajaya. 
“Saya bersama beliau,” kata Latheefa ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi. 
Saifuddin sebelum ini dalam sebuah kenyataan pernah mendakwa bahawa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga adalah ahli Umno. 
Setiausaha agung PKR itu menjelaskan nombor keahlian Abdul Aziz ialah 113804 dan berdaftar di Cawangan Sri Ampang Baru dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Lembah Jaya dalam Parlimen Ampang, Selangor. 
Manakala nombor keahlian Umno bagi Wan Ahmad pula ialah 2374564 dan beliau berdaftar dalam Cawangan Kubang Bunggor DUN Chetok bagi Parlimen Pasir Mas di Kelantan. 
Walaubagaimanapun, Wan Ahmad menafikan dakwaan Saifuddin yang kononnya beliau adalah ahli Umno. 
Menurut timbalan pengerusi SPR lagi, dakwaan tersebut adalah satu pembohongan dan fitnah yang berat bertujuan merosakkan nama dan integritinya sebagai Timbalan Pengerusi SPR. 
Latheefa memberitahu, Saifuddin dipanggil polis berikutan dengan laporan polis yang dibuat sendiri oleh Wan Ahmad pada 17 Mei lalu. 
“Laporan polis dibuat kerana Saifuddin dakwa dia (Wan Ahmad) ahli Umno. 
“Ia berdasarkan kepada wawancara Saifuddin dengan Sinar Harian yang dilakukan oleh G. Manimaran,” katanya lagi. 
Peguam PKR itu berkata, kes ini dibawah kategori jenayah fitnah. 
“Siasatan dijalankan dibawah seksyen 500, Kanun Keseksaan. 
“Setakat ini kita belum tahu apa tindakan polis yang selanjutnya,” kata Latheefa lagi.

Ambil Pengajaran Daripada Bernas

 
BeritaOleh Mazlan Aliman

Jawatan Kosong di Padiberas Nasional Berhad BERNASDulu Lembaga Padi dan Beras Negara kini Padiberas Nasional Bhd(BERNAS). Asalnya milik penuh Kerajaan yg sgt strategik terhadap sekuriti makanan negara.

Bila dikorporatkan dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Msia pada ogos 1997, pegangan Kerajaan menyusut begitu rendah. Firma pelaburan dari Hong Kong, Wang Tak Co Ltd muncul pemegang saham tunggal terbesar iaitu 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.

Kerajaan BN pertaruhkan soal sekuriti makanan kpd sykt asing semata2 fikir untung. Inilah transformasi agaknya. Lepas Bernas, Felda...lepas tu Felcra dan Risda. Jual lah semuanya pada sykt luar...

Dlm Perhimpunan Agong UMNO, berdegar2 berbicara soal melayu...
UMNO mesti jadi tunggak orang melayu, kepentingan institusi melayu.
Pergi Luar Negeri, gadai semuanya; sebab apa...boleh masyukkkkk!!!

Kata Ibrahim Pendek...lihat, sape yang kena!

Posted on Saturday, August 04 @ 22:45:00 MYT by ahmadi
http://www.selatanonline.net

Saturday, August 4, 2012

'PM ajak Nik Aziz bincang isu royalti'


3:56PM Ogos 4 2012 
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, perdana menteri telah menghantar surat kepadanya, memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak negeri.

pakatan ceramah shah alam 041211 nik azizMenurut Nik Aziz, surat itu dihantar kepadanya semalam dan sampai ke tangan setiausaha sulitnya Rosdi Mohamad, lapor Harakahdaily.

"Surat ni diterima oleh setiausaha sulit saya, encik Rosdi. 

"Tetapi kerana hari cuti, dia baru bagi kepada saya," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar web PAS itu pagi tadi.

Nik Aziz (kiri) juga dilaporkan turut memaklumkan berita itu dalam tazkirah Subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka, dekat Kota Bharu pagi tadi.

Beliau bagaimanapun berkata, sebelum menghantar wakil Kelantan untuk berunding, beliau akan menghadap sultan terlebih dahulu.