Cuba Banding

Thursday, July 26, 2012

Nik Aziz tetap pertahan laksana hudud

Posted on Wednesday, July 25 @ 14:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

BeritaOleh: imamsurau

"Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud walaupun ada tentangan daripada pihak lain termasuk anggota Pakatan Rakyat iaitu DAP.

Nik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan berkata semua pihak telah mengetahui hasrat PAS berhubung pelaksanaan hukum hudud terutama di negeri ini.

Beliau berkata tiada sebab PAS tidak melakukan sesuatu yang dianggap untuk kepentingan agama walaupun ada pihak yang tidak bersetuju.

"Rasanya saya tak perlu sebut kali kedua, kerana ia (cadangan itu) sudah lama dah, semua orang tahu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Beliau ditanya mengenai kedudukan PAS dan DAP yang nampak tidak sehaluan dan berbeza pendapat mengenai dasar negara Islam dan hukum hudud.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Karpal Singh dilaporkan meminta pemimpin PAS supaya tidak terus membangkitkan isu negara Islam yang boleh merencatkan kemaraan pakatan pembangkang ke Putrajaya.

Nik Aziz berkata jika hukum gantung boleh diterima semua pihak, maka tidak ada sebab hukum hudud tidak boleh diterima.

"Pelik apa kalau ambil hudud, bukankah di Malaysia ini ramai orang kena hukum gantung. Hukum gantung menyebabkan isteri dia (pesalah) jadi bujang (janda), anak jadi anak yatim, keluarga kehilangan tempat bergantung.

"Tapi hudud tak matikan orang, nak kerat (potong) tangan pun letak bermacam-macam syarat," katanya.

sumber"
 



http://www.tranungkite.net

1 comment:

tungkaran hati said...

Sebelum laksanakan Hudud kenapa tidak ditutup rumah-rumah seks , arak atau perjudian di Kelantan, Kedah, Selangor atau PPinang. Buktikan `PAS BOLEH' dan jadikan ianya contoh terbaik untuk UMNO yang jahil....janganlah beri alasan untuk tidak melaksanakannya...tepatilah janji seperti yang diharapkan oleh penyokong/pengundi PAS juga seluruh warga Islam di Malaysia. Buktikan PAS boleh meninggikan syiar Islam bukannya sekadar memasang tinggi-tinggi bendera PAS!
Sekarang ini pun kelihatan amat jelas DAP ganti PAS dalam halatuju perjuangan PR...!