Cuba Banding

Saturday, July 16, 2011

BERSIH 2.0: Saman pertama ke atas polis


BERSIH 2.0 : SAMAN PERTAMA KEATAS POLIS
Salhan K Ahmad
Jul 15, 11
4:00pm
Kongsi 169
Seorang individu mengemukakan saman hari ini ke atas polis dan menteri dalam negeri atas dakwaan penahanan salah ke atasnya, dua minggu sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan.

Plaintif berkenaan, Musafri Abdullah Azmi, 27, merupakan individu pertama yang ditahan polis sebelum perhimpunan itu berlangsung pada 9 Julai lalu.

Musafri menuntut supaya mahkamah mengeluarkan deklarasi bahawa penangkapan dan penahanan itu dibuat secara tidak sah.

Mahkamah juga dituntut supaya mengeluarkan deklarasi bahawa polis serta responden berkenaan menyalahgunakan kuasa mereka.

Penahanan itu didakwa tidak dibuat mengikut undang-undang kerana sebab penahanan itu tidak diberitahu kepadanya.

Selain itu, beliau turut meminta mahkamah supaya mengarahkan rampasan lapan helai baju-T berwarna kuning bertulisan 'BERSIH 2.0' itu diisytiharkan tidak sah.

Dua daripada responden yang dinamakan itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan juga ketua polis daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob.

Dua lagi responden yang dinamakan ialah dua orang anggota polis yang dinamakan sebagai John Doe dan Insp Misbahun Hamdan.

John Doe merupakan antara empat orang anggota polis yang menahan beliau pada malam 26 Jun lalu.

Turut dituntut ialah gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi teruk.

Menurut afidavit yang dikemukakan, Musafri ditahan pada kira-kira jam 11.20 malam berkenaan ketika dalam perjalanan pulang daripada satu mesyuarat di Padang Jawa, Klang.

"Penahanan pemohon telah menjatuhkan imej baik beliau di kaca mata masyarakat setempat memandangkan cara penahanan pemohon seperti seorang penjenayah."

Peguam, Zainal Said berkata tindakan saman pertama itu diharap akan menggalakkan individu lain yang turut ditahan polis berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 supaya tampil dan membuat tindakan sama.


Saman itu juga diharap akan menjadi panduan bagi menghadapi tindakan polis yang mungkin akan tetap menahan individu berpakaian baju-t BERSIH 2.0, katanya.


Bercakap kepada media di kompleks mahkamah Shah Alam hari ini, Zainal berkata polis tidak berhak untuk merampas pakaian berkenaan kerana dilindungi mengikut Fasal 13 perlembagaan -- hak individu untuk memiliki harta.


"Dia berhak untuk pakai apa saja baju," katanya lagi yang menambah, kebebasan individu berkenaan untuk berhimpun juga dijamin perlembagaan.


Turut hadir dalam sidang media itu ialah pemimpin tertinggi PAS Selangor termasuk pesuruhjayanya Dr Abdul Rani Osman serta ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

http://www.malaysiakini



16/07/2011


Bongkar, makcik Suriati boleh undi dua kali!

Kongsi360

SEPERTI biasa, seperti pendedahan yang lepas-lepas di MiLo SuaM, satu lagi penyelewengan yang berlaku di dalam sistem daftar undi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR dibongkarkan.

Kali ini melibatkan seorang makcik bernama Suriati Binti Mohd Saleh yang memegang kad pengenalan lama bernombor 1204652. Apa yang menariknya, makcik ini memiliki dua nombor kad pengenalan baru iaitu, 480613105880 dan 480513105568.

Tambah menarik makcik ini memiliki dua alamat tempat tinggal iaitu di Kampung Melayu, Batu Arang Timur, Kuang, Selayang Selangor dan satu lagi di sebuah kilang papan beralamat KILANG PAPAN LOH HONG, Batu Arang Timur, Kuang, Selayang Selangor.











Kilang papan siapalah agaknya yang jadi tempat tinggal makcik ni ye? Anda boleh mengesahkan sendiri kesahihan maklumat ini di website rasmi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR klik sini [daftar pemilih]. Ini membuktikan bahawa makcik Suriati ini boleh mengundi sebanyak dua kali. Sebab tulah rakyat Malaysia menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 di ibu negara tempoh hari.

Sebab itulah juga salah satu tuntutan BERSIH ialah meminta SPR menggunakan dakwat kekal di jari agar orang seperti Makcik Suriati ini tidak boleh mengundi lebih dari sekali. Perhimpunan BERSIH 2.0 yang meminta pilihanraya yang bersih dan adil, diputar belitkan jadi perhimpunan haramlah, komunislah, kristianlah. Bengong!

ReJaM© "Jika SPR terus buat bodoh, nantikan BERSIH 3.0!
source: http://milosuam.


Serupademo
Nota : 
1. Ini siapa punya angkara sebenar JPN atau SPR atau kedua duanya..............fikir fikirkan.
2. Unde unde Malaysia macam mana kalau ada 2 kad pengenalan
3.PR boleh buat lapuran polis saman JPN atau SPR atau kedua duanya sekali........bagi ada uuummm sikit.



Saturday, 16 July 2011

Lagi bukti kepincangan SPR : Satu orang ada dua tempat mengundi.





Kredit to Blogger Legendz

Dua nama ini mempunyai dua tempat mengundi. Perhatikan gambar pertama, dua orang (Daud Bin Mohamad) yang mempunyai nama yang sama, I.C sama tetapi tempat mengundi ada dua, begitu juga gambar kedua, orang yang mempunyai nama sama (Asia Binti Osman), I.C sama tetapi tempat mengundi yang berbeza.

Atas sebab itulah BERSIH di adakan bagi membersihkan kembali peranan SPR yang di lihat pasif dan hanya membuat kerja bagi memenangkan pihak pemerintah.

Hari ini Pengerusi SPR begitu angkuh untuk menerima nasihat dengan menganggap mereka tidak perlu perubahan. Namun realitinya pada hari ini terlalu banyak kelompangan yang berlaku pada SPR.

Bukti ini hanyalah salah satu contoh dari berpuluh-puluh lagi contoh ketidak telusan dan kepincangan SPR yang ada pada hari ini dan ia sendiri telah di bukti kan.

Puncanya adalah di sebabkan campur-tangan BN-UMNO yang merosakkan sistem SPR itu sendiri sehingga terlupa peranan mereka itu yang seharusnya bebas dan telus, bukan bias kepada mana-mana pihak.

SPR perlu berubah...jika tidak BERSIH 3.0 akan menyusul, yang sendiri akan mengaibkan BN dan SPR secara tidak langsung di mata dunia.

No comments: