Cuba Banding

Sunday, September 18, 2011

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar kenyataan Datuk Seri Najib Razak


Pakatan bukan rakyat, soal Nik Aziz
Sep 18, 11 4:03pm
Kongsi 38
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuh bukan kerana tuntutan Pakatan Rakyat, sebaliknya bagi mendengar luahan hari rakyat.


"Hairan saya, (angggota) Pakatan Rakyat bukan rakyatkah?" soalnya yang juga menteri besar Kelantan.


Najib semalam dilapor menegaskan, keputusan memansuhkan ISA dibuat kerajaan BN mendengar isi hati rakyat yang inginkan perubahan sedemikian.


Justeru, katanya, jangan ada pihak yang mahu mendapat nama bahawa pengumuman itu hasil perjuangan mereka.


Menulis di laman Facebook beliau hari ini, Nik Aziz berkata, baginya perkara baik tidak salah untuk ditiru.


"Bukankah Rasulullah SAW memerintahkan supaya mengambil apa jua hikmah (kebijaksanaan) di mana saja ia ditemui?" katanya.


Dalam perutusan Hari Malaysia beliau pada Khamis lepas, Najib mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan negara.


Najib menjelaskan keputusan itu selaras dengan hasratnya untuk mengkaji ISA ketika mengambil alih jawatan perdana menteri dua tahun lepas.


Bangladesh dakwa diberi kerakyatan mudah M'sia
Sep 18, 11 3:42pm
Kongsi 120
Laman web Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina hari ini menyiarkan laporan dengan memetik sumber yang mendakwa bahawa pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Pejabat Perdana Menteri Bangladesh itu dikatakan telah menerima pengesahan daripada sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia bahawa mereka diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lepas, lapor Bernama.

Menurut laman web itu, Hasina telah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menurut sumber dengan kedudukan yang tinggi mendakwa Najib memberi jaminan menimbang isu itu ketika beliau (Hasina) berada di Malaysia untuk menghadiri Forum Dunia 66 Ekonomi Islam di Kuala Lumpur pada bulan Mei 2010.

Sementara itu, agensi berita nasional itu juga melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan itu.

Sambil menolak dakwaan bahawa golongan itu juga diberi hak mengundi pada pilihan raya di Malaysia, Muhyiddin berkata kerajaan tidak perlu berbuat demikian apatah lagi jika ia dikaitkan dengan proses pilihan raya.

Katanya kerajaan tidak begitu terdesak sehingga perlu memberikan taraf kewarganegaraan semata-mata untuk meraih undi dan memastikan kemenangan pada pilihan raya akan datang.

"Kita boleh minta penjelasan dari pihak Bangladesh apakah benar kenyataan itu dibuat oleh Perdana Menteri kerana dari segi soal kerajaan kita tidak buat begitu. Seseorang yang hendak jadi warganegara perlu melalui pelbagai proses, tempoh masa berapa lama dah berada di sini, sama ada dia betul-betul tahu keadaan di sini dan sebagainya sebagaimana yang biasa kita lakukan.

"Tidak ada kita bagi keistimewaan kepada warga Bangladesh. Apatah lagi dikaitkan dengan pilihan raya. Macam kita ini terdesak sangat nak minta orang seperti itu didaftarkan jadi warganegara dan nak suruh dia pergi undi. Kalaupun undi, dia masuk tong dan kita tak tau dia undi siapa pun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Nasional Parti Makkal Sakti Malaysia
2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Justeru, Muhyiddin berkata beliau akan meminta pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh menyemak perkara berkenaan sama ada ia benar atau tidak, lapor Bernama lagi.



Mansuh ISA: ‘Buat apa ucap Putrajaya terima kasih, itu amanah kerajaan’

September 18, 2011















KUALA LUMPUR, 18 Sept — Pemimpin politik dan wakil masyarakat tidak perlu mengucapkan terima kasih kepada pentadbiran Najib atas keputusan kerajaan pusat mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa undang-undang berkaitan kerana pihak berkuasa yang merampas hak rakyat selama ini, kata pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari(gambar).
Dengan merujuk kepada pendirian bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan beberapa pihak lain, Aziz berkata, adakah rakyat perlu mengucapkan terima kasih kepada pencuri yang melarikan barang milik seseorang.
Oleh itu tegas beliau, sudah menjadi tanggungjawab dan amanah kerajaan pusat untuk mengembalikan hak-hak rakyat yang dirampas selama lebih lima dekad yang lalu.
“Dia (Asri) tak faham isu sebenar. Hak yang dinafi selama ini ialah hak yang Allah berikan dan diambil secara tidak sah oleh kerajaan. Termasuk melalui ISA sejak 1960.
“Jadi, perlukah kita ucap terima kasih kepada pencuri? Dalam Islam kerajaan adalah pemegang amanah, menjaga rakyat. Bukan bertindak sesuka hati,” kata ahli akademik ini.
Aziz juga menambah, ISA pernah digunakan ke atas pelbagai pihak termasuk pejuang-pejuang Islam yang difitnah macam-macam.
“Mungkin Asri lupa atau tak tahu hal itu. Dia mungkin tahu agama tapi tak mahir dan tak mengikuti perkembangan politik,” tambah Aziz.
Dalam reaksi ke atas pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Khamis lalu, Asri berkata, pengumuman itu membawa makna yang besar kepada negara dan amat bersejarah.
Pemimpin bukan politik ini menambah, ISA adalah satu akta yang tidak islamik selain menjejaskan hak asasi individu dan boleh disalahgunakan oleh pemerintah dengan mudah, dan oleh itu tindakan memansukhkannya adalah tindakan yang amat islamik.
“Dalam masa yang sama menunjukkan semangat penghormatan hak rakyat yang tinggi oleh pihak pimpinan Perdana Menteri sekarang dalam isu ini,” katanya lagi.
Kata beliau, sekian lama perjuangan agar akta itu dimansukhkan dan “hari ini Perdana Menteri telah merealisasikan harapan dan impian rakyat ini.”
“Itu satu penunaian hasrat rakyat yang besar untuk melihat sistem pengadilan negara yang lebih baik,” kata beliau.
Tambah beliau, pengumuman malam tadi juga lebih berharga dari segala pemberian bonus dan kenaikan gaji kerana pemansuhan ini bererti mengembalikan hak asasi insani yang lebih berharga dari wang ringgit.
“Ini bererti ia sebuah hadiah daripada Perdana Menteri yang bermakna sempena Hari Malaysia,” kata beliau lagi.
Malah katanya, pengumuman ini bererti usaha transformasi negara dan kesedaran kerajaan Perdana Menteri sekarang tentang perubahan situasi rakyat tidak boleh dianggap retorik politik semata, sebaliknya ia telah diterjemahkan dalam beberapa langkah yang berani dan bermakna.
“Rakyat yang insaf, tanpa mengira parti hendaklah berterima kasih kepada pengumuman ini. Kita hendaklah berpolitik secara matang, memuji apa yang patut dipuji, menyokong apa yang patut disokong, membantah apa yang patut dibantah, mengkritik apa yang patut dikritik,” kata beliau.
Justeru tambah Aziz, beliau bersetuju dengan pendirian Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang menuntut kerajaan membayar ganti rugi kepada tahanan ISA ataupun kepada anggota keluarga masing-masing.
“Sebetulnya mahkamah melalui Hakim Datuk Hishammudin Yunus dah kata OK, (dalam kes Malek Hussin yang dapat gantirugi kerana ditahan ketika reformasi) tapi sayangnya kes ini telah dibatalkan oleh mahkamah rayuan,” kata beliau lagi.

1 comment:

Anonymous said...

Sekalong takniah kpd Pro Aziz Bari.Kerana pandagan jauh beliau terhadap pengumuman pemansuhan ISA.Kita rakyat malaysia jangan cepat sangat terpedaya dengan pengistiharan tersebut.Kerana ianya bermula diatas desakan dan tekanan yang bertubi tibi dapada PAKATAN RAKYAT DAN NGO.Justeru itu menyababkan PM bukan UMNO/BN.Mengambil inisetif sendiri untuk memansuhkan ISAdan beberapa lagi.Tujuan utama untuk mendapatkan sokongan kerana PRU 13 HAMPIR TIBA.Sekiranya PRU 13 masih jauh jangan harap ini akan terjadi.