Cuba Banding

Friday, December 23, 2011

Rasuah: Khir Toyo dihukum penjara Dan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.

Rasuah: Khir Toyo dihukum penjara setahun
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.
Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.
Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.
Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.

Sebelum itu, Mohtaruddin berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

NONEKhir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.

Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.
Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

khir toyo mansion 060709 06Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.
Dua puluh lima saksi pendakwa dan lima saksi pembelatermasukKhirmemberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.



Ada gerakan gulingkan Najib?


Jangan pandang remeh maklumat risikan
AKHBAR Utusan Malaysia dan blog-blog yang pro kerajaan telah banyak kali memperkatakan serta mendedahkan tentang musang berbulu ayam atau musuh dalam selimut dalam kepimpinan Najib  tapi malangnya Najib bagaikan buta untuk melihat keadaan sekeliling malah Najib dilihat lebih memilih untuk mendengar  atau terpengaruh dengan cakap-cakap orang-orang yang dipilihnya termasuklah  Setiuasaha –Setiausaha Politik ataupun Ketua-ketua agensi daripada mahu mendengar dan menyiasat apa yang dilaporkan oleh rakyat,pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan juga kalangan MKT yang dipilih oleh orang ataupun ahli-ahli UMNO.

Isu Air Asia,isu MAS,isu penyenaraian Koperasi Permodalan Felda (KPF) oleh Felda Global Ventures dan banyak lagi isu-isu yang menjadi rungutan rakyat ditimbulkan oleh pemimpin-pemimpin yang dipilih oleh rakyat bagaikan tidak mendapat tempat untuk Najib pasang telinga dan mengambil kira pandangan-pandangan yang diberikan.

Niat Najib terhadap rakyat dan Negara ini mungkin baik tetapi perlaksanaannya akan diusahakan untuk digagalkan oleh-olah watak-watak yang sememangnya sedang bersungguh-sungguh menjalankan gerakan untuk meruntuh serta mencalarkan imej Najib,BN dan UMNO dan barangkali Najib tidak sedar dengan apa yang sedang berlaku di sekelilingnya kerana diberikan gambaran baik-baik sahaja oleh watak-watak yang sedang berlakon didepan matanya.

Najib bagaikan tolak segala pandangan mereka ini dan lebih akur kepada pandangan serta nasihat-nasihat daripada kalangan pegawai yang banyak bersifat gunting dalam lipatan dan api dalam sekam dan kita menjangkakan akan berlaku serangan secara serentak daripada pihak-pihak ini hingga Najib ditendang keluar dari Putrajaya sebagaimana nasib Pak Lah satu ketika dulu.Mungkin Perdana Menterinya nanti bukan dari UMNO sekiranya gerakan-gerakan ini berjaya.

Kita lihat dan Najib harus lihat dengan mata kasyaf beberapa perkembangan politik sejak akhir-akhir ini kerana ianya  boleh ditafsirkan bahawa seperti  ada gerakan dalaman yang disusun serta dirancang begitu rapi untuk menggulingkan beliau

Sebagai contoh paling dekat,keadaan politik ataupun ekonomi negara tidak akan dibenarkan berada dalam keadaan tenang,bila tenang  akan muncullah  berbagai-bagai peristiwa dan watak-watak tertentu yang dilihat cuba menganggugugat kestabilan politik negara ataupun program-program transformasi Perdana Menteri.Watak-watak ini akan berselindung di belakang PM Najib

Watak-watak yang sepatutnya menjadi benteng mempertahankan kerajaan dan PM Najib mula dicurigai menjalankan agenda-agenda bagi memenuhi tuntutan individu tertentu baik yang berada di dalam kerajaan ataupun parti atau yang berada di luar kerajaan dan juga parti.Gerakan-gerakan mereka ini cukup mencuirgakan dengan penganjuran program-program seperti di INFRA (sebagai contoh),satu pusat latihan di bawah KEMAS dan juga kumpulan pemikir maya yang terletak di Puchong.Najib tahukah semua ini?

Najib dikelilingi musang berbulu ayam..!
Malah ada juga yang mendakwa kehadiran Ahmad Maslan bagi mengawal selia FELDA tidak banyak menguntungkan kerajaan dan juga PM Najib malah dilihat lebih banyak merosakkan sokongan masyarakat FELDA apatah lagi dengan kebocoran beberapa maklumat serta dokumen-dokumen sulit hingga berjaya diperoleh oleh pembangkang dan juga blogger-blogger yang pro pihak lawan.Timbul tandatanya,siapa yang berikan semua ini?

Begitu juga dengan tindakan CUEPACS satu badan yang mewakili kakitangan kerajaan yang begitu banyak mendesak serta mempertikaikan keputusan-keputusan kerajaan.Mereka ini seperti sengaja merancang untuk menekan kerajaan terutama sekali dalam isu SBPA dan setiap tahun menuntut bonus daripada kerajaan walaupun ada perkhidmatan mereka dicemuh rakyat..

Dan paling terbaru, dalam waktu terdekat ini  sekali lagi difahamkan mahasiswa-mahasiswa akan turun berdemontrasi untuk mendesak kerajaan memansuhkan AUKU dan adakah Saifuddin Abdullah sekali lagi akan mengetuai demontarsi ini sebagaimana beliau lakukan baru-baru ini. Mahasiswa yang sedang gila mahu berpolitik ini akan digunakan semaksium mungkin untuk menggegarkan kepimpinan Najib.Adakah sekali lagi Najib akan `ditampar’ oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini?

Sebahagian ini dan ada lagi bahagian-bahagian yang saya simpan yang  dilihat sebagai bukti nyata untuk menghalang Najib daripada menjayakan transformasi politik dan pentadbiran awam dalam kerajaannya dan sekiranya Najib menyerah bulat-bulat perancangan ini untuk dijayakan oleh pegawaipegawai lantikannya, kita yakin dan amat percaya usaha Najib akan disabotaj olerh orang-orang yang Najib sangkakan berdiri teguh bersamanya sedangkang mereka inilah yang akan menikam Najib dari belakang.

Najib jangan pandang remeh dengan segala maklumat-maklumat yang disalurkan oleh orang-orang yang sayang kepada kepimpinan beliau.memandang rendah atau mengkesampingkan segala maklumat atau laporan atau risikan yang bukan dari `inner-circle’nya, Najib akan meletakkan kedudukan beliau dalam bahaya.

http://sanggahtokjanggut.

No comments: