Cuba Banding

Thursday, December 22, 2011

NFC :Datuk' berusia 45 tahun direman dikemaskini 6.16pm

Dana NFC, kondo: 'Datuk' berusia 45 tahun direman
Polis hari ini mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman seorang ahli perniagaan yang dipercayai berpangkat 'Datuk' bagi membantu siasatan kes dana Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Perintah reman sehingga esok dikeluarkan terhadap lelaki berumur 45 tahun itu oleh Majistret Tengku Eliana Tuan Kamarulzaman tengah hari tadi di Pusat Tahanan Sementara Balai Polis Bukit Jalil dekat Kuala Lumpur, lapor Bernama.

Lelaki itu, yang  dibawa dengan kereta polis, tiba di Balai Polis Bukit Jalil, pada jam 9 pagi.

NONEPegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dipercayai telah mengambil keterangan daripada lelaki itu dari jam 3 petang hingga 6 petang semalam.

Sementara itu dalam sidang akhbar di ibupejabat JSJK, polis bagaimanapun enggan mengesahkan bahawa peniaga yang ditahan itu mempunyai kaitan dengan projek NFC.

Pengarah jabatan itu, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata polis juga belum membuat sebarang tangkapan berhubung kes NFC.

Beliau juga enggan mengulas mengenai laporan media yang telahpun mengaitkan peniaga tersebut dengan kes NFC.

Jelasnya, suspek berkenaan pernah ditahan sebelum ini berhubung siasatan ke atas dua kes penipuan, masing-masing di Bercham dan juga di Cheras mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Kita belum rekod apa-apa kenyataan daripada dia berhubung NFC," katanya lagi ketika ditanya sama ada lelaki berkenaan disiasat berhubung kes berkenaan.

Katanya lagi, suspek yang ditahan di pejabat JSJK pada kira-kira jam 4 petang semalam adalah berhubung "cubaan untuk menyogok beberapa orang pegawai JSJ."

"Bertindak atas maklumat, kita panggil dia datang ke JSJK dan kita tahan dia di sini," katanya lagi yang menambah, jabatan berkenaan akan menyerahkan suspek berkenaan kepada SPRM.

Diasak wartawan, Syed Ismail juga enggan mengesahkan sama ada suspek terbabit mempunyai kaitan dengan keluarga menteri yang menjalankan projek berkenaan.

"Kalau saya tak beri nama pun awak dah tahu siapa kan? Jadi awak tengok bin (nama bapa) itu ada kena mengena atau tidak.

"Saya tak kata apa, saya suruh tengok bin saja, sama atau tidak. Saya tiada apa untuk dikatakan, sama ada dia ada hubungan atau tidak (dengan keluarga menteri), saya tidak mahu komen," katanya yang juga enggan menyatakan nama suspek tersebut.

Ditanya lagi sama ada polis telah menyiasat menteri berkenaan, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Syed Ismail berkata "siasatan masih berjalan dan kita akan panggil sesiapa yang bersabit dengan kes ini."

Polis setakat ini telah menyiasat 27 individu, temasuk pegawai daripada kementerian kewangan, kementerian pertanian serta individu yang terlibat memberi perkhidmatan kepada NFC, katanya lagi.
Isu mengenai NFC itu berbangkit ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lepas yang menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya manakala pembangkang pula mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dananya.

http://www.malaysiakini.


Polis serah 'Datuk' ditahan reman kepada SPRM
Pihak polis telah menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini ahli perniagaan bergelar 'Datuk' berumur 45 tahun, yang ditahan reman, berikutan tawaran rasuah yang dipercayai ada kaitan dengan siasatan kes National Feedlot Corporation (NFC).

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata permohonan reman itu dibuat oleh pihak polis di mahkamah sehingga esok.

Menurut satu kenyataan lewat petang ini, beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh SPRM.

Kenyataan itu dikeluarkan berhubung kenyataan Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Penolong Kanan Pesuruhjaya, Datuk Tajudin Md Isa, berhubung penahanan ahli perniagaan bergelar 'Datuk' berikutan tawaran rasuah yang dipercayai ada kaitan dengan siasatan kes NFC.

"Untuk makluman, pihak SPRM sentiasa berhubung rapat dan saling bekerjasama dengan pihak polis dalam menjalankan siasatan membabitkan kes rasuah dan penyelewengan mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang.

"Perkongsian maklumat dan aduan yang diterima antara kedua-dua agensi ini bagi disiasat mengikut bidang kuasa masing-masing adalah suatu perkara yang telah dipraktikkan sejak sekian lama," kata Mustafar.

http://www.malaysiakini.


Jangan guna media musuh – Nik Aziz| Print |
Harakahdaily   
KOTA BHARU, 22 Dis: “Saya juga menyeru kepada semua pihak di dalam parti tidak lagi menggunakan media massa milik musuh politik PAS untuk memperkatakan tentang masalah dalaman parti,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS itu itu menyeru supaya perselisihan pandangan diselesaikan melalui mekanisme dalaman parti dan tidak memberikan peluru kepada musuh.
“Saya yakin, apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah merupakan ribut kecil yang sengaja diperlihatkan kencang di dalam media massa.
“Apa yang pasti selepas ribut kecil ini, turunlah hujan yang menyejukkan, insya Allah,” ujarnya.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons berkaitan dengan Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat malam semalam yang memutuskan untuk memanggil bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyokong sepenuhnya keputusan itu dan menganggap ia sebagai satu langkah yang terbaik untuk meredakan kemelut yang sedang berlaku sejak kebelakangan ini.
“Selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya suka memberikan jaminan bahawa Majlis Syura Ulama selaku badan pemantau kepada parti sama sekali tidak akan berpeluk tubuh jika dasar parti dilanggar atau dirombak,” tegasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Justeru, jelasnya dakwaan yang menyatakan bahawa Negara Berkebajikan yang disebut oleh Datuk Seri Presiden di dalam ucapan dasarnya di dalam Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini sudah tersasar dari perjuangan asal PAS adalah merupakan dakwaan yang tidak berasas.
“Di pihak Majlis Syura, kita menganggap idea Negara Berkebajikan yang disebut oleh Datuk Seri Presiden bukannya menggelincirkan PAS dari landasannya bahkan lebih mendekatkan masyarakat Malaysia kepada perjuangan PAS yang bercita-cita mendaulatkan Islam di dalam sistem pemerintahan,” ujarnya.
Dalam hal ini, katanya negeri Kelantan yang telah 21 tahun ditadbir oleh PAS menjadi rekod dan testimoni yang nyata terhadap cita-cita murni PAS itu.

No comments: