Cuba Banding

Thursday, December 22, 2011

Nik Aziz nafi sokong Hasan Ali

KOTA BHARU, 22 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) menafikan beliau menyokong Datuk Dr Hasan Ali.

"Sukalah dinyatakan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada menyokong atau tidak pendirian Datuk Dr Hasan Ali.

"Kenyataan terakhir YAB Tuan Guru dalam isu Datuk Dr Hasan Ali ialah menyerahkan isu ini untuk dikendalikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor dan seterusnya pimpinan PAS peringkat pusat.

"Justeru, tidak timbul isu YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS menyokong pendirian terkini Datuk Dr Hasan Ali," kata kenyataan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan itu.

Beliau mengulas laporan muka hadapan The Star semalam yang memetik bahawa pendirian Datuk Dr Hasan Ali disokong oleh YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am.

Ulasan ini dibuat ketika beliau sedang berehat di wad hospital.

"Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS masih berehat di dalam wad selepas dimasukkan ke sana pada hari Isnin, 19 Disember 2011.

"Keadaan beliau stabil dan insya Allah akan dibenarkan keluar sedikit masa lagi," kata kenyataan itu.



http://bm.harakahdaily.


Hasan akui ada persamaan dengan Zul Noordin
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 22 Dis: Datuk Dr Hasan Ali mengakui beliau ada perbincangan dengan Zulkifli Noordin dan mengakui ada persamaan antara mereka berdua.
 
Hasan, Nasha dan Saari dipanggil beri penjelasan
Harakahdaily   
KUALALUMPUR, 22 Dis: PAS memutuskan untuk memanggil Datuk Dr Hasan Ali, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Saari Sungip memberi penjelasan berhubung isu berbangkit mutakhir ini yang membazir masa parti.
 
Ulamak PAS ucap syabas pada Nasharudin
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 22 Dis: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib mengucapkan syabas kepada Nasharuddin Mat Isa kerana terus menyatakan tekad memperjuangkan risalah Islam melalui wadah PAS.

No comments: