Cuba Banding

Wednesday, December 7, 2011

Polis siasat Azmin Ali

Polis siasat Azmin kerana 'robohkan tembok penjara'?
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali telah diminta hadir memberi keterangannya kepada polisberhubung ucapan yang dibuat beliau pada kongres kebangsaan parti itu di Johor pada akhir bulan lalu.

"Kami belum diberitahu secara khusus, ucapan mana, di mana dan di bawah akta mana yang sedang mereka siasat,” kata pegawai khas Azmin Hilman Idham kepada Malaysiakini hari ini.

Hilman mengesahkan bahawa seorang anggota polis yang dipercayai dari ibu pejabat polis kintigen Johor menghubungi ahli parlimen Gombak itu melalui telefon pada jam 2:20 petang tadi.

NONEKetika itu, Azmin berada di lapangan terbang, dalam perjalanan ke Sarawak untuk menyelia persiapan untuk jentera pilihan raya PKR di negeri itu dan menghadiri inkuiri awam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung reformasi pilihan raya.

Azmin juga pengarah pilihan raya PKR.

Hilman berkata belum ada tarikh baru yang ditetapkan untuk Azmin memberi keterangannya kepada polis di Johor tetapi sekiranya, pihak berkuasa mahu melaksanakan tugas itu dengan segera, mereka mesti menemubual beliau di Kuala Lumpur.

Walaupun tidak disebut ucapan mana oleh Azmin yang menimbulkan masalah dengan pihak polis, namun dipercayai ia adalah berkaitan dengan ucapan kontroversinya bahawa PKR akan "merobohkan tembok penjara" jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.




NFC: Gaji suami Shahrizat RM100,000 sebulan?
Harakahdaily
KUALA LUMPUR 7 Dis: Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar National Feedlot Corporation (NFC) mendedahkan gaji bulanan yang dibayar kepada pengerusi eksekutifnya Datuk Mohamad Salleh Ismail.


Selain Mohamad Saleh yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beliau juga meminta gaji pengarah-pengarah yang lain didedahkan.


“AMK mencabar NFC mendedah jumlah sebenar gaji yang dibayar kepada pengerusi eksekutif dan pengarahnya.


“Rakyat berhak tahu sebab wang yang dibayar untuk mereka itu datangnya dari rakyat selaku pembayar cukai,” katanya dipetik Keadilandaily.com hari ini.


Sejak awal bulan ini, beberapa maklumat tersebar di internet mendakwa suami Shahrizat memperoleh gaji bulanan sekitar RM100,000 sebulan.


Manakala ketiga tiga anaknya iaitu Wan Shainur Izmir, 31, (Pengarah Eksekutif) Wan Shahinur Izran, 27 (Ketua pegawai eksekutif) dan Wan Izzana Fatimah, 25, (pengarah) memperoleh pendapatan RM35,000 hingga RM45,000 sebulan.


Sebelum ini Pakatan Rakyat membuat beberapa pendedahan mendakwa dana rakyat berjumlah RM250 juta yang dianugerahkan kepada NFC telah disalah gunakan.


Dana itu didakwa telah digunakan untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar berharga RM13.8 juta membeli kereta Mercedes berharga RM534,622, dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya dan digunakan untuk melancong ke luar negara.


http://bm.harakahdaily.


 
Noh Omar Gelabah Bila Di Protes Petani
Oleh Mat Zahari Ali
07/12/2011
366 View
Share


Tindakan pemimpin Pakatan Rakyat bersama para petani dan pesawah mengadakan demontrasi pada 22 November lalu di sekitar Sekinchan dan Sungai burung menggesa Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar meletak jawatan ekoran penyelewengan wang rakyat telah membuahkan hasilnya.
Ini ekoran tindakan kementerian di bawah Noh semalam telah mula menyerahkan wang insentif peningkatan hasil petani yang tertunggak sejak empat tahun lalu.
Menurut Noh, Wang tersebut diambil dari peruntukan tambahan kerajaan yang di luluskan baru-baru ini bernilai RM117 juta
Lapuran Ketua Audit negara baru-baru ini mendedahkan peruntukan kerajaan kepada kementerian tersebut berjumlah RM110 telah hilang tanpa di kesan.
Akibatnya para pesawah tidak memperoleh bayaran yang diperuntukan dibawah skim inisiatif peningkatan hasil padi sejak sekian lama
Namun anihnya, susulan dari tekanan tersebut, Noh dalam kenyataan medianya semalam mengancam mengambil tindakan mahkamah terhadap media Selangor Kini yang menyiarkan tindakan pesawah yang menuntut beliau meletak jawatan.
Ikuti laporan penuh melalui berita Detik Semasa.

postedby :http://tvsnews.


No comments: