Cuba Banding

Wednesday, December 7, 2011

Kejatuhan Umno sudah dekat...Umno sudah sampai ke kemuncak indoktrinasinya

Kejatuhan Umno sudah dekat...
Posted on Tuesday, December 06 @ 16:08:06 PST by paktam

Pendapat
Oleh Lanh
HANYA Umno-BN mampu buat itu dan ini. Hanya Umno-BN mampu perintah negara - demhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwVctCji2n_vN0ax7t0RSgHWOydcSWD6A85y4CuFWOSX_VoEy3hhZ-KfWKvig1piYG0IFo-uXJsNt8eEYZj83aOQqDK6n0PH_HvY0QtLwV_uamIXT_uvaXoYoacL2lbFJ3nzFbJXEvOrfg/s400/logo+umno.JPGikian antara lain kita disogokkan dengan slogan berbentuk indoktrinasi.
Sejak kecil sehingga dewasa dan seterusnya tua, kita menerima apa saja yang disogokkan tanpa kita berusaha menyelidiki kebenaran atau hakikat sesuatu perkara itu.



Sebagai contoh ramai daripada kita diajar hal ehwal agama semasa kecil tanpa memahami apa yang sebenar kita pelajari. Ramai orang mengaji (membaca al-Quran) tetapi sangat sedikit daripadanya memahami maksud ayat yang dibaca apatah lagi mengamalkannya. Orang dewasa menyuruh kita sembahyang tetapi ramai daripada kita tidak faham apakah tujuan kita berbuat demikian dan pengertian ayat yang kita baca ketika solat.
Ketika kecil, ramai daripada kita dipaksa menyerap dan menanam fahaman dan ajaran ke dalam diri kita secara bulat-bulat tanpa dapat mempersoalkan apa yang kita lakukan. Ini termasuklah bab hantu. Apabila dewasa dan tiada lagi pihak berkuasa (ibu bapa sudah jauh dari mata) mengawasi dan memaksa kita melakukan ibadat tersebut (seperti sembahyang), sebahagian daripada kita secara perlahan-lahan meninggalkan atau melakukannya hanya sebagai satu kebiasaan saja.
Mereka yang melakukan ibadat tersebut, sebahagiannya hanya mengharapkan pahala (balasan baik) dan dijauhkan daripada seksaan api neraka. Hal yang sama berlaku tatkala kita dewasa. Kita dipaksa menerima fahaman-fahaman yang ternyata kita sendiri tidak faham tetapi kita juga tidak mempunyai hak mempersoalkannya. Orang lain cuba mengambil kesempatan daripada kelemahan kita untuk menanamkan fahaman-fahaman dan kepercayaan ini.
Berdasarkan Perhimpunan Agung Umno terbaru di ibu kota, kita dapat saksikan betapa indoktrinasi parti tua ini sudah sampai ke kemuncaknya. Ambil saja ucapan berapi-api Ketua Wanitanya, Dato' Seri Shahrizat Jalil. Sebahagian ucapannya tiada 'substance', hanya mengekspoitasi serta memain-mainkan perasaan perwakilan. Lihatlah betapa bijak Shahrizat mengalihkan serangan musuh dalam isu 'lembu' terhadap dirinya kepada Wanita Umno pula. Kononnya kejituan Wanita Umno dicabar dan uji, hakikatnya serangan ditujukan kepada dirinya sehingga ahli Parlimen Kinabatangan (BN), Datuk Bung Moktar Radin juga meminta dia meletakkan jawatan.
Kenapa Shahrizat berlindung di belakang Wanita Umno dan majoriti perwakilan Wanita beriya-iya bersorak menyokongnya? Persoalan ini begitu kompleks; jadi marilah kita teliti kisah 'The Emperor's New Clothes' (Pakaian Baru Raja) yang sudah sudah baca di sekolah rendah dulu tetapi tidak kita aplikasikan dalam kehidupan. 'The Emperor's New Clothes' menceritakan bagaimana seseorang yang berkuasa itu sentiasa dikatakan betul sekalipun dia tidak betul (raja berbogel tetapi dikatakan berpakaian paling cantik dan hebat). Hanya kebijaksanaan seorang budak dapat mengalahkan raja; memang raja bersalah (berbogel tetapi dikatakan berpakiaan paling mewah dan cantik) dan tidaklah payah untuk diselindungkan keaiban raja seperti dilakukan menteri-menterinya.
Ringkasnya pemimpin benar kerana dia berkuasa. Yang penting di sini bukannya lojik sesuatu perkara itu tetapi siapa yang mengutarakan pendapat atau kata-kata tersebut. Kata-kata seorang pengemis atau tukang sapu sampah mengenai politik sudah tentu tidak akan dipandang dengan sebelah mata walaupun apa yang mereka katakan itu ada kebenaran dan lojiknya. Keadaan sebaliknya akan berlaku jika seorang raja atau mengemukakan pandangan. Walaupun kadang-kadang hal itu tidak masuk akal, disebabkan begitu berpengaruhnya orang tersebut, maka hal itu diterima juga orang awam (perwakilan) kerana masing-masing terpaksa atau dipaksa mengakuinya. Lebih-lebih lagi masing-masing ada kepentingan tersendiri.
Kenapa perwakilan bersorak, menyatakan sokongan tanpa menyelidik sama ada yang dikatakan itu fakta atau suatu manipulasi? Ilmuan psikologi dan sosiologi mengaitkan perlakuan manusia ini sebagai ‘collective behaviour’ (tindak-tanduk bersama). Kelakuan manusia berbeza sama sekali apabila di bersendirian atau berada dalam sesebuah kumpulan (beramai). Kelakuan beramai mempunyai ciri tertentu yang membolehkan kita mengenal pasti dan mengkaji tingkah-laku manusia dalam situasi itu.Individu yang termasuk dalam keramaian, bertindak kepada sesuatu perangsang (stimulus) yang berupa orang, peristiwa atau apa-apa saja yang boleh menimbulkan emosi rancak.
 ‘Collective behaviour’ telah menyebabkan perwakilan Wanita Umno (sebagai contoh) begitu berani. Berani kerana ramai, bukan kerana benar. Apabila bersendirian seseorang adalah lemah dan penakut – ibarat seekor tikus yang sentiasa takut akan bayang-bayang kemampuannya, jauh daripada takutkan bayangkan kucing. Sebenarnya kucing tidak wujud, tikus hanya takut pada dirinya saja. Namun apabila berkumpulan, barulah manusia berani dan lantang. Berani bercakap berapi-api dan lantang bersuara termasuk untuk ‘menyelak kain’ kerana dia yakin mendapat sokongan dan akan dibela oleh ribuan bahkan jutaan pak turut di belakangnya.
Indoktrinasi begitu berkesan pada jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang pula terutama pada era teknologi maklumat kini, amalan jenis ini tidak dapat diterima kerana manusia mempunyai naluri untuk memikirkan fahaman serta ajaran apa yang mereka fikirkan baik apabila mereka diberi kebebasan dan ruang untuk berfikir dan menambah maklumat.
Ambillah iktibar indoktrinasi fahaman komunis yang selama 70 tahun membelenggu rakyat SovietUnion dan negara Eropah Timur, akhirnya hancur saja. Setiap perkara (benda) yang sudah sampai di kemuncaknya akan jatuh. Lemparlah batu ke udara, selepas ia mencapai kemuncak ketinggian, ia akan jatuh. Apabila Umno sudah sampai ke kemuncak indoktrinasinya, percayalah ia juga akan hancur!




SPR sahkan dakwat kekal diguna pada PRU-13
Dakwat kekal akan digunakan sepenuhnya dalam proses pengundian pada pilihan raya umum Kk-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan tidak lama lagi, kata timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
kuala terengganu parliament by election spr ec announcement 051208 wan ahmad wan omarKatanya, penggunaan dakwat kekal itu selaras dengan keputusan Dewan Rakyat yang meluluskan 10 cadangan dalam laporan awal yang dikemukakanoleh Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini yang dibentangkan awal bulan ini.

“Dakwat kekal akan digunakan pada PRU-13. Itu hasrat dan SPR hormati keputusan Parlimen tetapi banyak perkara perlu diambil tindakan sebab babitkan pindaan Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.

“Menerusi undang-undang baru ini, orang yang datang mengundi perlu dicalit dakwat, baru dapat kertas undi. Dulu (PRU-12) tidak boleh laksana sebab tidak ada pindaan, sekarang tidak ada masalah kerana sudah dapat persetujuan semua pihak.

“Bagaimanapun, tindakan pentadbiran akan diambil terlebih dulu termasuk menyemak kandungan dakwat bagi mengelak bahan kimia terlarang serta meminta pandangan Majlis Fatwa sekali lagi,” kata Wan Ahmad dipetik Berita Harian hari ini.

Akhbar berkaitan Umno itu juga memetik beliau berkata SPR sedang mengambil langkah melaksanakan keputusan itu dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara bagi mengelak sebarang pertikaian undang-undang pada masa depan.
azlanSelain penggunaan dakwat kekal, PSC juga membentangkan sembilan lagi cadangan dalam laporan awalnya yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 1 Disember lalu.

Ini termasuk pengundian awal, pengundi tidak hadir luar negara, pengundi luar kawasan, penukaran kawasan pendaftaran, pembersihan daftar pemilih dan pameran rang daftar pemilih tambahan, ketelusan proses mengundi, penambahbaikan proses pencalonan dan pengukuhan SPR.

Dakwat baru

Penggunaan dakwat kekal sepatutnya diperkenalkan pada pilihan raya umum Mac 2008, tetapi dibatalkan pada saat-saat terakhir.

Menurut SPR ketika itu, rancangan berkenaan dimansuhkan atas alasan mendapat nasihat daripada segi perundangan termasuk keperluan menggubal satu undang-undang yang membenarkan seorang pengundi yang tidak mahu kuku atau jari telunjuknya ditandakan dengan dakwat, diberikan kertas undi.
azlanBekas pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pada satu wawancara denganMalaysiakinipada Oktober lalu berkata beliau menganggap tekanan pihak berkuasa supaya penggunaan dakwat kekal dimansuhkan pada 2008 sebagai kegagalan terbesar dalam tempoh 26 tahun perkhidmatannya.

Malah, katanya, beliau juga menimbangkan kemungkinan  meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad juga dipetik oleh Berita Harian sebagai berkata, SPR akan membelanjakan kira-kira RM5 juta membeli dakwat baru kerana dakwat kekal yang sepatutnya digunakan pada PRU-12 2008 sudah dilupuskan selepas tamat tempoh.



http://www.malaysiakini.

Kenapa Soi Lek takut sangat pada hudud?
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 7 Dis: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak perlu takut dengan hukum hudud kerana undang-undang Islam itu hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja.

Mohamad Sabu timbang fail semula saman Utusan
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 7 Dis: Peguam Hanipa Maidin berkata, rayuan atau memfail semula saman boleh dibuat kerana saman sebelum ini dibatalkan kerana masalah teknikal, bukan merit kes.

Hasil bumi: Pakatan manfaat untuk rakyat Sabah
Mohd Firdaus   
KOTA KINABALU, 7 Dis: Kekayaan hasil bumi yang dimiliki negeri ini mampu diberikan oleh Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada BN kepada rakyat jika diberi mandat pada PRU 13 nanti.

Tugas SPR bukan sekadar bersih daftar pemilih
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 7 Dis: Biarpun menyambut baik jaminan untuk membersihkan nama pemilih yang sudah meninggal, namun bagi Dewan Pemuda PAS Pusat, banyak lagi penambahbaikan yang perlu dilakukan SPR.


No comments: