Cuba Banding

Thursday, December 8, 2011

UMNO - disarankan memendekkan tempoh perkhidmatan dan mengisytiharkan persaraannya

UMNO Perlu Menempah PERSARAAN Terlebih Awal
Berita, Komentar, Ulasan & PendapatOleh  Ibn_bacoks

imageUMNO-BARISAN NASIONAL disarankan supaya memendekkan tempoh perkhidmatannya dan mengisytiharkan persaraan lebih awal bagi memberi laluan kepada pihak lain memerintah, kata Dato’ Dr Mahfodz Mohammed,

Pesuruh jaya PAS negeri Johor.

Hal ini, kerana katanya bagi mengelak kerosakan dan pelanggaran syariat Allah terus dilakukan setelah lebih 50 tahun memerintah negara ini.

Malah katanya lagi adalah menjadi tanggungjawab masyarakat untuk  mengubah kerajaan yang ada supaya terlepas dari dikongkong dan tidak mahu bersekongkol dari mendapat kemurkaan Allah swt.

”Saya seru buatlah perubahan kerana (UMNO) sudah lama perintah 50 tahun perlu bersara segera. Cukuplah UMNO perintah.
”Makin lama perintah, makin lamalah negara akan rosak. Ini tanggung jawab kita untuk buat perubahan. Apatah lagi UMNO buat banyak kerosakan, pelanggaran syariat, tambahan pula rasuah, salah guna kuasa.
”Tak kan kita yang telah hidup lama, dididik di sekolah-sekolah. Tak kan rela lagi nak dikongkong?” soalnya lagi.
Disamping persaraan itu diperlukan kerana katanya juga merupakan tuntutan disebalik peristiwa Baginda saw berhijrah antara lainnya berhijrah dengan meninggalkan larangan Allah Swt.
”Kerana dalam hijrah ada dua jenis. Pertama, kerana tinggalkan larangan Allah.
”UMNO buat banyak penyelewengan, rasuah dan dosa. Kena tinggalkan. Kalau masuk sokong UMNO, (bermakan) suka rasuah. (oleh itu) hidup tak akan tenang kerana dosa (rasuah).
”Kedua, Fi sabilillah. Berpindah daripada jalan syaitan kepada jalan Allah. Apa yang dibuat PAS, hijrah ke jalan Allah,” terangnya lagi.
Dr. Mahfodz turut menambah dengan katanya UMNO masih lagi teragak-agak dalam soal tuntutan BERSIH 2.0 yang baginya amat berat untuk dipenuhi, jelas membuktikan parti itu cukup gerun kepada perubahan.
Sebab itu ujarnya UMNO perlu menjalankan tanggung jawabnya sebagai pemerintah dan apabila gagal, persaraan itu harus dilakukan sebagai mengambil semangat hijrah Rasulullah saw.
”(UMNO) gagal menjadi pemerintah yang baik kerana) banyak khianat bangsa dan agama, hapus tulisan jawi. Ia bukan PAS. (selain itu) Pinggir bahasa Melayu. Ia bukan PAS.
”(UMNO) tak pertahan kedaulatan negara. Isu Pulau Batu Putih. Siapa yang hakis keistimewaan orang Melayu?, (sebaliknya UMNO) berjuang untuk perut. Siapa yang kurangkan kuasa Melayu pada zaman Dr Mahathir?” soalnya lagi.
UMNO Perlu Menempah PERSARAAN Terlebih Awal


Posted on Thursday, December 08 @ 00:00:00 MYT by aya
http://www.selatanonline.



Usaha temukan Najib-Anwar di pentas forum 15 Dis
Sekumpulan mahasiswa hari ini menghantar surat jemputan rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berforum dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kebebasan akademik dan masa depan negara.

NONEAnwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh telah menyatakan kesediaannya kepada pihak penganjur - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) - untuk menyertai forum tersebut.

Forum anjuran SMM itu, bertajuk "Merencana Masa Depan Negara" antaranya untuk mendapat penjelasan berhubung "keseriusan pimpinan kerajaan dan pembangkang mengenai kebebasan akademik" di negara ini.

Sehubungan itu, mereka berharap Najib dapat memenuhi undangan tersebut untuk menyemarakkan lagi "usaha membina negara yang lebih cemerlang seiring dengan dasar transformasi kerajaan".

"Kita nak tengok pandangan kerajaan dan pembangkang terhadap keseriusan mereka dalam memperjuangkan kebebasan akademik dan mahasiswa.

"Kita juga mahu melihat bagaimana kebebasan dapat membentuk suasana pelajar dan mahasiswa supaya (menjadi) lebih baik," kata pengerusinya Ahmad Syukri Ab Razab.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Ahmad Syukri berkata forum tersebut dijadual berlangsung pada 15 Disember ini di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur jam 8 malam.

smm demo letter to najib2Surat jemputan diserahkan oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Malaysia (PMIUM) Mohd Safwan Anang Talib kepada pegawai khas perdana menteri Mohd Saiful Azhar di hadapan pejabat Jabatan Perdana Menteri kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Mohd Safwan diiringi kira-kira 40 aktivis SMM sewaktu penyerahan surat tersebut.

Mengulas lanjut, Ahmad Syukri berkata pihaknya telah mendapat persetujuan lisan Anwar yang juga ketua umum PKR untuk "melapangkan masanya" menghadiri forum tersebut.

"Kita tunggu respon perdana menteri. Kalau beliau nak ganti orang lain, kita akan tanya persetujuan Datuk Seri Anwar (untuk teruskan) atau pembangkang menghantar calon lain.

"Kita tidak bagi masa kepada PM (untuk memberi maklum balas). Kita akan buat susulan," katanya.

Ahmad Syukri berkata sebelum ini pihaknya telah menghantar surat jemputan kepada Tun Dr Mahathir untuk menjadi panel forum tersebut.

Surat itu dihantar kira-kira sebulum lalu tetapi sehingga kini tidak mendapat maklum balas, katanya.

Forum itu akan dijalankan dalam empat pusingan termasuk soal jawab kedua-dua pemimpin dengan dua pemerhati bebas - ketua eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan dan bekas naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Ibrahim Abu Shah.  

NONESebelum itu, kumpulan tersebut mengadakan perhimpunan aman di hadapan jabatan itu bagi membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 diluluskan di Dewan Rakyat minggu lalu.

Mereka berkumpul di hadapan Masjid Putrajaya sebelum berarak ke pejabat perdana menteri.

Mereka turut menyerahkan memorandum bantahan bersama-sama dengan surat jemputan rasmi berkenaan kepada pegawai khas perdana menteri itu.

No comments: