Cuba Banding

Monday, October 17, 2011

Belanjawan: Anwar cabar Najib debat berkaitan kedudukan ekonomi negara dan persoalan berkaitan belanjawan.


Belanjawan: Anwar cabar Najib debat .

PETALING JAYA, 17 Okt: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat berkaitan kedudukan ekonomi negara dan persoalan berkaitan belanjawan.

Katanya, adalah suatu kritikan yang dangkal oleh Najib menggelar Belanjawan Pakatan Rakyat 2012: Kesejahteraan Untuk Semua sebagai ‘belanjawan Republikan aliran kanan yang gagal memahami kehendak rakyat’.

"Ini membuktikan Datuk Seri Najib mengelak dari isu asas yang menjangkiti pentadbiran beliau seumpama tadbir urus yang goyah, rasuah berleluasa dan dasar Barisan Nasional yang memperkaya keluarga dan kroni,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Justeru, beliau mempelawa Najib berdebat yang seharusnya disiarkan secara langsung dan ditayangkan melalui televisyen ke seluruh negara.

“Semenjak Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga pada tahun 2010, saya sudahpun mempelawa Datuk Seri Najib untuk berdebat.

“Wacana umum antara Pakatan Rakyat dan pentadbiran beliau pastinya memberi manfaat tidak terhingga kepada rakyat terutamanya ketika ekonomi negara memasuki wilayah yang tidak dikenali serta kegagalan pentadbiran beliau untuk melonjak ekonomi Malaysia,” katanya lagi.

Sewajarnya, kata beliau Najib prihatin terhadap kebimbangan meluas berkaitan kenaikan kadar hutang negara, bukannya mengejek kekhuatiran tersebut.

Katanya, kadar hutang negara ditetapkan oleh pelbagai peruntukan undang-undang. Antara peruntukan tersebut adalah Akta 637 Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 ( disemak 2004) dan Akta 275 Akta Pelaburan Kerajaan 1983, yang menetapkan gabungan pinjaman tempatan tidak boleh melewati kadar 55% dari KDNK Negara, manakala Akta 403 Akta Pinjaman Luar Negeri1963( disemak 1989) menghadkan pinjaman luar negeri pada RM 35 ribu juta pada sesuatu masa.

Beliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menambah, selain dari kadar yang ditetapkan oleh peruntukan undang-undang, Perbendaharaan juga mengenakan peraturan ketat untuk diikuti demi mengukuhkan displin fiskal.

“Amalan ini malah ditetapkan sebelum dari saya menjadi Menteri Kewangan lagi,” katanya lagi.

Sebagai contoh, jelasnya perbelanjaan pengurusan untuk tahun terbabit tidak boleh melebihi unjuran pendapatan, begitu juga pinjaman yang dibuat kerajaan hanya untuk dibelanjakan demi pembangunan.

Oleh itu, ujar beliau wacana umum berkaitan kadar hutang negara kini menjadi persoalan undang-undang dan berkepentingan nasional, apatah lagi pentadbiran Najib kini hampir melanggari kadar hutang negara yang dihadkan undang-undang serta cuba untuk menyembunyikannya dari pengetahuan umum.

Beliau menambah, laporan terkini Bank Negara Malaysia (dikemaskini 14 Oktober 2011) menunjukkan hutang negara kini berada pada RM437 ribu juta pada suatu tempoh yang berakhir pada 30 Jun 2011.

Jumlah tersebut, jelasnya merupakan pecahan dari RM421 ribu juta hutang tempatan dan RM16 ribu juta hutang luar negara.

Ini, katanya bermaksud negara kini sudah berada pada 51% dari nisbah hutang tempatan kepada KDNK negara sepertimana yang ditetapkan oleh Akta 637 dan Akta 275, yang hanya membenarkan tambahan hutang sebanyak RM33 ribu juta.

Oleh itu, tegasnya berdasarkan fakta ini adalah jelas kerajaan tidak mempunyai dana secukupnya untuk membiayai perbelanjaan selebihnya bagi tahun 2011 dan defisit RM46 ribu juta untuk dibiayai oleh hutang lebihan sebagaimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2012.

Menurutnya, rakyat sedar unjuran pertumbuhan sebanyak 5%-6% yang diumumkan Najib dalam belanjawannya tidak tepat dan berkemungkinan besar pentadbirannya terpaksa bergantung kepada hutang demi membiayai janji janji pilihanrayanya.

“Oleh itu, debat serta wacana awam berkaitan ekonomi merupakan sesuatu yang mendesak terutamanya ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mengumumkan data ekonomi yang tidak meyakinkan dan sagu hati pilihan raya yang pastinya tidak mampu melonjak ekonomi negara,” ujarnya.

“Akan tetapi sekiranya Najib merasakan agenda ekonomi beliau mampu memberi manfaat kepada rakyat, adalah mustahak agar beliau memperincikannya kepada umum termasuklah menyatakan alasan mengapa beliau gagal melaksanakan perubahan struktur ekonomi secara menyeluruh termasuklah melaksanakan gaji minima sejagat kepada seluruh pekerja dan merungkai monopoli di sektor barangan serta perkhidmatan awam,” ujarnya lagi

http://bm.harakahdaily.net


PR tangguh bicara kes bantahan pengundi pos
Muhammad Yusri Amin   
KETEREH, 17 Okt: Pada akhir tahun lepas penduduk tempatan membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyenarai seramai 499 isteri anggota tentera yang bertugas di Kem Desa Pahlawan sebagai pengundi pos.

TM sudah kenakan cukai 6% sejak Mac
Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 17 Okt: Para pengguna telefon Telekom Malaysia Berhad (TMB) mungkin tidak menyedari cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus sudahpun dikenakan ke atas mereka sejak bulan Mac lalu.

'Apa salah saya' - Aziz Bari
Tarmizi Mohd Jam   
KUALA LUMPUR, 17 Okt: Prof Dr Abdul Aziz Bari berasa hairan dengan serangan bertubi-tubi yang dibuat ke atas beliau oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Dun Kelantan rakam tahniah kepada Sultan
Mohd Nor Yahya   
KOTA BHARU, 17 Okt: Dun Kelantan hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada Sultan Muhammad ke V di atas perlantikan baginda sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bermula 13 Disember ini.

Hutang negara berjumlah RM437.2 bilion
Muhammad Faizal   
KUALA LUMPUR, 17 Okt: Hutang Kerajaan Persekutuan sehingga 30 Jun 2011 berjumlah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Tun Razak akui hak negeri dapat royalti 5 peratus
M Faqih   
KOTA BHARU, 17 Okt: Pada 27 November 1975 Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussien memberitahu parlimen setiap negeri yang ditemui minyak sama ada di laut atau daratan berhak mendapat royalti 5 peratus.

Topik: Penulis Tamu
Bila Najib nak lunaskan hutang kerajaan?
Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
MENURUT Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah mudah untuk membuat janji dengan wanhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPsHEcdr_Cb9NXz6kZRHPfz7q_S05QmI-hyaHUqHfFpCeo26R_C2aeLauDSozunemvFCQoZHjeFDIn5gXyd7tWi5XptPoR7dUlrPcgIwMwnryB4uTmfCKL4a0Jl6y2GGLCZUBIe6hB8xw/s320/bengkrap.jpgg yang kita tidak miliki, apabila kita bukan kerajaan dan selagi kita boleh memengani pilihan raya (dibaca sebagai umpan pilihan raya umum).
Komen tersebut yang dibuat oleh mantan PM dan juga mantan Menteri Kewangan adalah antara reaksi kem Umno-BN sebaik sahaja Pakatan Rakyat membentangkan Belanjawan (bayangan) bagi tahun fiskal 2012.


Seterusnya... | 6026 bytes more |comments? | Score: 0) |
Telah dibaca 299 kali

Topik: Penulis Tamu
Wacana ilmu bincang kepimpinan Tuan Guru
Oleh ABDUL SHUKUR HARUN
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan saja dilihat sebagai pemimpin parti politik Islam, bahkan sebagai pemimpin yang mempunyai wawasan jauh, malah menhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7jvIQEDouLuFAhVB19ceopBmP3iL4Y5EsgoQyxScZxag8PCB9faYMFzy6oWlOSeMx-BtBGtu8ekYE5XtFop1vTSjxRZ7EwWMRnVpE0iK-IudsEFAdnaUFTN1Kn0RrfDOTw4XjofqHgGCD/s1600/tok-guru-potrait.jpgdahului zamannya.
 
ADA dua ciri pemimpin, iaitu pemimpin yang bertaraf negarawan dan satu lagi pemimpin politik biasa. Negarawan memikirkan nasib masa depan negara dan rakyatnya, sementara pemimpin politik hanya memikirkan kemenangan pilihan raya.




Seterusnya... | 7179 bytes more |comments? | Score: 0) |
Telah dibaca 136 kali

No comments: