'Jangan heret anak saya yang tidak berdosa' | | Print | |
Harakahdaily | |||||
KUALA LUMPUR, 18 Okt: Hanya kerana ketagihkan kuasa yang melampau, beberapa pemimpin dan blogger pro-Umno sanggup menggunakan fitnah jijik dan tidak bertamadun untuk memusnahkan kehidupan pemimpin Pakatan Rakyat. Dalam kes terbaru, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi mangsa oleh para pemimpin dan blogger Umno yang bersifat kebinatangan apabila anak lelakinya yang berusia 16 tahun difitnah kononnya telah mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan, lapor Roketkini. “Jika anda mahu memusnahkan karier saya, lakukanlah terhadap saya sahaja, tetapi jangan heret anak saya yang tidak berdosa itu. “Ahli-ahli politik Umno juga mempunyai anak dan DAP tidak pernah menyerang anak-anak mereka dan tidak bercadang untuk berbuat demikian. “Dalam zaman moden ini, adalah sangat sukar bagi anak-anak muda yang membesar, terutamanya apabila ayahnya merupakan seorang Ketua Menteri yang setiap hari menjadi sasaran media pro-Barisan Nasional,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ketua Menteri Pulau Pinang itu difitnah, dikecam dan diserang tanpa sebarang bukti oleh para pemimpin Umno dan blogger upahan mereka serta lidah rasmi Umno, iaitu Utusan Malaysia dan media umum yang dikawal oleh Umno-BN, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri selepas pilihan raya umum Mac 2008. Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan mengingatkan agar ahli-ahli politik Umno memahami perasaan sebagai seorang ayah. “Anak saya resah gelisah dan mengalami trauma kerana pembohongan ini. Dia juga sudah tidak ke sekolah dua hari. Saya sedih kerana gagal melindungi anak saya daripada pemimpin dan blogger Umno yang bersifat binatang ini,” ujarnya. Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Puteh berkata demikian sebagai respon terhadap kenyatan beberapa pemimpin Umno dan blogger yang menyebarkan fitnah tentang anaknya yang berpindah sekolah kerana kononnya meramas buah dada seorang pelajar. Beliau menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku: “Anak saya telah ditukarkan ke Sekolah St Xavier di Pulau Pinang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cina Heng Yee kerana saya telah berjanji kepadanya bahawa dia boleh berpindah sekolah mengikut pilihannya jika mendapat memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam PMR. “Apabila dia berjaya mendapat keputusan itu, dia telah dipindahkan pada awal penggal persekolahan tahun ini iaitu pada bulan Januari 2011. “Anak saya juga mahu pergi ke St Xavier kerana dia tidak mahu rambutnya dipotong menjadi crew cut (seperti rekrut askar) yang diwajibkan terhadap pelajar-pelajar di Heng Yee,” katanya. Guan Eng juga kesal apabila Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin turut terlibat dalam fitnah yang memalukan itu. Dalam pautan twitter Khairy ada mesej yang berbunyi: “@PapaGomo Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada.” (http://twitter.com/#!/Khairykj/status/125841671102529536) Menurut Guan Eng, Naib Pengerusi Umno Bahagian Bukit Gelugor, Dr Novandri Hasan Basri juga terlibat dalam penyebaran fitnah yang keji itu. Katanya, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya mengenakan tindakan terhadap pemimpin-pemimpin partinya yang menyebarkan fitnah tidak bermaruah itu yang bertujuan menjatuhkan beliau. “Oleh itu, Umno perlu bertindak terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan hidup anak saya dengan melakukan pembohongan yang keji dan tidak bertamadun itu, hanya kerana mahu menjatuhkan kerjaya politik saya,” katanya. Beliau mencabar mereka yang menyebarkan fitnah itu agar mencerminkan diri sebagai seorang ayah. “Tanyalah (diri sendiri) sama ada mereka mahu anak mereka menerima trauma dari penipuan kejam itu,” katanya. Dalam masa sama, Guan Eng menjelaskan beliau dan isterinya akan tetap sabar dan berdoa serta cuba sedaya upaya memulihkan trauma anaknya itu, akibat kekejaman yang dilemparkan oleh pemimpin dan blogger pro-Umno itu. Beliau berkata adalah haknya untuk mengambil apa-apa tindakan lanjut sebagai ketua keluarga yang akan sentiasa mempertahan dan melindungi keluarganya dari sebarang ancaman. – Roketkini.com
Empat saksi pendakwa gagal cabar keterangan pakar, kata peguam AnwarTERKINI @ 01:57:36 PM 18-10-2011 October 18, 2011 KUALA LUMPUR, 18 Okt — Empat saksi yang dibawa pasukan pendakwa hari ini gagal mencabar kredibiliti keterangan pakar pihak pasukan pembela yang mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara fizikal tidak berupaya untuk meliwat sesiapa, kata peguamnya hari ini. Hari ini, mahkamah mendengar keterangan Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Zaninah Mohd Zin, pegawai penyiasat ASP Jude Pereira, Sarjan Ahmad Abdullah dan pakar runding HKL Dr Jayaindran Sinadorai. Mereka hadir sebagai saksi pendakwa selepas pasukan pembela menutup pembentangan kes mereka semalam. Saksi ketujuh pasukan pembela Dr Thomas Hoogland baru-baru memberi keterangan bahawa “sangat tidak mungkin” Anwar telah meliwat pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan ekoran keadaan bahagian belakang yang sakit dan tidak mampu melakukan aktiviti-aktiviti berat. Semalam, Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah bahawa empat saksi pihaknya akan mengetepikan keterangan Dr Hoogland tentang keupayaan Anwar melakukan perbuatan yang didakwa — meliwat Saiful. Peguam pembela memberitahu mahkamah bahawa mereka telah menutup kes peringkat pembelaan dan tiada bantahan jika pendakwa mahu membawa saksi-saksi baru. Dr Hoogland sebelum ini memaklumkan bahawa “sangat tidak mungkin” Anwar telah meliwat Saiful ekoran faktor usia dan juga masalah artritis teruk dan kerosakan saraf yang dialami Ketua Pembangkang itu. Dr Hoogland, yang mengendalikan pembedahan ke atas Anwar di Munich, Jerman pada 2004 berkata, Anwar berhadapan dengan tiga masalah iaitu stenosis leher, artrisis dan kerosakan laluan saraf yang tidak membolehkan beliau terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang kuat. Pakar itu berkata sudah pasti Anwar berhadapan dengan kesakitan yang teruk jika beliau mengadakan hubungan seks melibatkan posisi membongkok dan berlutut. Hari ini, tiga saksi pertama memberi keterangan bahawa peguam-peguam Anwar menerima satu salinan laporan perubatan pada 16 Julai 2008 — yang diambil selepas Ketua Pembangkang itu diminta menjalani pemeriksaan perubatan ketika ditahan antara 16 dan 17 Julai 2008. Terdapat dua laporan perubatan, yang kedua-duanya ditandatangani oleh Dr Jayaindran manakala yang kedua ditandatangan bersama oleh doktor fizik kerajaan Dr Ee Boon Leong. Sementara keterangan tiga saksi dibuat di mahkamah terbuka manakala keterangan Dr Jayaindran pula dijalankan menggunakan kamera. “Bukti ini tidak boleh menyangkal keterangan Dr Thomas Hoogland. Ia tidak mencabar penilaian Hoogland,” kata peguam pembela Sankara Nair kepada pemberita selepas mahkamah ditangguhkan. Butiran keterangan Dr Jayaindran tidak diketahui malah Sankara pula enggan menghuraikan dengan lanjut. “Saya tidak boleh kata banyak sebab sesi dijalankan menggunakan kamera. Tetapi, apa yang boleh saya katakan sekarang ialah bukti (pendakwa) dikemukakan hari ini tidak boleh sangkal Hoogland,” kata Sankara. Ini merupakan pertuduhan liwat kedua terhadap Anwar. Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar. Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi kerana meliwat Azizan, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menyanggah keputusan kesalahan dan mengetepikan hukuman penjara tersebut. Anwar dituduh melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan. Perbicaraan itu, yang bermula pada 3 Februari tahun lepas, di mana Mohd Saiful, 25, memberikan keterangan dengan memberitahu mahkamah mengenai tugasnya di pejabat Anwar sebagai pembantu dan dakwaan insiden tersebut. |
No comments:
Post a Comment