Cuba Banding

Monday, October 17, 2011

Liwat II: Pembelaan tutup kes tanpa panggil saksi baru


Ketika pihak pembelaan dalam kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup kes mereka hari ini dengan keputusan untuk tidak memanggil saksi baru, mahkamah hari ini memberi kebenaran kepada pihak pendakwaan untuk memanggil saksi penyanggah.

NONEIni berikutan tidak terdapat sebarang bantahan oleh peguam Anwar, - Karpal Singh berhubung permohonan pendakwaan untuk memanggil saksi-saksi berkenaan.

"Kami tidak mempunyai sebarang halangan tetapi tertakluk kepada sama ada keterangan itu boleh diterima," kata Karpal.

Dalam erti kata lain, pendakwaan hari ini membuka semula kes mereka dengan permohonan memanggil empat orang saksi bagi menyanggah keterangan yang dibuat oleh pakar ortopedik Dr Thomas Hoogland (atas, kanan).

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah bahawa mereka memohon untuk penangguhan berikutan perkembangan terhadap saksi ketujuh.

"Saksi ketujuh (Hoogland) telah membawa isu-isu sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai keupayaan melakukan perkara yang dituduh di mahkamah.

mohd yusof zainal abiden"Inil diperuntukkan oleh undang-undang untuk memanggil saksi-saksi penyanggah. Saya telah bincang perkara ini dengan Karpal dan saya percaya mereka tidak membantah," katanya.

Yusof (kiri) juga memberitahu pihaknya akan memanggil empat orang saksi dan mereka akan memberi keterangan ringkas mengenai kenyataan Hoogland berhubung ‘keupayaan’ Anwar.

Soalan-soalan, katanya akan dikemukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nordin Hassan yang merupakan timbalan ketua I, bahagian pendakwaan di Pejabat Peguam Negara.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata beliau akan mendengar keterangan itu esok.
Selain Hoogland, pihak pembelaan turut bersandar kepada keterangan dua saksi forensik dari Australia, Dr Brian McDonald and Dr David Wells.

Anwar, 64, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di Kuala Lumpur antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

http://www.malaysia


Nik Aziz: ‘Bolehkah orang tentang hudud sokong Akta Murtad’

October 17, 2011
KUALA LUMPUR, 17 Okt — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong idea agar digubal satu undang-undang khusus mengawal murtad di negara ini, tetapi pada masa yang sama menyoal sama ada pihak-pihak yang menentang hukum hudud boleh undang-undang sedemikian.
“Saya diminta untuk memberikan respons tentang isu Akta Murtad, saya menyokong.
“Cuma saya musykil, bolehkah orang yang menentang hudud menyokong Akta Murtad?” kata beliau (gambar) dalam satu mesej menerusi laman sosial Facebook hari ini.
Sehubungan itu kata beliau, liputan berkaitan dengan undang-undang itu “hanyalah mainan media, sampai masanya Umno dan seluruh media massa akan senyap.”
“Lihat sahajalah nanti,” kata Mursyidul Am PAS ini dalam kenyataan terbaru mengenai debat agar diadakan satu undang-undang khusus bagi mencegah murtad.
Dalam satu pandangan dikeluarkan semalam, Nik Aziz yakin negara sudah lama telah menggubal undang-undang khusus mencegah murtad jika tidak terhalang hanya disebabkan oleh sikap ego Umno yang melampau.
Menurutnya, jika ‘tiada halangan’ dalam bentuk itu daripada Umno, undang-undang seumpama sudah pasti telah diterima pakai kira-kira dua dekad yang lalu.
Pendirian itu diketengahkan ketika pelbagai pihak mengulas kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, yang diutarakan minggu lalu, agar negara menggubal Akta Murtad bagi mengawal isu berkaitan.
“Jika tidak kerana keegoan Umno yang terlampau mengutamakan sentimen politik, pada adatnya negara kita sudah pun memiliki undang-undang khusus menangani gejala murtad.
“Paling lewat pun pada sekitar awal 90-an dulu, sudah ada usaha secara serius dan bersaluran oleh PAS untuk membuka jalan perbahasan secara positif dan signifikan ke arah penggubalan suatu undang-undang berkaitan murtad,” kata beliau.
Idea berkenaan undang-undang murtad ini muncul ketika Nik Aziz mengulangi hasrat kerajaan negeri Kelantan mahu memperkenalkan undang-undang hukum hudud.
Kerajaan negeri menggubal enakmen berkaitan pada 1993, tetapi tidak dapat dikuatkuasakan ekoran sekatan kerajaan pusat atas faktor peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan supaya Akta Murtad diwujudkan harus dibincangkan secara bersama-sama oleh majlis-majlis agama Islam negeri kerana soal agama terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri.
Beliau berkata penguatkuasaan enakmen melarang orang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada kalangan orang Islam juga terletak dalam kuasa kerajaan negeri.
Akta Murtad dicadangkan Harussaini untuk menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

No comments: