Cuba Banding

Thursday, October 13, 2011

820,156 pemilih baru, naik tiga kali banding 2009

820,156 pemilih baru tahun lalu, naik tiga kali banding 2009

October 13, 2011
KUALA LUMPUR, 13 Okt — Bilangan pengundi baru yang didaftarkan sepanjang tahun lalu telah meningkat tiga kali ganda berbanding jumlah direkodkan pada 2009, antara lain dipercayai didorong oleh spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13 dan peranan aktif parti-parti politik.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima seramai 820,156 orang sebagai pemilih baru tahun lalu berbanding hanya 276,621 tahun sebelum itu.
Angka lebih 800,000 itu menyamai persekitaran ketika 1999.
Dalam jawapan bertulis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong dari DAP bahawa jumlah permohonan pendaftaran baru berbeza dari tahun ke tahun kerana ia bergantung kepada kesedaran warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih.
Selain itu katanya, ia juga berkait dengan sentimen keadaan politik semasa.
“Berdasarkan trend, jumlah permohonan adalah rendah dalam tempoh selepas berakhirnya pilihan raya umum dan akan berlakunya peningkatan yang ketara dalam jumlah permohonan apabila masyarakat umum menjangkakan tarikh pilihan raya sudah semakin hampir,” katanya dipetik Harakahdaily hari ini.
Sebelum ini The Malaysian Insider ada melaporkan bahawa pendaftaran bagi setiap suku sepanjang setahun lalu telah mengalami peningkatan drastik berbanding tempoh satu tahun selepas pilihan raya umum Mac 2008.
Masih ada lebih tiga juta orang belum mendaftar sebagai pengundi.
Menjawab soalan Liew mengenai bilangan pegawai SPR yang ditugaskan di seluruh negara untuk memproses pendaftaran pemilih baru, beliau memberitahu bahawa SPR mempunyai 132 pegawai dan kakitangan yang berkhidmat secara tetap.
Di samping itu, sehingga Ogos lalu, SPR melantik seramai 10,865 Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) yang terdiri daripada 2,845 wakil parti politik, 3,992 wakil jabatan dan 779 wakil pertubuhan.
Mereka membantu SPR menerima permohonan pendaftaran baru dan pendaftaran tukar alamat pusat mengundi.
“Pelantikan ini adalah bagi tempoh tertentu dan penamatan boleh dilakukan pada pada bila-bila masa bergantung pada syarat-syarat yang ditetapkan SPR,” katanya.
Sementara itu, peruntukan yang ditetapkan untuk tujuan pendaftaran pemilih berjumlah RM500,000.

http://www.themalaysianinsider.


SERVEY TERKINI!!! Inilah sebabnya Indon,Bangla, Siam didaftar sebagai pengundi!!
Berita, Komentar, Ulasan & PendapatSHAH ALAM 12 OKT : Pengurusan Kerajaan Negeri Selangor mendahului tahap kepuasan hati dalam satu tinjauan perbandingan lima pentadbiran di Semenanjung Malaysia termasuk kerajaan persekutuan yang dikendalikan firma kaji selidik UMR.

Dari seribu pengundi berdaftar yang dibanci, 67 peratus responden berkata mereka sangat berpuas-hati dengan prestasi Kerajaan Negeri Selangor.
Sekadar 26 peratus tidak berpuas-hati dengan urustadbir Pakatan Rakyat di Selangor.
Meskipun corak kepimpinannya dilaporkan menjadi pertikaian kawan dan lawan, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus meraih sokongan positif setinggi 52 peratus responden.
Malah Abdul Khalid lebih diyakini dikalangan responden di Selangor dan Kuala Lumpur berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Cerapan populariti mengikut etnik menunjukkan Abdul Khalid disokong 48 peratus pengundi Melayu, dan 50 peratus pengundi berbangsa Cina, disebalik pelbagai kritikan terhadapnya mutakhir ini.
Keyakinan mereka turut diperkuatkan 59 peratus pengundi Melayu Selangor.
Tinjauan dibuat antara 22 Ogos hingga 15 September tahun ini meliputi negeri Selangor, Johor, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pembentangan yang dibuat memberi penekanan kepada 9 perkara antaranya kepimpinan, situasi ekonomi dan prestasi urustadbir.
Sementara itu, sokongan kaum Hawa kepada Tan Sri Khalid mencecah 43 peratus, manakala 58 peratus kaum Adam menyakini kepimpinan beliau.
Yang lebih memberangsangkan, tokoh korporat ini menjadi pilihan 45 peratus responden berumur antara 21 hingga 29 tahun. 50 peratus responden antara 30 hingga 39 peratus turut yakin, begitu juga 50 peratus responden yang berumur 40 tahun dan keatas.
TV Selangor masih berusaha untuk mendapatkan tahap kepuasan hati terhadap barisan kepimpinan negara yang lain. Setakat ini apa yang pasti, penyokong Abdul Khalid merentasi status pendidikan.
Dalam tinjauan yang sama, corak buang undi dalam pilihanraya umum akan datang dijangka menyebelahi Pakatan Rakyat.
Yang memilih Pakatan Rakyat meningkat lebih 1.5 peratus, dan 51.5 peratus responden berkata Pakatan Rakyat menjadi pilihan mereka.
Di empat negeri terbabit, corak pengundian dijangka menunjukkan kekutuban yang ketara. 73 peratus dan 78 peratus pengundi Cina dan India pasti memilih Pakatan Rakyat, manakala 69 peratus pengundi Melayu berkata mereka mungkin memilih Barisan Nasional.

1 comment:

Yong said...

Yang ni pemilih sah atau campur PATI, indon, bangla, myanmar dan lain2 pendatang?