Cuba Banding

Tuesday, September 20, 2011

'BN mansuh ISA setelah hilang keyakinan rakyat'


Sep 20, 11 7:45am
Kongsi 33
Janji Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanyalah setelah Perdana Menteri sedar bahawa rakyat sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan kerajaannya., kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

azlanMalah, janji itu, menurutnya juga dibuat selepas kerajaan dikecam hebat di dalam dan luar negara berikutan salah guna kuasa serta kekerasan yang melampau pihak berkuasa terhadap pehimpunan aman BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

“Jika rakyat tidak percaya kepada janji Najib, ia adalah salahnya sendiri kerana rekodnya sebagai Perdana Menteri sejak April 2009 tidak menunjukkan dia berani melaksanakan apa yang dijanjikannya,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Lim, selain desakan rakyat dan masyarakat antrabangsa, tekanan terhadap Najib daripada kalangan orang-orang kanan kerajaan sendiri membuatkan beliau terpaksa berjanji untuk memansuhkan ISA.

bersih rally petaling street 090711Bagi menutup keaiban itu, Najib terpaksa mempertahankan janji memansuhkan ISA itu kononnya adalah usaha BN sendiri walau pun rakyat melalui pelbagai NGO dan parti-parti pembangkang telah mendesaknya sejak lebih 40 dekad lalu.

Lim berkata janji-janji Najib hanya boleh dipercayai jika beliau berani menangani lima persoalan utama:

“Adakah dengan pemansuhan ISA dan pindaaan undang-undang lain akan dilaksanakan sebelum pilihan raya umum akan datang atau ia cuma umpan janji-janji pilihan raya BN?

“Adakah undang-undang yang akan menggantikan akta-akta zalim yang dimansuhkan itu bakal melahirkan undang-undang yang sama kejamnya dalam bentuk baru; contohnya, memansuhkan ISA tetapi menggubal undang-undang baru yang sama seperti ISA?

azlan“Adakah Najib akan menyokong pemansuhan undang-undang zalim dan kejam seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi?

“Adakah Najib sanggup memansuhkan semua peruntukan dalam undang-undang yang selama ini telah memperlekehkan doktrin pemisahan kuasa termasuk yang tidak membenarkan penelitian semula (judicial review) terhadapkeputusan kuasa eksekutif?

“Adakah Najib akan menyokong usul di Parlimen untuk menerima konvensyen-konvensyen hak asasi antarabangsa, khususnya Piagam PBB mengenai Hak Sivil dan Politik serta Piagam PBB mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya?”

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1Lim berkata kejayaan rakyat mendesak Najib untuk berjanji menghapuskan ISA adalah melalui usaha serius menentang penindasan dan penipuan kuasa, terutamanya melalui perhimpunan aman BERSIH 2.0.

“Sebelum Najib berangan-angan mahu menjadikan Malasia sebagai 'negara demokrasi terbaik di dunia', beliau perlu menjelaskan kepada rakyat, bila beliau mahu menarik balik pengharaman BERSIH 2.0 dan bila beliau akan menarik balik tuduhan terhadap mereka yang ditangkap kerana kempen BERSIH 2.0?” soalnya.

http://www.malaysiakini


Gambar bogel Anwar disebar sempena jamuan Hari Raya
Jenayah @ MahkamahSEPERTI biasa, politik lucah terus dimainkan untuk merosakkan minda rakyat dan anak-anak kita. 

Di internet, rakyat disajikan denganvideo seks tanpa tapisan di blog-blog pro United Malays No Otak aka UMporNO, di dunia nyata bahan lucah juga digunakan untuk meraih sokongan rakyat kepada Parti Lucah, UMporNO.

Terbaru, seperti yang dilaporkan di Sinar Harian,gambar bogel Anwar Ibrahim disebarkan di Sungai Petani Kedah dipercayai sempena Jamuan Hari Raya yang bakal diadakan di kawasan tersebut [Sinar].

United Malays No Otak kini bergantung harap kepada bahan lucah untuk terus berkuasa. Bahan-bahan lucah akan terus disebarkan kepada orang kampung, ayam, itik, lembu dan kambeng. Biarkan minda anak-anak kita rosak asalkan parti lucah terus memerintah negara ini.

ReJaM© "Kalau tak melucah bukan UMporNO namanya..."
Oleh Milo Suam
Posted on Tuesday, September 20 @ 10:53:47 MYT by ahmadi
http://www.selatanonline

No comments: