Cuba Banding

Monday, July 11, 2011

Video menunjukkan gas pemedih ditembak ke hospital updated 4:38pm

Video menunjukkan gas pemedih ditembak ke hospital

MerdekaReview | Jul 11, 2011 04:38:26 pm


Sama ada gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan hospital, ketika perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, kini menjadi pertikaian.  Tidak kurang gambar dan video dimuatnaik ke laman internet, untuk menyanggah "penafian" kerajaan dan polis.

Amaran keras diulangi dari bibir Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein pada hari ini, bahawa tindakan akan diambil ke atas media yang membuat tuduhan tanpa asas.  Seorang pembaca MerdekaReviewmemuatnaikkan satu klip video yang panjang 41 saat, untuk membuktikan bahawa gas pemedih mata sememangnya ditembak ke dalam perkarangan Hospital Bersalin Cina.

Pembaca ini menyedari bahawa terdapat gambar dan klip video yang telah dimuatnaik ke laman internet, menunjukkan bagaimana gas pemedih mata itu ditembak ke dalam perkarangan hospital.  Beliau pada ketika itu berada di tempat yang agak tinggi, dalam perkarangan Hospital Bersalin Cina, yang bersebelahan dengan Hospital Tung Shin.

Beliau sempat merakamkan secara jelas bagaimana gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan Hospital Bersalin Cina, dan mengambil keputusan untuk berkongsi klip video ini, agar membuktikan kerajaan dan polis berbohong dalam hal ini.

Selain ini, beberapa gambar telah dimuatnaik ke laman internet untuk membuktikan bahawa meriam air ditembak ke arah Hospital Tung Shin.  Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyelar kerajaan semalam kerana hospital tidak akan menjadi sasaran serangan, walaupun ketika dalam peperangan.

Ketua Polis Negara Ismail Omar menafikan bahawa polis menembak gas pemedih mata ke dalam hospital, mendakwa bahawa ia sekadar "khabar angin", dalam satu sidang media yang diadakan pada petang 9 Julai, selepas perhimpunan BERSIH 2.0 bersurai.

http://merdekareview


Kit Siang: BERSIH lahirkan 1M'sia sebenar
Jul 11, 11 5:13pm
Kongsi 12
Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, perhimpunan BERSIH 2.0 yang dihadiri pelbagai lapisan masyarakat menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi pihak yang paling rugi.

NONEKatanya, kehadiran rakyat Malaysia tidak mengira bangsa agama, jantina dan lapisan umur menunjukkan bahawa matinya gagasan 1Malaysia Najib dan "lahirnya 1Malaysia bersih yang sebenar".

Sehubungan itu, dakwanya, Najib terpakda mengambil tindakan segera dengan melawat Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India, dua kawasan panas dalam perhimpunan BERSIH kelmarin.

"Bagaimanapun, kewibawaan perdana menteri menjunam rendah ekoran salah pengendalian yang kasar dalam perhimpunan 709 (9 Julai) BERSIH 2.0, seperti lawatan mengejut di Kuala Lumpur selepas 709 mengingatkan kita kepada lawatan Bush sehari selepas Amerika Syarikat mengebom Iraq," sindirnya.

Sehubungan itu, kata Lim, tidak hairanlah laman Facebook yang menuntut Najib meletakkan jawatan berjaya melepasi sasaran 100,000 orang hanya dalam tempoh 36 jam.

http://www.malaysiakini


Gugur kerakyatan Ambiga idea karut, kata Suaram

July 11, 2011
KUALA LUMPUR, 11 Julai — Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membidas Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sambil menyifatkan gesaan agar kerakyatan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai “mengarut”.
Menurut sektariat Suaram Fadiah Nadwa Fikri, gesaan yang dibuat Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu menunjukkan pemimpin bersuara lantang itu ketinggalan zaman.
“Gesaan itu adalah sesuatu yang ketinggalan zaman, kalau kita duduk di zaman batu atau zaman gelap ia boleh (dilucutkan) tapi kita duduk dalam negara yang ada Perlembagaan.
“Ia adalah sesuatu yang mengarut untuk melucutkan kerakyatan,” katanya pada sidang media di sini.
Tegas beliau, Himpunan Bersih 2.0 yang didakwa disertai 50,000 peserta pada kelmarin sama sekali tidak melanggar titah Yang di-Pertuan Tuanku Mizan Zainal Abidin.
“Kita tidak melanggar perintah, kita nak berarak ke Stadium Merdeka tapi dihalang... kita bukan boleh terbang dan tiba-tiba jatuh di stadium.
“Kita tidak melanggar apa-apa perintah,” katanya.
Ibrahim (gambar)menyifatkan peserta perhimpunan itu sebagai penderhaka kerana mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Beliau juga menggesa agar kerakyatan Ambiga dilucutkan.
“Ambiga sudah diberi peluang untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong tetapi akhirnya melawan titah Tuanku. Kalau di Thailand orang seperti ini sudah dihalau dan dilucutkan kerakyatannya,” Ibrahim.
Tambah Fadiah Nadwa, pihaknya kini sedang mengumpul bukti keganasan polis yang menangani perhimpunan itu sebelum tindakan susulan diambil.
Beliau juga meminta mana-mana peserta yang dikasari polis agar memaklumkan perkara itu kepada Suaram.
Ditanya mengenai kematian peserta Himpunan Bersih 2.0 Allahyarham Baharuddin Ahmad, yang meninggal dunia selepas didakwa terkena air berasid dan gas pemedih mata, Fadiah Nadwa berkata maklumat masih lagi dikumpulkan.
Namun beliau tidak menolak kemungkinan keluarga Baharuddin akan mengambil tindakan undang-undang.

No comments: