Bersih 2.0: Kekasaran polis punca utama kematian Baharuddin
KUALA LUMPUR, 11 Julai: Bersih 2.0 hari mendakwa mereka menerima laporan bahawa punca utama kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad adalah disebabkan kekasaran polis dan kegagalan mereka untuk memberikan bantuan perubatan yang sepatutnya dan pada masanya.
Dalam kenyataannya hari ini, Bersih 2.0 mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad sambil menuntut pihak berkuasa supaya tidak berdalih lagi dengan hakikat bahawa polis telah menggunakan kekerasan yang berat terhadap para peserta Bersih 2.0 dan melepaskan semua tahanan dengan kadar segera.
(Anak kedua Baharudin, Nazrul, memeluk Tuan Guru Nik Aziz ketika beliau mengunjungi rumah Baharudin semalam)
Cerita mengenai punca kematian Baharudin mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi semalam selepas menjalani postmortem.
"Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham.
Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.
Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.
Menurut Azhar , pakciknya itu bekas askar dan kini menjadi polis simpanan.
"Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis...yang ada darah tinggi sahaja sedikit...pendek kata dia sihatlah," kata Azhar.
“Ini (kematian Baharuddin) hanyalah salah satu daripada pelbagai tindakan polis pada 9 Julai yang lalu yang mengakibatkan kecederaan teruk.
"Terdapat bukti video yang jelas menunjukkan polis menembak gas pemedih mata masuk ke perkarangan Hospital Tung Shin serta contoh-contoh lain yang menunjukkan polis membelasah orang-orang awam yang tidak bersenjata.
"Beberapa individu termasuk Ahli Parlimen YB Khalid Samad juga cedera parah apabila terkena kanister gas pemedih mata yang dilepaskan ke arah orang ramai. Terdapat banyak contoh yang lain. Kita menyeru para peserta untuk memberikan bukti gambar dan video insiden-insiden sedemikian kepada kita,” kata jawatankuasa Bersih 2.0.
Bersih 2.0 turut menyifatkan serangan bertubi-tubi terhadap para peserta demo aman Sabtu yang lalu sebagai mengejutkan.
“Kekejaman yang dilakukan dapat dilihat sendiri oleh warganegara Malaysia dan juga pemerhati antarabangsa. Ia telah menunjukkan tanpa raguan lagi bahawa pihak berkuasa telah gagal menjunjung dan memelihara perkara yang paling asas dalam hak asasi manusia seperti mana yang tercatat dalam Perlembagaan Negara,” tambahnya.
Jawatankuasa tersebut turut mengutuk penafian Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar tentang kekejaman dan kekerasan polis terhadap para peserta Bersih 2.0.
“Kenyataan daripada PM bahawa tiada ‘pertembungan fizikal’ antara polis dan para peserta yang berdemo secara aman sungguh bercanggah dengan bukti video yang berlambak, sama juga dengan kenyataan KPN yang menafikan tiada gas pemedih mata ditembak ke kawasan Hospital Tung Shin.
Kita mengharapkan integriti yang lebih tinggi daripada orang-orang yang diamanah untuk menerajui negara dan menjaga keselamatan kita,” selar jawatankuasa itu lagi.
Bersih 2.0 turut menuntut pihak berkuasa untuk melepas 6 tahanan dari Parti Sosialis Malaysia yang masih ditahan tanpa bicara, yang amat bercanggah dengan hak asasi manusia.
“Ahli Parlimen Dr Michael Jeyakumar baru-baru ini telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara dan kami amat bimbang tentang kesihatan dan keadaan mereka. Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, dan kami menuntut mereka dibebaskan serta-merta tanpa syarat,” seru Bersih 2.0.
Selain itu, Bersih 2.0 turut mengutuk tindakan paranoid dalam menahan individu-individu semata-mata mereka memakai baju Bersih seperti yang dilaporkan di Sabah semalam.
“Ia sememangnya tidak perlu untuk tindakan paranoid sedemikian, dan pihak berkuasa mesti menghentikan semua ini,” tegasnya lagi, sambil menambah bahawa kekerasan sama sekali tidak akan melunturkan hasrat mereka untuk menuntut pilihanraya yang adil dan bersih.
“Ia jelas dengan kehadiran melimpah pada 9 Julai yang lalu bahawa sejumlah besar rakyat Malaysia bersetuju bahawa ada benda yang tidak kena dalam sistem pilihanraya kita,” kata jawatankuasa Bersih 2.0.
“Komitmen kita untuk mereformasikan sistem pilihan raya akan dan mesti mencerminkan keberanian dan perpaduan yang ditunjukkan pada 9 Julai dan semangat yang kita lihat akan terus menjadi inspirasi kita,” katanya lagi.
Bersih 2.0 dianggotai Ambiga Sreevenasan (presiden), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.
LAPORAN BERKAITAN
Tok Guru, doakan ayah saya mati syahid
http://bm.harakahdaily
Shamsul Amri: Isu Bersih munasabah, Putrajaya pula guna taktik Perang Dingin
July 11, 2011
Sehubungan itu jelas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia, musuh Barisan Nasional (BN) bukan lagi komunis yang bergerak dari hutan, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politik yang meningkat.
“Saya mengatakan poin bahawa perikatan yang memerintah masih berurusan menggunakan cara traditional, yang menggunakan konsep Perang Dingin, kita bukan berurusan dengan komunis,” kata beliau.
Oleh itu kata beliau, pentadbiran Najib perlu beralih daripada pendekatan tradisional kepada bukan traditional, yang menurutnya mempunyai lima komponen iaitu tenaga atau kuasa, air, makanan, kesihatan dn pendidikan.
“Kesemua lima komponen bersepadu antara satu sama lain... ini yang diabaikan, bukan lagi soal sekuriti tradisional,” kata Shamsul Amri ketika ditemui selepas majlis pelancaran kajian bertemakan “Nilai, Impian dan Ideal: Belia Muslim di Asia Tenggara” dikendalikan bersama oleh Merdeka Center, Universiti Kebangsaan Malaysia, Goethe Institut Malaysia dan Friedrich Naumann Foundation for Freedom di sini hari ini.
Susulan Bersih pertama tahun 2007, perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di ibu negara di sebalik tahap keselamatan ketat.
Penganjur Bersih 2.0 mendakwa telah dapat menghimpunkan 50,000 orang, tetapi angka ini dinafikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengatakan hanya sekitar 6,000.
Seminggu sebelum itu Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 yang dianggotai 62 pertubuhan bukan kerajaan sebagai satu badan haram manakala segala lambang dan barang terbitan membawa mesej Bersih 2.0 juga diumumkan sebagai haram.
Berkaitan dengan perhimpunan ini juga lima pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput ditahan di bawah Ordinan Darurat atas dakwaan cuba menghidupkan kembali fahaman komunis.
Shamsul Amri, yang terkenal sebagai penganalisis politik di lokal dan global diajukan soalan mengenai cara kerajaan khususnya pihak berkuasa polis menangani perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu.
Dalam pandangannya, Shamsul Amri, ahli akademi jurusan sosiologi dan pengasas Institut Kajian Etnik berkata, isu-isu yang dibawa oleh Bersih 2.0 adalah sesuatu yang munasabah.
“Isu-isu yang diketengahkan oleh Bersih 2.0 adalah isu-isu yang sah dalam Perlembagaan Persekutuan, dan ini isu-isu yang berterusan, dari segi kebebasan berhimpun dan bersuara.
“Ia satu perkara yang berterusan dan ia tidak akan berakhir di sini,” kata beliau lagi.
Malangnya kata beliau, kerajaan yang memerintah ketinggalan zaman dan sangat perlahan dalam memberikan respons kepada isu-isu yang wujud.
“Mereka sudah begitu biasa dengan respons ketika zaman Perang Dingin,” kata beliau.
Katanya, jika anda meneliti manual latihan sama ada polis ataupun tentera, ia sama seperti yang digunakan ketika era darurat.
Dalam komennya beliau juga mempersoalkan pendirian pasukan keselamatan menangani perhimpunan aman.
“Apabila publik mengadakan demonstrasi di depan Kedutaan Amerika Syarikat sebelum ini, mengenai isu Palestin, adakah polis datang? Tidak. Jadi, mengapa mereka datang sekarang (Sabtu lalu)?” kata beliau.
Mengenai tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin bahagian dan pertubuhan bukan kerajaan semalam, kata beliau, mereka bertindak cepat kali ini.
“Beliau (Najib) akan lebih banyak melakukan perkara ini,” katanya lagi.
Ketika ditanya mengenai kelahiran ikon-ikon baru ekoran perhimpunan Bersih 2.0 seperti Datuk Ambiga Sreenevasan dan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, Shamsul Amri berkata: “Ikon adalah ikon.”
“Mereka tidak memberi kesan ke atas perubahan kecuali mereka bertanding dalam pilihan raya dan menang... Datuk Ambiga tanding di Kuala Lumpur,” katanya.
“Pada akhirnya, ia berkenaan dengan menterjemahkan dalam bentuk undi,” kata beliau menjawab soalan sama ada perhimpunan Bersih 2.0 akan memberi kesan ke atas keputusan pilihan raya umum ke-13 kelak sebagaimana disaksikan pada 2007/2008.
Pilihan raya umum ke-12 2008 diadakan beberapa bulan selepas Bersih 2007.
Sehubungan itu Shamsul Amri juga berkata, trend pengundian negara ini akan dipengaruhi oleh corak kempen dalam tempoh berkempen.
Beliau juga mengakui bahawa mesej yang diperoleh daripada perhimpunan Bersih 2.0 ialah kesedaran publik bahawa mereka berkuasa dalam menentukan arah aliran pembaharuan dalam kerajaan.
“Bagi mereka, saya boleh mengundi untuk memilih siapa saya mahukan. Sekarang saya boleh mengatakan apa saya mahukan?” katanya.
“Persoalan di sini ialah sama ada terdapat ruang publik untuk saya melakukan yang ini,” katanya lagi sambil menambah, “jawapanya ialah ya dan tidak.”
“Mereka boleh melakukan, tetapi bukan di jalan raya, tetapi di kawasan lain,” jelas beliau yang turut meramalkan bahawa akan ada lebih banyak perhimpunan dan perarakan seperti yang disaksikan Sabtu lalu.
“Ini bukan yang terakhir. Ini bukan tentang soal bangkangan. Orang ramai sudah mula berani, tetapi juga rasional dan munasabah,” kata beliau.
http://www.themalaysianinsider
Oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia
Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) terkejut dengan pengakuan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berucap semalam di dalam Majlis Penerangan Isu Semasa yang dianjurkan oleh Umno mengikhtiraf penubuhan Himpunan Patriot (Patriot) oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia di bawah Ketuanya, Khairy Jamaludin walaupun sebelum ini Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien dan Datuk Seri Mohd Nazri Aziz turut melebalkan Patriot sebagai pertubuhan haram.
Walaupun kewujudan suasana himpunan pada 9 Julai yang lalu mirip 13 Mei 1969, ketika Datuk Seri Najib sebagai Ketua Pemuda Umno dalam keadaan bersama beberapa kumpulan himpunan ketika itu. Tetapi akhirnya, kumpulan-kumpulan lain yang ditangkap serta didakwa dan Datuk Seri Najib bebas sepertimana kewujudan Patriot pada hari ini. Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh Khairy tidak jauh beza ketika Datuk Seri Najib sebagai Ketua Pemuda Umno dahulu. Jelas kepada rakyat, Datuk Seri Najib merestui keadaan huru-hara yang membolehkan Polis bertindak kepada kumpulan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH).
Ini juga bermakna himpunan pada 9 Julai yang lalu bukanlah satu perhimpunan haram atau berkaitan dengan pertubuhan haram. Jika dilihat ucapan Datuk Seri Najib tersebut, memang benar Datuk Seri Najib bersetuju dengan Khairy dan Patriot berhimpun pada 9 Julai yang lalu serta membenarkan kewujudan Patriot sebagai patform Umno bagi mewujudkan satu kumpulan yang membantah. Pengakuan Datuk Seri Najib ini dihadapan 6,000 orang yang berada di dalam majlis beliau dan pihak media juga menayangkan ucapan yang dimaksudkan. Sekarang kita tunggu jawapan Datuk Seri Najib!
RAJA AHMAD AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia
HIMPUNAN 9 JULAI: Najib Iktiraf Patriot? Posted on Monday, July 11 @ 08:35:59 PDT Dilulus untuk paparan oleh Juragan |

http://www.tranungkite
|
KOMENTAR : Apakah takrif keganasan yang digunapakai oleh Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan polis sendiri?
Bagi rakyat biasa, sesuatu pihak dikira melakukan keganasan apabila menyerang dengan segala kudrat dan senjata yang ada pada mereka (gas pemedih mata, air berkimia, menumbuk dan memijak) terhadap sasaran yang tidak bersenjata (kecuali botol air mineral) tetapi hanya berhimpun secara aman.
Inilah yang berlaku pada 9 Julai. Tidak perlu Datuk Seri Hishamuddin mengeluarkan video untuk membuktikan sebaliknya kerana begitu banyak rakaman yang sudah sedia ada dalam laman-laman blog untuk tatapan seluruh dunia.
Dan jika bukti video itu tidak mencukupi, gambar-gambar Mohamad Sabu di atas kerusi roda dan foto enam jahitan di kepala Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad boleh juga di perolehi dengan mudah oleh Najib, Hisham dan Ketua Polis Negara Ismail Omar untuk melakukan penilaian.
Kalau masih tidak memadai, mungkin ada pihak perlu memberi peringatan bahawa sebuah keluarga kini berkabung kerana kehilangan ketua keluarga mereka yang menyertai perhimpunan Bersih.
Kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad diselubungi dengan pelbagai dakwaan namun hakikatnya ialah beliau menemui ajal akibat asakan polis untuk menyuraikan sebuah perhimpunan bersih dan aman.
Namun semua fakta ini tidak akan memberi kesan kepada Najib, Hishamuddin dan Ketua Polis Negara kerana mereka terpaksa mempertahankan kredibiliti Polis Diraja Malaysia.
Maka, oleh kerana itulah Najib meremehkan kecederaan yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun mengakui Ketua Pembangkang itu ditembak dengan gas pemedih mata.
Ketua Polis Negara sebelum itu menafikan Anwar ditembak dengan gas pemedih mata, sungguhpun visual dan keterangan saksi menunjukkan keadaan sebaliknya.
Hishamuddin pula enggan mengakui polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan air berkimia ke perkarangan Hospital Tung Shin di Jalan Pudu.
Tan Sri Ismail sekali lagi menafikan insiden memalukan itu sungguhpun, wujud foto dan keterangan saksi yang menempelak penafian itu.
Tentunya Najib dan Hishamuddin tidak mahu mengambil tanggungjawab di atas sebarang kekerasan polis sungguhpun apa yang berlaku Sabtu lalu lebih berpunca daripada keputusan-keputusan yang dibuat oleh mereka berdua.
Persoalan asas ialah bila dan pada tahap mana perhimpunan aman Bersih bertukar menjadi ganas Sabtu lalu?
“Keganasan” itu jelas tercetus apabila polis mula menyembur air berkimia dan gas pemedih mata serta melakukan tangkapan rawak ke atas sesiapa disyaki mendokong Bersih 2.0.
Namun “keganasan” yang berlaku adalah pada satu pihak sahaja. Tidak ada tindak balas daripada rakyat yang menjadi sasaran.
Respon paling “agresif” beberapa peserta Bersih ialah melontar balik sarung gas pemedih mata ke arah polis atau membuangnya ke dalam longkang dan sungai berdekatan.
Mereka mengharungi segala kesakitan akibat terhidu gas beracun atau terkena pancutan air berkimia atau kedua-duanya sekali. Rasa pedih dan loya dan sesak nafas hanyalah sebahagian daripada pengalaman yang terpaksa diharungi mereka.
Hakikat bahawa polis akan menggunakan kekerasan menjadi satu kepastian jauh sebelum 9 Julai menyingsing.
Ia menjadi satu hakikat apabila Hishamuddin bingkas mengisytiharkan Bersih sebuah pertubuhan haram minggu lalu.
Hanya beliau dan Najib boleh menerangkan keperluan untuk sebuah rangkaian kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang termasuk Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said tiba-tiba boleh menjadi musuh kerajaan hanya kerana menuntut pilihan raya adil dan telus.
Apa yang jelas ialah Hishamuddin dan Najib menggunakan segala aparatus polis untuk memaksa penganjur Bersih 2.0 membatalkan perhimpunan mereka, dengan disokong oleh media arus perdana dan institusi awam yang lain.
Namun rancangan itu tersasar kerana Bersih 2.0 tidak beralah daripada matlamatnya mengadakan perhimpunan aman walaupun penyokongnya mula ditangkap di seluruh negara dan pemimpinnya diaibkan di media arus perdana.
Najib dan Hishamuddin juga menerima tamparan apabila Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengambil peranan negarawan dan berjaya “memujuk” Bersih 2.0 membatalkan perarakan di jalan raya.
Campurtangan Tuanku itu membuka ruang untuk Najib dan Hishamuddin menyelesaikan kemelut Bersih 2.0 secara baik, khususnya apabila penganjur bersetuju untuk menerima tawaran kerajaan supaya perhimpunan diadakan di sebuah stadium.
Namun belum sempat rakyat menarik nafas lega, gandingan sepupu ini mengisytiharkan bahawa Bersih 2.0 pertubuhan haram dan tidak layak memohon permit.
Permohonan Bersih 2.0 menganjurkan perhimpunan aman di Stadium Merdeka ditolak dan sebaliknya penganjur “diarah” mengadakan perhimpunan di stadium-stadium yang terletak di negeri–negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
Tujuan arahan itu adalah jelas – Perdana Menteri cuba menyempitkan gerakan Bersih 2.0 kepada sesuatu yang didalangi oleh pembangkang dan bukannya cetusan suara rakyat.
Najib memberi alasan kononnya Stadium Merdeka tidak boleh digunakan oleh Bersih 2.0 kerana ia adalah mercu atau simbol negara, tidak masuk akal.
Stadium Merdeka telah berkali-kali digunakan untuk konsert rock dan hiburan termasuk pertunjukan Justin Bieber pada 21 April lalu.
Apakah Justin Bieber lebih berhak menggunakan Stadium Merdeka daripada ribuan rakyat negara ini yang mahu menyuarakan keperluan pilihan raya yang adil dan telus secara aman?
Tentunya tidak. Namun inilah alasan yang dijaja oleh Najib kepada penyokong-penyokong Umno, ahli pertubuhan silat dan sebagainya, sehari selepas perhimpunan Bersih 2.0.
Penganjur Bersih menyedari perangkap yang diletakkan oleh Najib dan Hishamuddin dan terus berpegang kepada hak mereka mengadakan perhimpunan aman di Stadium Merdeka, walaupun di luar perkarangannya.
Ini kerana Stadium Merdeka adalah kawasan “neutral” dan adalah “milik” rakyat Malaysia serta bukan di bawah telunjuk mana-mana parti politik.
Apabila penganjur mengambil ketetapan ini, maka arahan dikeluarkan kepada pihak polis untuk melakukan apa yang perlu bagi mematahkan rancangan Bersih.
Justeru diadakan sekatan-sekatan jalanraya, penutupan kawasan tertentu, pembekuan permit bas ke KL dan pemeriksaan di hotel-hotel menjelang 9 Julai.
Perintah mahkamah diperolehi untuk menghalang penganjur dan pemimpin politik tertentu daripada memasuki Kuala Lumpur. Ibu negara seolah-olah dalam keadaan darurat.
Dengan kongkongan sebegitu, tidak hairanlah pada 9 Julai, pancutan air berkimia, gas pemedih mata polis menunggu puluhan ribu rakyat pelbagai kaum yang keluar beramai-ramai menghala ke Stadium Merdeka.
Hak mereka untuk berjalan secara aman dicabuli dengan sewenang-wenang di atas nama memelihara keamanan dan kesejahteraan negara.
Najib harus menerangkan bagaimana satu “perjalanan demokrasi” oleh rakyat untuk dua tiga jam di beberapa kerat jalanraya boleh menjadi isu keselamatan negara dan mendatangkan kerugian berbilion ringgit kepada peniaga, JIKA tidak ada provokasi polis!
Jika polis telah memberi kerjasama kepada lebih 5,000 pengawal yang disediakan oleh penganjur Bersih untuk mengawal lalu lintas dan aspek keselamatan lain, apakah kita akan menyaksikan adegan-adegan yang terpampang di Internet sekarang.
Rasanya tidak.
Akibat agenda politik Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, puluhan ribu rakyat yang “berani” menyokong Bersih seolah-olah dikumpulkan di Kuala Lumpur dan “dihukum” dengan tembakan gas pemedih mata dan air berkimia.
Lebih 1,600 orang ditangkap untuk diheret ke mahkamah, seorang mati dan tidak kurang yang menyimpan parut luka atau kenangan “ikhlas”dari polis.
Justeru, janganlah Perdana Menteri dan sepupunya terlalu bingkas menuding jari kepada penganjur Bersih 2.0 di atas kekecohan Sabtu lalu.
Tidak dinafikan keganasan berlaku, tetapi siapa yang mencetuskannya dan siapa pula yang mengganas?
Bak kata Karam Singh Walia dari Tv3 : Siapa pula yang melontar batu dan menyembunyi tangan?

No comments:
Post a Comment