Cuba Banding

Monday, July 11, 2011

Pernahkah kita dengar para pembesar pembesar negara Insafi dosa dan bertaubat sejajar Rukun Iman



Pedoman: Insafi dosa dan bertaubat sejajar Rukun Iman


KEPERCAYAAN adalah elemen penting yang perlu ada dalam diri Muslim. Ini kerana, kita dituntut mempercayai bahawa setiap kejadian alam serta makhluk, termasuk manusia, di bawah penciptaan Allah SWT.
Justeru, menyentuh mengenai konsep kepercayaan, setiap Muslim dituntut beriman kepada lima perkara wajib yakni Allah SWT, Malaikat, Rasul, Hari Kiamat, dan Qada dan Qadar.
Semua rukun iman ini berkait rapat antara satu sama lain, iaitu apabila seseorang itu mengakui beriman kepada Allah SWT, pasti dia akan beriman kepada Rasul yang membawa syariat ditetapkan Allah sebagai panduan untuk mengenali antara jalan benar dan salah.
Apabila beriman kepada empat perkara diatas, tidak mustahil seseorang itu mempercayai setiap perkara yang berlaku, tidak kira baik atau buruk, adalah qada dan qadar (ketentuan) Allah, melainkan amal atau keburukan dilakukan mereka.
Namun, apabila menyentuh kelima-lima Rukun Iman, masih ramai antara kita sebenarnya gagal mengikutinya walaupun tidak dinafikan manusia diciptakan Allah dengan nafsu yang menjadi kelemahan.
Lantaran itu juga, ia antara sebab mengapa Rasulullah SAW meletakkan syariat satu daripada Rukun Iman wajib dipercayai adalah wujudnya Hari Akhirat.

Ini kerana, apabila seseorang Muslim mempercayai Hari Akhirat, mereka pasti mengetahui janji Allah benar sebagaimana diciptakan alam akhirat yang di dalamnya wujud syurga serta neraka dan dunia pula sekadar ujian untuk manusia memperakui keesaan-Nya.
Kita perlu percaya, sesungguhnya neraka itu wujud dan diciptakan sebagai pembalasan kepada makhluk-Nya yang ingkar dengan suruhan serta larangan-Nya semasa hidup di dunia.Ia membuatkan manusia takut azab Allah dan menjauhi setiap larangan-Nya.
Ini sejajar dengan firman Allah SWT menerusi surah An-Nisaa ayat 14, bermaksud: “Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya dan melampaui batas syariat-Nya, akan dimasukkan Allah ke dalam api neraka, kekallah ia di dalamnya dan azab siksa yang amat menghina.”
Ketahuilah bahawa neraka adalah api yang sangat panas berjuta-juta kali panas daripada matahari, mempunyai tujuh tingkat dan tujuh pintu iaitu Jahanam, Latha, Hutamah, Sa’ir, Saqar, Jahim dan Hawiyah, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hijr ayat 44 iaitu: “Ia (neraka) mempunyai tujuh pintu, bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka yang sesat dan menyesatkan ini.”
Di dalam neraka juga ada sebuah lembah ‘wail’ yang seram dan menakutkan dan sangat panas, penuh dengan binatang berbisa sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Mursalaat ayat 15, bermaksud: “Neraka Wail lah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan apa yang dijanjikan oleh Rasul-Nya,” dan surah Al-Humazah, ayat 1-2 yang bermaksud: “Neraka Wail lah bagi orang yang mengumpat (pencaci kelakuan orang lain). Dan orang yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaan.”
Pada hari akhirat nanti iblis dan mereka yang kafir dan munafik dibelenggu, diikat kaki dan tangannya dan setelah itu mereka diheret atau ditolak atau dilemparkan ke neraka.
Mereka tidak diadili, tidak dihisab, tidak di ‘mizan’ (ditimbang amal perbuatan) dan juga tidak pula meniti Siratul Mustaqim kerana dosa dan kesalahan mereka diketahui dan nyata.
Oleh yang demikian, mari kita menginsafi segala dosa yang pernah kita lakukan dengan bertaubat kepada Allah sejajar dengan Rukun Iman yang wajib dipercayai setiap Muslim.
Mudah-mudahan kita semua tergolong di kalangan orang yang akan menerima balasan syurga dan dijauhi daripada azab neraka. Amin Ya Rabbal’alamin.
Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Kongsi Artikel| Facebook MySpace Google Twitter


http://www.hmetro
Ulasan serupademo :
saya tertarik dengan artikel ini yang disiarkan oleh http://www.hmetro kepada siapa yang sebenarnnya artikel ini ditujukan.

Pernahkah kita dengar para pembesar pembesar negara berbuat demikian lantaran kesilapan dan kesalahan yang mereka lakukan. namun kebiasaan nya perkara sebegini ditujukan kepada orang bawahan sahaja,sedangkan islam itu merangkumi semua umat manusia tak kira bangsa atau darjat atau pun pangkat.

Kenapa ini berlaku...........seolah olah pembesar negara tidak pernah melakukan kesalahan
dan kesilapan (dosa) . Kalau bab dosa biasa orang rata bercakap hak individu .Kalau hak individu kenapa artikl artikel saperti diatas perlu ditunjulkan.Kalau bab agama biasanya dipersalahkan ulama . setakat mana ulama yang ada sekarang ini dapat menggunakan ilmu agama nya untuk kebaikan semua......?.

No comments: