Undur Najib, kata warga internet
Bukan sahaja ribuan rakyat membanjiri Kuala Lumpur kelmarin, pengguna internet juga mempunyai cara tersendiri menunjukkan bantahan mereka dengan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.
Melalui laman "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" (100,000 rakyat tuntut Najib Tun Razak berundur), sudah 110,192 menyokongnya dengan menekan butang like (suka),
Hanya 48 jam selepas dimulakan, jumlah itu sudah melepasi sasaran yang 100,000 yang ditetapkan sebelum ini.
Sebahagian besarnya terdiri daripada penyokong BERSIH 2.0, berdasarkan lencana profil mereka.
Laman itu dimulakan pada Sabtu, hari yang sama dengan perhimpunan BERSIH 2.0, sebagaiu landasan untuk pengguna internet menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka kepada kerajaan.
Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat berhubung pencipta laman itu dipamerkan.
Penyokongnya yang rasa terkejut dengan sambutan luar biasa itu sekarang meletakkan sasaran baru untuk mencapai angka satu juta orang.
Laman itu juga memberi ilham dan merintis kepada beberapa laman lain yang menggunakan judul sama.
Ini bukan kali pertama tindakan politik menyebabkan kemarahan di alam maya. Tahun lalu pengumuman kerajaan untuk membina menara seratus tingkat juga meletus apabila mereka beranggapan tindakan itu bakal membazirkan wang rakyat.
Laman itu - "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower" (1M rakyat Malaysia tolak menara seratus tingkat) - kini disukai 300,000 orang.

PAS desak Ketua Polis Negara dan Timbalannya letak jawatan
PAS mengecam tindakan melampau yang diambil oleh pihak polis dalam menangani isu perhimpunan aman BERSIH 2.0, dan sudah terbukti aman 9 Julai 2011 yang lalu. Tindakan ganas dan melampau polis langsung tidak mencerminkan slogan mereka Mesra, Cekap dan Betul - jauhlah lagi terpesong dengan piagam pelanggan mereka, Tegas, Adil dan Berhemah. Polis sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan bukannya menyebabkan mereka cedera secara sengaja. Kebiadaban anggota polis dan FRU dapat dilihat dengan jelas dari beberapa rakaman video rakyat yang dirakamkan oleh pelbagai sumber samada peserta BERSIH 2.0 ataupun media antarabangsa telah membuktikan kegagalan mereka dalam menjamin keselamatan rakyat. Dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0, langsung tiada kejadian ganas oleh para peserta sebagaimana yang cuba digembar-gemburkan media arus perdana sebelum ini. Oleh itu, kezaliman dan keganasan polis yang menggunakan gas pemedih mata atau tembakan air asid sepatutnya tidak berlaku, kerana tiada langsung sebab untuk mereka menggunakannya. Dengan pelbagai gambar dan video yang terpapar, kenyataan songsang Ketua dan Timbalan Ketua Polis yang kononnya polis diserang and diprovokasi menyebabkan mereka terpaksa bertindak, hanya dapat berfungsi untuk mendedahkan pembohongan beliau sendiri. PAS mengecam keras tindakan biadab polis ini sehingga menyebabkan kematian seorang peserta saudara Baharuddin Ahmad dan puluhan lagi yang cedera semata-mata tindakan ganas mereka. Ratusan yang tercedera kerana dipukul, disepak dan diheret ke dalam trak adalah pandangan jijik anggota keselamatan, yang tidak sepatutnya berlaku. PAS mendesak agar Ketua dan Timbalan Ketua Polis meletakkan jawatan dan dihadapkan ke tribunal di atas jenayah yang dilakukan. PAS juga mengucapkan syabas kepada setiap peserta BERSIH 2.0 kerana kini kuasa sekarang di tangan anda. Andaikan 50,000 dan setiap seorang menyebarkan pengalaman BERSIH 2.0 mereka kepada 10 seorang - maka 500,000 rakyat akan terasa - dengan 500,000 setiap seorang berkongsi lagi dengan 5 orang - maka hasilnya 2.5 juta rakyat yang tidak dapat bersama dapat merasai bagaimana kita semua bersatu sebagai rakyat Malaysia pada 9 Julai yang lepas. Dengan perkongsian sedemikian, kita akan sedar bahawa permainan politik yang cuba gempar-gemburkan bahawa rakyat Malaysia berpecah hanyalah taktik licik UMNO-Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa mereka. PAS juga ingin mengulangi peringatannya kepada Pakatan Rakyat bahawa sokongan rakyat terhadap BERSIH 2.0 dan kecaman mereka terhadap keganasan yang digunakan kerajaan UMNO Barisan Nasional terhadap penyokong BERSIH 2.0 bukanlah petanda sokongan rakyat kepada kita. Rakyat menyokong BERSIH 2.0 hanya semata-mata untuk memastikan undi-undi mereka tidak di"offset"kan secara tidak sah oleh pengundi hantu, pengundi pos yang tidak sah dan juga memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat sebelum mengambil keputusan untuk mengundi siapa-siapa. Lapan tuntutan BERSIH 2.0 adalah untuk memastikan wakil yang dipilih menang nanti di pilihanraya akan datang betul-betul adalah pilihan rakyat dan bukannya pilihan parti pemerintah yang memanipulasi sistem pilihanraya negara untuk kekal berkuasa. Pakatan Rakyat juga tidak harus terlalu yakin bahawa dengan pilihanraya yang lebih bersih, kita bakal dapat menewaskan UMNO-Barisan Nasional. Rakyat yang menyokong BERSIH 2.0 tetap tidak akan mengundi kita sekiranya prestasi kita lemah dan tidak dapat memberikan keyakinan kepada mereka untuk menerajui negara. PAS juga merakam takziah kepada keluarga Saudara Baharuddin Ahmad, di atas kemalangan yang menimpa beliau. Semoga tragedi ini akan menyemarakkan kebangkitan rakyat bagi menukarkan kerajaan yang zalim ini. *Kenyataan media oleh Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar kiri) selaku Ketua Penerangan PAS Pusat. |
Kartunis Zunar terima anugerah antarabangsa
Kartunis kontroversi Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar dianugerahkan penghormatan antarabangsa ekoran kritikan sinisnya terhadap perjalan politik di negara ini.
Beliau menerima anugerah dalam bidang kartun editorial di daripada Jaringan Antarabangsa Hak Kartunis (CRNI) yang berpengkalan di Amerika Syarikat pada 7 Julai lalu.
Anugerah itu disampaikan dalam majlis tahunan di St Petersburg, Florida oleh Presiden CRNI Joel Pett.
Sementara itu, Pengarah CRNI Dr Robert Russell dalam ucapannya berkata cara Zunar menangani "penapisan yang tidak sah" menjadi pedoman bahawa semua orang boleh mempertahankan kebebasan bersuara dan mengekalkannya.
"Satu pengajaran yang kita dapat dari pemenang anugerah tahun ini ialah kebebasan bersuara di sebahagian besar tempat di dunia ini terpaksa diperolehi dengan membayar harga yang mahal," katanya.
Zunar mendapat perhatian CRNI apabila beliau dan Malaysiakinimemfailkan saman terhadap Kementerin Dalam Negeri ekoran pengharaman dua bukunya 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun.
Menurut CRNI, ketabahan dan ketahanan Zunar menghadapi tekanan, menggunakan strategi kreatif dan keberanian melawan kekuasan melayakkan beliau menerima anugerah itu.
Antara yang hadir menyaksikan acara itu termasuklah pemenang Anugerah Pulitzer dalam kartun editorial seperti Daryl Cagle, Dick Locher, Clay Bannet, Ben Sergeant, Mark Fiore, Mike Keefe, Ed Stein dan Rob Rogers.
Pemenang-pemenang sebelum ini antaranya kartunis Iran Mana Neyestani (2010), kartunis Mexico Mario Robles (2009), dan kartunis Palestin Baha Boukhari (2008).
CRNI mewakili lebih 600 kartunis di seluruh dunia dengan 21 kerjasama dengan negara membangun di Eropah, Asia, Afrika dan Amerika Latin.

http://www.malaysiakini
(klik pada tajuk untuk berita penuh)
(klik pada tajuk untuk berita penuh)
Ketua Pemuda PAS Sabah ditahan pakai baju Bersih |
Harakahdaily | |
KOTA KINABALU, 11 Julai: Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu dan seorang lagi aktivis Pemuda PAS ditahan oleh pihak polis sekitar jam 4.30 petang semalam ketika sedang minum di sebuah restoran di Alam Mesra. |
A Samad Said ajak golongan muda ubah negara |
Khaulah Azwar | |
KUALA LUMPUR, 11 Julai: Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said mengajak rakyat jelata terutamanya golongan muda mengubah pemimpin negara melalui demokrasi untuk membentuk kerajaan baru yang adil, tulus dan berkebajikan. |
Bersih 2.0: Pemuda PAS gesa siasat polis ganas |
Harakahdaily | |
KUALA LUMPUR, 11 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat menuntut agar satu siasatan dibuat kepada beberapa insiden keganasan pihak polis ketika cuba menghalang Himpunan Aman Bersih 2.0 9 Julai lepas. BANGI, 11 Julai — Satu kajian terbaru di kalangan golongan muda Muslim di Malaysia menunjukkan majoriti berpendapat Perlembagaan Persekutuan wajar digantikan al-Quran sebagai panduan perundangan negara. Sekitar 72 peratus responden ditemui dalam satu kajian kendalian bersama menyatakan pendirian menyokong soalan berkaitan Perlembagaan ... Read More Penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam perhimpunan anjuran gerakan pembangkang ‘February 20’ di Casablanca semalam, siri demonstrasi terbaru rakyat Maghribi. — Foto Reuters |
No comments:
Post a Comment