Cuba Banding

Wednesday, July 13, 2011

Perbicaraan Anwar ditetapkan 8 - 26 Ogos ini updated 11.12am july 13


Perbicaraan Anwar ditetapkan 8 - 26 Ogos ini
Jul 13, 11 11:12am
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 8 hingga 26 Ogos depan bagi mendengar perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya.

Tarikh itu ditetapkan olehh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, selepas kes itu dibawa untuk sebutan hari ini.
NONESebelum prosiding bermula, peguam Anwar dan pihak pendakwa bertemu dua kali dengan Hakim Mohamad Zabidin di kamarnya.

Anwar yang hadir memakai pemaut leher akibat kecederaan ketika menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu akan menjadi orang pertama memberi keterangan apabila perbicaraan bermula 8 Ogos ini.
6 Julai lalu, Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk melucutkan Mohamad Zabidin sebagai hakim kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu.
Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.

http://www.malaysiakini


Ambiga: Bersih 2.0 tiada kaitan inisiatif Facebook desak Najib undur

July 13, 2011
KUALA LUMPUR, 13 Julai — Kepimpinan Bersih 2.0 mengulangi ia tidak bertindak atas kepentingan Pakatan Rakyat semata-mata, sekali gus menolak ada kaitan dengan inisiatif menerusi laman sosial Facebook yang menggesa Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan ekoran perhimpunan Sabtu lalu.
Dalam temu bual dengan Wall Street Journal, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar)berkata, gabungan pimpinannya tiada sebarang kaitan dengan inisiatif itu yang sehingga kini telah menarik sokongan lebih 170,000 yang mahukan Najib berundur.
Najib dilantik sebagai perdana menteri keenam pada April 2009.
“Kami tiada kaitan dengan (usaha) itu. Ia tidak pernah dan tidak pernah menjadi hasrat Bersih agar perdana menteri meletakkan jawatan. Sebagaimana saya telah katakan, kami mahu bekerja dengan perdana menteri dan kerajaannya untuk mengadakan sistem pilihan raya yang lebih baik,” kata Ambiga.
Selepas kejayaan menarik lebih 100,000 sokongan, inisiatif yang sama sedang diusahakan untuk mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein meletakkan jawatan. Satu lagi kumpulan mahu mengumpul satu juta atau lima juta sokongan bagi meminta Najib meletakkan jawatan.
Najib dan Hishammuddin masing-masing merupakan presiden dan naib presiden Umno.
Ambiga juga memberitahu Wall Street Journal bahawa beliau tidak melihat akan ada banyak lagi perhimpunan susulan meskipun PAS, komponen Pakatan Rakyat bercadang mengadakan satu lagi perhimpunan jika kerajaan mengabaikan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.
“Saya tidak melihat ia akan berlaku dalam waktu terdekat,” kata bekas presiden Majlis Peguam ini.
Semalam, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak menolak kemungkinan perhimpunan Bersih 3.0. Perhimpunan pertama diadakan pada akhir 2007.
Malah Ambiga juga menafikan tanggapan bahawa usaha mereka mengadakan perhimpunan Bersih hanya kerana kepentingan Pakatan Rakyat.
“Tidak adil sama sekali,” kata beliau yang sebelum ini pernah menekankan bahawa pihaknya juga telah mempelawa kepimpinan Barisan Nasional (BN) menyokong usaha mereka.
“Kami telah mempelawa kesemua parti politik termasuk BN agar menyokong kami. Bagaimana anda boleh kata usaha menuntut pilihan raya adil dan bebas hanya bagi pembangkang? Ia untuk setiap orang. Ahli-ahli Pakatan Rakyat juga rakyat negara ini. Apakah mereka tidak berhak untuk menyokong satu pergerakan bagi pilihan raya yang adil dan bebas?” katanya.
Ia laporan kritikal yang terbaru selepas tulisan yang sama dibawa oleh Jakarta Post dan Straits Times masing-masing dari Indonesia dan Singapura semalam.
Penganjur mendakwa bahawa perhimpunan Bersih 2.0 telah disertai sekitar 50,000 orang tetapi ia dinafikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengatakan bahawa ia hanya menghimpunkan 6,000 orang.
Wall Street Journal, akhbar bisnes antarabangsa berkata kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak mencetuskan persekitaran “takut dan menekan”, yang akhirnya mengakibatkan penentangan terhadap perdana menteri itu yang mengambil alih jawatannya April 2009 daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ambiga juga berkata, Bersih 2.0 hanya menuntut pembaharuan sistem pilihan raya, bukannya perubahan kerajaan yang memerintah sebagaimana disaksikan di rantau Timur Tengah dan di beberapa negara dunia Arab.

Bersih 2.0: K'jaan langgar Perkara 10 Perlembagaan
Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 13 Julai: Lapan peguam PAS dari Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, di sini, petang semalam berhubung tindakan kekerasan pihak polis dalam menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

Mereka yang diketuai Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi membuat laporan itu sekitar jam 5.30 petang sejurus selepas penyerahan memorandum berhubung perkara yang sama kepada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Menurut Ahmad Zamri, laporan yang dibuat oleh Juham itu antara lain menyentuh tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akibat melanggar undang-undang.

Perlanggaran yang dilakukan itu, pertamanya, berhubung Perkara 5 (3,) Kebebasan Diri, Perlembagaan Persekutuan yang ternyata tidak dipatuhi oleh KDN dan PDRM.

Katanya, pada hal dalam peruntukan itu telah dijelaskan, jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang pilihannya.

"Selain itu, kerajaan menerusi KDN dan PDRM telah melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Berpersatuan.

"Ini tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4) bahawa tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara; semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata; semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

"Di samping itu, kerajaan melalui KDN dan PDRM juga telah bertindak menyalahi Seksyen 28(A) Kanun Acara Jenayah," katanya ketika ditemui di sini.

Namun, tegasnya, dalam Perhimpunan Aman Bersih 2.0, kerajaan melalui KDN dan PDRM telah bertindak menggunakan kekerasan yang tidak munasabah dalam menyuraikan perhimpunan.

"Beberapa lokasi Perhimpunan Aman Bersih 2.0 telah dikepung pihak berkuasa PDRM yang berkelengkapan penuh seperti perisai, trak meriam air (water cannon), senapang gas pemedih mata, belantan dan gari elastik plastik," katanya.

Pihak PDRM, menurutnya, telah mengepung para peserta di hadapan Menara Maybank dan melepaskan tembakan gas pemedih mata tanpa sebarang amaran bersurai.

Katanya, para peserta yang mulanya dalam keadaan aman telah bertempiaran menyelamatkan diri daripada gas pemedih mata.

"Mereka kemudian dikejar pihak PDRM dengan trak-trak meriam air (water canon) sehingga ke Jalan Pudu berhampiran Plaza Rakyat dan Hospital Tung Sin.

"Di sini pihak PDRM telah melepaskan gas-gas pemedih mata sehingga ke dalam Hospital Tung Sin dan juga menembak air asid ke arah para peserta," katanya.

Ada peserta yang telah ditahan, jelasnya, telah diperlakukan dengan ganas. Terdapat peserta yang ditendang dan dipukul.

"Mereka juga telah diikat menggunakan sejenis gari elastik sehingga menyebabkan kecederaan pada pergelangan tangan.

"Mereka telah disumbat berasak-asak ke dalam trak-trak PDRM yang telah tersedia untuk mengangkut mereka ke lokasi-lokasi tahanan di Pusat Latihan Polis (Pulapol).

"Terdapat mangsa-mangsa tangkapan yang pengsan di dalam trak polis. Ada juga mangsa tangkapan dibiarkan di dalam trak selama dua (2) jam di lokasi tahanan di lokap Jinjang," ujarnya.

Di KL Sentral, tegasnya, laporan yang diterima oleh Bilik Gerakan Juham pada hari itu mendapati pihak berkuasa PDRM melalui Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah mengepung Kompleks Terminal KL Sentral.

"Orang awam ditahan tanpa sebarang alasan dan budibicara. Mangsa-mangsa tangkapan telah disumbat ke dalam trak-trak yang sudah bersedia mengangkut mereka ke pusat tahanan.

"Ini jelas menunjukkan bahawa pihak berkuasa PDRM telah mempunyai niat dan persediaan untuk menangkap sesiapa sahaja yang berada di kawasan tersebut tanpa alasan yang munasabah dan wajar," katanya.

KL Sentral yang merupakan tempat tertutup dan hub pengangkutan awam juga, tegas beliau, telah dilemparkan, ditembak, dilepaskan gas pemedih mata.

"Keadaan kompleks yang tertutup jelas mengakibatkan ramai orang awam di dalam kompleks tersebut mengalami kesulitan dan kecederaan fizikal.

"Tembakan gas pemedih mata dihalakan terus ke arah orang-orang awam sehingga menyebabkan kecederaan. Ini jelas bertentangan dengan peraturan penyuraian perhimpunan dan peraturan penggunaan gas pemedih mata," tegasnya.

Di samping itu, jelas beliau, laporan itu juga turut menyentuh penafian akses peguam.

Tangkapan-tangkapan yang dibuat, katanya, telah ditahan di beberapa lokasi tahanan seperti di Pulapol Jalan Semarak, Lokap Berpusat Jinjang, Ibu Pejabat Gerakam Am (PGA) dan Lokap Polis Bukit Jalil.

"Mangsa-mangsa tangkapan tidak pernah pada bila-bila masa dimaklumkan ke mana mereka akan dibawa. Pasukan peguam PAS telah bersedia di lokasi-lokasi tersebut untuk mengakses kepada tangkapan-tangkapan yang memberikan maklumat tangkapan tetapi telah dinafikan hak tersebut oleh PDRM.

"Tindakan ini jelas bertentangan dengan Perkara 5 (3) Perlembagaan Persekutuan dan juga Seksyen 28A Kanun Acara Jenayah," tegas beliau.

http://bm.harakahdaily


Mengapa perlukan blogger upahan
Posted on Tuesday, July 12 @ 20:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Analisis IsuOleh: hidup_akhirat

"Di Kok Lanas Kelantan, 400 isteri anggota tentera telah dimasukkan kedalam senarai pengundi pos, setelah pelbagai bantahan dibuat akhirnya dimasukkan semula kedalam senarai pengundi biasa. Jumlah pengundi pos meningkat dengan mendadak, mengapa? Mengapa pelajar dan pekerja Malaysia diluar Negara tidak dibenar mengundi pos? Mengapakah kuasa perlu dikekalkan walaupun secara tidak ada maruah.

Kalau Richard Nixon jatuh kerana mencuri maklumat di pejabat parti lawan atau dipanggil Scandal Watergate. Tapi macam Malaysia ada ratusan skandal pun tidak akan letak jawatan. Negara macam Malaysia ini sudah tinggal beberapa Negara sahaja sebab itu kebebasan kita terletak paling bawah, setaraf dengan Burma dan Zimbabwe.

Bagi mereka yang pernah melawat atau tinggal dinegara lain didunia ini merasa amat malu apabila semua kebebasan perlukan permit sedangkan kita bukan Negara komunis. Kita menganggap seperti satu perkara biasa jika menggelidah tanpa waran, menangkap orang ceramah dalam premis persendirian sehingga ada polis kena denda RM200,000.00, mengepung orang ceramah, menyekat jalanraya orang dari pergi dengar ceramah, menyekat orang berkumpul san bersuara, jauh sekali kebenaran menggunakan TV.

Bagi yang berpelajaran merasa aib dan menjijikkan bila TV diguna untuk berbohong untuk memburukkan parti lawan dan bila perkara sebenar didedahkan, pihak kerajaan tidak merasa apa-apa. Adakah kita diperintah oleh mereka yang tidak berpelajaran?  Sedangkan hampir setiap isi rumah ada lulusan ijazah dan guru sekolah pun ada lulusan PhD.

Kes seperti kita hanya berlaku dinegara miskin dan jarang berlaku dinegara membangun dan tidak berlaku dinegara maju. Dinegara maju, jika gagal menangani sesuatu isu, ketua Negara akan meletak jawatan dan tidak semestinya setelah kalah pilihanraya. Bertukar ketua Negara tidak memberi kesan apa-apa kerana pentadbiran dilaksanakan oleh pegawai kerajaan dan ketua Negara hanyalah policy maker.

Pelbagai cara dibuat untuk mengekalkan kuasa seperti memaksa pegawai kerajaan dan pelajar, buat sempadan pilihanraya yang sangat melucukan, guna polis seperti negara miskin Afrika, guna media untuk brain wash rakyat, mengguna khidmat blogger upahan, dan banyak lagi.. Mengapa?

Mengapa ada beberapa Negara seperti kita ini bila berkuasa, ia tak mahu turun lagi. Jawapannya ialah kerana rasuah dan penyelewengan wang rakyat. Kekayaan dan kemewahan secara mengambil wang rakyat. Contohnya rakyat tidak ada hak untuk tahu bagaimana wang petronas dibelanjakan. Cuma setakat ini kita tahu RM20 bilion diberi secara tidak adil kepada 4 pengendali kuasa elektrik swasta milik Lim Goh Tong, YTL dll yang menyebabkan Tan Sri Ani Arof letak jawatan kerana dia takut anak cucunya akan menyalahkannya."
 





http://www.tranungkite

No comments: