Cuba Banding

Tuesday, July 12, 2011

Catatan seorang peserta Cina: Saya rasa selamat bersama orang PAS updated Jul 12, 2011 06:36:14 pm

Catatan seorang peserta Cina: Saya rasa selamat bersama orang PAS

Chen Shu Yong | Jul 12, 2011 06:36:14 pm


... Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu. Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.

Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan. Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.

Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.

Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!

Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.

Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.

"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.

Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.

Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas sususannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!

Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!

Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.

Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya.

Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.

Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"

Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....

Matlamat sama..

Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"

Nota: Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.

Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.

Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak.

*Tulisan di atas disedut, disunting dan diterjemah daripada catatan seorang pembaca MerdekaReview, edisi bahasa Cina, yang menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011. MerdekaReview akan memilih beberapa lagi tulisan untuk diterjemahkan, dan mengalu-alukan tulisan daripada pembaca. Sila email kepada editorial_bm@merdekareview.com. Terima kasih.

http://merdekareview


Solat Hajat Mohon Allah Hancurkan Umno Dan Sekutunya
Posted on Tuesday, July 12 @ 01:08:31 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

PendapatOleh: Tok Janggut
Zalim , makin zalim dan makin terlalu zalim. Itulah sahaja ayat yang mampu diluahkan oleh rakyat Malaysia yang menuntut keadilan dari sebuah kerajaan yang dipimpin oleh golongan yang mabuk kuasa, buta hati dan sesat dari jalan Allah.

Apa yang berlaku, semua tuntutan untuk mendapatkan keadilan dalam pilihanraya dan pembahagian harta negara secara adil tidak dilayan oleh kerajaan yang dikuasai sepenuhnya oleh UMNO yang kini dikenali sebagai petualang dan talibarut Yahudi laknatullah itu.

Mereka bagi helah, semua perkara boleh dibincang, boleh ditegur dan boleh dirunding bersama, hakikat sebenar yang berlaku ialah mereka langsung tidak menghiraukan segala teguran, tidak makan nasihat dan tidak peduli dan tidak peduli yang penting kuasa dan kedudukan mereka tidak boleh diganggu, tidak boleh digugat dan tidak boleh dicabar oleh sesiapa pun walaupun mereka kini umpama "bersultan dimata dan beraja dihati" apatah lagi semua tindak tanduk mereka disokong dan di pertahankan oleh ikstana-istana tertentu yang mendapat apa saja yang mereka minta pasti dipenuhi oleh UMNO asalkan mesti setuju dengan apa yang UMNO buat.

Yang peliknya, mereka yang ingin menimbulkan huruhara dan usasana tidak tenteram, tetapi piak pembangkan dan bersih 2 pula dituduh sebagai ajen komunis, ajen Yahudi dan ejen puak Kristian. Apakah UMNO tidak sedar bahawa ketiga-tiga tuduhan itu sebenarnya ada pada UMNO?
UMNO memerintah "ala" komunis dengan merampas tanah rakyat, menyeleweng harta rakyat dan menangkap dan memenjarakan penentang mereka tanpa dibuktikan kesalahan. UMNO kini bersahabat dengan Yahudi dengan memberikan wang berjuta setiap bulan, meroboh masjid dan surau. Menghalau rakyat miskin, merampas tanah mereka dan menggunakan "ISA" ala Zionis untuk menakutkan rakyat supaya jangan menentang mereka walaupun mereka buat salah dan jenayah. Mereka juga menjadikan pendakwah Kristian sebagai idola dalam perkara mencari pengikut dan pengaruh dengan menaburkan wang, projek dan berbagai lagi asalakan rakyat menyokong dan mengundi mereka walaupun mereka tahu perjuangan mereka sesat dan zalim.

Kini setelah berbagai cara digunakan untuk menyedarkan kerajaan UMNO supaya balek kepangkal jalan, berlaku adil dan patuh kepada undang-undang dan perlembagaan negara tetapi nampaknya tidak berhasil malahan pihak yang menegur pula menjadi mangsa polis atas arahan UMNO. Usaha terakhir kini harus dibuat dengan mengadakan solat hajat secara beramai-ramai memohon agar Allah "menghancur" dengan sehancur-hancurnya dan dilaknat puak UMNO dan sekutunya. Walaupun cadangan ini akan mendapat tentangan hebat dan kritikan dari tokoh akademik pengampun UMNO dan ulama dunia "suk" dan tokoh agama "penjual agama" dalam UMNO, pedulikan semua itu. Jangan layan mereka itu kerana semua itu mempunyai kepentingan perut dan poket. Mereka tidak peduli dan tidak ambil tahu apa yang UMNO sudah buat dan sedang buat dan akan buat terhadap rakyat, agama dan negara. Mereka ini penjual kebenaran, penafi keadilan, menjual maruah diri dan menjual serta menggadai maruah dan kesucian Islam.

Tidak ada cara lain lagi dah. Polis sendiri pun sebenarnya sudah bosan dan meluat dengan arahan dan tindakan UMNO ini. Mereka terpaksa berdepan dengan rakyat secara kasar, menangkap rakyat yang tidak bersalah, memijak undang-undang yang mereka sumpah kan semasa mula-mula menjadi rekrut polis, berjaga dan berkawal tanpa rehat. Untuk apa? Sedangkan dalam masa yang sama pemimpin UMNO anak beranak hidup mewah merompak harta rakyat dan negara, seronok dengan rumah besar, anak-anak berlagak dengan kereta mewah yang saling bertukar ganti. Tindakan polis juga hanyalah untuk kepentingan puak UMNO sehingga sanggup menjadi mangsa cacimaki, penghinaan dan kejian masyarakat semata-mata untuk mempertahankan sebuah kerajaan dan parti yang korup yang penuh dengan kemungkaran dan kezaliman. Atau apakah oleh kerana sudah terlalu benci dan geram dengan arahan UMNO, polis mengambil tindakan keterlaluan terhadap rakat dengan harapan rakyat akan menjadi lebih benci, meluat dan tidak sabar untuk menjatuhkan UMNO kerana polis sedar bahawa rakyat sedia maklum bahawa semua tindakan kasar yang melanggar undang-undang yang dilakukan oleh polis adalah arahan dari UMNO. Jika tidak, polis tidak akan menjadi gila sebegini umpama tentera zionis yang sudah tidak punya hati perut,tidak punya sifat kemanusian dan tidak punya belas kesihan lagi. Haiwan pun tidak sebegini zalim dan jahatnya.

Kita rakyat yang beriman sudah tidak punya pilihan dan jalan lain, munajat dan lakukan solat hajat dan sebutkan nama UMNO dalam doa, memohon Allah menghancurkan UMNO dan sekutunya. Lakukanlah sebelum terlambat. Kezaliman sudah sampai kemuncaknya. UMNO sudah hilang akal dan bertindak umpama tentera zionis. Jika kita berlengah, kesengsaraan yang berganda dan bertalu-talu bakal menimpa. Hentikanlah semua ini. Tindakan dan sikap mereka kini bukan lagi menunjukan mereka itu orang Islam yang beriman dan perlu ditaati atau perlu dilindungi. Mereka sendiri yang mengundang penghinaan dan kehancuran, maka berdoalah kita. Mengadulah kepada Allah dengan penuh kusyuk dan pengharapan agar kekuasaan hancur dihancurkan dengan hina. Mereka pertikai pembangkang berkawan dengan orang kafir sedangkan dalam masa yang sama perangai dan tindakan mereka lebih teruk dari orang kafir. Inilah golongan yang jelas "istidrojnya". Dalam Islam kesabaran itu ada hadnya, jika kezaliman sudah keterlaluan, jalanya ialah memohon kepada Allah.

Himpunan Bersih yang perjalanan semua syarikat bas ke Kuala Lumpur di gantung, semua kenderaan dihalang masuk ke bandaraya Kuala Lumpur dan hotel-hotel digeledah sedangkan inilah masanya hotel mendapat tempahan berganda., mengapa ini perlu dilakukan? Rakyat perlu sedar, ini bukan angkara Bersih2 tetapi angkara UMNO yang cuba untuk mengelirukan rakyat supaya menampakan bahawa semuanya adalah angkara puak Bersih 2. Bersih 2 mohon berhimpun dalam Stadium Merdeka, apa yang susahnya? Arahkan polis mengawal lalulintas dan semua peserta yang hendak berhimpun diiring masuk ke dalam Stadium tanpa dibenarkan melencong ke tempat lain, sesudah selesai arahkan keluar secara berperingkat-peringkat untuk elakan kesesakan lalulintas. Jadi apa kena mengena himpunan ini dengan laluan syarikat bas dan hotal? Ini semua tektik UMNO yang sengaja hendak menyusahkan orang ramai. Tetapi rakyat bukan bodoh sehingga tidak boleh menilai apa sebenarnya yang berlaku. Hanya pengampu UMNO sahaja yang masih tolol dan bangang. 


http://www.tranungkite

No comments: