Najib: Kami sedia benarkan Himpunan Bersih di stadium
July 04, 2011
KUALA LUMPUR, 4 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersedia untuk membenarkan Himpunan Bersih 2.0 jika ia diadakan di stadium.
“Ini satu peringatan sebelum terlambat. Jika mereka mahu menyerahkan memorandum dan sebagainya, mereka boleh menunjukkan dengan cara demokrasi dengan bekerjasama dengan pihak berkuasa.
“Kami bersedia menyediakan mereka satu stadium bagi mereka untuk berhimpun tetapi mereka pilih jalan untuk protes. Kerajaan tidak menentang mereka berhimpun di stadium dari pagi sehingga malam. Jangan buat protes jalan kerana ia berisiko kepada negara,” kata beliau.
MENYUSUL LAGI
http://www.themalaysianinsider
http://www.selatanonline |
|
1 comment:
kat stadium tak bahaya ke... dibuatnya lepas semua masuk... polis dan tentera kepung stadium tembak pemedih mata yang keluar sorang sorang dia org tangkap... lepas reman.. lepas tu bubar parlimen... yang kena reman tak ngundi sebab mahkamah mendapati bersalah masuk penjara sebulan... habis laa harapan kita... kena fikir juga..kenapa tiba tiba bagi green lane niee...
Post a Comment