Aktivis PSM tunggu keputusan penahanan


Dua puluh satu ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ahli, yang telah ditahan reman sejak 26 Jun lalu, akan tahu petang ini sama ada mereka akan dibebaskan.
Mereka telah dibawa ke Mahkamah Butterworth pada jam 1:40 tengahari ini, sementara menunggu perbicaraan kira-kira jam 3 petang.
Anggota keluarga mereka, yang telah menunggu di luar bangunan mahkamah sejak jam 8 pagi, melaungkan "Hidup Rakyat!" apabila kenderaan polis tiba membawa aktivis di dalamnya.
Kumpulan itu terdiri daripada mereka yang masih di bawah tahanan, selepas 59 pemimpin dan ahli PSM ditahan pada 25 Julai lalu.
[Berita penuh menyusul]
Mereka telah dibawa ke Mahkamah Butterworth pada jam 1:40 tengahari ini, sementara menunggu perbicaraan kira-kira jam 3 petang.
Anggota keluarga mereka, yang telah menunggu di luar bangunan mahkamah sejak jam 8 pagi, melaungkan "Hidup Rakyat!" apabila kenderaan polis tiba membawa aktivis di dalamnya.
Kumpulan itu terdiri daripada mereka yang masih di bawah tahanan, selepas 59 pemimpin dan ahli PSM ditahan pada 25 Julai lalu.
[Berita penuh menyusul]
Bersih mahu menghadap Agong, sedia batalkan himpunan Sabtu ini
TERKINI @ 01:24:53 PM 04-07-2011
July 04, 2011

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) yang baru sahaja balik daripada mengadakan pertemuan dengan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pagi ini mengumumkan pendirian itu pada sidang media di sini tengah hari ini.
Ambiga berkata keputusan itu dibuat pada satu mesyuarat yang diadakan malam tadi ekoran titah Yang di-Pertuan Agong.
“Bersih 2.0 menjunjung penghargaan yang tinggi ke atas Yang di-Pertuan Agong atas sokongan baginda berhubung aspirasi melakukan pembaharuan sistem pilihan raya.
“Bersih 2.0 akan akur dengan nasihat baginda agar diadakan perundingan, ke arah mencapai konsensus berhubung pembaharuan sistem pilihan raya dan pembangunan demokrasi di Malaysia,” kata beliau dengan membacakan kenyataannya di sini hari ini.
Ambiga menambah Bersih 2.0 akan menulis kepada Istana Negara hari ini untuk meminta perkenan diadakan satu pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong.
Beliau enggan menyatakan apabila ditanya sama ada perhimpunan itu secara rasmi telah dibatalkan memandangkan baginda menekankan bahawa demonstrasi jalanan akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Sebaliknya kata Ambiga, satu pengumuman rasmi akan dibuat sebaik sahaja pertemuan itu menjadi kenyataan.
Apabila ditanya sama ada pihaknya akan membatalkan perhimpunan atas permintaan baginda kelak, Ambiga berkata: “Ya.”
Semalam, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.
Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.”
“Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik,” titah baginda dalam satu kenyataan.
Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.
“Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora,” titah baginda.
“Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara,” titah baginda lagi.
Titah baginda muncul sehari selepas Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram manakala enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan di bawah Ordinan Darurat.
Sehingga kini lebih 150 orang yang dikaikan dengan Himpunan Bersih 2.0 telah ditahan.
Tuanku Mizan berkata baginda sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Istana Negara dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
MENYUSUL LAGI
http://www.themalaysianinsider
DAP cabar KDN haramkan PERKASA
![]() Adakah Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein berani untuk mengharamkan PERKASA sebagaimana beliau telah mengharamkan BERSIH atau menangkap Senator UMNO, Ezam Mohamad dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sepertimana juga polis telah menahan Ahli Parlimen Sungai Siput, Michael Jeyakumar Devaraj di bawah Orninan Darurat bagi membuktikan pihak polis tidak mengamalkan "double-standard" atau pilih kasih? Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang (Pewaju) telah mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas salah seorang wartawan, jurugambar dan juruvideo oleh penunjuk perasaan semasa perhimpunan ganas dan haram yang diadakan di pusat Bandar George Town dan di atas Jambatan Pulau Pinang. Pewaju mempersoalkan kenapa pihak polis tidak mengambil tindakan undang-undang dan gagal mengambil langkah-langkah pencegahan bagi menghentikan demonstrasi walhal mereka telah maklum akan hal tersebut sehari sebelumnya. DAP menyokong demonstrasi aman tetapi mengutuk sekeras-kerasnya demonstrasi ganas. Kegagalan pihak polis untuk bertindak ke atas demonstrasi ganas oleh UMNO dan PERKASA, menberi tanggapan bahawa jelas terdapat "double-standard" dan pilih kasih. *Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kiri) selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiauasaha Agung DAP. ![]() |
No comments:
Post a Comment