Keluarga Baharudin harap tiada 'cover up'
Anggota keluarga Baharudin Ahmad hari ini menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Tan Sri Ismail Omar ekoran kematian arwah selepas menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu.
Diwakili adik lelaki arwah Kassim dan anaknya Azhar, mereka diiringi beberapa pemimpin utama PKR, termasuk naib presidennya N Surendran, dan aktivis daripada kumpulan peguam Lawyers for Liberty.
Menurut memorandum yang diedarkan pengarah biro guaman parti Latheefa Koya, anggota keluarga pemandu teksi itu antaranya mahukan penjelasan berhubung "serangan fizikal" terhadap peserta BERSIH 2.0, termasuk Baharudin.
"Allahyarham berada di kawasan Jalan Ampang apabila serangan polis termasuk dengan gas pemedih mata dilakukan.
"Terdapat saksi-saksi kukuh yang menyatakan bahawa percubaan dibuat untuk mendapatkan bantuan bagi allahyarham daripada dua anggota polis yang berada di kawasan tersebut, tetapi tidak diendahkan oleh mereka," memorandum itu dipetik.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh pada 10 julai lalu dilaporkan berkata kematian Baharudin akibat komplikasi jantung dan bukannya berpunca daripada gas pemedih mata.
Bagaimanapun, memorandum hari ini mendakwa beberapa tulang rusuk allahyarham patah, giginya hilang sebatang dan terdapat luka pada bibir.
Mahu laporan disiar pada awam
Sebaliknya pihak polis dan kerajaan segera menafikan bahawa pihak polis bertanggungjawab bagi kematian ini, tanpa melakukan sebarang siasatan yang lengkap.
"Tindakan ini adalah tidak ikhlas dan dilihat oleh orang awam sebagai satu percubaan untuk cover-up (menutup) peristiwa ini," memorandum itu dipetik.
Sehubungan itu, anggota keluarga, PKR dan aktivis peguam itu menuntut supaya kesemua pegawai polis, termasuk pegawai-pegawai tertinggi yang memerintah operasi di kawasan tersebut digantung tugas sehingga selesai penyiasatan kes.
Manakala tuntutan lain dalam memorandum itu supaya:

- Penyiasatan yang komprehensif tanpa sebarang percubaan untuk melindung mana-mana pihak dijalankan dengan segera.
- Laporan penuh penyiasatan ini dicetak dan disiarkan kepada orang awam.
- Tindakan pendakwaan dibawa ke atas semua pegawai polis walaupun seberapa tinggi pangkatnya, yang bertanggungjawab bagi kematian arwah.
- Ketua polis negara dengan segera meminta maaf dengan keluarga allahyarham dan keseluruhan rakyat Malaysia kerana menyalahguna kuasa dan menggunakan kekerasan berlebihan terhadap rakyat.
source : http://www.malaysiakini
Revolusi: Zambry lupa rampasan kuasa di Perak
KUALA LUMPUR, 16 Julai: Dewan Pemuda PAS negeri Perak mahu Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sedar bahawa BN lah yang telah melakukan "revolusi" merampas kerajaan negeri itu dari Pakatan Rakyat.
Sambil mendakwa Zambry tidak layak bercakap tentang revolusi, timbalan ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss mahu menteri besar BN itu mengingat kembali bagaimana kerajaan BN mendapatkan mandat di negeri itu.
"Adakah Zambry lupa cara Umno BN mendapat semula mentadbir kerajaan negeri, adakah dengan cara terhormat," soalnya.
Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan Zambry bahawa himpunan Bersih (2.0) 9 Julai lalu adalah mahu melakukan revolusi menggulingkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan.
Beliau mendakwa himpunan Bersih 2.0 sama dengan revolusi yang berlaku di beberapa buah negara luar seperti di Tunisa, Syria dan Mesir.
Mengulas lanjut, Raja Ahmad berkata jika himpunan Bersih 2.0 dianggap revolusi menjatuhkan kerajaan, bermakna rampasan kuasa oleh BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah revolusi yang lebih kotor dan jahat.
"Dalam proses demokrasi yang ada, siapakah yang menggunakan pendekatan jahat dalam negara kita?
"Bukankah dalam sejarah politik tanah air, BN seringkali melakukan kaedah kotor yang boleh disifatkan dengan cara revolusi...adakah BN telah melakukan revolusi di Perak?", soalnya lagi.
Revolusi BN dalam kes rampasan kuasa di Perak katanya secara jelas melanggar prinsip demokrasi dan undang-undang dengan menafikan hak rakyat yang memilih pemimpin mereka di dalam sistem pilihan raya.
Sehubungan itu, beliau mahu Zambry tutup mulut jika tidak mahu mendedahkan pekung sendiri.
source : http://bm.harakah
No comments:
Post a Comment