Mahathir: Orang Melayu hadapi dilema baru
December 09, 2011
KUALA LUMPUR, 9 Dis ― Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus lantang melahirkan pandangannya mengenai pelbagai isu selepas bersara berkata, beliau telah ‘mengunjungi semula’ buku kontroversi tulisanya The Malay Dilemma kerana ada perkara-perkara yang merungkaikan dilema baru orang Melayu.Dalam memoirnya yang dilancarkan Mac lalu, bekas perdana menteri itu berkata, “bila anda miskin anda akan ada dilema dan bila anda kaya, anda ada dilema yang besar.”
“Saya harus mengakui bahawa saya telah melihat semula The Malay Dilemma. Banyak perkara sudah berubah, jadi kebanyakan perkara yang saya tulis dalam Malay Dilemma yang pertama, mereka akan kata ia sudah tidak relevan lagi,” kata beliau.
“Bagaimanapun ada perkara yang merangkumi dilema baru orang Melayu,” kata beliau ketika berucap melancarkan portal buku elektronik MPH yang akan membawa kandungan buku autobiografinya.
Buku Malay Dilemma mencetuskan kontroversi hebat ketika diterbitkan pada 1970, sejurus selepas Dr Mahathir dipecah dari Umno.
Comments (6)
NFC: Shahrizat patut undur sebelum dihalau, kata Mahathir
TERKINI @ 09:33:18 PM 09-12-2011
December 09, 2011
KUALA LUMPUR, 9 Dis — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sewajarnya berundur daripada politik berhubung kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarganya, jika ia perlu bagi membantu partinya.Bekas perdana menteri berkata, Ketua Wanita Umno (gambar) itu perlu meninggalkan sebelum “dihalau” keluar oleh partinya.
“Jika kita merasakan ia adalah penting demi parti, kita berundur. Ketika saya hendak berundur, saya tidak bertanya sesiapa.
“Saya berharap yang lain akan berbuat begitu. Jangan tunggu orang menghalau anda keluar. Ya, ukur baju di badan sendiri,” kata beliau ketika ditanya sama ada menteri bertaraf senator itu wajar berundur ekoran isu berkenaan.
Shahrizat, bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai mendapat sokongan daripada kedua-dua sayap Pemuda dan Wanita Umno ketika perhimpunan agung tahunan minggu lalu selepas menafikan wujud salah guna kuasa dalam projek berkenaan yang menggunakan dana awam RM250 juta.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dua kali menggesa Shahrizat agar meletakkan jawatan.
Ketua Umno Cheras juga menggesa beliau berundur.
MAJU BERSAMA ABU
Mahathir itukan penasihat Langkawi?Seboleh-boleh Mahathir cuba untuk selamatkan empayar perniagaan anak-beranaknya. Cuba fikir dalam-dalam.