Cuba Banding

Friday, December 9, 2011

Mahathir: Orang Melayu hadapi dilema baru



Mahathir: Orang Melayu hadapi dilema baru

December 09, 2011
KUALA LUMPUR, 9 Dis ― Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus lantang melahirkan pandangannya mengenai pelbagai isu selepas bersara berkata, beliau telah ‘mengunjungi semula’ buku kontroversi tulisanya The Malay Dilemma kerana ada perkara-perkara yang merungkaikan dilema baru orang Melayu.
Dalam memoirnya yang dilancarkan Mac lalu, bekas perdana menteri itu berkata, “bila anda miskin anda akan ada dilema dan bila anda kaya, anda ada dilema yang besar.”
“Saya harus mengakui bahawa saya telah melihat semula The Malay Dilemma. Banyak perkara sudah berubah, jadi kebanyakan perkara yang saya tulis dalam Malay Dilemma yang pertama, mereka akan kata ia sudah tidak relevan lagi,” kata beliau.
“Bagaimanapun ada perkara yang merangkumi dilema baru orang Melayu,” kata beliau ketika berucap melancarkan portal buku elektronik MPH yang akan membawa kandungan buku autobiografinya.
Buku Malay Dilemma mencetuskan kontroversi hebat ketika diterbitkan pada 1970, sejurus selepas Dr Mahathir dipecah dari Umno.

Comments (6)

+2
Otak Udang's avatar
Otak Udang· 30 minutes ago
Dilema Melayu kah dilema Mahathir, Tun sebenarnya punca dilemanya sendiri, dia membawa pembangunan tetapi bersamanya juga gejala rasuah ke tahap paling tinggi di Malaysia yang akhirnya diluar kawalannya. Dilema paling besarnya ialah terpaksa melihat Legacynya luput kalau Umno hilang kuasa.
0
Yusof Ismail's avatar
Yusof Ismail· 3 hours ago
Kesian Mahathir ni...dia asyik mengkaji dilema melayu sehingga ke akhir hayat...yang nyata asalnya bukan melayu...dia patut mengkaji dilema orang tua yang dilanjutkan usianya sekiranya amalan tak bertambah..akhirnya akan menjadi nyanyuk...bukan kah sampai masa dia akan kembali spt zaman kanak-kanak yang tak mengerti dan cakapnya pun tak dipedulikan orang..cukup dgn dilema melayu...kaji dilema Nyanyuk....Wahai Mahathir...cukup2 lah memporak-perandakan malaysia sewaktu berkuasa...papa kedana majoriti rakyat malaysia yang ada....

MAJU BERSAMA ABU
1 reply · active 1 hour ago
0
Hang Sapa!'s avatar
Hang Sapa!· 1 hour ago
Yusof...daripada hang melalut kat sini baik hang pi belajaq menulis dan membaca...at least Tun Dr M has managed to come out with a lot of writings of intellectual values and materials... The Malay Delimma is just one of the many....
+1
Tok Sira's avatar
Tok Sira· 2 hours ago
Orang2 Melayu tidak akan ada dilema selagi mereka bepegang kepada Al Quran dan as Sunnah. Yang menghadapi dilema nanti cuma puak2 elit Melayu UMNO setelah Putera Jaya beralih kuasa kepada PR...tiada ada lagi peluang memperolehi projek2/saham2 'anugerah'....Melayu jenis ini akan terkapai2 seperti layang2 putus tali...
+3
Ramli's avatar
Ramli· 2 hours ago
Mahather enough of your Malay Delima go to sleep rather than spewing rubbish out of your mouth

NFC: Shahrizat patut undur sebelum dihalau, kata Mahathir

TERKINI @ 09:33:18 PM 09-12-2011
December 09, 2011
KUALA LUMPUR, 9 Dis — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sewajarnya berundur daripada politik berhubung kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarganya, jika ia perlu bagi membantu partinya.
Bekas perdana menteri berkata, Ketua Wanita Umno (gambar) itu perlu meninggalkan sebelum “dihalau” keluar oleh partinya.
“Jika kita merasakan ia adalah penting demi parti, kita berundur. Ketika saya hendak berundur, saya tidak bertanya sesiapa.
“Saya berharap yang lain akan berbuat begitu. Jangan tunggu orang menghalau anda keluar. Ya, ukur baju di badan sendiri,” kata beliau ketika ditanya sama ada menteri bertaraf senator itu wajar berundur ekoran isu berkenaan.
Shahrizat, bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai mendapat sokongan daripada kedua-dua sayap Pemuda dan Wanita Umno ketika perhimpunan agung tahunan minggu lalu selepas menafikan wujud salah guna kuasa dalam projek berkenaan yang menggunakan dana awam RM250 juta.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dua kali menggesa Shahrizat agar meletakkan jawatan.
Ketua Umno Cheras juga menggesa beliau berundur.

No comments: