Cuba Banding

Tuesday, September 11, 2012

PANAS!! Sultan Johor dedahkan Kerajaan UMNO/BN bayar RM500K lebih tinggi untuk harga sebuah 'RIV'

PANAS!! Sultan Johor dedahkan Kerajaan UMNO/BN bayar RM500K lebih tinggi untuk harga sebuah 'RIV' ..
ArtikelPara penyokong UMNO telah melabelkan Tony Pua sebagai seorang yang tidak patriotik bilamana beliau sering mempertikaikan harga yang dibayar oleh Kerajaan Malaysia untuk memperolehi aset buat Angkatan Tentera Malaysia.
Perlu diketahui secara umumnya memang kebanyakkan aset yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia dibeli pada kadar harga yang jauh lebih tinggi oleh Kerajan Malaysia yang dikuasai oleh UMNO/BN.
Antaranya ialah Helikopter dan juga Kapal Selam selain itu Armoured Personnel Carrier (APV) juga menyaksikan perkara yang sama.
Dimana harga yang dibayar dengan harga semasa perjanjian ditandatangani adalah jauh berbeza.


Ketika perjanjian ditanda tangani harga untuk 257 APV ialah hanya RM1.7 Billion dan ianya disaksikan oleh Zahid Hamidi tetapi bila terbongkar harga yang dibayar oleh Kerajaan UMNO/BN ialah RM7.5 Billion, Zahid menafikan beliau menyaksikan perjanjian itu.
Artikel berkaitan isu Armoured Personnel Carriers (APV) itu sila baca di ( SINI )
Kali ini pula, bukannya Tony Pua yang mendedahkan tetapi Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim, Baginda mempersoalkan mengapa Rapid Intervention Vehicle (RIV) dibeli Baginda hanya berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal kepada Angkatan Tentera Malaysia.
Seperti biasa.. jawapan standard yang mungkin terdapat dalam SOP untuk menipu rakyat yang digunapakai oleh pemimpin-pemimpin UMNO ialah.. 'Kami akan siasat.. kemungkinan harga ini berbeza ialah kerana spesikasinya yang berbeza....'
Spesifikasi apa agaknya yang ditambah pada RIV (gambar atas) tersebut hingga harganya meningkat melebihi 300%.. iaitu lebih RM540,000 dari harga pasaran..
Apa yang kita perlu ketahui ialah.. Kementerian Pertahanan telah dijadikan sebagai lubuk untuk membina kekayaan oleh kebanyakkan pemimpin UMNO dan tindakan haram jadah mereka itu dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Scandal terbesar bukan Kapal Selam sebenarnya tetapi melibatkan lebih dari 40 buah jet pejuang jenis Skyhawk yang di simpan di Nevada, USA yang hilang dari inventori Angkatan Tentera Malaysia ...
Ianya berlaku diera pemerintahan Mahathir... sila baca di ( SINI )
Adakah pencacai UMNO akan melabelkan Sultan Johor juga sebagai tidak patriotik kerana mempersoalkan perbezaan harga RIV itu oleh pencacai UMNO?

Posted on Tuesday, September 11 @ 15:00:46 MYT by mawarhijau
http://www.selatanonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1726

No comments: