Cuba Banding

Sunday, September 9, 2012

Menteri agama bersuara setelah hudud dibincangkan secara semborono

Jawapan Paling Bingai
ArtikelBlog anaksengat.blogspot.com

Menteri agama pulak bersuara. setelah hudud dibincangkan secara semborono oleh mereka yang tak paham agama...akhirnya orang yang bertanggungjawab tentang agama pun berkata... selesaikan dahulu kes mahkamah syariah yang tertunggak...  sebelum buat hudud...apa punya bingai orang macam ni jadi menteri agama.

Soal kes tertangguh adalah kerana kegagalan kerajaan mengurus mahkamah syariah...takkanlah kerana kegagalan kerajaan mengurus mahkamah, maka hudud kene ditangguhkan. Hujah Khir sama dengan hujah budak budak bodo yang kata... jangan cerita pasal sembahyang... pergi cari kerja dulu supaya boleh makan...kalau tak makan...macam mana nak hidup... kalau tak hidup macam mana nak sembahyang... itulah alasan yak mau sembahyang..

Aku nak tanya kat Khir.. agak engko le Allah nak terima tak alasan ko ni??? sejak jadi menteri ni... Khir macam lupa bahawa urusan ini bukan hanya untuk manusia tapi dia nak jawab dengan Allah.. Dengan orang bodo boleh le ko jawab macam tu...

Apakah polis tak perlu saman laju kerana ramai lagi orang yang tak bayar saman laju... Ni bukan setakat saman bertambah..siap tambah kamera... naik nilai saman lagi..swasta saman plak tu...

Apakah polis tak perlu tangkap penjenayah kerana penjara dah sesak???

 Aku nak bagi tau Khir... Kalau nak tau sebab apa hudud perlu dilaksanakan... sebab nak kurangkan jenayah le hudud kene di buat... bila kes jenayah kurang maka mahkama tak de le kes tertangguh lagi... maap le.. aku hangin betul dengan jawapan budak budak tercekik guli khir ni...... samapi bahasa aku jadi caca merba...Bingai betul... malukan orang agama aje.
Posted on Sunday, September 09 @ 10:47:30 MYT by ahmadi

http://www.selatanonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1699





‘Kami mintak maaf, talian terputus’ terhangat


Harakahdaily,09 Sep 2012


KUALA LUMPUR: Berita bagaimana talian terputus di sebuah rancangan TV tempatan apabila pemanggil bertanyakan mengapa tiada tindakan diambil tentang insiden kencing di gambar   Presiden dan Murshidul Am PAS ialah artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 36.

Ia melaporkan bagaimana sikap media BN yang akan mencari helah untuk tidak membincangkan kejahatan yang dibuat ke atas pemimpin PAS.

Di tangga kedua, berita mengenai bagaimana bekas Mufti Perli Dr Asri Zainul Abidin membuat Hasan Ali terkedu menerusi rancangan Bicara menerusi Tv Hijrah yang dipaparkan blog http://pejuang-rakyat.blogspot.com .

Berita mengenai berita terhangat minggu lepas mengenai gambar pelajar tahfiz yang enggan bersalam dengan Datin Seri Rosmah Mansor di rumah terbuka Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar, di Dewan PKNS, Kelana Jaya dua minggu lalu menduduki tempat ketiga.

Berita sekumpulan samseng yang dipercayai ahli Perkasa bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah baru-baru ini pula menduduki tangga keempat.

Di tangga kelima, ialah berita blog http://wasukalu.blogspot.com menunjukkan seseorang Melayu memakai baju parti politik tertentu untuk membeli nombor ekor.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 2 September hingga 8 September, 2012.


1
2

1 comment:

kampong lad said...

menteri agama dah bersuara, bila pulak ketua2 agama, mufti2, tok guru pondok2 durian & ulamak2 nak bersuara?