Cuba Banding

Wednesday, July 18, 2012

Tujuan Papa Gomo cipta gosip liwat terbaru terbongkar....

Tujuan Papa Gomo cipta gosip liwat terbaru terbongkar!
Posted on Wednesday, July 18 @ 01:19:44 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

ResponOleh: lipasmalas

"SEJAK kelmarin ramai yang membicarakan tentang isu liwat terbaru mengaitkan Dato Seri Anwar Ibrahim kononnya dengan seorang Mahasiswa dari Utara.

Gosip sampah ini disebarkan oleh blogger ikon fitnah 1 Malaysia, Papa Gomo melalui blognya.

Namun sebelum ini ReJaM© sengaja tidak mahu membicarakan isu ini kerana faham benar tujuan Papa Gomo merekacipta kisah sampah ini.



Meskipun kita tahu dan sedar selama ini blogger gerombolan songkok tinggi, memang gemar menggunakan isu lucah untuk meraih sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional.

Namun ada kisah peribadi dalam isu liwat direkacipta oleh Papa Gomo ini, dan telah ReJaM© dedahkan dalam Twitter sebelum ini.

@PapaGomo buat cerita liwat sebab nak traffic je tu, sampah! Tolak #Genglembu
— MiLo SuaM (@milosuam) July 17, 2012
Isu liwat terbaru ini sebenarnya direkacipta oleh Papa Gomo untuk menaikkan rangking blognya yang saban hari semakin menjunam. Kenapa Papa Gomo begitu beriya-iya menaikkan kembali rankingnya?

Masih ingat kisah seorang blogger Pro BN berusia 53 tahun yang ditumbuk mukanya oleh Papa Gomo sebelum ini? Rujuk sini [Papa Gomo tumbuk blogger].

Blog tersebut sebelum ini mengekori rapat di belakang Papa Gomo dari segi kedudukan ranking pengunjung blog pro BN, namun kini blog beliau sudah merampas tahta nombor 1 yang selama ini dipegang oleh Papa Gomo rujuk sini [APA].

Sebab itulah Papa Gomo meroyan merekacipta fitnah baru untuk menaikkan ranking blognya. Kalau dilihat, taktik ini saling tak tumpah seperti yang dilakukan oleh seorang lagi blogger pro BN sebelum ini.

Blogger itu sengaja merekacipta fitnah gambar aksi seks pemimpin Parti Islam, PAS untuk menaikkan traffic rujuk sini [Aksi Seks].

Blogger itu begitu seronok sehingga tahap meroyan apabila MiLo SuaM mendedahkan fitnahnya dan secara tidak langsung mempromosikan blognya. Siap berterima kasih kepada MiLo SuaM kerana mempromosikan cerita fitnahnya [Twitter].


http://www.tranungkite.net



MB Kedah arah jual saham Felda Global dibeli PKNK
ArtikelPetikan Sinar Harian

Datuk Seri Azizan Abdul RazakALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) menjual saham milik perbadanan itu dalam Felda Global Ventures Holdings (FGVH), yang dibeli tanpa pengetahuan beliau sehingga menimbulkan isu seolah-olah pendirian Kerajaan Negeri berhubung penyenaraian syarikat Felda itu di bursa saham bertentangan dengan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi meredakan salah faham dalam kalangan penyokong pembangkang seolah-olah Kerajaan Kedah tidak sensitif dengan isu berkenaan.

"Jika ada mana-mana pihak yang anggap begitu (tidak sensitif) sebenarnya tidak betul. Walaupun MB (Azizan) Pengerusi PKNK, namun dalam isu pembelian saham FGVH, beliau tidak dimaklum langsung. Keputusan itu dibuat oleh pengurusan PKNK sendiri. MB hanya dimaklumkan selepas pembelian dibuat dan beliau terus mengarahkan supaya saham-saham itu dijual kerana menyedari ia boleh menimbulkan salah faham terhadap Kerajaan PR Kedah," katanya.

Menurut Muhammad Sanusi, pendirian Azizan dalam isu berkenaan adalah selari dengan kepimpinan Pas yang lain iaitu menentang penyenaraian syarikat Felda di bursa saham.

"Ini terbukti apabila beliau menolak cadangan Permodalan Kedah Berhad (PKB) yang juga mahu membeli saham FGVH," katanya.

Namun kata Muhammad Sanusi, situasinya berbeza apabila setiap keputusan yang membabitkan kewangan PKB perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Menteri Besar tetapi tidak begitu dalam peraturan operasi PKNK.

Menteri Besar adalah pengerusi dalam kedua-dua syarikat milik kerajaan negeri itu.

"PKNK dalam pembentangan belanjawannya sebelum ini memang ada menyatakan cadangan mahu membeli saham tetapi tidak dinyatakan saham apa dan cadangan itu diluluskan oleh lembaga pengarahnya,"katanya.

Muhammad Sanusi berkata, pihaknya tidak bermaksud mahu menyalahkan pengurusan PKNK ataupun menjadikan pihak berkenaan sebagai 'kambing hitam'.

Artikel Berkaitan
Posted on Wednesday, July 18 @ 14:19:05 MYT by ahmadi

http://www.selatanonline.net

No comments: