Kelayakan Ng Yen Yen dalam Kabinet diragui kerana punyai taraf permastautin tetap Australia
Oleh Thanusya Shanmuganathan
July 10, 2012
Menteri Pelancongan itu berkata beliau pernah memiliki permastautin tetap Australia untuk menemani suaminya belajar di Australia, tetapi melepaskannya pada tahun 1995 selepas dia menjadi senator.
“Tindakannya jelas sekali salah dari segi moral.
“Dia harus memohon maaf kerana menipu rakyat, memiliki permastautin tetap pada tahun 1993-1996 selama tiga tahun menjadi senator,” kata beliau dalam sidang medianya hari ini.
Ng mengakui bahawa dia memiliki taraf permastautin tetap Australia, isu yang telah lama dibangkitkan selama bertahun-tahun.
“Kepada siapa yang dia nak bodohkan? Siapa yang nak hantar anak ke luar negara dan memiliki pemastautin tetap?
“Alasan dia tak munasabah. Dia memperbodohkan semua orang,” kata Loke lagi.
No comments:
Post a Comment