Cuba Banding

Tuesday, July 10, 2012

AG fail rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat.

AG fail rayuan terhadap pembebasan Anwar
3:35PM Jul 10 2012 
Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat.

Ketua bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Kamaluddin Md Said mengesahkan petisyen rayuan telah difailkan semalam.

Dalam SMS jawapannya kepada Malaysiakini, beliau berkata ia telah difailkan dan terdapat beberapa alasan.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan alasan rayuan itu.

Pihak Pendakwaan mempunyai sehingga esok untuk memfailkan rayuan selepas semua pihak telah memperolehi penghakiman bertulis oleh hakim Datuk Hakim Mohamad Zabidin Md Diah.

Hakim Zabidin mengeluarkan penghakiman bertulis Isnin lalu dan pendakwaan mempunyai 10 hari untuk memfailkan rayuan.

No comments: