Cuba Banding

Wednesday, April 4, 2012

KUNING DATANG LAGI 28 APRIL INI

Mohd Sabu: PAS Akan Gerak 100 % Jentera Sertai BERSIH 3.0


SHAH ALAM 4 APRIL : PAS akan mengerakan seratus peratus jenteranya untuk turut serta memobalisasi Perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April ini sebagai menyokong usaha menuntut satu perubahan yang sihat dalam sistem pilihanraya di negara ini.
Timbalan Presiden PAS Pusat Mohamed Sabu berkata keputusan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) di Parlimen baru-baru ini jelas menafikan kehendak rakyat yang inginkan perubahan pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.
“Kami dari PAS sedang mengerakkan usaha memberi ransangan terhadap ahli-ahli kita untuk turut serta pada hari itu.
“Kami juga akan menggunakan Majlis Penerangan termasuk Harakah untuk memberi liputan dan perkembangan terkini dalam menjayakan perhimpunan tersebut,”jelas Mohamed.
BERSIH 3.0 yang dijadual akan berlangsung 28 April ini di Dataran Merdeka dan beberapa lokasin pusat bandar Kuala Lumpur.
Menurut Mohd Sabu, BERSIH 3.0  akan dijadikan sebagai medan perhimpunan untuk memberi tekanan kepada kerajaan berhubung tuntut lapan perkara BERSIH 2.0 yang belum dipenuhi kerajaan.
Perhimpunan dengan tema ‘Duduk dan Bantah’ ini adalah anjuran bersama 84 NGO lain yang akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia.
Perhimpunan ini juga adalah lanjutan daripada BERSIH 2.0 yang berjaya dilancarkan pada 9 Julai tahun lalu dengan penglibatan puluhan ribu rakyat bagi menuntut lapan penambahbaikan dalam sistem pilihanraya.
Menyedari kebangkitan rakyat, Kerajaan kemudiannya menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) untuk mencadangkan tututan rakyat itu dilaksanakan sebagai menambahbaik sistem pilihan raya.
Malangnya, menerusi laporan jawatankuasa itu hanya satu sahaja tuntutan yang dilakasanakan.
Mengulas lanjut berhubung perkara ini, Mohamed yang mesra dengan panggilan Mat Sabu berkata perhimpunan ini perlu dilancarkan sebagai amaran keras kepada kerajaan yang anggkuh kepada rakyatnya.
“BERSIH 3.0 ini perlu dilancarkan kerana daripada lapan tuntutan hanya satu sahaja yang diluluskan iaitu dakwat kekal.
“Bagaimana dengan daftar pemilih yang bersih, akses kepada media, ia langsung tidak ditambah baik seperti mana hyang dituntut rakyat,”katanya..
Mohamed menambah, perkembangan terbaru ini jelas menunjukkan negara masih jauh ketinggalan dalam mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.
Selain memberi perbandingan jelas antara Malaysia dengan Myanmar, Mohamed berkata negara kita ketinggalan jauh dalam usaha menambahbaik sistem pilihanraya berbanding negara itu yang keluar dari kepompong diktator dengan mengamalkan sistem pilihanraya yang bersih dan adil.
“Malangnya, kerajaan terpaksa mengunakan cara ini dengan misi utama mereka untuk kembali menawan Selangor  menerusi manipulasi daftar pemilih.
“SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) sepatutnya menjadi pengendali Pilihanraya bertindak menjadi agen kepada pemerintah, ini yang masalah,” jelas beliau lagi.
Justeru katanya rakyat tidak mempunyai pilihan lain selain mengadakan protes secara terbuka pada 28 April ini...

selangorku.

Himpunan Hijau 3.0 diadakan bersama BERSIH 3.0
MerdekaReview | Apr 04, 2012 12:52:39 pm
Himpunan Hijau mengumumkan keputusannya untuk mengadakan Himpunan Hijau 3.0 bersama BERSIH 3.0, pada jam 2 petang, 28 April di Dataran Merdeka.
Teruja dengan pengumuman perhimpunan BERSIH 3.0 tadi, Jawatankuasa Pemandu Himpunan Hijau mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengadakan Himpunan Hijau 3.0 bersama BERSIH 3.0, dan menjangkakan bahawa perhimpunan yang mengumpulkan suara rakyat ini bakal menjadi perhimpunan terbesar dalam sejarah negara.
Clement Chin, anggota jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau menjelaskan bahawa mereka tiada pilihan, kecuali  untuk meneruskan usaha mereka dengan Himpunan Hijau 3.0, berikutan respon kerajaan yang tidak rasional dan tidak bertanggungjawab terhadap isu Lynas.
Himpunan Hijau percaya bahawa pencemaran dan kerosakan alam sebagaimana yang diperhatikan dalam negara ini disebabkan kerajaan yang kotor.  Oleh itu, kerjasama yang erat dengan BERSIH 2.0 adalah sesuatu yang munasabah dan perlu, kerana alam yang bersih hanya boleh diperolehi apabila kita mempunyai satu kerajaan yang bersih.
Wong Tack (gambar kanan), Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Himpunan Hijau berkata, keputusan rakyat adalah muktamad.  Lynas mesti keluar dari Malaysia! "Seandainya kerajaan masih meragu-ragu, maka rakyat akan memutuskan.  Seandainya kerajaan gagal berfungsi, maka rakyat perlu menjalankan fungsinya."

Namun, Wong Tack menambah, peluang masih ada untuk kerajaan membatalkan risiko yang tidak diperlukan, dan kesengsaraan yang bakal dialami rakyatnya ini.  Mereka percaya bahawa isu ini akan diselesaikan serta-merta, seandainya Perdana Menteri ikhlas menyahut slogan dirinya, iaitu "Rakyat Didahulukan".
Himpunan Hijau 2.0 mengadakan perhimpunan kali keduanya di Kuantan, pada 26 Februari 2012, dibanjiri dengan kehadiran lebih 10 ribu orang. Perhimpunan pertamanya pada 9 Oktober 2011, menarik kehadiran kira-kira 4,000 orang. 【Baca: "Tsunami hijau" melanda Kuantan: Batal projek Lynas jika Pakatan berkuasa, janji Anwar
Kerajaan Barisan Nasional cuba menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) mengenai loji Lynas selepas kebangkitan rakyat, namun Pakatan Rakyat sebagai pembangkang dalam parlimen, enggan menyertai PSC tersebut. Perdana Menteri Najib Razak berulang-kali memberi jaminan bahawa kilang Lynas akan ditutup seandainya terdapat bukti saintifik untuk menunjukkan sisa buangan nadir bumi merbahayakan kesihatan rakyat.
Di samping itu, Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 telah mengumumkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada jam 2 petang, 28 April di Dataran Merdeka. 【Baca: BERSIH 3.0: Duduk Bantah di Dataran Merdeka pada 28 April

No comments: