Cuba Banding

Wednesday, December 21, 2011

Shahrizat sedia letak jawatan?


Shahrizat sedia letak jawatan?

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 21 Dis: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dijangka akan mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri samada meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga atau tidak.

"Tidak ada siapa yang perlu memberitahu saya apa yang perlu saya buat.

"Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dan sudah matang dalam politik dan sayang kepada Barisan Nasional (BN), saya tahu apa yang patut saya buat dan saya akan bincangkannya dengan Datuk Seri Najib," kata Sharizat kepada wartawan hari ini.

Shahrizat mengulas desakan pelbagai pihak dalam Umno yang meminta beliau meletakkan jawatan termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir.

Pakatan Rakyat pula membuat pendedahan demi pendedahan ekoran skandal ini.

Terbaru, keluarga Shahrizat didakwa membeli sebuah kondo mewah di Singapura dengan harga hampir RM10 juta.

Namun hari ini Shahrizat juga berkata, dia hanya seorang isteri kepada pengerusi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Saya hanya isteri kepada Pengerusi NFC. Semua wanita ada keluarga dan suami," kata beliau kepada wartawan cuba mempertahankan diri bahawa beliau tidak bersalah dalam skandal ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, Shahrizat bukanlah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam skandal ini kerana dia bukanlah menteri yang menjaga hal ehwal pertanian.

"Yang benar-benar bertanggungjawab adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin," kata Mohamad.

Oleh itu, yang paling bertanggungjawab dalam skandal ini adalah Muhyidin dan bukannya Shahrizat walaupun tetap bersalah kerana tidak menjaga kepentingan negara dalam kes ini.

http://bm.harakahdaily.


Najib sokong skim cepat kaya, 200 ribu kini mangsa
Harakahdaily   
Ratusan ribu orang kini terperangkap dalam skim ini selepas percaya dengan sokongan Najib manakala kehilangan pemimpin skim ini amat meragukan dan dikaitkan dengan dana pilihan raya.
 

 
Pahang gagal jana sumber hasil negeri
Khairil Abdul Rahim   
TEMERLOH, 21 Dis: Rakyat sepatutnya tidak terpengaruh propaganda hanya BN boleh memerintah dan mengurus kerana selama ini prestasi parti itu menunjukkan sebaliknya termasuk di Pahang.
 
Guna taktik 4-4-2 jangan layan yang nak 6-4-0
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 21 Dis: Jurulatih tidak perlu membazirkan masa memotivasikan seorang pemain mengapa taktik 4-4-2 digunakan hanya kerana dia lebih sukakan 6-4-0.

No comments: