Cuba Banding

Wednesday, December 21, 2011

Awang Adek Pulak Doh.......


Awang Adek akui terima deposit, tapi...
Timbalan menteri kewangan Datuk Dr Awang Adek hari ini menjelaskan bahawa deposit wang ke dalam akaun peribadinya, seperti didakwa satu blog, merupakan sumbangan untuk program sosial.

Ketua bahagian Umno Bachok itu mengakui telah menerima sumbangan yang dipertikaikan itu melalui salah satu daripada tiga akaun peribadinya.

Akaun peribadi itu dibuka pada 2004 untuk membiayai program di kawasan Bachok, katanya.

Bercakap dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Awang berkata beliau mempunyai semua rekod transaksi daripada sumbangan berkenaan yang dikendalikan oleh seorang pegawai khas.

"Banyak syarikat dan individu derma untuk jalankan kegiatan dan program untuk rakyat Bachok, bahagian saya. Semua diuruskan melalui akaun saya.

"Rekod ada. Siapa bagi, ada. Perbelanjaan pun ada," katanya lagi yang menambah, rekod berkenaan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Awang berkata, sumbangan dalam bentuk cek dan tunai itu digunakan untuk program seperti bantuan Hari Raya RM100 untuk seramai 4,000 keluarga dan juga kelas tuisyen pelajar di 33 sekolah rendah.

Katanya, beliau menerima semua sumbangan melainkan ia diberikan dengan niat tertentu seperti untuk mendapatkan projek.

Tegasnya, beliau tidak ada kena mengena dengan penganugerahan kontrak kerana ianya dibuat pada peringkat jawatankuasa dan beliau hanyalah seorang timbalan menteri.





http://www.malaysiakini.



Hasan Ali ‘sudah isytihar perang’ ke atas parti, kata Naib Presiden PAS

December 21, 2011
KUALA LUMPUR, 21 Dis — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan media Datuk Dr Hasan Ali semalam sebagai satu pendirian “mengisytiharkan perang” ke atas dasar dan keputusan muktamar parti Islam itu.
“Berdasarkan apa yang beliau perkatakan semalam, saya sifatkan, saya anggap bahawa beliau sudah mengisytiharkan perang ke atas PAS, mengisytiharkan perang ke atas keputusan muktamar, ya, dasar-dasar PAS,” kata beliau (gambar) pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

http://www.themalaysianinsider.





Bandar Satelit Pasir Tumboh
Posted on Tuesday, December 20 @ 21:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

BeritaOleh: rajaibrahimpetra96

"Sukacita dimaklumkan bahawa projek pembinaan Bandar Satelit Pasir Tumboh Fasa 1 telah siap sepenuhnya 2 bulan yang lepas. Sehubungan dengan itu, majlis perasmian Fasa 1 akan diadakan pada 21 Rejab 1432H bersamaan 23 Jun 2011M bertempat di tapak projek di Pasir Tumboh.

Majlis Perasmian Fasa 1 akan disempurnakan oleh YB Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yaakob pada pukul 10 pagi. Projek Fasa 1 telah bermula awal tahun lepas telah siap sepenuhnya dan kini projek Fasa 2 & 3 sedang giat dijalankan. Sehingga Jun 2011, Projek pembinaan Fasa 2 telah mencapai hampir 50% dan dijangka siap sepenuhnya menjelang pertengahan tahun hadapan.


Projek Pembinaan Fasa 1 telah siap sepenuhnya.


Fasa 2 & 3 sedang dalam pembinaan.

Serupademo : Kata negeri kelate mundor ,miskin,tak ade pembangunan.......Ni boleh buat bandar satelit.

No comments: