Cuba Banding

Saturday, December 10, 2011

PM arah Pengarah Besar Felda bercuti?


Pengarah Besar Felda Dzulkifli diarah cuti lapan bulan

Oleh G Manimaran

December 10, 2011
KUALA LUMPUR, 10 Dis – Felda yang menjadi perhatian sejak beberapa bulan lalu disebabkan isu kepimpinan dan penyenaraian, dijangka berhadapan dengan kontroversi baru ekoran arahan agar Pengarah Besarnya Datuk Dzulkifli Abd Wahab bercuti selama lapan bulan.
Dzulkifli menerima surat berkenaan keputusan itu petang semalam.
The Malaysian Insider difahamkan arahan itu dikeluarkan di sebalik dakwaan bahawa Dzulkifli, yang dilantik ke jawatan itu dua tahun lalu, tidak sehaluan dengan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dalam banyak perkara kontroversi, yang mendapat protes peneroka.
Antara perkara itu termasuklah proses penyenaraian Felda Global Ventures yang akan dilaksanakan tahun depan, isu perjanjian pajakan tanah dan kepimpinan Isa sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) sendiri.
Beberapa sumber rapat dengan Felda mengesahkan perkara tersebut sambil mendakwa ia memang mengejutkan banyak pihak.
Kata mereka, perkembangan itu akan merumitkan lagi dilema yang menyelubungi para peneroka.
“Saya dimaklumkan malam tadi bahawa Datuk Dzulkifli telah diarah bercuti selama lapan bulan, Datuk Dzulkifli terima surat petang semalam,” kata sumber itu.
“Saya juga ada bercakap dengan Datuk Dzulkifli, saya pun dapat maklumat yang sama,” kata satu lagi sumber yang percaya ia satu langkah awal mahu menyingkirkan beliau dari Felda selain menyisihkan peranannya dalam proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.
Penyenaraian itu akan menyebabkan 360,000 hektar tanah milik Felda Plantations dipajakkan. Proses itu juga akan melibatkan peranan KPF.
Bagaimanapun Dzulkifli yang dihubungi pagi ini enggan mengulas mengenai perkara itu.
“Tiada komen,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Beliau memberi jawapan yang sama apabila ditanya mengenai tindakan susulannya ekoran perkembangan tersebut.
“Saya tidak mahu komen,” katanya lagi.
Dzulkifli yang telah 30 tahun berkhidmat di Felda sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Besar (Perusahaan Perladangan dan Pembangunan Kebun) agensi pusat itu.
Sumber juga memberitahu, Isa yang mengetuai Felda sejak awal tahun ini telah meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar campur tangan dalam ‘kontroversi’ semasa agensi berkenaan dan permintaan itu telah diluluskan.
“Maklumat yang saya terima menunjukkan surat mengenai arahan bercuti dikeluarkan menerusi setiausaha sulit kanan perdana menteri, sebab Felda terletak di bawah penyeliaan Jabatan Perdana Menteri,” kata sumber itu dan menambah bahawa surat arahan itu walaupun dikeluarkan semalam tetapi bertarikh 21 November lalu.
“Bermakna tarikh kuat kuasa surat telah dipercepatkan, proses penyenaraian akan dijalankan semasa beliau bercuti” katanya lagi.
Proses penyenaraian di Bursa Saham dijadual akan dilaksanakan pertengahan tahun depan.
Isu terbaru ini muncul kira-kira dua minggu selepas Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Shamsuddin Othman meminta Isa memohon maaf atas alasan telah menghina beliau pada satu majlis terbuka.
Isa menegaskan beliau tidak akan meminta maaf.
Shamsudin, 59, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka Wilayah Johor Bahru, merupakan satu-satunya wakil peneroka yang berada dalam Ahli Lembaga Pengarah Felda.
Konfrontasi antara peneroka dengan Pengerusi Felda bermula apabila Isa didakwa dilantik secara ‘kontroversi’ menjadi pengerusi KPF dengan mengetepikan Zulkifli dan perkembangan itu menyebabkan kepimpinan Felda terpecah dua kepada dua kelompok.
Sebelum ini, Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) melancarkan kempen mendakwa Isa sebenarnya tidak layak menjadi ahli KPF dan keahliannya dalam koperasi adalah bertentangan dengan undang-undang disebabkan jawatan beliau sebagai pengerusi koperasi hanya bertaraf kontrak.
Undang-Undang Kecil KPF mensyaratkan bahawa mereka yang layak menjadi ahli KPF ialah peneroka Felda, isteri dan anak-anak dan juga kakitangan Felda yang berstatus tetap.
Anak telah membawa kes berkenaan ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia.



PM arah Pengarah Besar Felda bercuti?  
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Kemelut dalaman pengurusan tertinggi Felda dilihat semakin krtikal selepas pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang didakwa melalui 'pintu belakang'.
Terbaru, Pengarah Besar Felda, Datuk Zulkifli Wahab dikhabarkan menerima surat arahan bercuti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selama sembilan bulan.


Presiden Anak, Mazlan Aliman memberitahu, menurut sumber daripada Felda sendiri, Zulkifli menerima surat arahan bercuti itu daripada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri semalam.


Arahan itu dikeluarkan selepas Najib menerima surat daripada Isa, 21 November lalu, meminta beliau mengeluarkan arahan tersebut dengan alasan memberi peluang kepada Zulkifli menyambung pengajian.


Arahan itu berkuatkuasa 25 November lalu sehingga Ogos tahun hadapan.


"Datuk Zulkifli sekarang tidak dibenarkan memasuki pejabat," kata Mazlan ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.


Menurut Mazlan, beliau yakin arahan itu atas pengaruh Isa yang tidak senang dengan Zulkifli kerana mempunyai pandangan berbeza mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.


"Datuk Zul mempunyai pandangan terbuka terhadap cadangan penyenaraian yang meliibatkan aset warga Felda kerana beliau sangat faham kerana mula berkhidmat dari bawah.


"Datuk Zul mungkin tak boleh beri sokongan kepada Isa untuk usaha penyenaraian ini dan mungkin Isa menganggap Datuk Zul sebagai penghalang kepada cita-cita peribadi beliau," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.


Tambah beliau lagi, arahan menyambung pengajian itu dilihat secara tiba-tiba dan tidak ada keperluan yang mendesak.


"Kalau dikatakan beri peluang Datuk Zul sambung belajar, belajar apa? Nak sambung belajar di mana?" soalnya.


Kesal dengan tindakan yang disifatkan sebagai usaha penyiingkiran secara halus itu, Anak kata Mazlan, akan menyerahkan memorandum sokongan terhadap Zulkifli di Ibu Pejabat Felda, Jalan Gurney, dekat sini pada 13 Disember ini, jam 2.30 petang.


"Anak menentang keras usaha-usaha yang tidak demokratik dan tidak menghormati kakitangan Felda dan warga Felda yang mempunyai hubungan yang baik dengan Datuk Zul.


"Oleh itu, kita akan serahkan memorandum sokongan sebagai tanda Anak sentiasa di belakang Datuk Zul.


"Anak juga minta semua pihak termasuk keluarga Datuk Zul bertenang dan bersabar dengan keadaan ini," katanya.


Ujar beliau juga, tindakan susulan akan diambil dari semasa ke semasa selepas penyerahan memorandum tersebut sehingga Najib menarik balik arahan tersebut.


"Tindakan ini sangat malang bagi seorang pengarah yang berkhidmat dengan cemerlang.


"Ada tindakan susulan sehingga Perdana Menteri menarik balik arahan tersebut dan Datuk Zul boleh masuk pejabat seperti biasa," katanya sambil menyeru semua warga Felda tanpa mengira fahaman politik bersatu menyatakan sokongan kepada Zulkifli.


http://bm.harakahdaily


 Kalau Melayu Bangkit, Hancur UMNO – Dr Chua Jui Meng
Berita, Komentar, Ulasan & PendapatOleh ibn_bacoks

imagePONTIAN – Jika orang Melayu mempunyai kesedaran yang tinggi tentang kebobrokan UMNO-Barisan Nasional memerintah negara ini maka kaum itu merupakan pelopor kepada kebangkitan rakyat yang dahagakan perubahan.

Demikian kata Dr. Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor dalam satu ceramah Umum di Dun Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Hal ini, kerana katanya penyelewengan UMNO sudah terbuka luas dan tidak boleh diselindung lagi ekoran banyak contoh jelas telah dilakukannya.
Antaranya dakwa beliau lagi bahawa negara ini mempunyai sumber alam yang banyak ditambah pula dengan kekayaan
Petronas sebagai pengeluar minyak maka sepatutnya rakyat negara ini mempunyai pendapatan 5 peratus lebih tinggi berbanding Singapura namun beliau kesal mengapa rakyat negara ini kebanyakannya masih berada pada tahap kemiskinan.
”Kenapa ramai (rakyat) miskin? Pendapatan satu bulan kurang RM1500. Ada orang Asli RM100 sebulan. (ada) di Estet RM400 sahaja. Di kampung-kampung dhaif, ada yang bergantung kepada anak-anak.
”Dengan kekayaan Petronas dirahsiakan oleh UMNO selama ini. Kalau UMNO telus, tak ada rasuah.
”Hari ini, dengan kekayaan sumber asli, ditambah lagi kaya megah Petronas. Hari ini (Pendapatan rakyat) patut lebih kaya daripada orang Singapura 5 peratus lebih tinggi dengan pendapatan kita,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, UMNO Johor dakwanya sudah semakin risau apabila kubu kuatnya berjaya ditembusi pengaruh pembangkang  termasuklah di kawasan Felda kerana dipercayai ingin bersama menyatakan protes terhadap BN.
”(Orang) Melayu sudah mula bangkit. Di Felda di Johor kubu kuat UMNO. Hari ini, Biro Felda Keadilan sudah masuk Felda. Hari ini Peneroka sudah bangkit.
”Dalam Kongres PKR, (seramai) 150 orang Peneroka sudah tanda tangan nak hadapkan Felda ke Mahkamah kerana penipuan Felda,” dakwanya lagi.
Oleh yang demikian katanya perkara yang dibangkitkan itu telah disembunyikan UMNO dengan harapan rakyat tidak beralih sokongan kepada pembangkang.
Justeru, beliau bersama rakyat marhaen berasa terpanggil untuk memberi kesedaran ini supaya UMNO tidak terus menjadi satu kerajaan yang korup disamping ingin menyelamatkan khazanah negara daripada diboloti segelintir individu yang menyeleweng.
”Kenapa bobrok sistem ini? Kita nak bangkit untuk jatuhkan kerajaan korup. Oleh itu, saya 15 tahun bersama mentadbir BN, 9 tahun Menteri Kesihatan dan 22 tahun sebagai Ahli Parlimen.
”Saya rela tanggung risiko keluar BN-MCA untuk turut serta dalam gerakan reformasi. (sebagai harapan) untuk pulihkan demokrasi,” ujarnya lagi.
Kalau Melayu Bangkit, Hancur UMNO – Dr Chua Jui Meng

Posted on Saturday, December 10 @ 18:03:30 MYT by aya http://www.selatanonline.
.

No comments: