Cuba Banding

Tuesday, December 20, 2011

Anak Nik Aziz selar Harakah, SU agung PAS

Anak Nik Aziz selar Harakah, SU agung PAS
Timbalan Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz hari ini menyelar lidah rasmi parti itu Harakah kerana menerbitkan kartun yang mengkritik bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa.
Bukan itu sahaja, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga menjadi mangsa kritikan atas kenyataannya terhadap Nasharudin dan bekas pesuruhajaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali sebelum ini.
muktamar pas youth 020611 nik abduh"Saya menolak kartun Drnots dalamHarakah cetak terbaru yang menghina kekanda saya, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa.


"Harakah mesti beretika, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh," kata Nik Abduh (kanan).
Harakah edisi Isnin menerbitkan kartun karya Drnots yang digambarkan terjerat dengan pancing di depan bendera BN.
Seorang watak mirip Datuk Seri Najib Razak digambarkan memegang pancing itu sambil berkata dalam hati: "kena dahhh...."


Penerbitan kartun dalam ruangan "Malaysia Kini" itu dilihat sebahagian daripada 'perang' menghadapi pemimpin itu yang sering dikaitkan dengan Umno sejak beberapa tahun lalu.


'Tungulah masuk Umno dulu'
Mustafa antara pemimpin tertinggi PAS paling lantang mengkiritik kedua-dua pemimpin itu melalui wawancara khas dengan Harakahdan edisi dalam taliannya Harakahdaily sebelum ini.
Pemimpin veteran itu antaranya dilaporkan berkata Nasharudin dan Hasan terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS atas tindakan yang seolah-olah mempersoal dasar Islam parti itu.


azlanBercakap di laman Facebook beliau, Nik Abduh menolak "tuduhan" dan kenyataan Mustafa ketika kedua-dua pemimpin kontroversiti itu "berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada PAS".
"Tunggulah dulu dua (orang) itu masuk Umno jika betul-betul nak tunjuk hero menjaga PAS. Jika tidak, ia hanya tuduhan yang memecahkan (parti)," katanya yang juga anak kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Nik Aziz bagaimanapun sebelum ini enggan mengulas isu itu dan meminta media merujuknya Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman.
Nik Abduh juga mempersoalkan kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib yang dilihat mula menghangatkan isu itu apabila dilapor berkata Dr Hasan tidak menerima pencalonan cukup daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.
"Mengapa memperkecilkan kenyataan Saari Sungib yang memulakan isu yang dah sedia membara dalam sekam?


"Di mana beliau untuk tidak memohon maaf secara terbuka? Pemuda PAS menjunjung akhlak berjamaah yang tinggi," katanya lagi.




http://www.malaysiakini.



Susulan Pengarah Besar diarah cuti, Felda rombak pengurusan kanan

December 20, 2011
KUALA LUMPUR, 20 Dis — Pengurusan kanan Felda sedang melalui rombakan besar-besaran susulan keputusan kerajaan mengarahkan Pengarah Besarnya Datuk Dzulkifli Abdul Wahab bercuti sembilan bulan - didakwa sebahagian usaha menyingkirkan mereka yang dikatakan menjadi ‘penghalang’ kepada proses penyenaraian tahun depan.
The Malaysian Insider difahamkan salah satu tindakan drastik susulan selepas Dzulkifli diminta bercuti mengikuti pengajian di United Kingdom ialah menghantar Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) Abidin Abd Rahman, yang akan bersara dalam beberapa bulan lagi, ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Abidin juga merupakan Setiausaha Koperasi Permodalanan Felda (KPF). Dzulkifli pula merupakan pengerusinya sebelum ini dan dilaporkan digantikan oleh Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.
Difahamkan lebih banyak perubahan akan disaksikan susulan mesyuarat lembaga pengarah Felda.
“Timbalan Pengarah Besar Felda Abidin Abd Rahman pula yang jadi mangsa (sekarang). Dia ditukarkan ke Putrajaya untuk dipetisejukkan padahal dia akan pencen Jun depan. Surat belum sampai tetapi dia sudah terima makluman lisan,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider dengan merujuk kepada surat arahan cuti yang diberi kepada Dzulkifli dua minggu lalu.
Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan dan Kewangan) Datuk Suhaimi Zanuddin dilantik sebagai pemangku pengarah besar sementara Dzulkifli berada di luar negara.
“Saya difahamkan, ada terima maklumat bahawa akan ada lebih banyak perubahan selepas ini, di peringkat pengurusan kanan, ada usaha untuk membawa mereka yang seiring dengan kepimpinan Tan Sri Isa,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.
Menurut sumber itu, ini kali pertama Felda melalui perubahan besar-besaran di peringkat atasan sejak ia ditubuhkan lebih empat dekad lalu.
“Kami tidak tahu tujuan langkah ini diambil, tetapi dipercayai ada kaitan dengan proses penyenaraian Felda Global Ventures di Bursa Malaysia tahun depan,” katanya sambil menambah, perubahan yang jelas akan diketahui selepas mesyuarat lembaga pengarah, dipercayai akan diadakan dalam sehari dua ini.
“Saya percaya lembaga akan membuat keputusan melakukan perubahan,” katanya lagi yang kelihatan agar terkejut dengan perkembangan itu.
Minggu lalu, Kesatuan Pekerja-pekerja Felda berkata akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung isu cuti Dzulkifli.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Datuk Omar Osman berkata pihaknya turut terkejut dengan arahan bercuti itu ketika perkhidmatan Dzulkifli masih diperlukan oleh Felda.
“KPF akan mengutus surat kepada Datuk Seri Najib melalui Cuepacs berhubung perkara ini, untuk satu pertemuan dengan Perdana Menteri,” katanya.
Beliau berkata, Cuepacs bersedia menjadi orang tengah bagi menyelesaikan perkara itu.
PKR juga mendakwa Dzulkifli digantung tugas sebagai pengarah besar Felda bagi membolehkan kerajaan meneruskan urusan penyenaraian tahun depan, yang turut mendapat bantahan sebahagian besar peneroka baru-baru ini.
Bekas timbalan presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali berkata, arahan daripada perdana menteri agar Dzulkifli mengambil cuti selama lapan bulan bertujuan memastikan beliau tidak menjadi penghalang kepada Isa.
Katanya, Dzulkifli digantikan sebagai Pengerusi KPF ketika beliau berada di Mekah untuk menunaikan umrah.
Malah minggu lalu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan menyerahkan memorandum sokongan kepada Dzulkifli meminta Perdana Menteri kekalkan jawatan pengarah besar beliau dengan membatalkan surat arahan bercuti.
Pengerusinya Mazlan Aliman berkata Najib mesti menarik balik cadangan menyenaraikan Felda Global Ventures jika benar-benar mahu membela kepentingan warga Felda.
Penyenaraian yang dijangka dijalankan pertengahan tahun depan turut dibantah oleh peneroka atas alasan mereka tidak mendapat maklumat tepat dan menyeluruh.
Pihaknya juga berhasrat untuk bertemu dengan Najib bagi menuntut Najib memecat Isa sebagai Pengerusi Felda yang didakwa menyebabkan “huru-hura” dalam pengurusan Felda dan mengekalkan kedudukan Dzulkifli sebagai Pengarah Besar Felda.


SPR: Tempoh bantah status calon dibatal

December 19, 2011
PUTRAJAYA, 19 Dis — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk memansuhkan tempoh bantahan berhubung kelayakan seseorang calon yang bertanding pada hari penamaan calon, dikuatkuasakan mulai pilihan raya umum ke-13.
“SPR akan menentukan (sama ada seseorang calon itu layak atau tidak),” kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof(gambar) kepada pemberita di sini hari ini.
Kata beliau, pihak yang hendak membantah kelayakan seseorang calon, yang telah diterima oleh SPR, boleh membawa kes mereka ke mahkamah.
“Pada pagi (hari penamaan calon), maaflah,” katanya lagi.
Selain itu kata beliau, calon juga tidak dibenar menarik diri daripada bertanding sebaik pencalonan mereka diterima.
Langkah itu bagi membolehkan urusan mencetak kertas undi dilakukan dengan segera.
“Meskipun anda menarik nama anda, nama anda tetap akan ada pada kertas undi,” katanya.
Kata beliau, perubahan-perubahan dibuat berdasarkan syor-syor dikemukakan oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pilihan raya dan SPR sedang bekerja keras untuk melaksanakan perkara berkenaan.
Langkah itu termasuklah membersihkan daftar pemilih.
Selain itu kata beliau, daftar pemilih akan dipamerkan selama 14 hari mulai suku pertama tahun depan berbanding tujuh hari sekarang.


No comments: