Cuba Banding

Tuesday, December 20, 2011

Suami Shahrizat milik kondominium mewah bernilai RM10 juta di Singapura

PKR dakwa keluarga Shahrizat miliki kondo di S'pura
PKR hari ini membuat pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot melibatkan keluarga menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil -- kali ini berhubung pemilikan kondominium mewah dianggar bernilai RM10 juta di Singapura.orchard scotts condominium 2Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution mendakwa demikian ketika mendedahkan dokumen yang didakwa menunjukkan bahawa menteri itu, sejak Januari tahun lalu, memiliki satu unit kondominium mewah Orchard Scotts di Anthony Road.

Kondominium dengan keluasan lantai 2,282 kaki persegi itu dibeli dengan harga SGD4.1 juta, dakwa ahli parlimen Machang itu lagi dalam satu sidang media hari ini.

Menurut rekod pihak berkuasa Singapore Redevelopment Authority, keluasan unit kondominium itu merupakan antara yang paling selesa di kawasan pusat bandar Singapura, kata Saifuddin.

Saifuddin mendakwa kondominium itu didaftarkan atas nama suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak mereka – Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.

Rekod berkenaan adalah hasil carian di agensi yang mengawal selia tanah negara itu, Singapore Land Authority, kata Saifuddin lagi yang turut mengedarkan rekod berkenaan kepada wartawan dalam sidang media di ibu pejabat parti itu.


http://www.malaysiakini.


Bukti BN Berkempen Melalui Bil TNB [Gambar]
Politik & Isu SemasaOleh Liang Lahat

PRU13 memang dah tak lama lagi.sekarang ni BN sudah pun memulakan pelbagai strategi untuk menunjukkan bahawa BN ni prihatin kepada rakyat.

BN nak rakyat tahu walaupun beratus-ratus  juta wang rakyat telah di"kebas oleh kroni-kroni mereka.


BN tetap ingat pada rakyat terutamanya apabila pilihanraya semakin hampir..

Strategi BN adalah menggunakan wang rakyat untuk memberi sesuatu kepada rakyat dan menamakannya sebagai "subsidi..."

Dan kemudiannya...

BN akan mengaku bahawa itu adalah EHSAN BN kepada rakyat...

  • Ketua JKKKP
  • Pak cik felda yang sedang main dam aji sambil memakai topi UMNO..
  • Pembaca setia Utusan dan 
  • Penonton TV3...
Adalah 4 golongan sasaran mudah untuk  BN perdayakan..

Terbaru..
BN,melalui GLC (syarikat berkaitan kerajaan) iaitu TNB..
telah memulakan kempen untuk perdayakan 4 golongan ini menjelang PRU13 yang tidak berapa lama lagi akan diadakan..

BN berkempen melalui "bil" TNB..
di bil TNB ada dinyatakan berapa "subsidi" yang diberikan oleh kerajaan...

Subsidi yang sebenarnya datang dari wang rakyat sendiri... 
dari wang pembayar cukai..
bukan wang BN pun....

Bil yang aku maksudkan adalah bil bulan terbaru iaitu December..
bil bulan December ini siap ada cetakan berkomputer menyatakan jumlah subsidi yang diberikan kepadarakyat yang kononnya mengemis subsidi dari kerajaan..

Aku tak tahu kat bil korang ada ke tak macam ni...
tapi mula-mula...
korang tengok dulu bil bulan October 2011 ini..
masih belum ada dinyatakan tentang subsidi di dalam bil..
BIL OCTOBER 2011

Bil bulan November yang di bawah ni juga sama...
masih lagi tiada cetakan berkomputer menyatakan jumlah subsidi..

BIL NOVEMBER 2011
OK...
dah tengok kan dua bil tu..?
sekarang korang tengok bil bulan terbaru - December 2011..
siap ada dinyatakan jumlah subsidi kepada pengguna..
BIL DECEMBER 2011

Ingat rakyat Malaysia ni bodoh ker..? 
(kecuali pembaca Utusan,tu memang kategori bengap ler...)
ingat undi boleh dibeli dengan menunjukkan rasa bangga dan megah ke atas pemberian subsidi tu ke..?

Duit yang bayar subsidi tu datangnya dari duit siapa..?
duit yang bayar ke taukey-taukey IPP sebanyak RM15.1 bilion setiap tahun tu guna duit siapa..?

Duit BN..?
duit UMNO..?
Posted on Tuesday, December 20 @ 14:00:00 MYT by aya
http://www.selatanonline.

No comments: