Cuba Banding

Tuesday, October 25, 2011

Laporan Audit: JPA terlebih bayar pencen lebih 2,300 penerima

Oleh G Manimaran

October 24, 2011
KUALA LUMPUR, 24 Okt – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah terlebih bayar pencen membabitkan pesara yang telah meninggal dunia dan masih hidup melibatkan jumlah lebih RM4 juta sepanjang tiga tahun sejak 2007.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan hari ini menyebut berdasarkan Daftar Bayaran Balik Pencen Terlebih dibayar bagi tempoh 2007 hingga September 2010, sejumlah RM2.57 juta bayaran pencen bulanan telah dibayar kepada 1,975 pesara atau penerima pencen yang telah meninggal dunia.
Selain itu, Laporan Ketua Audit Negara juga berkata semakan terhadap Daftar Bayaran Balik Pencen Terlebih bagi tempoh 2007 hingga September 2010 juga menunjukkan sejumlah RM2.09 juta telah terlebih dibayar kepada 339 pesara atau penerima yang masih hidup.
Daripada lebihan bayaran RM2.57 juta, kata laporan tersebut, sejumlah RM850,000 telah dapat dikutip balik daripada 965 waris dan baki RM1.72 juta yang sepatutnya dituntut daripada 1,010 waris mendapati, hanya RM390,000 sedang dikutip daripada206 waris secara bayaran ansuran.
“Manakala sejumlah RM1.33 juta masih belum dapati dikutip balik disebabkan notis tuntutan tidak dapat diserahkan kepada waris sama ada mereka tidak dapat dikesan, telah berpindah ke tempat lain atau telah meninggal dunia. Namun begitu bagi notis tuntutan yang telah dapat diserahkan kepada waris pula masih tiada bayaran balik dibuat,” katanya.
Mengenai RM2.09 juta telah terlebih dibayar kepada 339 pesara atau penerima yang masih hidup, laporan berkata, “berdasarkan maklum balas Bahagian Pasca Perkhidmatan (BP), kes-kes terlebih bayar berpunca daripada kelonggaran kawalan dalaman antaranya tiada amaran sekiranya amaun pencen melebihi gaji akhir, tiada akaun pencen dan tiada had maksimum tempoh perkhidmaan yang boleh diambil kira untuk pengiraan pencen.”
Laporan itu menambah, semakan Audit juga menunjukkan BP telah mengambil tindakan mengutip balik jumlah pencen terlebih dibayar secara ansuran melalui potongan sebahagian pencen bulanan yang diterima oleh pesara atau penerima pencen.
“Bayaran pencen terlebih dibayar tersebut melibatkan pembayaran pencen terbitan kepada yang tidak layak seperti anak melebihi 21 tahun yang tidak melanjutkan pelajaran, jumlah pencen terbitan kepada balu atau duda tidak disusutkan kepada 70 peratus selepas 12 setengah tahun dari tarikh persaraan, khususnya bagi kes sebelum 1 Januari 2009, kesilapan membayar ke dalam dua akaun pencen serentak, kesilapan membuat dua kali pelarasan dan kesilapan perkiraan gaji akhir.
“Selain itu didapati satu kes kesilapan meletakkan titik perpuluhan telah menyebabkan pencen terlebih bayar berjumlah RM133,051 sejak Januari 2006 sehingga Mei 2007.
“Mengikut perkiraan, pencen sebenar yang patut diterima adalah berjumlah RM214.33 sebulan tetapi pesara telah dibayar sejumlah RM21,433 sebulan untuk tempoh selama 16 bulan,” katanya sambil menambah, bagaimanapun pesara berkenaan telah meninggal dunia pada 2007 dan potongan telah dibuat daripada pencen bulanan pesara mulai Julai 2007.
“Selepas pesara meninggal dunia, kutipan masih diteruskan daripada pencen terbitan sehingga Mei 2044,” katanya lagi.

http://www.themalaysianinsider.


 Menteri Besar Haram Terkencing Dalam Seluar Diburu SPRM?
Berita, Komentar, Ulasan & PendapatEkoran pendedahan skandal penjualan tanah melibatkan menteri besar Haram, Zambry Abdul Kadir yang dibuat pengerusi DAP Perak yang juga ADUN Sitiawan, Ngeh Koo Ham, Zambry nampaknya semakin tersepit hingga terpaksa menggertak Ngeh membawa isu tersebut ke muka pengadilan.


Zambry dalam komennya di Pulau Pangkor hari ini mahu Ngeh menghentikan pendedahan isu tersebut tetapi Ngeh tidak mempedulikan amaran tersebut sebaliknya bertindak 180 darjah melaporkan perkara itu kepada pengetahuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak di Ipoh pagi tadi.

 Ngeh yang juga ahli parlimen Beruas (menewaskan Presiden Gerakan Lim Keng Yaik Mac 2008) ditemani ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat membuat laporan penglibatan Zambry serta menyerahkan dokumen berkaitan untuk siasatan lanjut.

 Walaupun Ngeh yang mendedahkan laporan tersebut, sebenarnya musuh Zambry dalam Umno-APCO negeri yang berjaya meletakkannya dalam situasi sukar kini.

 Tidak perlu saya sebutkan nama-nama mereka di sini kerana saya telah mendedahkan rancangan jahat ini dalam artikel blog beberapa minggu lalu.

 Memang diketahui Zambry tidak disenangi Najib Altantuya kerana semasa rampasan kuasa pada 5 Februari 2009, Najib Altantuya mencalonkan ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman tetapi pada saat akhir berjaya dipintas perdana menteri ketika itu, Abdullah Badawi dengan bantuan menantu kesayangannya, Khairy Jamaluddin.

 Ia sekaligus menjawab persoalan mengapa sehingga kini Khairy langsung tidak menjawat sebarang jawatan dalam kabinet padahal dia merupakan Ketua Pemuda Umno-APCO.

 Dan maklumat terkini yang diterima menyatakan Zambry bakal dipindahkan ke Pusat dan bertanding kerusi parlimen P57 Parit Buntar yang kini disandang Dr Mujahid Yusof Rawa dari PAS.

 Bermakna semakin sukarlah kedudukan Zambry sehingga terpaksa bertanding di peringkat pusat walaupun dia menjawat jawatan Pengerusi Perhubungan Umno-APCO negeri (ada jawatan tapi tak boleh buat keputusan).

 "Selamat Jalan, Zambry"!

JALAN PULANG


 DAP Perak mendesak agar siasatan dijalankan ke atas kerajaan Perak yang didakwa meluluskan lebih 60 ribu ekar tanah di negeri itu dengan bayaran premium yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.

 Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham (gambar) berkata 60,561.75 ekar tanah telah diluluskan bagi skim industri dan pertanian dengan harga purata hanya RM375 se-ekar.

 Walhal Ngeh mendakwa, tanah tersebut mempunyai nilai pasaran sekurang-kurangnya RM20,000 seekar.

 Ngeh, yang juga ADUN Sitiawan, menyeru agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memastikan kelulusan tanah tersebut tidak mempunyai unsur rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

 "Kalau kita kalikan 60 ribu ini, kalau kerajaan negeri buat public auction (tawaran awam), sekurang-kurangnya kita boleh mendapat RM1.2 billion,"katanya.

 Beliau berkata jumlah RM1.2 bilion yang boleh dipungut daripada jualan tanah tersebut melebihi belanjawan Kerajaan Negeri yang hanya berjumlah RM800 juta setahun.

 Ngeh juga tegas mempertahankan dakwaan itu dan tidak akan menarik balik kenyataannya.

 "Saya tidak akan menarik balik kenyataan saya kerana segala yang katakan ni adalah berlandaskan fakta yang kukuh dan saya akan memberikan bukti kepada SPRM yang sememangnya kerajaan negeri telah meluluskan 68,503 ekar untuk skim kuari, pertanian dan perumahan,"katanya.

 Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham kerana memfitnahnya.

 Katanya, beliau telah memberi peluang kepada Ngeh untuk memohon maaf tetapi tidak diambil peduli.

 "Saya telah beri masa 24 jam kepada Ngeh untuk membuat penjelasan dan memohon maaf tetapi dia lakukan sebaliknya.

 Daripada memohon maaf, Ngeh buat laporan Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM)... Ngeh sedar dia tersepit dan sebagai jalan keluar dia telah menggunakan taktik ini pula," katanya kepada pemberita di Pulau Pangkor.

 Zambry, yang juga ADUN Pangkor sebelum itu mengadakan perjumpaan dengan pemimpin masyarakat dan NGO Pulau Pangkor.

 Menteri besar berkata beliau telah meminta sepasukan peguam untuk mengambil tindakan perundangan terhadap Ngeh kerana masa yang diberikan kepada Ngeh memohon maaf telah tamat.

 Ngeh, yang juga ADUN Sitiawan, sebelum ini mendakwa menteri besar telah meluluskan tanah seluas 68,503 ekar dan menjual 60,561.75 ekar tanah pertanian atau industri dengan nilai RM375 bagi setiap 0.4 hektar.

 Berikutan itu, Zambry telah meminta Ngeh supaya membuat permohonan maaf dalam masa 24 jam, bagaimanapun Ngeh hari ini bertindak membuat laporan di SPRM Perak meminta siasatan dijalankan berhubung perkara berkenaan. - Tiewnama


Posted on Monday, October 24 @ 15:00:00 MYT by tok_aji
http://www.selatanonline.




BN bakal kecundang di Pahang
Posted on Sunday, October 23 @ 23:00:00 PDT by Paktam
ArtikelOleh SAFAR JUMAAT
APA yang ditunjukkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan Thttp://1kerdau.files.wordpress.com/2011/03/bendera_poster_banner_bn_dirosak_dihalang.jpgimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin setakat ini, memang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah semakin dekat.
Kekerapan mereka berdua turun padang, dengan pelbagai nama setelah Program Umno Juara Rakyat gagal, memperlihatkan bahawa rakyat sedang ditaburkan dengan gulagula dan janji manis untuk terus memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada BN.

Cuma, Najib tentulah tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa yang amat sangat terhadap sambutan yang dijanjikan seramai 15 ribu orang ketika menjejakkan kaki buat pertama kali di Dun Gombak Setia, bersebelahan Al-Taqwa Restoran yang dikatakan tempat penyokong-penyokong PAS bersantai, hanya dihadiri sepertiga daripada audien yang dijanjikan.
Khabarnya sibuk kepimpinan Umno Bahagian Gombak membuat laporan untuk diserahkan kepada Najib mengapa jadi begitu kerana permintaan mereka supaya Najib turun ke Dun Gombak Setia ditunaikan, padahal Najib diberitakan lebih berminat untuk ke Dun Batu Caves, yang terletak bersebelahan dengan Dun Gombak Setia.
Dari mereka yang dekat dengan kepimpinan Umno memberitahu, jika Najib dibawa turun ke kawasan tertentu, sekurang-kurangnya 15 ribu audien hendaklah berada di kawasan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap BN sudah kembali meningkat.
Malangnya, ketika Najib begitu ghairah menuntut jumlah tersebut, pengundi-pengundi di Dun Gombak Setia dan Parlimen Gombak menunjukkan sikap berlainan sama sekali. Mereka tidak bersedia untuk menyambut kehadiran Najib dan mereka tidak mahu “menjamah gula-gula yang ditaburkan” menjelang PRU13.
Sebagai catatan, PM dan TPM dilihat akan turun ke kawasan yang tidak dimenangi BN dalam PRU12 bagi mengembalikan semangat kepada jentera parti, agar bekerja kuat bagi merampas kembali Dun-Dun tersebut, bagi menjanjikan mereka kembali berkuasa di Selangor dan negerinegeri yang terlepas ke tangan Pakatan Rakyat.
Ekoran dari kegagalan kepimpinan Umno Bahagian Gombak memberi sambutan bergaya kepada Najib, khabarnya cadangan membawa Muhyiddin ke Parlimen Selayang, minggu ketiga bulan ini, dibatalkan.
Muhyiddin akan dibawa “untuk turun ke padang” di kawasan Sepang, bagi menjanjikan ada sekitar 10 ribu audien menyambut kehadirannya. Jika Najib mesti disambut 15 ribu audien dan Muhyiddin mesti disambut 10 ribu audien, nampaknya menterimenteri kabinet tidak berani menetapkan jumlah audien untuk datang ke satu-satu kawasan, kerana jumlah yang besar agak mustahil dapat diadakan.
Dari perkiraan mudah, kata beberapa orang pemerhati politik, jika Gombak boleh dimenangi BN, Ampang Jaya dan Selayang juga akan kembali ke tangan BN. Tetapi jika Gombak tidak mampu ditawan, Ampang Jaya dan Selayang seperti tidak ada harapan langsung untuk dirampas kembali.
Walau apa cara sekali pun Najib, memang mahu BN merampas kembali Selangor daripada tangan Pakatan Rakyat.
Ini kerana Selangor merupakan negeri termaju dan Najib pula memegang jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.
Jika Umno negeri di bawah tangan Najib pun masih sukar dikuasai 100 peratus kerusi yang ditandinginya, apalah yang hendak diharapkan di negerinegeri yang diketuai oleh mereka yang bukan Perdana Menteri dan merupakan Menteri Besar dan Ketua Menteri yang lemah, tercemar dengan imej kotor dan rasuah.
Sambil berjenaka, seorang penganalisis politik berkata; Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, Kedah terlepas ke tangan pembangkang sedangkan Dr Mahathir datangnya dari Kedah.
Kemudian, Pulau Pinang, negeri di mana datangnya Tun Abdullah Ahmad Badawi pula tumbang ke tangan Pakatan Rakyat dan kali ini, mereka sedang menanti apakah Pahang, negeri di mana datangnya Perdana Menteri akan tumbang atau Selangor di mana negeri yang Umnonya dipimpin Najib akan rebah.
Najib dalam pembentangan Bajet 2012 yang lalu telah cuba sedaya upaya untuk menghulurkan wang secara terus kepada pengundi melalui pelbagai mekanisme, kerana beliau pastinya tahu yang rakyat sudah bersedia menolak BN.
Khabarnya, Muhyiddin semakin kerap mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Umno Bahagian khususnya Ketua, Timbalan, Naib, Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri, tetapi apa yang dikutipnya dari maklum balas tersebut, BN tidak akan kembali berkuasa selepas PRU13.
Jangan hairan jika waktu ini Najib mengatakan pembahagian semula kawasan pilihan raya akan dikaji semula kerana Umno sedaya upaya mahukan beberapa kerusi yang selama ini menjadi milik MIC, Gerakan dan MCA, mesti diserahkan kepada Umno.
Contoh paling ketara Dun Batu Caves yang sejak sekian lama diwakili calon MIC kini sudah cuba direbut oleh calon Umno.
Kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang sejak kewujudannya diwakili MCA sedang diusahakan untuk diberikan kepada Umno dengan alasan KeADILan memenangi kerusi itu kerana meletakkan calon Melayu.
Usaha juga sedang dirancang untuk meminta Umno yang bertanding kerusi Parlimen Selayang jika mahu BN kembali menguasai kawasan tersebut.
Ini hanya beberapa kawasan yang boleh dijadikan contoh di mana Umno sudah merasakan mereka jauh lebih kuat dari MCA, MIC dan Gerakan selepas ancaman tsunami 2008.

No comments: