Cuba Banding

Wednesday, October 12, 2011

Kepentingan politik halang PM laksana pembaharuan



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mendapatkan mandat lebih besar pada pilihan raya umum akan datang dan juga pemilihan Umno bagi melaksanakan beberapa pembaharuan yang dicadangkannya.

Jika tidak, kata ketua pegawai eksekutif  Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS)Wan Saiful Wan Jan, kepentingan politik lain akan menghalang usaha seumpama itu.

"Ia perlu berlaku. Kita tidak boleh nafikan realiti politik,” katanya kepada wartawan sambil menambah sebelum ini berlaku, inisiatif reform atau pembaharuan hanya boleh dilakukan secara sederhana.

Sebelum itu, ketika melancarkan Economic Freedom of the World 2011, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon berkata ‘kepentingan tertentu’ itu adalah cabaran kepada liberalisasi ekonomi.

"Kita hadapai pelbagai cabaran... halangan dalam meliberalisasi adalah melawan kepentingan tertentu. Sebagai contoh, bergerak menuju ke arah lebih banyak tender terbuka (dalam pemerolehan kerajaan),” katanya.

No comments: