Cuba Banding

Monday, September 5, 2011

Angkasapuri Akan Dijual?

Betulkah Angkasapuri Akan Dijual?
Posted  by paktam
Penulis Tamu
Oleh Mohd Sayuti Omar
BANGUNAN Angkasapuri yang terletak di Bukit Angkasa di Lembah Pantai/Kerinchi yang menempatkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di atas tanah seluas 33 hektar bakal bertukar tangan tidak lama lagi apabila tanah itu akan dijual.
Dari sumber-sumber tertentu memberi tahu proses penjulan Angkasapuri sedang dalam proses terakhir. Kawasan itu dijangka akan dimajukan untuk tujuan komersial.



Sehubungan itu pusat penyiaran milik kerajaan sepenuhnya itu akan dipindahkan ke Putrajaya. Sebuah bangunan berhampiran PICC – Pusat Persidangan Antarabangsa Puteraraja dikhaskan untuk pusat penyiaran itu. Selepas ini radio dan televisyen Malaysia akan beroperasi di Putrajaya.
Bangunan itu juga khabarnya akan menempatkan Kementerian Penerangan, Komunikasi Multimedia dan Kebudayaan, di mana semua jabatan dan agensi kementerian itu akan ditempatkan di bangunan berkenaan.
Tidak diketahui secara jelas kenapa tanah Angkasapuri seluas 33 hektar itu dijual? Sehingga ini menteri bertanggungjawab masih belum membuat apa-apa ulasan berhubung penjualan Angkasapuri.Adalah sangat diharap Rais Yatim yang merupakan menteri bertanggungjawab dapat memberi penjelasan lanjut.
Penjualan tanah Angkasapuri itu akan menyaksikan satu lagi monumen sejarah dan mercu tanda negara ini akan hilang. Bangunan yang mempunyai sentimental value itu tidak akan kelihatan lagi dan secara tidak langsung penjualan itu menggambarkan RTM menghadapi masalah kewangan yang teruk.
Bangunan Angkasapuri mulai dibina pada tahun 1966 dan siap dua tahun kemudian. Pusat penyiaran itu diberi nama Angkasapuri dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman.
http://msomelayu.blogspot.com


Hisham: ISA hanya jika Mat Sabu jejas keselamatan negara

September 05, 2011
PUTRAJAYA, 5 Sept – Pihak yang merasa tersinggung dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang mendakwa pengganas komunis adalah pejuang dan wira sebenar kemerdekaan negara, disaran mengambil tindakan sewajarnya.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata tindakan saman di mahkamah mungkin antara yang boleh dilakukan oleh pihak yang tersinggung terutamanya anggota keluarga pejuang kemerdekaan negara serta persatuan-persatuan bekas polis.
“Saya rasa pihak yang berkepentingan perlu mengambil tindakan kerana kadangkala nak tunggu siasatan dari pihak polis dan Peguam Negara mengambil masa,” katanya dipetik Bernama Online.
“Ramai yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu, dan saya sendiri sebagai cucu Datuk Onn (Jaafar) terasa terhadap dakwaan-dakwaan yang berunsur politik, tapi ada had dan batasan dalam nak politikkan sesuatu, lebih-lebih lagi bila ianya bersandarkan kepada sejarah,” katanya.
Hishammuddin juga berharap pihak polis akan mempercepatkan proses siasatan.
Mengenai permintaan beberapa pihak supaya Mat Sabu dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri, beliau berkata akta itu hanya boleh digunakan jika tindakan individu itu menjejaskan keselamatan negara.


Sebenarnya 5 orang rakyat kita terkorban di Somalia
Posted on Monday, September 05 @ 07:47:19 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya

BeritaOleh: rozmal

"Laporan saya sebelum ini mengatakan 3 orang rakyat kita telah syahid di Somalia tidak tepat faktanya. Sebenarnya sudah 5 orang rakyat kita telah terkorban di Somalia. Bagaimanakah nasib keluarga, isteri, anak-anak, ibu bapa empat orang lagi rakyat kita yang telah terkorban demi tugas dan negara ketika ini? Pasti parut lama mereka luka kembali dengan perkembangan semasa.

 

 
 
*****************
KILLED IN SOMALIA: A tragic effect of Malaysia's generosity
2011/09/03
 
AS this was written, a Royal Malaysian Air Force Hercules C-130H transport aircraft is flying back to Malaysia across the Indian Ocean with the body of BernamaTV cameraman Noramfaizul Mohd Nor, who was killed in Mogadishu, Somalia, on Friday.
 
Noramfaizul is the second civilian to join a list of Malaysians to have tragically lost their lives in Somalia over the last two decades.
 
Malaysia had lost five soldiers serving the United Nations Operations in Somalia (Unosom) between 1993 and 1994.
 
Cpl Mat Aznan Awang was mortally wounded in a military operation to rescue United States Army Rangers, made famous by the movie Black Hawk Down, in October 1993.
 
Whether by chance or design, the movie failed to depict the significant role that Malaysians played in the rescue mission, which also left nine other Malaysians injured.
 
In 1994, Staff Sgt Azman Mohamed Tahir, of the 21st Special Forces Group and Cpl Gani Binyol, of the 6th Royal Ranger Regiment, were killed in an ambush during a UN escort mission in Mogadishu.
 
Sgt Abdul Kadir Bakri and Cpl Azhear Shuib, of 22nd Commando, died in separate accidents while patrolling the devastated city.
 
In 1998, businessman Col (Rtd) Rashid Musa was gunned down in South Mogadishu.
  "
 


No comments: